Mahiaddin Wajar Lebih Dulu Menyesali Kesombongannya Jika Umno Itu Kleptokrat Apakah Dirinya Sendiri Benar2 Bersih


 
Terasa lucu pula bila membaca kenyataan Mahiaddin Md Yasin yang mengecam susunan kabinet Anwar Ibrahim sebagai paling mengecewakan dalam sejarah negara.
Beliau menjadikan perlantikan Ahmad Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri sebagai sandaran paling asas dalam hujah kecamannya itu.
Menurut beliau, Anwar sudah menggadai prinsip tatakelola yang baik seperti yang dijaja semasa kempen PRU15 lalu dengan menerima kleptokrat dalam kabinetnya.
“Ini adalah barisan kabinet paling mengecewakan dalam sejarah negara apabila seorang yang telah (diarah) membela diri terhadap 47 pertuduhan jenayah rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram di mahkamah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
“Tindakan Anwar itu ibarat menjual maruah negara semata-mata kerana keinginannya menjadi Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan melalui media sosialnya.
Untuk makluman Mahiaddin, melantik seseorang yang ada kes mahkamah bukan pertama kali berlaku di negara ini kerana Tun Mahathir Mohamad pada 2018 sebelum ini pun melakukan hal yang sama juga.
Malah Tun Mahathir bukan saja memberikan Lim Guan Eng jawatan Menteri Kewangan, malah menggugurkan kes mahkamah yang sedang dihadapinya.
Ini berbeza dengan Anwar, beliau hanya melantik Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri, tetapi tidak menyentuh sama sekali kes mahkamah yang sedang dihadapi oleh Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.
Bererti, meskipun dilantik menganggotai kabinet, Zahid Hamidi masih perlu hadir ke mahkamah dan terus berjuang untuk membersihkan namanya.
Dalam hal ini, kenapa hanya dalam kes perlantikan Zahid Hamidi saja Mahiaddin bersuara, tetapi diam membisu ketika Guan Eng dilantik sebelum ini?
Apakah Mahiaddin berteriak sekarang kerana kecewa lantaran gagal menjadi Perdana Menteri dan meletakkan PN sebagai kerajaan, sebaliknya jawatan itu jatuh kepada Anwar?
Dalam hal ini, baik kerana terlantiknya Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri atau disebabkan PN gagal menjadi kerajaan, semuanya adalah disebabkan salah Mahiaddin sendiri.
Jika Mahiaddin tidak sombong dan ego menolak titah Agong agar PN menubuhkan kerajaan perpaduan bersama PH, apa yang berlaku hari ini pasti tidak berlaku.
Kiranya kerajaan perpaduan PH dan PN dapat ditubuhkan sebagaimana titah Agong dan apa yang berlaku hari ini dapat dielakkan, maka sudah tentulah tidak mungkin Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sekarang ini.
Pokoknya, kesalahan awal ada pada Mahiaddin sendiri kerana sombong dan ego menolak penubuhan kerajaan perpaduan itu.
Maka, janganlah menyesal dan meroyan tak tentu pasal pula sekarang ini.
Kalau mahu meroyan juga, lebih baik hantuklan saja kepala sendiri ke dinding kerana kesombongan menolak titah Agong itu dengan terlalu cepat.
Setelah Mahiaddin menolak menubuhkan kerajaan perpaduan yang bererti beliau memilih menjadi pembangkang, Anwar dan PH yang akur dengan titah Agong itu tentulah kena berusaha mencari sokongan lain bagi membentuk kerajaan.
Harus juga difahami, sebagaimana saya tulis sebelum ini, setelah bekerjasama dengan BN yang memiliki 30 kerusi Parlimen, melantik Zahid Hamidi yang masih ada kes menganggotai kerajaan hanyalah suatu mudarat kecil berbanding mungkin berlaku mudarat lebih besar iaitu kerajaan dijatuhkan jika beliau tidak dilantik.
Kalau berlaku lagi kerajaan dijatuhkan seperti sebelum ini, yang susah dan menderita akhirnya tentulah rakyat dan Anwar tidak mahu melihat ia berulang lagi.
Soal kerajaan yang bersih dan tata kelola yang baik tidak bererti telah terpadam hanya dengan beradanya Zahid Hamidi dalam kerajaan kerana beliau masih perlu berjuang membersihkan namanya di mahkamah.
Kerajaan yang bersih dan tata kelola yang baik mungkin boleh dianggap telah musnah jika Anwar bertindak menggugurkan kes Zahid Hamidi sebagaimana Tun Mahathir melakukannya kepada Guan Eng sebelum ini.
Kalau kita percaya, yakin dan gembira dengan kebebasan mahkamah kerana menjatuhkan hukuman terhadap Najib Razak, tiada sebab kita tak boleh ada perasaan yang sama kepada mahkamah dalam kes Zahid Hamidi.
Lagi pun, kalau nak bercakap soal kleptokrat dan penyamun, ia bukan saja ada dalam UMNO, bahkan bersepah di mana-mana, tidak terkecuali dalam Bersatu sendiri.
Cuba Mahiaddin bertafakur sebentar di atas sejadah dan mengimbas sejarah dirinya sendiri, benarkah beliau benar-benar suci bersih sepanjang kuasa ada dalam tangannya sejak puluhan tahun sebelum ini? – ShahbudinHusin 03/12/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/12/mahiaddin-wajar-lebih-dulu-menyesali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Diam Itu Lebih Baik Ira Kazar Beri Peringatan Buat Diri Sendiri

Hiburan Diam Itu Lebih Baik Ira Kazar Beri Peringatan Buat Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 214 hits
Sebelum ini nama anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi iaitu sering terpalit dengan kontroversi orang ketiga dalam rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof Susulan itu Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini ...
Pemimpin Umno Yakin Masa Depan Lebih Baik Bersama Ph

Pemimpin Umno Yakin Masa Depan Lebih Baik Bersama Ph

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 178 hits
Pemimpin Umno yakin masa depan lebih baik bersama PHPosted By on December 04 2022Masa hadapan Umno dikira lebih cerah bersama Pakatan Harapan berbanding bergabung dengan Perikatan Nasional Aktivis Umno Datuk Lokman Noor Adam berkata demikia...
Ph Kalah Teruk Kerana Kelemahan Media Ph Itu Sendiri

Ph Kalah Teruk Kerana Kelemahan Media Ph Itu Sendiri

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 134 hits
Norman Radzuan PH kalah teruk dalam pilihanraya di Padang Serai Aku chill je Memang aku dah agak melihat isu yang PN bawa masuk ke pilihanraya ini Manakala di pihak PH pula langkah yang sewajarnya masih tidak diambil Dah berulang kali kita ...
Untuk Mampu Bangkit Semula Lima Tahun Akan Datang Umno Wajib Tolak Bersama Pn Dan Mahiaddin

Untuk Mampu Bangkit Semula Lima Tahun Akan Datang Umno Wajib Tolak Bersama Pn Dan Mahiaddin

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 159 hits
Dalam keadaan kritikal sebelum jam 2 petang esok sebagaimana yang dikehendaki Istana Negara bagi urusan pembentukan sebuah kerajaan baharu pendirian dan sokongan BN adalah penentu segala galanya Jika BN yang mempunyai jumlah 30 Ahli Parlime...
Pn Mahu Tentukan Siapa Tpm Dan Menteri Umno Ph Pula Serah Kepada Umno Sendiri

Pn Mahu Tentukan Siapa Tpm Dan Menteri Umno Ph Pula Serah Kepada Umno Sendiri

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 275 hits
Oleh Adam MalikDalam situasi terkini Perikatan Nasional masih terikat dengan agenda Tuan Besar mereka mahu UMNO dikuburkan Walaupun tidak cukup jumlah untuk menjadi kerajaan PN tidak boleh berkompromi kerana banyak perkara perlu dilindungi ...
Putin Kami Tidak Akan Pakai Senjata Nuklir Kecuali Diserang Lebih Dulu

Putin Kami Tidak Akan Pakai Senjata Nuklir Kecuali Diserang Lebih Dulu

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 166 hits
Presiden Rusia Vladimir Putin mengatakan ancaman perang nuklir semakin besar
Mudahnya Buat Sendiri Serbuk Perasa Ikan Bilis Untuk Bayi Lebih Murah Jimat

Mudahnya Buat Sendiri Serbuk Perasa Ikan Bilis Untuk Bayi Lebih Murah Jimat

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 206 hits
Bila si kecil dan masuk fasa makan ni mummy kena rajin lah sikit masak macam macam nak bagi anak berselera untuk makan kan Tapi tak semestinya anak perlu makan plain sahaja mummy boleh perasakan makanan anak dengan perasa semulajadi menggun...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Pakej Percutian Turki

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Umdap Paling Sesuai

Kkv Alamanda

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

Yassin Berjaya Ketepikan Hukuman Penjara Seumur Hidup Serta 16 Sebatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik