Mahathir Wajar Dipersalahkan Jika Mandat Ph Tidak Berjaya Dikembalikan




Sama ada Muhyiddin Yassin dapat dijatuhkan dan mandat rakyat berjaya dikembalikan semula kepada PH dalam waktu terdekat ini adalah persoalan yang mula membimbangkan semua orang.Sementara pengundi yang memenangkan PH pada PRU14 lalu begitu berharap perkara itu menjadi kenyataan, pimpinan di blok pembangkang masih lagi bertelagah tanpa kesudahan.Isunya cuma satu – siapa yang patut jadi Perdana Menteri.Dari segi logik, oleh kerana PH yang dianggotai PKR, DAP dan Amanah merupakan blok terbesar pembangkang, manakala Tun Mahathir Mohamad tidak lagi mempunyai parti serta Warisan bukan anggota rasmi PH, menetapkan calon Perdana Menteri sepatutnya bukan suatu perkara yang sukar.Kalau pun kerjasama dengan Tun Mahathir dan Warisan dalam apa dikenali sebagai PH Plus perlu dilakukan, kedudukan asal PH tidak patut diketepikan atau dinombor-tigakan.Ini tidak, Tun Mahathir tetap berkeras untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi dan mati-mati tidak mahu Anwar Ibrahim ada ruang sama sekali memegang jawatan itu.Setelah namanya ditolak oleh PKR, Tun Mahathir sebaliknya mencalonkan Shafie Apdal daripada Warisan sebagai calon Perdana Menteri yang disokongnya.Kenapa Tun Mahathir mengenepikan PH dalam soal ini, tetapi setelah namanya ditolak, telah memilih Shafie daripada Warisan yang hanya berada dalam gabungan PH Plus dan bukan anggota rasmi PH?Mengapa timbul masalah dalam memilih calon Perdana Menteri adalah semata-mata kerana Tun Mahathir tetap merasakan beliau atau pilihannya saja yang layak untuk menjadi Perdana Menteri.Seperti dalam sembahyang, memang dulu Tun Mahathir adalah “imam” dan semua “makmum” menyokongnya.Tetapi, setelah terlucut kedudukan sebagai “imam” Tun Mahathir harus tahu untuk membawa dirinya sebagai “makmum” pula.Sudah tentu masalah akan timbul apabila setiap kali hendak sembahyang berjemaah, Tun Mahathir akan terus menonjolkan dirinya sebagai “imam” atau berdiri terlebih dahulu di tempat imam.Apabila tidak berparti dan secara automatik bukan anggota rasmi PH, Tun Mahathir seharusnya memberi sokongan penuh kepada gabungan itu yang telah mempunyai “imam baru”, jika benar beliau betul-betul ikhlas mahu mengembalikan semula mandat rakyat kepada PH.Soal sama ada Anwar selaku “imam baru” cukup sokongan atau tidak, tidak harus timbul sebab setelah namanya dimuktamadkan nanti, beliau tentu saja mampu bergerak untuk mencukupkan angka yang diperlukan bagi mengembalikan PH sebagai kerajaan semula.Dalam hal ini, Tun Mahathir harus segera berhenti berkelakuan seolah-olah beliau masih “imam” yang sah dalam blok pembangkang, sementara “imam baru” sudah pun dilantik.Memang kerjasama semua pihak diperlukan untuk menumbangkan PN, terutamanya mereka yang bersama-sama menjatuhkan BN pada PRU14 lalu, tetapi semua itu hanya akan menjadi mudah jika Tun Mahathir sedia berubah.Selagi Tun Mahathir dengan kepalanya sendiri dan mahu menjadi “imam” sehingga mati, selagi itulah soal menentukan calon Perdana Menteri akan menemui jalan buntu.Sekaligus juga,!PH tidak akan berjaya menumbangkan PN, baik melalui pengumpulan SD atau melalui undi tidak percaya.Walaupun usul undi tidak percaya dibawa oleh Tun Mahathir, beliau pasti akan lebih disanjung jika peranannya hanya setakat menjatuhkan Muhyiddin saja dan bukan untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi.Setidak-tidaknya beliau dapat menebus semula perlakuannya yang dianggap sengaja melengah-lengahkan peralihan kuasa kepada Anwar di era PH berkuasa dan beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 bulan sebelum ini.Tindakan Tun Mahathir terus mahu menjadi “imam” dan enggan menjadi “makmum” hanya akan memberi ruang PN dapat berkuasa dengan lebih lama lagi dan usaha menjatuhkan Muhyiddin akan menemui kegagalan yang mudah.Makanya, kalau bukan dia, siapa lagi yang wajar diletakkan beban kesalahan dalam hal ini? (Shahbudindotcom 29/06/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/mahathir-wajar-dipersalahkan-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Opsyen 2 Bukan Untuk Dapatkan Mandat Rakyat Tetapi Untuk Dapatkan Mandat Mahathir

Opsyen 2 Bukan Untuk Dapatkan Mandat Rakyat Tetapi Untuk Dapatkan Mandat Mahathir

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 265 hits
Katakan lah Mahathir jadi PM 6 bulan Beliau bentuk kabinetnya Baru menteri basuh kaki masuk opis sempat makan gaji 6 bulan kononnya Anwar pula jadi PM Anwar pula bentuk Kabinet baru Ertinya sepanjang tempuh 6 bulan itu PM tak boleh buat apa...
Dap Ugut Mahathir Hahaha

Dap Ugut Mahathir Hahaha

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 660 hits
Perjanjian baru dalam Pakatan Harapan untuk mencalonkan semula Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri bakal menyaksikan kerajaan gabungan itu tumbang sekali lagi jika pemimpin veteran itu enggan berundur dalam tempoh 6 bulan yang ditet...
Amk Says It No Longer Supports Dr Mahathir As Pm Candidate

Amk Says It No Longer Supports Dr Mahathir As Pm Candidate

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 348 hits
Angkatan Muda Keadilan has announced that it will no longer support Tun Dr Mahathir Mohamad as Pakatan Harapan candidate for prime minister as it has lost confidence in his leadership AMK chief Akmal Nasrullah Mohd Nasir said he believed th...
Penyokong Dap Kutuk Parti Kerana Sokong Mahathir

Penyokong Dap Kutuk Parti Kerana Sokong Mahathir

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 483 hits
MAN TOBADi FB Liew Chin Tong Penyokong DAP tengah rancak mengutuk kerana mengangkat Tun as PM9
Rentasan 697 Panas Ph Temui Kaedah Penyelesaian Supaya Tun Mahathir Tepati Janji

Rentasan 697 Panas Ph Temui Kaedah Penyelesaian Supaya Tun Mahathir Tepati Janji

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 359 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 6971 PAKATAN HARAPAN BERI JALAN KELUAR SECARA TERHORMAT KEPADA TUN M 2 AZMIN JANGAN CAMPUR URUSAN PAKATAN HARAPAN 3 PEMIMPIN WANITA BANTAH SIASATAN TERHADAP HANNAH 4 BILA PAS NAK HARAMKAN JUDI
Sudah Sampai Masanya Mahathir Berkorban

Sudah Sampai Masanya Mahathir Berkorban

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 282 hits
KOTA BHARU Angkatan Muda Keadilan Kelantan menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan Ketuanya Muhd Hafiz Muhd Kasasi berkata Dr Mahathir yang juga negarawan sudah...
Amk Tidak Setuju Tun Mahathir Dicalonkan Sekali Lagi Sebagai Pm

Amk Tidak Setuju Tun Mahathir Dicalonkan Sekali Lagi Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 363 hits
Angkatan Muda KEADILAN menolak Tun Mahathir dicalonkan sekali lagi sebagai Perdana Menteri ke 9 Ketua AMK Akmal Nasir berkata beliau dan rakan rakan tidak bersetuju dengan kenyataan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke semalam yang mahuka...
Dr Mahathir Dan Lim Guan Eng Mesti Jelaskan Ke Mana Duit Hasil Jualan Aset Negara Di Belanjakan

Dr Mahathir Dan Lim Guan Eng Mesti Jelaskan Ke Mana Duit Hasil Jualan Aset Negara Di Belanjakan

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 537 hits
Sepanjang pemerintahan Pakatan Harapan umum mengetahui pelbagai aset strategik negara terutamanya milik Melayu Bumiputera telah dijual dengan sewenang wenangnya Tapi persoalannya berapa banyak DS Najib telah menyenaraikan senarai aset negar...
Akhirnya Rais Pun Tinggalkan Mahathir

Akhirnya Rais Pun Tinggalkan Mahathir

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 415 hits
TAN Sri Rais Yatim seorang pemimpin yang sangat mementingkan tutur kata yang sopan dan menghormati adad serta adab Melayu yang tinggi Sebagai pemimpin politik berpengaruh sokongan dan gerakan politik beliau sentiasa memberi kesan mendalam B...
Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tuition Teacher Found Dead In Pool Of Blood With Slash Wounds To Neck

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Aid Palestine With Dates Inisiatif Amal

Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko