Mahathir Tak Yakin Boleh Menang Undi Percaya




Oleh: ISHAM JALIL
PERDANA Menteri Dr. Mahathir tidak lagi mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat.
Banyak perkara yang signifikan telah berlaku dan berubah sejak PH menang Pilihanraya Umum ke-14 dan sejak Mahathir diangkat menjadi Perdana Menteri pada 9 Mei 2018.
Setakat hari ini jika diadakan undian di kalangan Ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat, besar kemungkinan Mahathir tidak akan mendapat 112 undi iaitu majoriti untuk kekal sebagai Perdana Menteri.
Ini kerana kini Ahli-ahli Parlimen Kerajaan (PH) tidak lagi sebulat suara menyokong Mahathir, dan Ahli-ahli Parlimen Pembangkang pula berbelah bahagi untuk menyokongnya.
Mengikut Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan, “Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik…Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu”.
Berdasarkan peruntukan ini, seseorang Ahli Parlimen yang tidak mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat tidak boleh menjadi Perdana Menteri (atau tidak boleh kekal menjadi Perdana Menteri).
Mahathir tentunya tahu akan hal-hal di atas ini.
Oleh itu dalam keadaan ini, Mahathir mempunyai tiga pilihan:
PERTAMA, dia mengundur diri dari jawatan Perdana Menteri secara sukarela, atau,
KEDUA, dia membuktikan dan meyakinkan kepada rakyat dan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong bahawa dia (Mahathir) masih mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat lantas berhak kekal sebagai Perdana Menteri.
Ini boleh dilakukan termasuk dengan mengadakan petisyen atau undi percaya kepadanya di Dewan Rakyat seperti yang dicadangkan oleh PAS.
KETIGA, jika Mahathir tidak yakin dia boleh mendapat 112 undi percaya di Dewan Rakyat, maka dia tidak akan membenarkan usul undi percaya ini dibentangkan, dan besar kemungkinan Speaker Dewan Rakyat akan akur dengan kemahuan Mahathir ini.
Berdasarkan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, sesuatu usul yang hendak dibahaskan tidak boleh mendahului usul-usul urusan kerajaan.
Oleh itu kemungkinannya amatlah rendah untuk usul-usul peribadi atau usul politik seperti undi percaya atau tidak percaya seperti di atas untuk dibentang dan dibahaskan di Dewan Rakyat, lebih-lebih lagi jika Perdana Menteri tidak bersetuju.
Menteri-menteri yang menyokong Perdana Menteri dan Speaker Dewan Rakyat akan memenuhkan masa Dewan Rakyat membentangkan urusan-urusan kerajaan sehingga Dewan tidak ada masa untuk membentang dan membahas usul undi percaya atau tidak percaya tersebut.
Saya yakin Mahathir tidak akan membenarkan usul undi percaya ini dibentang di Dewan Rakyat apabila Parlimen bersidang pada bulan hadapan sebab dia tidak yakin dia mempunyai cukup sokongan daripada Ahli-ahli Parlimen, dan dia takut kalah.
Oleh itu, daripada mengambil risiko kalah dan ditolak, Mahathir boleh berdegil dan tidak berbuat apa-apa i.e. tidak melepaskan jawatan dan juga tidak membenarkan undi percaya dibuat, namun dia terus berpaut kepada kerusi Perdana Menteri walaupun dia tahu dia tidak lagi mendapat sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen.
Sekiranya ini berlaku, ia menunjukkan isyarat yang jelas bahawa Mahathir sendiri tidak yakin tentang tahap sokongan majoriti ke atas dirinya.
Dan perkara yang sama juga akan berlaku kepada Anwar Ibrahim yang juga tidak mempunyai sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat.
Oleh itu kedua-duanya tidak mempunyai asas yang kuat untuk menjadi Perdana Menteri, sebab mereka tidak boleh membuktikan kepada rakyat lantas meyakinkan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong bahawa salah seorang daripada mereka mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen.
Dan jika Mahathir dan Anwar pun gagal, tentunya sesiapapun di kalangan Ahli-ahli Parlimen Kerajaan yang dipilih oleh Majlis Presiden PH tidak akan mendapat sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen Dewan Rakyat untuk menjadi Perdana Menteri.
Selagi ini berlaku, selagi itu wakil-wakil rakyat terutama Ahli-ahli Parlimen akan sibuk berpolitik sahaja dan berunding di bawah meja dan di belakang pintu serta tidak ada masa untuk mentadbir negara, di kala keadaan ekonomi dan sosial negara sedang menghadapi masa yang getir.
Ini amat tidak baik untuk rakyat dan negara.
Sebab itu langkah yang terbaik untuk menyelesaikan kemelut ini ialah pembubaran Parlimen supaya kerajaan dan Perdana Menteri yang baru dapat dipilih semula oleh rakyat.SM




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/02/12/mahathir-tak-yakin-boleh-menang-undi-percaya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Mungkin Sokong Usul Undi Percaya Mahathir Kata Tok Mat

Umno Mungkin Sokong Usul Undi Percaya Mahathir Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 392 hits
Umno tidak menolak kemungkinan menyokong usul undi percaya kepimpinan Dr Mahathir Mohamad yang akan dibawakan PAS ke Dewan Rakyat bulan depan sekiranya ia memberi manfaat kepada rakyat Bagaimanapun Timbalan Presidennya Mohamad Hasan berkata...
Usul Undi Percaya Kepada Mahathir Tindakan Nodai Konsensus Peralihan Kuasa

Usul Undi Percaya Kepada Mahathir Tindakan Nodai Konsensus Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 366 hits
Sama ada usul undi percaya kepada Perdana Menteri benar benar akan berlaku atau cuma sekadar spekulasi tetapi itulah yang menjadi perbualan hangat di arena politik negara kebelakangan ini Dikatakan usul tersebut akan dibentangkan dalam sesi...
Usul Undi Percaya Pas Komponen Ph Juga Perlu Sokong Mahathir Kata Penganalisis

Usul Undi Percaya Pas Komponen Ph Juga Perlu Sokong Mahathir Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 469 hits
Pengisytiharan Pas yang akan menyokong kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melalui usul undi percaya di Dewan Rakyat wajar dilihat sebagai peringatan agar kesemua anggota dewan untuk terus menyokong pentadbiran beliau Malah d...
Benarkah Zahid Diberi Hingga 7 February Untuk Undi Percaya Pada Mahathir Dan Pembentukan Kerajaan Pintu Belakang

Benarkah Zahid Diberi Hingga 7 February Untuk Undi Percaya Pada Mahathir Dan Pembentukan Kerajaan Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 382 hits
Selain usul undi percaya kepada Tun Mahathir Mohamad bagi tujuan mengekalkannya sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal isu lain yang turut menjadi bualan hangat ketika ini ialah pembentukan kerajaan baru yang menggabungkan Bersatu P...
Ph Boleh Segerakan Pecat Tun Jika Enggan Serah Kuasa Pada Anwar Atau Buat Usul Undi Tidak Percaya Di Parlimen

Ph Boleh Segerakan Pecat Tun Jika Enggan Serah Kuasa Pada Anwar Atau Buat Usul Undi Tidak Percaya Di Parlimen

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 612 hits
Isu peralihan kuasa isu PPSMI isu Azmin dan banyak lagi isu yang berkaitan Tun boleh dijadikan alasan kepada PH untuk tendang keluar BERSATU sekaligus pecat Tun Anwar boleh jadi PM Lim Kit Siang Timbalan Perdana Menteri Kalau setakat desak ...
Pas Syaitan Yang Nyata Usul Percaya Boleh Juga Akibatkan Mahathir Hilang Jawatan Pm

Pas Syaitan Yang Nyata Usul Percaya Boleh Juga Akibatkan Mahathir Hilang Jawatan Pm

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 553 hits
Selepas gagal mahu menumbangkan PH melalui hasrat menubuhkan kerajaan baru Pakatan Nasional bersama UMNO dan Bersatu Pas nampaknya terus berusaha untuk menggugat keharmonian PH Kali ini parti itu bercadang pula mahu mengemukakan usul percay...
Undi Percaya Pas Terhadap Mahathir Sama Seperti Undi Tidak Percaya

Undi Percaya Pas Terhadap Mahathir Sama Seperti Undi Tidak Percaya

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 360 hits
PAS akan bentang usul undi percaya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad di Parlimen Implikasinya atau kesannya sangat luas dan sekiranya undi percaya ini gagal maka ia akan dianggap sebagai undi tidak percaya
Sakit Otak Fikir Undi Percaya

Sakit Otak Fikir Undi Percaya

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 330 hits
Dr Zulqarnain Lukman Sememangnya otak saya jadi celaru sikit bila baca berita ini Nak buat usul percaya kepada Perdana Menteri dalam Dewan Rakyat Sepanjang ingatan saya belum pernah lagi dibuat dalam mana mana negara komanwel wakil rakyat p...
Undi Percaya Hentikan Perebutan Kuasa

Undi Percaya Hentikan Perebutan Kuasa

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 318 hits
Undi Percaya Hentikan Perebutan Kuasa1 Dewan Muslimat PAS Malaysia bersetuju sekiranya Usul Undi Percaya dibawa dalam sidang parlimen oleh mana mana ahli parlimen bagi memberi signal jelas kepada rakyat sejauh manakah sokongan yang diperole...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Yugi Cats Cafe Kota Damansara

Karnival Kaya Dengan Emas 2025

Galeri Public Gold

Lirik Lagu F Nyanyian Floor 88

Generasi Perfect 10 Angkat Kisah Tekanan Dan Pencarian Identiti Anak Muda

Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal