Mahathir Sudah Mainkan Orang Umno Sejak Tahun 60 An Lagi


Home/Politik


DATUK Nur Jazlan Mohamed percaya tindak tanduk Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mencetuskan cacamarba dalam Pakatan Harapan (PH) seterusnya kemelut politik negara hari ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana bekas Perdana Menteri itu sendiri pernah ‘memainkan’ orang UMNO termasuk ‘memperlecehkan’ pejuang kemerdekaan sejak tahun 60-an lagi.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu mendakwa, tindak tanduk bekas Perdana Menteri ketujuh dan keempat itu berkisar bab tersebut sudah bermula pada tahun 60-an, memasuki 70-an dan seterusnya 80-an.

“Dia (Dr. Mahathir) jemput Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) masuk UMNO dengan angkatannya (ABIM) untuk tarik orang muda menolak Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) yang mendapat sokongan orang muda dalam UMNO ketika itu.

“Selepas itu dia menggunakan Musa (Tun Musa Hitam) yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk menolak Ku Li dalam Kabinet.

“Selepas Ku Li dengan Musa bergabung untuk melawan dia, Mahathir menggunakan Anwar untuk menolak kedua-dua tokoh ini supaya dia selamat di puncak kepimpinan UMNO

“Suatu ketika apabila dia tak berjaya sepenuhnya, dia terpaksa membiarkan UMNO diharamkan (1988) dan buang banyak pejuang kemerdekaan dari parti. Dan pada waktu yang sama, menggunakan Amanah Raya untuk mengambil aset UMNO selepas UMNO diharamkan.

“Ini semua cerita tahun 60-an, 70-an dan 80-an…30 tahun. Dr. Mahathir dah `mainkan’ orang UMNO sejak tahun 60-an dulu.

“Pejuang kemerdekaan macam Tun Razak masih bagi dia peluang untuk benarkan dia masuk balik UMNO tahun 1972 walaupun dia dipecat oleh Tunku (Tunku Abdul Rahman) dan menjadi ancaman kepada Tun Razak sendiri pasal beri dia peluang. Kalau tidak, dia tak dapat jadi menteri dan bertanding Naib Presiden UMNO dan akhirnya naik ke atas,” kata Nur Jazlan kepada SUARA MERDEKA, baru-baru ini.

Beliau mengulas tindak tanduk Dr. Mahathir yang kini menjadikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai sasarannya untuk kembali berkuasa melalui usaha mengemukakan usul undi tidak percaya.

Ramai pemerhati melihat punca kerajaan Pakatan Harapan berpecah belah dan cuma mampu bertahan selama 22 bulan sejak Mei ‪2018 disebabkan kerenah Dr.‬ Mahathir yang tidak terduga terutama meletak jawatan Perdana Menteri Februari lalu.

Malah impian Anwar yang juga Presiden PKR untuk menjadi Perdana Menteri dilenyapkan begitu sahaja oleh Dr Matathir walaupun berjanji berulang kali mahu merealisasikan perkara itu.

Dakwa Nur Jazlan, Dr Mahathir naik dalam politik disebabkan generasi pemimpin UMNO pejuang kemerdekaan memberikannya peluang dalam usia muda untuk ke hadapan kerana beliau seorang doktor dan terpelajar ketika itu

“Tapi lepas itu dia tahu dia kena pakai Anwar dan ABIM nya (Anwar) untuk masuk UMNO dan tolak barisan pejuang kemerdekaan ini yang nampak tembelang dan perangai pentingkan dirinya dulu sebelum parti

“Sebab tu dia kena guna Anwar untuk tolak Ku Li dengan Musa yang muda 10 tahun darinya yang menjadi pilihan popular berbanding pejuang kemerdekaan yang mengancamnya,” dakwa Nur Jazlan lagi

Berikutan rusuhan kaum 13 Mei 1969, Dr Mahathir menulis sepucuk surat yang pedas kepada Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, mengkritik beliau kerana pendekatan ekonominya yang lembut atau ‘laissez-faire’ didakwa mengetepikan orang Melayu daripada menikmati hasil pembangunan negara disebabkan dominasi kaum Cina

Oleh kerana surat itu, beliau dipecat daripada UMNO dan sewaktu dalam `belantara politik’, Dr. Mahathir meneruskan amalan perubatan beliau di bidang swasta dan pemikirannya mengenai nasib orang Melayu ditulis ke dalam buku “Dilema Melayu”

Buku ini diterbitkan di Singapura dan dilarang masuk oleh kerajaan ke Tanah Melayu

Tunku Abdul Rahman meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada September 1970 dan Tun Abdul Razak Hussein mengambil alih
Pada ‪1972, permohonan Dr‬. Mahathir untuk menyertai semula UMNO diketuai Tun Abdul Razak telah diterima dan beliau dilantik sebagai Senator pada 1973 serta ahli mahkamah universiti dan Majlis Universiti Malaya

Pada tahun berikutnya, beliau memenangi kerusi Kubang Pasu tanpa bertanding pada PRU tahun berkenaan sebelum dilantik sebagai Menteri Pendidikan dan menutup Klinik Maha di Alor Setar

Pada 1976, Dr. Mahathir dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dua tahun kemudian, beliau mengambil alih jawatan Menteri Perdagangan dan Industri di mana beliau memimpin beberapa misi mempromosi pelaburan
Dalam UMNO ketika itu, Dr. Mahathir adalah Naib Presiden nombor tiga apabila dilantik oleh Tun Hussein sebagai Timbalan Perdana Menteri berikutan kematian Tun Razak. Walhal pada ketika itu, Naib Presiden UMNO paling kanan ialah Ghafar Baba, diikuti Razaleigh

Pada 1981, setelah Tun Hussein Onn meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ketiga atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri keempat Malaysia

Di bawah kepemimpinannya, Malaysia berubah dari sebuah negara pertanian kepada negara perindustrian moden. – SM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/06/mahathir-sudah-mainkan-orang-umno-sejak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cuma Satu Lesen Arak Ditambah Di Kelantan Sejak 5 Tahun Lalu

Cuma Satu Lesen Arak Ditambah Di Kelantan Sejak 5 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 306 hits
Syarat ketat dan peraturan tegas pengeluaran lesen penjualan arak oleh kerajaan negeri menjadi faktor utama minuman keras di Kelantan tidak berleluasa selain faktor peratusan jumlah penduduk bukan Islam yang sedikit berbanding kapasiti pend...
Mahathir Saya Ingat Hidup Sampai Umur 75 Tahun Sahaja

Mahathir Saya Ingat Hidup Sampai Umur 75 Tahun Sahaja

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 659 hits
Dr M fikir usia 75 tahun sudah cukup buatnya Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menyangkakan beliau hanya dapat hidup sehingga usia 75 tahun tetapi bersyukur apabila diberikan rezeki usia yang lebih lama Pemimpin yang akan menyambut ...
Umno Wanted Mahathir To Remain As Pm Says Zahid

Umno Wanted Mahathir To Remain As Pm Says Zahid

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 260 hits
PETALING JAYA Umno wanted Tun Dr Mahathir Mohamad to remain as prime minister under a new coalition and not Pakatan Harapan during the political crisis in February says party president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi The party then decided to...
Kejayaan Umno Selama 61 Tahun

Kejayaan Umno Selama 61 Tahun

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 253 hits
KEJAYAAN UMNO MEMERINTAH 1 Berjaya lahirkan lebeh 250 000 Anak Melayu Penagih Dadah 2 Berjaya lahirkan beratus ribu Mat Rempit khasnya dibandar bandar dan dikawasan Felda 3 Berjaya lahirkan anak Melayu gang Bohsia Bohjan Pengkid Betina Sund...
Dr Mahathir S Wawasan 1970 Kicked Out From Umno 2020 Kicked Out From Ppbm

Dr Mahathir S Wawasan 1970 Kicked Out From Umno 2020 Kicked Out From Ppbm

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 295 hits
SIX days ago on 23rd May 2020 I posted this Now Dr Mahathir has been kicked out again from his own political party Here is CNA with a 31 second video that says it all And here is the New Straits Times Dr Mahathir 4 other PPBM sacked from pa...
Pokok Gajus Terbesar Di Dunia Tumbesar Sejak 130 Tahun Yang Lalu Dahannya Meliputi Keluasan Dua Ekar Persegi

Pokok Gajus Terbesar Di Dunia Tumbesar Sejak 130 Tahun Yang Lalu Dahannya Meliputi Keluasan Dua Ekar Persegi

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 1063 hits
Sebatang pokok gajus yang telah tumbuh sejak 1000 tahun lalu direkodkan sebagai pokok terbesar di dunia oleh Guinness World Records dimana dahan dahan pokok gajus ini memenuhi keluasan kawasan seluas dua ekar atau 8 500 meter persegi Ia men...
Bengang Pernah Kena Kencing Dengan Kucing Suami Ceraikan Isterinya Yang Tidak Henti Kutip Kucing Sejak Tahun 1997

Bengang Pernah Kena Kencing Dengan Kucing Suami Ceraikan Isterinya Yang Tidak Henti Kutip Kucing Sejak Tahun 1997

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 348 hits
Seorang lelaki berusia 70 taun di Singapura dilaporkan telah menceraikan isterinya kerana sikap obsesnya terhadap kucing Mereka telah berkahwin pada bulan Mei 1975 Mereka telah dikurniakan 3 orang nak dan tinggal bersama di rumah teres dua ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui