Mahiaddin Bankrap Idea Bukan Semua Rakyat Boleh Ternak Ayam Sendiri








 Idea Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Mahiaddin Yassin menyarankan rakyat menternak ayam penelur sebagai jawapan kepada bekalan telur yang berterusan untuk keluarga dikritik banyak pihak.

Bagi Pengarah Komunikasi KEADILAN, Lee Chean Chung, hujah Mahiaddin itu seperti 'melepas batuk di tangga' kerana bukan semua rakyat boleh menternak ayam, apatah lagi yang tinggal di kawasan perumahan.

Katanya, selepas bekalan telur pulih di pasaran Mahiaddin sepatutnya mencari isu lain sebagai modal berceramah bukan mengulang isu telur ayam.

"Bekas Perdana Menteri Mahiaddin perlu faham bukan semua rakyat mempunyai kebun ataupun halaman rumah sebesar rumah beliau yang boleh menternak 30 hingga 40 ekor ayam. Tambahan bukan semua orang boleh menternak ayam sesuka hati seperti Mahiaddin dan tidak disaman oleh pihak berkuasa tempatan.

"Hakikat bahawa Mahiaddin masih melayan isu telur menunjukkan PN sudah bankrap idea untuk membantu rakyat dan tidak ada isu lain yang boleh dimainkan," kata Chean Chung dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya itu berkata, polisi subsidi bersasar Kerajaan Perpaduan sewajarnya menolak untuk terus memberi subsidi harga telur ayau ayam kepada orang kaya seperti Mahiaddin yang mampu menternak sendiri bekalan daging dan telur.

Selain itu, Chean Chung juga melahirkan kebimbangannya ke atas kualiti idea pemimpin PN yang hanya mampu mencadangkan rakyat menternak ayam di kebun dalam menyelesaikan masalah harga bahan makanan.

"Lebih menyedihkan, sebagai blok pembangkang yang mempunyai ramai bekas menteri-menteri dan perdana menteri, apa yang dicadangkan adalah menternak ayam sendiri di kebun.

"Sememangnya ini satu sindiran yang cuba dibuat oleh Mahiaddin kepada Kerajaan hari ini. Namun ‘telur’ yang dilontarkan oleh beliau umpama 'meludah ke langit, terkena ke muka sendiri'," katanya.

Menurut Chean Chung, krisis kekurangan telur berlaku pada waktu kerajaan PN berkuasa dan kemudian diselesaikan oleh Kerajaan Perpaduan selepas Disember 2022.

Katanya, pada awal pemerintahan Kerajaan Perpaduan, Menteri yang menangani isu telur telah mendapati kekurangan bekalan sehingga 157 juta biji telur ayam di pasaran tempatan.

"Siapa kerajaan pada masa itu (sebelum Pilihan Raya Umum November 2022)? Tidak lain tidak bukan Perikatan Nasional.

"Jika waktu itu Mahiaddin prihatin dengan rakyat, sudah tentu kerajaan boleh buat sesuatu untuk berhadapan dengan isu tersebut, dan bukan mengumpul dana bagi akaun parti beliau sahaja.

"Mahiaddin juga kena sedar bahawa keadaan cepat bertambah baik sejurus selepas Kerajaan Perpaduan mengambil alih, dan sekarang pasaran memang jarang sekali menghadapi kekurangan telur," kata Cheang Chung lagi.

Semalam ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN Negeri Sembilan, Mahiaddin menyarankan rakyat menternak ayam sendiri di kebun bagi menyediakan bekalan protein kepada keluarga.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/07/mahiaddin-bankrap-idea-bukan-semua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ilmu Penting Yang Semua Usahawan Baru Nak Berniaga Boleh Belajar Dari Syarikat Insurans

Ilmu Penting Yang Semua Usahawan Baru Nak Berniaga Boleh Belajar Dari Syarikat Insurans

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 221 hits
Ada orang tak suka sangat dengan jurujual insuran ni Tak suka sebab teknik menjual polisi insurans secara menakutkan prospek Perkataan kalau banyak membuatkan orang rasa tak gemar dengan jurujual insuran Kalau sakit kalau kemalangan kalau m...
5 Jenis Masakan Ayam Simple Boleh Korang Cuba

5 Jenis Masakan Ayam Simple Boleh Korang Cuba

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 293 hits
5 JENIS MASAKAN AYAM SIMPLE BOLEH KORANG CUBA terutamanya mak mak yang kalut nak sediakan makanan tengahari untuk anak anak ke sekolah Kalau boleh mak mak ni mestilah nak sediakan menu tengahari untuk anak anak Nak nak pulak bila waktu pers...
Resipi Rendang Ayam Mudah Tak Ada Bawang Putih Tapi Cukup Semua Rasa Padu

Resipi Rendang Ayam Mudah Tak Ada Bawang Putih Tapi Cukup Semua Rasa Padu

papar berkaitan - pada 28/6/2023 - jumlah : 325 hits
Rendang adalah yang paling mudah disediakan Walaupun bahan bahannya agak banyak namun cara membuatkan amatlah mudah Resipi rendang kali ini berbeza kerana tanpa bawang putih begitu dengan rempah ratus lain Macam mana rasanya Lain dari yang ...
Hiburan Nak Cuba Guna Retinol Tapi Was Was Anda Mungkin Boleh Cuba Rangkaian Terbaru Neutrogena

Hiburan Nak Cuba Guna Retinol Tapi Was Was Anda Mungkin Boleh Cuba Rangkaian Terbaru Neutrogena

papar berkaitan - pada 1/7/2023 - jumlah : 229 hits
Weyh aku tak masuk 3 series lagi kenapa dah ada kedut Boleh relate dengan situasi ni Umur tak sampai 30 tapi dah mula nampak tanda tanda penuaan pada wajah seperti garis halus tepi mata jeragat bintik hitam serta kedutan Advertisement Kadan...
Ph Boleh Terus Berangan Sanusi

Ph Boleh Terus Berangan Sanusi

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 261 hits
LANGKAWI Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan Pakatan Harapan sekadar berangan angan untuk merampas Kedah melalui peralihan undi 10 peratus daripada Perikanan Nasional kepada gabungan itu dalam Pilihan Raya Nege...
Polis Dedah Bagaimana Satu Keluarga Boleh Berkelah Di Kawasan Banyak Berlaku Kejadian Kepala Air Ramai Nak Tahu

Polis Dedah Bagaimana Satu Keluarga Boleh Berkelah Di Kawasan Banyak Berlaku Kejadian Kepala Air Ramai Nak Tahu

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 376 hits
Polis dedah bagaimana satu keluarga boleh berkelah di kawasan banyak berlaku kejadian kepala air ramai nak tahu Aktiviti perkelahan yang dibuat di Jeram Mawar Air Putih Kemaman Terengganu akhirnya bertukar menjadi peristiwa sedih buat 9 sek...
Bagaimana Dosa Kecil Boleh Menjadi Besar

Bagaimana Dosa Kecil Boleh Menjadi Besar

papar berkaitan - pada 1/7/2023 - jumlah : 276 hits
Sekiranya dosa itu berbau pasti orang tak mahu mendekati kita Tanpa sedar kita sering melakukan dosa Allahu
Cuaca Buruk Di Langkawi Pengunjung Tak Boleh Mandi Laut Hingga Rabu

Cuaca Buruk Di Langkawi Pengunjung Tak Boleh Mandi Laut Hingga Rabu

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 127 hits
Hasrat pengunjung untuk mandi manda dan menghabiskan cuti hujung ming gu bermain jet ski di Pantai Chenang dan Pantai Tengah Pulau Langkawi terbantut susulan amaran cuaca buruk dan laut bergelora sejak kelmarin Cuaca buruk berkenaan dijangk...
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sambutan Yang Baik

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Air Borneo Sarawak S Billion Ringgit Gamble Or The Next Big Thing

Perak Civil Servants To Get Rm1 500 Hari Raya Bonus

Jam Tangan Pintar Beteknologi Kesihatan Dan Kecergasan Amazfit Active 2