Mahkamah Benar Lim Guan Eng Dapatkan Pasport Secara Kekal


Mahkamah Benar Lim Guan Eng Dapatkan Pasport Secara Kekal
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) — Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan Lim Guan Eng untuk mendapatkan pasport antarabangsanya secara kekal kerana bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dikehendaki ke luar negara dengan kerap atas tugasan rasmi.
Hakim Azura Alwi berkata bagaimanapun, syarat jaminan itu digantikan dengan arahan bahawa Lim perlu melaporkan diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang pada minggu pertama setiap bulan sehingga kes selesai manakala jumlah ikat jamin sebanyak RM1 juta dikekalkan.
Terdahulu, peguam Mohd Haijan Omar memaklumkan bahawa Lim telah dilantik sebagai seorang daripada Pengerusi Kehormat ASEAN-China bagi Pemerkasaan Kerjasama dan Pembangunan Perindustrian (ACAPICD).
“Sebagai seorang daripada Pengerusi Kehormat ACAPICD, pemohon dikehendaki pergi ke luar negara dengan kerap untuk menghadiri mesyuarat, konvensyen atau pameran antarabangsa.
“Pemohon memohon pasport secara kekal bukan untuk bercuti tetapi untuk tujuan rasmi bagi mewakili Kerajaan Malaysia dan tanpa kehadiran beliau, tiada orang lain boleh hadir atas kapasiti pemohon… sekiranya pemohon kerap membuat permohonan pasport, ia akan meremehkan dan memalukan tertuduh,” katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh pula membantah permohonan itu atas alasan mahkamah perlu mengambil kira faktor keseriusan dan hukuman yang diperuntuk oleh undang-undang bagi kesalahan dihadapi Lim selain peluang yang wujud untuk tertuduh melarikan diri.
“Pemohon mempunyai peluang untuk mengganggu saksi-saksi pendakwaan dengan kedudukan beliau sebagai seorang ahli politik yang berpengaruh… oleh sebab itu, satu jumlah jaminan yang tinggi dengan syarat-syarat ketat sepertimana dicadangkan adalah penting untuk memberi peringatan kepada tertuduh agar tidak cenderung ke arah melakukannya,” kata beliau.
Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Lim, 64, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu menggunakan kedudukan beliau untuk menerima RM3.3 juta dengan membantu syarikat milik Zarul Ahmad dilantik melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang bernilai RM6,341,383,702 antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Ahli Parlimen Bagan itu didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul Ahmad sebagai upah bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.
Beliau turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.
Sumber: Bernama
The post Mahkamah Benar Lim Guan Eng Dapatkan Pasport Secara Kekal appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/15/mahkamah-benar-lim-guan-eng-dapatkan-pasport-secara-kekal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guan Eng Saran Rotan Dikembalikan Dalam Sekolah Usaha Cegah Tragedi Buruk Berulang

Guan Eng Saran Rotan Dikembalikan Dalam Sekolah Usaha Cegah Tragedi Buruk Berulang

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 139 hits
Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng mencadangkan supaya hukuman rotan dikembalikan di semua sekolah kerajaan dan swasta di Malaysia sebagai langkah mendisiplinkan pelajar dan mencegah tragedi buruk daripada berulang Cadang hukuman rotan dikemb...
Court Returns Guan Eng S Passport As Pm Appoints Him Trade Official

Court Returns Guan Eng S Passport As Pm Appoints Him Trade Official

papar berkaitan - pada 16/10/2025 - jumlah : 259 hits
The Kuala Lumpur Sessions Court has returned DAP adviser Lim Guan Eng s passport permanently after the latter was appointed the honorary chairperson of the Asean China Association for the Promotion of Industrial Cooperation and Development ...
Pu Rahmat Tentera Israel Benci Pasport Malaysia

Pu Rahmat Tentera Israel Benci Pasport Malaysia

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 174 hits
Fatin Hanani Sahimi Fareez AzmanKUALA LUMPUR Pendakwah Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan atau PU Rahmat berkongsi pengalaman ketika ditahan oleh tentera Israel yang meluahkan kebencian apabila melihat pasport Malaysia Beliau berkongsi perkara berke...
Dapatkan Tiket Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza Di Sini Dengan Serendah Rm69

Dapatkan Tiket Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza Di Sini Dengan Serendah Rm69

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 330 hits
Setelah beberapa hari bermain teka teki dan memberi bayangan di laman sosial media beliau sesuatu yang besar bakal belaku Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza akhirnya mengumumkan bakal mengadakan konsert solo berskala mega di Stadium...
Ffc Tmtg Kerajaan Giat Usaha Dapatkan Pembebasan Segera 9 Peserta Malaysia Wisma Putra

Ffc Tmtg Kerajaan Giat Usaha Dapatkan Pembebasan Segera 9 Peserta Malaysia Wisma Putra

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 148 hits
FFC TMTG Kerajaan Giat Usaha Dapatkan Pembebasan Segera 9 Peserta Malaysia Wisma Putra PUTRAJAYA Kerajaan Malaysia sedang giat berusaha untuk mendapatkan pembebasan segera dan tanpa syarat sembilan warganegara Malaysia yang kini ditahan sec...
Bila Tombong Keluar Jangan Malu Untuk Dapatkan Rawatan

Bila Tombong Keluar Jangan Malu Untuk Dapatkan Rawatan

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 110 hits
Sebagai wanita kadang kita terlalu kuat sampai tak sedar tubuh sendiri pun perlukan rehat Semua benda nak buat urus anak jaga rumah kerja lagi Bila rasa lenguh rasa berat kat bawah perut kita fikir alah biasalah tu dah beranak Tapi sebenarn...
Hadiri Program Islamik Vivy Yusof Dan Suami Diberi Pelepasan Pasport Sementara Ke Istanbul Amp Bosnia

Hadiri Program Islamik Vivy Yusof Dan Suami Diberi Pelepasan Pasport Sementara Ke Istanbul Amp Bosnia

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 140 hits
Mahkamah Sesyen hari ini membenarkan permohonan pengasas FashionValet Sdn Bhd Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzarudin Shah Anuar untuk mendapatkan semula pasport antarabangsa mereka bagi menghadiri program islamik di Istanbul dan Bos...
Hiburan Ardell Aryana Tiba Tiba Rebah Di Klia Ketika Bawa Anak Suami Panik Dapatkan Bantuan

Hiburan Ardell Aryana Tiba Tiba Rebah Di Klia Ketika Bawa Anak Suami Panik Dapatkan Bantuan

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 188 hits
Suasana di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur malam tadi bertukar cemas apabila pelakon dan aktivis kemanusiaan tiba tiba rebah sewaktu menuju ke bas selepas sidang media kepulangan sukarelawan Global Sumud Flotilla L...
Vivy Yusof Suami Dapat Sementara Pasport Untuk Hadiri Program Islamik Di Istanbul Bosnia

Vivy Yusof Suami Dapat Sementara Pasport Untuk Hadiri Program Islamik Di Istanbul Bosnia

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 186 hits
Vivy Yusof Suami Dapat Sementara Pasport Untuk Hadiri Program Islamik Di Istanbul Bosnia KUALA LUMPUR 7 Okt Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan pengasas FashionValet Sdn Bhd Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzarudin...
Ryt Bank Malaysia Bank Digital Dengan Dividen Harian Permohonan Mudah

Jom Tempah Baju Korporat Cantik Berkualiti Terus Dari Kilang

Pengalaman Menaiki Classic Train Day 6 1

Probe Into Bloomberg Report On Pm S Alleged Interference In Macc Classified As Nfa

Showcase Jiwa Malaysia 2025 Irama Bersatu Di Bawah Satu Semangat Jiwa Malaysia

Ppim Gesa Siasat Mfw Isu Istilah Muslim Choice Harian Metro 03 11 2025

Ayam Goreng Pedas Ala Permaisuri Resipi Dari Dapur Istana

Tempah Baju Korporat Kualiti Terbaik Harga Direct Kilang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bunga Halia

Senarai Universiti Terbaik Malaysia 2026

Beli Hadiah Persaraan Rakan Sekerja

Banduan Adaptasi Kaithi Dengan Aksi Mantap Nilai Kasih Seorang Ayah

Top 87 By Eileen Punpro777 Ceo 28 November 2025

Hengjing168 Plus Top 76 By Moses 28 168 2568