Bengang Pernah Kena Kencing Dengan Kucing Suami Ceraikan Isterinya Yang Tidak Henti Kutip Kucing Sejak Tahun 1997
Seorang lelaki berusia 70 taun di Singapura dilaporkan telah menceraikan isterinya kerana sikap obsesnya terhadap kucing. Mereka telah berkahwin pada bulan Mei 1975. Mereka telah dikurniakan 3 orang nak dan tinggal bersama di rumah teres dua tingkat, yang akhirnya menjadi rumah perkahwinan mereka. Namun, mereka tidak tinggal bersama sejak tahun 2006.
Apa yang mengejutkan, Hakim Seikh memutuskan untuk mereka berpisah selepas mendengar hujah dari kedua -dua belah pihak. Alasan penceraian mereka adalah kerana koleksi kucing isterinya itu sangat mengganggu. Isterinya telah membiarkan kucing-kucingnya berkeliaran bebas dan kucing-kucing tersebut membuang air kecil dan air besar merata-rata kerana tidak dilatih menggunakan tandas.
Disebabkan itu, bau najis dan air kencing kucing telah mendapat rungutan dari jiran. Kemudian, pihak berkuasa telah datang dan turut memberi amaran kepada isterinya. Tetapi, dia tidak mengendahkan amaran tersebut malah menambah lagi koleksi kucingnya.
Dia mula obses mengumpul kucing pada tahun 1997. Keinginan mengumpul kucing itu muncul selepas si isteri telah bermimpi arwah ibunya yang memintanya untuk berbuat baik dengan kucing. Oleh sebab itu, dia sangat percaya bahawa jika dia melakukannya pasti keluarganya akan tenang di sana.
Dalam pada itu, suaminya telah meminta dia untuk memelihara kucing-kucing tersebut di tempat lain. Namun, dia enggan dan mengumpulkan kucing-kucingnya di rumah mereka. Si suami mengatakan dia sudah tidak dapat tidur di atas katilnya kerana sudah dicemari oleh kucing dan dia memilih untuk tidur di atas tikar di lantai kerana di situ tempat yang masih belum di cemari kucing.
Namun, pada tahun 2006, salah satu kucing telah membuang air kecil ketika si suami sedang tidur di atas tikar itu. Kerana tidak sanggup lagi menahan si suami telah meninggalkan rumah mereka dan tinggal bersama abang iparnya. Sejak dari itu mereka sudah tidak saling berhubung.
Sepanjang si isteri memelihara kucing-kucing di rumah mereka. Suaminya mengakui bahawa isterinya telah mengambil wang pencen tanpa persetujuannya.
Menurut laporan media yang telah dibuat oleh si suami. Mereka mempunyai pembantu untuk menjaga kucing-kucing tersebut di rumah mereka dan juga rumah sewa mereka di Johor Bahru. Tetapi, isterinya telah menuduh pembantu itu membunuh 40 ekor kucing miliknya.
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap isterinya kerana kucing dan dia kemudian dinyatakan telah muflis kerana hutang. Suaminya berpendapat bahawa inilah sebab mengapa isterinya mempertikaikan penceraian mereka. Isterinya berbuat demikian untuk mengelak daripada memberi perakuan kepada pegawai rasmi bahagian rumah mereka.
Hakim Seikh telah mendakwa perkahwinan itu terputus hubungan disebabkan oleh kelakuan si isteri dan mereka telah berpisah selama 15 tahun. Tambahan pula, si suami telah berjaya membuktikan kes. Perkahwinan mereka tidak dapat diselamatkan kerana tingkah laku isterinya dan telah empat tahun mereka tidak duduk bersama. Kerana tidak mempunyai anak kecil menjadi alasan yang kukuh untuk meneruskan penceraian.
Sumber: mothership.sg
The post Bengang Pernah Kena Kencing Dengan Kucing, Suami Ceraikan Isterinya Yang Tidak Henti Kutip Kucing Sejak Tahun 1997 appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/06/02/bengang-pernah-kena-kencing-dengan-kucing-suami-ceraikan-isterinya-yang-tidak-henti-kutip-kucing-sejak-tahun-1997/