Mahathir Tidak Akan Puas




Dr. Mahathir bin Mohamad tidak akan puas selagimana Anwar Ibrahim tidak datang dan "membeli" darinya. Itulah tujuan dia mencadangkan Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri, bukan kerana dia mahu Shafie Apdal menjadi PM, tetapi sekadar kejutan untuk menarik Anwar datang kepadanya. Begitu juga pengumuman Mahathir semalam bahawa dia dan cebisan berlima Bersatu serta Warisan menjadi blok bebas dalam Parlimen, satu provokasi disasosiasi untuk memaksa Anwar kembali memikir pilihan rekonsilasi. Harus diingat, Mahathir akan berterusan begini selagimana dia melihat kesatuan Pakatan Harapan kukuh, selagimana PH kukuh, selagi itulah dia perlu "menjual" kepada Anwar, selagimana PH kukuh selagi itulah dia perlu Anwar "membeli" darinya, Mahathir akan berhenti bila Anwar akhirnya keseorangan. Namun, bukan itu sahaja kerja buat Mahathir pada masa ini, baca tulisan-tulisannya! Mahathir mendayung ke depan, tetapi menguis di tepi. Mahathir menulis mengkritik keluarga rumah di seberang jalan yang pengotor, tetapi tiba-tiba boleh pula dalam tulisan yang sama dia selit kisah anak jiran sebelah yang pandai matematik. Anda faham? Kalau tidak, bacalah tulisannya berkali-kali...

Kebelakangan ini saya melihat beberapa pimpinan DAP mula menyuarakan sokongan terbuka kepada Mahathir, antaranya Liew Chin Tong dan Hannah Yeoh. Apa yang sama dari tulisan-tulisan ini ialah kekaguman mereka akan kebijaksanaan Mahathir. Saya beritahu beginilah, saya sudah tahu tentang "kebijaksanaan" Mahathir ini sejak puluhan tahun dahulu, sejak saya masih belajar, sejak dia masih menjadi Perdana Menteri Ke-4. Kerana "kebijaksanaan"nyalah sampai hari ini, di benak kepala orang-orang Melayu, khususnya penyokong dan bekas penyokong Umno, orang-orang DAP dikenal sebagai Cina Bukit. Saya tahu sangat akan kecerdikan luar biasanya, tetapi dari remaja saya tidak pernah mahu mengagungkannya. Kenapa? Sebab bila seorang Machiavellian diakui sangat pintar, dia sepatutnya dibimbangi, diragui dan dicurigai, apalagi bila melibatkan percaturan kuasa politik negara. Mahathir seorang Machiavellian yang sangat obses dengan kecerdikannya sendiri. Memang seperti kata Hannah Yeoh, berbicara dengan orang seperti Mahathir, sepertinya kita merasa dia ikhlas untuk berkhidmat dan membaiki negara. Tetapi kata-kata itu terbit dari obsesi tadi, obses akan kecerdikannya sendiri, itu landasan Mahathir. Mahathir sendiri mungkin merasa dia ikhlas mahu membaiki negara, tetapi ia lahir dari obsesi akan kecerdikannya, lahir dari kesombongan akan kebijaksanaannya, maka dia merasa tiada orang lain yang layak dan mampu melainkan dia. Kerana dia seorang Machiavellian, lalu jika ada yang mencabar "kelayakan" dan "kebijaksanaan"nya, sudah tentu orang itu akan cuba dibenam dan disisih dengan apa jua cara, cara betul atau salah, semua halal baginya, wa'ima ke tahap jahat dan zalim, sekali lagi kerana dia seorang Machiavellian tegar yang tersangat pintar.

"Sebahaya mana musuh yang dilawan, bahaya lagi kecurigaan dalam kawanan"

Zukri Aksah
Ketua Komunikasi Nasional
GERAK98

#akukeadilan #kamikeadilan #neoreformia #lawantetaplawan #keadilan21tahun #dsai4pm #reformasi98 #gerakanreformasi98 #GERAK98
Dr Wan Azizah Wan Ismail Mohamad Ezam Nor
Parti Keadilan Rakyat Democratic Action Party (DAP) Malaysia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/07/mahathir-tidak-akan-puas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahathir Anwar Orang Tua Berebut Kuasa Kata Syed Saddiq

Mahathir Anwar Orang Tua Berebut Kuasa Kata Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 599 hits
Umum mengetahui bahawa kini yang berebut kuasa di Malaysia secara jelas dan nyata hanyalah Mahathir dan Anwar Dan apa yang diciap Syed Saddiq ini hanya boleh dirujuk kepada mereka saja Berikut adalah artikel dari Awani Perlu lebih ramai bel...
Pencalonan Shafie Permainan Tun Mahathir Kata Pemuda Pakatan Harapan Sabah

Pencalonan Shafie Permainan Tun Mahathir Kata Pemuda Pakatan Harapan Sabah

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 417 hits
Pengumuman Datuk Seri Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan Plus oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sebagai satu taktik pecah dan perintah yang sudah menjadi kebiasaan bagi bekas perdana menteri itu Setiausaha Pemuda ...
Shafie As Pm Is Mahathir S Fantasy Says Sarawak Minister

Shafie As Pm Is Mahathir S Fantasy Says Sarawak Minister

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 556 hits
A Sarawak minister has cast doubt on whether Amanah and DAP would allow themselves to be dragged into Dr Mahathir Mohamad s fantasy of Warisan president Shafie Apdal being the opposition choice to be the next prime minister Abdul Karim Rahm...
Yoursay But Mahathir Why Mukhriz As Dpm Candidate

Yoursay But Mahathir Why Mukhriz As Dpm Candidate

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 292 hits
YOURSAY Two partners with a total of 13 MPs to take PM and DPM posts Bright Morning Star This wily old fox said everyone has unanimously agreed to the proposal that Warisan leader Shafie Apdal be nominated as the PM candidate but then DAP a...
Mahathir Tiada Kuasa Tentukan Siapa Bakal Perdana Menteri Timbalan Perdana Menteri

Mahathir Tiada Kuasa Tentukan Siapa Bakal Perdana Menteri Timbalan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 921 hits
June 29 2020KUCHING Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad tidak ada kuasa untuk memutuskan siapa yang layak menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Ini susulan cadangan terbaharu bekas Perdana Menteri itu yang mahukan ...
Kerjasama Dengan Mahathir Pun Patut Dihentikan

Kerjasama Dengan Mahathir Pun Patut Dihentikan

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 168 hits
Saya ada baca kenyataan media dari Amanah dan Dap yang tidak setuju ada rundingan dengan Muhyidin Azmin atau Hamzah Cuma saya mahu tambah kerjasama dgn Mahathir pun patut tak boleh dah sbb dia dah jelaskan tak mahu kjasama dgn Anwar pngerus...
Kenapa Dap Amanah Tidak Bising Seperti Azmin Yang Direstui Mahathir

Kenapa Dap Amanah Tidak Bising Seperti Azmin Yang Direstui Mahathir

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 283 hits
Tindakan DAP dan Amanah menolak sebarang bentuk kerjasama dengan tiga pemimpin yang disifatkan dalang dalam Langkah Sheraton pada asasnya adalah sesuatu yang wajar dan munasabah Dalam kenyataan bersama yang diwakili oleh Salahuddin Ayub dan...
Mahathir Suffers From Inferiority Complex

Mahathir Suffers From Inferiority Complex

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 275 hits
Mahathir still does not understand that you need many generations of roots to join the ranks of the Malay elite People like Tun Musa Hitam Tun Ghafar Baba and Anwar Ibrahim all became deputy prime ministers Tengku Razaleigh Hamzah a k a Ku ...
Ismail Sabri Kalau Bn Menang Di Chini Isyarat Rakyat Tolak Mahathir

Ismail Sabri Kalau Bn Menang Di Chini Isyarat Rakyat Tolak Mahathir

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 434 hits
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri berkata pengundi harus memastikan calon Bebas Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin kalah pada Pilihan Raya Kecil DUN Chini Ujar beliau ini bagi memastikan Tun Mahathir tidak mempunyai harapan untuk me...
Majlis Resepsi Perkahwinan Juita Dan Faiq Di Hotel Concorde Shah Alam

This Royal Enfield Continental Gt Caf Racer Is A Sand Cast Masterpiece

Lirik Lagu Akhiruzzaman Arora

Sentuhan Sulung Gattuso Beri Itali Kemenangan Besar

Bapa Mangsa Lemas Pinjam Rm752 Sebelum Tragedi Bilik Mayat Hpd Sunyi Tanpa Waris

Beli Luggage Online Murah Di Traveller Universal

Hiburan Marissa Dania Ambil Tindakan Undang Undang Bila Dah Sampai Masa Tiada Siapa Akan Tolong Awak

Inflasi Makan Nilai Duit Tukar Kepada Emas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Best Water Park At Selangor Splashmania Gamuda Cove

Netizen Persoal Kenapa Nedim Nazri Masih Belum Padam Foto Free Hair Nora Danish Dia Dah Berhijab Kan

Pakar Patologi Inkues Zara Buat Repot Polis Kerana Diancam Warganet

Ucapan Muhyiddin Diganggu Suasana Himpunan Bersatu Bertukar Kecoh

Peserta Acara Kayuhan Maut Kemalangan Dengan Kereta Di Langkawi

700 Hari Serangan Israel Musnahkan 90 Peratus Gaza Kerugian Us 68 Bilion