Ini Senarai 30 Ahli Politik Kena Covid 19 Selepas Prn Sabah




Bob Kelanang







Penularan Covid-19 memang tidak mengenal siapa termasuk ahli politik. Virus berasal dari Wuhan, China itu juga tidak peduli parti mana yang dianut ahli politik.


Pola jangkitan Covid-19 dalam kalangan ahli politik melonjak selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September 2020.


Serentak dengan peningkatan mendadak kes jangkitan pandemik di Sabah, virus itu turut menjalar ke Semenanjung apabila Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beberapa kali menyatakan tidak perlu kuarantin untuk mereka yang pulang dari Sabah.


Paling awal, menteri Umno itu berkata demikian pada 12 September 2020 walaupun kes Covid-19 di Tawau dan Lahad Datu mencatatkan angka membimbangkan dengan 49 kes baharu Sabah dilapor ketika itu manakala Kedah hanya lima kes serta Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing dua kes baharu.


Menjengah ke tahun baharu 2021, satu demi satu ahli politik sah dijangkiti virus yang sudah membunuh 619 orang setakat semalam.


Susulan kebenaran merentas daerah dan negeri seluruh negara kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 7 Disember lalu, kes harian meningkat mendadak.


Sehingga semalam, tiada lagi zon hijau di Semenanjung sementara di Sarawak pula zon hijau semakin berkurang. Perlis juga berada dalam zon merah.


Kementerian Kesihatan (KKM) juga memaklumkan kes pesakit Tahap 4 dan 5 iaitu pesakit kategori serius di hospital semakin meningkat kepada 15 peratus.


Setakat 12 tengah hari semalam, seramai 238 pesakit sedang mendapat rawatan di ICU termasuk 96 menggunakan alat bantuan pernafasan. Angka di ICU sudah mencecah tiga digit.


Tinggi ‘harga’ untuk dibayar untuk memastikan aktiviti ekonomi bernafas dengan jumlah 165,371 kes positif Covid-19 di negara ini setakat semalam.


Angka tersebut merangkumi ahli politik pelbagai parti. Berikut disenaraikan ahli politik termasuk menteri dan senator yang sah dijangkiti Covid-19 bermula sejak PRN Sabah September lalu sehingga hari ini, memetik laporan Malaysia Dateline:


1. Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Mohd Razlan Rafii


2. Timbalan Ketua Pemuda Umno, Shahril Hamdan


3. Calon BN DUN Pitas, Sufian Abdul Karim


4. Setiausaha AMANAH Pulau Pinang, Saifullah Abdul Nasir


5. ADUN Ayer Limau dari Umno, Amiruddin Yusof


6. ADUN Lunas (bekas PKR), Azman Nasrudin


7. Senator Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad yang juga Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air


8. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.


9. ADUN Kampung Tunku dari DAP, Lim Yi Wei


10. ADUN Kota Damansara dari PKR, Shatiri Mansor


11. ADUN Maharani dari AMANAH, Nor Hayati Bachok


12. Ahli Parlimen Keningau dari STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan


13. ADUN Bingkor dari STAR, Robert Tawik


14. Ahli Parlimen Jeli dari Bersatu, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)


15. Ahli Parlimen Titiwangsa dari Bersatu, Datuk Seri Rina Mohd Harun yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


16. ADUN Nenggiri dari BN, Ab Aziz Yusof


17. Ketua Pemuda Umno Gua Musang, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani


18. ADUN Galas dari BN, Mohd Syahbuddin Hashim


19. Ahli Parlimen Gua Musang dari BN, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Pengerusi Jemaah Penasihat Umno.


20. ADUN Parit Yaani dari AMANAH, Aminolhuda Hassan yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor.


21. Ahli Parlimen Padang Besar dari Umno, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia.


22. Ahli Parlimen Larut dari Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang juga Menteri Dalam Negeri.


23. Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Khamarulazlan Mohamad Hanafiah.


24. Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sepang, Datuk Suhaimi Ghazali.


25. Senator dari PKR, Yaakob Sapari


26. Senator Idris Ahmad yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Naib Presiden Pas


27. Ahli Parlimen Padang Rengas dari BN, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz


28. Ahli Parlimen Kota Tinggi dari BN, Datuk Halimah Mohamed Sadique yang juga Menteri Perpaduan Negara


29. ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said yang juga Menteri Besar Terengganu dan Pengerusi BN negeri.


30. Ahli Parlimen Pasir Salak dari BN, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/ini-senarai-30-ahli-politik-kena-covid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
16 Ahli Politik Dijangkiti Covid 19

16 Ahli Politik Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 273 hits
Oleh MOHD FADHLI MOHD SULAIMAN KUALA LUMPUR Kes jangkitan positif Covid 19 yang merekodkan sebanyak 165 371 kes secara keseluruhan dengan 39 464 kes aktif sejak pertama kali pandemik itu melanda negara awal tahun lalu nyata ia bukan suatu p...
Pm Akui Prn Sabah Punca Penularan Mendadak Kes Covid 19

Pm Akui Prn Sabah Punca Penularan Mendadak Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 266 hits
PRN di Sabah menjadi punca penyebaran kes Covid 19 yang meningkat dari semasa ke semasa Akan tetapi bukan masa untuk menuding jari kerana PRN di Sabah tidak dapat di elakkan kerana menepati perlembagaan negara yang telah di tetapkan Di perc...
Jejambat Retak Undang Perkara Buruk Kata Ahli Parlimen Sabah

Jejambat Retak Undang Perkara Buruk Kata Ahli Parlimen Sabah

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 247 hits
Gambar keretakan pada jejambat Hilltop Luyang yang tular di media sosial KOTA KINABALU Kebimbangan pengguna yang menuntut siasatan segera dilakukan terhadap keretakan di jejambat Hilltop Luyang di sini turut didengar Ahli Parlimen DAP Ahli ...
58 Exam Students In Sabah Down With Covid 19

58 Exam Students In Sabah Down With Covid 19

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 234 hits
State minister Masidi Manjun said the infections took place before the students returned to their hostels KOTA KINABALU A total of 58 students sitting for public examinations were confirmed positive for Covid 19 yesterday state minister Mas...
Hadapi Alergi Teruk Antara Kesan Selepas Suntikan Vaksin Covid 19

Hadapi Alergi Teruk Antara Kesan Selepas Suntikan Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 356 hits
Hadapi Alergi Teruk Antara Kesan Selepas Suntikan Vaksin COVID 19Isu Covic19 ni kita tidak tahu lagi bila akan berakhir dan kelihatan semua orang pun dah seperti terbiasa dengan hidup dalam suasana norma baru Namun ada juga yang masih menga...
Probe Into Video Of Covid 19 Patients Drinking Beer At Sabah Quarantine Centre

Probe Into Video Of Covid 19 Patients Drinking Beer At Sabah Quarantine Centre

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 254 hits
Screengrab shows a man sitting on a bed with a beer can with two pails of beer under his bed The other picture shows a healthcare worker looking up at the Poco Poco dance by a few women KOTA KINABALU The Sabah Health Department is investiga...
Warga Emas Murung Selepas Positif Covid 19 Mati Bunuh Diri

Warga Emas Murung Selepas Positif Covid 19 Mati Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 242 hits
Seorang warga emas yang mengalami kemurungan sejak disahkan positif Covid 19 sebanyak dua kali ditemui mati berlumuran darah dengan kesan kelar di tengkuk di rumahnya di Seri Kembangan hari ini KUALA LUMPUR Seorang warga emas yang mengalami...
Kes Kematian Pertama Pesakit Covid 19 Di China Selepas 8 Bulan

Kes Kematian Pertama Pesakit Covid 19 Di China Selepas 8 Bulan

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 382 hits
China melaporkan kes kematian akibat COVID 19 hari ini kes pertama dalam tempoh lapan bulan ketika negara itu berusaha membendung lonjakan kes dan bersedia menerima pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia Wilayah di China sebahagian besarnya ber...
Pr Diuji Negatif Covid 19 Selepas Tiba Dari As Diuji Positif 3 Hari Kemudian

Pr Diuji Negatif Covid 19 Selepas Tiba Dari As Diuji Positif 3 Hari Kemudian

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 235 hits
SINGAPURA Sebanyak empat jangkitan dalam masyarakat dicatatkan dalam kalangan 38 kes baru COVID 19 yang dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Khamis menurut Kementerian Kesihatan 34 merupakan kes import dengan 33 daripadanya dik
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024