Mahkamah Minta Bukti Zahid Hadir Mesyuarat Umno Minta Surat Rentas Negeri


malaysiakini.com
B Nantha Kumar
Diterbitkan 22 Feb 2021, 1:46 pm

Mahkamah meminta pihak pembelaan untuk menyerahkan bukti bahawa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menghadiri mesyuarat ahli majlis tertinggi (MKT) parti itu di Janda Baik, Pahang, pada Jumaat

Arahan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan kes kerana Zahid sedang menjalani kuarantin 10 hari selepas seorang pemimpin Umno yang bermesyuarat dengannya positif Covid-19.

Timbalan pendakwa raya, Raja Rozela Raja Toran meminta mahkamah membenarkan pihak pembelaan mengemukakan bukti Zahid menghadiri mesyuarat tersebut serta surat kebenaran Zahid rentas negeri.

"Kami ingin tahu bukti bahawa tertuduh sebenarnya menghadiri mesyuarat tersebut dan juga kami ingin sama ada perjumpaan diadakan pada hari tersebut.

"Bila dan mana dia menghadiri mesyuarat itu? Siapa lagi datang. Sebab, sesiapa sahaja boleh beritahu bahawa dia kontak rapat kepada orang diuji positif. Kita nak bukti," katanya.
Ahmad Zahid HamidiAhmad Zahid berdepan pertuduhan rasuah, pengubahan wang haram dan pecah amanah membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Ahli parlimen Bagan Datuk itu tidak dapat menghadiri perbicaraan hari ini selepas menjadi kontak rapat kepada Johan Abd Aziz.

Rozela juga mempersoalkan bagaimana Zahid boleh merentas negeri ke Pahang.

"Setahu saya, Janda Baik di Pahang. Mesyuarat diadakan pada 19 Feb dan nampak macam dia langgar PKP.

"Semasa PKP, arahan kerajaan adalah kamu tidak dibenarkan merentas negeri. Jadi, kami nak bukti adakah dia mendapat kebenaran untuk menghadiri mesyuarat," katanya.

Peguam bela, Hamidi Mohd Noh kemudian berkata bahawa mesyuarat Umno itu tidak mempunyai kaitan dengan mahkamah.

Hakim Collin Lawrence Sequerah bagaimanapun menekankan bahawa mesyuarat Umno itu memberi impak kepada perbicaraan hari ini.

"Memang mesyuarat Umno tidak berkaitan dengan mahkamah. Tapi, ia memberi impak.

"Atas kecuaian dalam mesyuarat itu, kita terpaksa menangguhkan perbicaraan hari ini.

"Saya minta pihak pembelaan akan menyerahkan bukti kehadiran Zahid ke mesyuarat dan kebenaran permit rentas negeri," katanya.
Collin Lawrence SequerahDia mengarahkan bukti itu diserahkan pada hari ini.

Mahkamah direhatkan selama 30 minit, sebelum Hamidi menyerahkan buktinya.

Katanya, Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberikan pengecualian kepada anggota parlimen untuk merentas negeri untuk urusan rasmi.

Sementara, dia turut menunjukkan surat pekeliling oleh setiausaha agung Umno Ahmad Maslan yang meminta semua ahli MKT Umno menghadiri mesyuarat.

Sequerah kemudian berkata bahawa dia menerima kedua-dua dokumen tersebut sebagai bukti atas niat baik walaupun pihak pendakwa mempersoal kesahihan surat tersebut yang didakwa tidak ditandatangani.

Perbicaraan akan disambung semula pada 4,5,6,18,19 dan 26 Mac.

Zahid, yang juga bekas menteri dalam negeri dibicarakan atas 47 pertuduhan.

Dua belas pertuduhan itu melibatkan dakwaan pecah amanah (CBT), lapan tuduhan rasuah dan 27 tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan berjuta-juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/02/mahkamah-minta-bukti-zahid-hadir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Cari Personaliti Media Sosial Didakwa Langgar Sop Rentas Negeri Hadir Majlis Perkahwinan Rakan

Polis Cari Personaliti Media Sosial Didakwa Langgar Sop Rentas Negeri Hadir Majlis Perkahwinan Rakan

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 375 hits
476 total views 476 views today Sebelum ini netizen meluahkan rasa bengang apabila mereka melihat foto dan video mengenai sekumpulan personaliti media sosial yang dipercayai merentas negeri ke Pantai Timur untuk menghadiri sebuah majlis per...
Tangguh Lagi Hakim Minta Zahid Tak Hadir Mesyuarat Sebelum Bicara

Tangguh Lagi Hakim Minta Zahid Tak Hadir Mesyuarat Sebelum Bicara

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 244 hits
malaysiakini comDiterbitkan 22 Feb 2021 11 53 amSelepas perbicaraan tertangguh lagi untuk kesekian kalinya hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah mengarahkan peguam bela agar menasihatkan tertuduh Ahmad Zahid Hamidi tid...
Zahid Didakwa Guna Kuasa Veto Ketika Mesyuarat Mt Umno

Zahid Didakwa Guna Kuasa Veto Ketika Mesyuarat Mt Umno

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 268 hits
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggunakan kuasa vetonya selaku Presiden UMNO ketika majoriti anggota Majlis Tertinggi parti itu Jumaat lepas lapor Astro Awani Laporan yang memetik sumber itu mendakwa Zahid menggunakan kuasa veto untuk mengh...
Mesyuarat Majlis Tertinggi Di Janda Baik Rentas Daerah Negeri Tidak Perlu Siasat Kah

Mesyuarat Majlis Tertinggi Di Janda Baik Rentas Daerah Negeri Tidak Perlu Siasat Kah

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 326 hits
Mereka keturunan APA pula kali ini SETAKAT sebelum iniKeturunan marhaien Keturunan dewa
Kementerian Kesihatan Cadang Teruskan Sekatan Rentas Negeri Dan Daerah

Kementerian Kesihatan Cadang Teruskan Sekatan Rentas Negeri Dan Daerah

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 277 hits
Kementerian Kesihatan mencadangkan larangan rentas negeri dan daerah dikekalkan susulan kejayaannya menurunkan jumlah kes dan kadar kebolehjangkitan Covid 19
Zahid Diugut Dengan Penjara Kalau Tak Belakangkan Umno

Zahid Diugut Dengan Penjara Kalau Tak Belakangkan Umno

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 260 hits
Presiden Umno Zahid Hamidi hari ini meratap panjang berkaitan cabarannya membina kembali Umno selepas tewas dalam pilihan raya umum 2018 Dalam bahasa berbunga bunga dia antaranya mendakwa berdepan ugutan supaya berhenti bertukang yang mungk...
Tajuddin Saran Zahid Perlu Letak Jawatan Sah Presiden Umno Tak Boleh Pakai

Tajuddin Saran Zahid Perlu Letak Jawatan Sah Presiden Umno Tak Boleh Pakai

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 490 hits
puteradaily comZahid Hamidi sekali lagi ditekan utk letak jawatan Presiden UMNO dari kalangan pemimpin parti sendiri Kali ni Ketua UMNO Paya Besar Tajuddin Sulaiman plk desak Zahid lepaskan jawatan parti utk elak UMNO kena buli dgn parti la...
Umno S Zahid Highlights Double Standards After Perikatan Minister Held Gathering With 500 Voters

Umno S Zahid Highlights Double Standards After Perikatan Minister Held Gathering With 500 Voters

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 315 hits
Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi has questioned the Perikatan Nasional government s Covid 19 regulations after finding out a minister had allegedly held a gathering with 500 residents in Hulu Langat He added that large gathering...
Buku 30 Dalil Zahid Kena Letak Jawatan Kini Sampai Ke Rumah Ahli Umno

Buku 30 Dalil Zahid Kena Letak Jawatan Kini Sampai Ke Rumah Ahli Umno

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 343 hits
MALAYSIA DATELINEBuku 30 Dalil Zahid kena letak jawatan kini dikatakan sudah sampai kepada rumah ahli ahli Umno di peringkat bahagian dan cawangan seluruh Malaysia Menurut sumber buku bercetak itu dihantar dengan menggunakan khidmat pos dan...
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1447h 2025m

Buasir Otak Tv Bila Orang Cakap Tengah Fokus Buat Kerja

Nora Danish Dikaitkan Dengan Mickey Ayo Netizen Beri Pelbagai Reaksi

Has Mmc Ports Ipo Stalled As Investors Push Back On Sky High Valuation

Kisah Kelahiran Rasulullah Saw Kenapa Abdul Muttalib Beri Nama Muhammad Kepada Baginda

Boat Club House A Mid Century Modern Home Rooted In Chennai S Cultural Soul

Syafiq Kyle Officially Kicks Off His 12 Month Kopiko Journey With Fans

Kelantan Pekerja Ladang Intai Gajah Berjalan Parah Dipijak Dibelit Belalai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Maulidur Rasul Jom Throwback Sirah Nabi Dalam Hidup Kita

Tercipta Sejarah Program Adoption K9 Pdrm Pertama Kali Dilaksanakan

Senarai Mata Pelajaran Sekolah Rendah Kurikulum Persekolahan 2027

Rindunya Kita Pada Rasulullah Saw

Standing Out In A Crowded Market

Salam Maulidurrasul