Mahathir Sangkal Cemuhan Kata Prestasi Kerajaan Ph Pimpinannya Amat Baik


 

KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin beliau mencapai banyak perkara sungguhpun dicemuh oleh pembangkang sebagai kerajaan bukan Melayu.
Beliau turut menempelak dakwaan Tommy Thomas bahawa beliau gagal menguruskan kerajaan PH dengan ketegasan sama yang dipamerkan beliau semasa menjadi perdana menteri keempat selama 22 tahun.
Mahathir berkata anggapan bekas peguam negara itu tersasar dan PH sebenarnya mencapai banyak perkara, sungguhpun tidak memperolehi majoriti 2/3 pada pilihan raya umum 2019.
“Hanya pembangkang sahaja mengkritik bahawa kerajaan (PH) bukan Melayu, selain daripada itu prestasi kerajaan amat baik,” kata Mahathir.
Mahathir berkata selama 22 tahun menjadi PM bawah Barisan Nasional, “saya boleh bekerja dengan penuh keyakinan, kerana mempunyai sokongan 2/3 Ahli Parlimen.”
Mahathir berkata walaupun tidak mempunyai kelebihan itu apabila kembali menjadi perdana menteri pada 2018 bawah teraju PH, parti komponen PH atau parti yang mesra gabungan itu tidak menghalang kerja beliau.
“Tanpa persetujuan mereka, saya tidak dapat berfungsi, namun mereka tidak menjadi halangan kepada saya,” kata Mahathir.

Dalam buku kontrovesinya “My Story: Justice In Wilderness”, Thomas mendakwa Mahathir gagal menguruskan kerajaan PH dengan ketegasan yang dipamerkan semasa menerajui negara dari 1981 sehingga 2003.
Namun pandangan itu ditolak Mahathir yang mengupas kejayaan kerajaan pimpinan beliau selama 22 bulan sebelum dijatuhkan oleh Muhyiddin Yassin dan penyokongnya yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional.
“Saya dapat melakukan banyak benda. Contohnya, saya mampu menubuhkan kerajaan tanpa berasaskan prestasi parti komponen PH,” kata Mahathir.
“Walaupun DAP mempunyai 42 Ahli Parlimen dan PPBM cuma ada 13, dalam Jemaah Menteri (saya) mereka masing-masing mempunyai enam menteri. Jadi ini mencerminkan perwakilan sama rata dalam Jemaah Menteri.
“Seterusnya saya berjaya memperolehi persetujuan Jemaah Menteri ke atas sebahagian besar tindakan yang perlu saya lakukan. Saya dapat tangani krisis kewangan, hutang (negara), menyingkirkan ahli politik yang menerajui syarikat dan institusi (berkaitan kerajaan),” tambah beliau.
Mahathir berkata beliau juga memastikan pegawai kanan awam yang terbabit dalam rasuah berundur.
“Saya dapat melakukan penyesuaian yang perlu untuk memastikan saya mempunyai sokongan sebuah pentadbiran yang mantap,” kata Mahathir.
Mahathir menyifatkan prestasi kerajaan PH pimpinan beliau Muhyiddin jauh lebih baik berbanding pentadbiran Muhyiddin yang disifatkannya begitu rapuh.
Beliau berkata PH tidak mempunyai masalah kerapuhan sedemikian untuk mentadbir negara, sehinggalah Muhyiddin bertindak mengeluarkan PPBM dari PH, bersama Mohamed Azmin Ali dan penyokongnya dalam PKR. FMT

The post Mahathir Sangkal Cemuhan kata Prestasi Kerajaan PH Pimpinannya ‘Amat baik’ appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/05/mahathir-sangkal-cemuhan-kata-prestasi-kerajaan-ph-pimpinannya-amat-baik/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=mahathir-sangkal-cemuhan-kata-prestasi-kerajaa

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Microsoft Edge Dikemaskini Dengan Sokongan Tema Dan Prestasi Serta Privasi Yang Lebih Baik

Microsoft Edge Dikemaskini Dengan Sokongan Tema Dan Prestasi Serta Privasi Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 225 hits
Pelayar web terbaru Microsoft adalah Microsoft Edge iaitu pengganti kepada Internet Explorer Versi yang terkini dibina berasaskan Chromium tetapi ciri dan fungsi diusahakan sendiri oleh Microsoft Edge juga pernah menjadi pelayar web kedua p...
Menteri Balik Luar Negeri Tak Perlu Kuarantin 10 Hari Kata Warta Kerajaan

Menteri Balik Luar Negeri Tak Perlu Kuarantin 10 Hari Kata Warta Kerajaan

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 257 hits
Menteri balik luar negeri tak perlu kuarantin 10 hari kata warta kerajaan Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 8 Fe
Macai Masih Kata Kerajaan Tak Salah

Macai Masih Kata Kerajaan Tak Salah

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 296 hits
ZUS DIN Yang ni yang aku marah Macai macai ni sampai tahap tu nak pertahankan MO1 walau dia dah mengaku 1MDB ada masalah pengurusan Berlapiklah tu ego taknak mengaku yang 1MDB tu mcm SIAL Kerajaan tak salah kata macai Hanya pengurusan syari...
Ph Jatuh Sebab Pilih Anwar Jadi Pm Kata Dr Mahathir

Ph Jatuh Sebab Pilih Anwar Jadi Pm Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 283 hits
SHAH ALAM Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan tindakan beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri menjadi punca kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan Sebaliknya beliau berkata PH jatuh kerana memilih Presiden Parti Kead...
Jangan Mimpi Nak Jadi Pm Lagi Kata Adun Dap Kepada Mahathir

Jangan Mimpi Nak Jadi Pm Lagi Kata Adun Dap Kepada Mahathir

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 246 hits
January 26 2021 DR Mahathir Mohamad patut berhenti bermimpi untuk jadi perdana menteri kali ketiga dan jangan kacau Presiden PKR Anwar Ibrahim kata Adun Sekinchan Ng Suee Lim Naib pengerusi DAP Selangor berkata walaupun parti itu berkongsi ...
Fdi Jatuh Salah Kerajaan Henti Jadikan Covid 19 Alasan Kata Anwar

Fdi Jatuh Salah Kerajaan Henti Jadikan Covid 19 Alasan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 261 hits
FDI jatuh salah kerajaan henti jadikan Covid 19 alasan kata Anwar January 27 2021 Anwar Ibrahim berkata ketidakstabilan politik ialah faktor utama pelabur asing memilih negara lain berbanding Malaysia PETALING JAYA Ketua Pembangkang Anwar I...
Kerajaan Tidak Berkompromi Dengan Pelaku Rasuah Kata Pm Selepas Cpi Jatuh

Kerajaan Tidak Berkompromi Dengan Pelaku Rasuah Kata Pm Selepas Cpi Jatuh

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 172 hits
KERAJAAN tidak pernah dan tidak akan berkompormi dengan mana mana pelaku rasuah Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin tindakan tegas terhadap pelaku rasuah akan diambil mengikut prinsip kedaulatan undang undang Perkara itu d...
Setiakawan Ph Putus Jika Amanah Benar Parti Mahathir Guna Logo Kata Penyokong Anwar

Setiakawan Ph Putus Jika Amanah Benar Parti Mahathir Guna Logo Kata Penyokong Anwar

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 297 hits
freemalaysiatoday com January 29 2021 8 51 AMKumpulan penyokong Anwar Ibrahim Otai Reformis berkata langkah Amanah menggunakan logo sendiri bersama Pejuang akan merugikan PH kerana bakal kehilangan 15 20 kerusi yang dimenangi parti itu dala...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin