Mahathir Pm Kali Ke Tiga Malapetaka Buat Malaysia


 
Sebetulnya saya sudah agak malas untuk menulis berkenaan Tun Mahathir Mohamad kerana bagi saya, beliau sudah patut disejarahkan dan tidak perlu lagi untuk terus diperkatakan.
Untuk itu, bagi saya, tidak relevan lagi untuk saya menulis berkenaan dengannya.
Tetapi, setiap kali Tun Mahathir bersuara, ramai kawan-kawan terus meminta saya menulis dan memberi pandangannya tentang apa yang diperkatakannya sebagaimana saya kerap menulis mengenai beliau sebelum ini.
Tidak sedikit sebenarnya, setelah hilang kuasa, Tun Mahathir terus menceceh mengenai politik, tentang Muhyiddin Yassin, Anwar Ibrahim, Najib Razak dan pelbagai lagi.
Kepada saya, berikutan dirinya sudah tidak penting dan perlu dilupakan, tindakan Tun Mahathir berterusan menampilkan dirinya bersuara hanyalah untuk menarik perhatian umum agar dirinya tidak diabaikan begitu saja.
Hanya Najib yang kerap membalas balik apa yang diperkatakan Tun Mahathir terhadapnya, sebaiknya Muhyiddin dan Anwar hanya buat tak tahu saja cecehan orang tua itu.
Mengabai dan tidak nemperdulikan Tun Mahathir adalah pilihan yang wajar sebenarnya, bukan saja untuk saya tetapi juga bagi sesiapa yang mahu memastikan negara ini terus bergerak ke hadapan tanpa dibayangi awan hitam yang kelam.
Berikutan banyak kerosakan dan semua kemelut politik yang berlaku tidak henti-henti selepas beliau bersara pada 2003 dahulu dan berterusan sehingga kini pun disebabkan oleh permainan politiknya, apakah kita mahu negara ini terus tidak aman kerananya?
Lagi pula, ketika beliau masih memegang jawatan PM7 dahulu dan ketika itu saya mula mengesan kemungkinan janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim mahu dimungkiri dan dikhianati, saya adalah yang paling awal menghentam, mengkritiknya dan menggesanya mematuhi janji.
Malah, saya menghentam dan mengkitik beliau secara berterusan melalui ratusan artikel di blog, media sosial dan juga menerbitkan buku “Anwar PM8 – Janji Yang Mesti Ditepati pada Mei 2019 lalu.
Di peringkat awal, ada rakan-rakan tidak setuju dengan tindakan saya, tetapi apabila kemudian semakin jelas Tun Mahathir memang didapati mahu khianat dan tidak berpegang kepada janjinya, semakin ramai yang turut sama menghentam dan mengkritiknya.
Yang penting, akhirnya semakin ramai sedar Tun Mahathir memang ada niat sejak awal untuk mengkhianati Anwar dan mengkucar-kacirkan PH.
Orang lain, makin tua makin menuju kebaikan, tetapi beliau nampaknya semakin ingin mengisi hari-hari tuanya dengan dendam tak berkesudahan.
Selain itu, kepada saya juga, menulis tentang Tun Mahathir yang sudah tiada kuasa tidak lagi menimbulkan keghairahan apa-apa.
Dulu, saya ghairah menulis tentang Tun Mahathir kerana beliau adalah Perdana Menteri, begitu juga sebelumnya, saya ghairah menulis beribu artikel dalam blog, termasuk enam buah buku tentang Najib, adalah kerana beliau merupakan Perdana Menteri.
Setelah Najib hilang kuasa, saya jarang-jarang menulis tentangnya atau berkaitan skandal 1MDB.
Sekarang, menulis tentang Muhyiddin lebih memberi keghairahan, bukan saja kerana beliau adalah Perdana Menteri, tetapi juga disebabkan turut adanya ciri-ciri pengkhianatan dalam dirinya terhadap PH, ditambah lagi dengan kedegilannya untuk terus berpaut pada kuasa walaupun majoriti sudah tiada.
Sama seperti Najib dan Tun Mahathir yang saya banyak menulis sehingga kejatuhan mereka, Muhyiddin juga sebenarnya perlu dijatuhkan sama.
Cuma, sambil memenuhi permintaan kawan-kawan, kali ini saya ingin menulis sedikit tentang Tun Mahathir dan saya harap ini adalah tulisan panjang terakhir saya berkaitan beliau.
Selepas ini, eloklah kita sama-sama lupakan saja beliau.
Apabila timbul cadangan daripada Pejuang, parti yang ditubuhkan oleh Tun Mahathir sendiri agar beliau dikembalikan sekali lagi sebagai Perdana Menteri buat kali ketiga, ini sebenarnya adalah cubaan paling gila yang pernah ada dalam sebuah negara yang merdeka.
Apakah kita tidak ada pemimpin lain sehingga asyik-asyik dia, lepas dia, dia, kemudian dia lagi?
Jika diperhatikan juga, cubaan menonjolkan semula Tun Mahathir ini hanya muncul selepas Anwar mengadap Agong untuk mempersembahkan sokogan majoriti yang dimilikinya yang kemudiian diikuti dengan Tengku Razaleigh turut dipanggil ke Istana Negara.
Selepas terdedah surat Tengku Razaleigh kepada Speaker berkaitan usul tidak percaya kepada Muhyiddin, Tun Mahathir dan semua Ahli Parlimen Pejuang kemudian menulis surat dengan maksud yang sama kepada Azhar Azizan Harun.
Adalah jelas bahawa kemunculan semula dan tiba-tiba Tun Mahathir ini bukan saja untuk menjatuhkan Muhyiddin mellalui usul tidak percayanya, tetapi juga untuk menyekat Anwar dan menghalang kemaraan Tengku Razaleigh daripada menjadi Perdana Menteri.
Anwar adalah sosok yang pernah dipecat oleh Tun Mahathir daripada UMNO kerana dilihat ancaman buatnya, manakala Tengku Razaleigh hampir berjaya menjatuhkannya pada pemilihan 1987 dan kemudian dihalang daripada menyertai UMNO yang dihidupkan semula.
Kedua-duanya adalah dendam lama Tun Mahathir, walaupun beliau pernah berbaik semula dengan mereka demi tujuan politiknya.
Ternampaknya kini Tun Mahathir mahu membunuh tiga mangsa – Muhyiddin, Anwar dan Tengku Razaleigh – dengan hanya membaling satu batu saja.
Walaupun menjatuhkan Muhyiddin adalah keperluan, bahkan dikira wajib kalau diambilkira kenaikannya sebagai Perdana Menteri juga melalui jalan khianat dan majoritinya kini pula sudah tiada, tetapi menjadikan Tun Mahathir sebagai penggantinya adalah suatu malapetaka buat kita semua.
Negara pasti akan berundur laju ke belakang, kacau-bilau serta kecelaruan seperti dilakukannya ketika berkuasa dalam tempoh 22 bulan era PH sebelum ini, besar kemungkinan akan bertambah dahsyat lagi.
Sanggupkah kita memilih celaru dan huru-hara, sedangkan yang diyakini memiliki majoriti dan kemampuannya pula tidak diragui – di peringkat antarabangsa dan dalam negara – sudah pun ada di depan mata?(Shahbudindotcom 21/10/2020)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/mahathir-pm-kali-ke-tiga-malapetaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Menyesal Bekerja Dengan Anda Anda Paling Tak Mampu Selamatkan Malaysia Kata Ramkarpal Kepada Mahathir

Saya Menyesal Bekerja Dengan Anda Anda Paling Tak Mampu Selamatkan Malaysia Kata Ramkarpal Kepada Mahathir

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 234 hits
MAN TOBABETUL JUGA DIA KATA KAN MAHATHIR LAH PUNCA PERGOLAKAN POLITIK MASA SEKARANG NI MASA DALAM PH NAK SURUH DIA TUNAIKAN JANJI KALAU HARI TU DIA TUNAIKAN JANJI NAMA DIA TAK SEBURUK SAMA SEPERTI KETIKA 98 DULU NAMUN MEMANG DIA TAK MAHU NA...
Ramkarpal Singh Mahathir Is Reason Why Malaysia Needs Saving Thus Mahathir Is Last Person To Save Malaysia

Ramkarpal Singh Mahathir Is Reason Why Malaysia Needs Saving Thus Mahathir Is Last Person To Save Malaysia

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 186 hits
KTEMOC KONSIDERS DAP s Ramkarpal says regrets working with Dr Mahathir accuses former PM of lying to nation I respect what you have done in the past But you destroyed the judiciary put countless people inside because they went against you R...
Pas Bersatu Lebih Awal Bersama Dap Biar Mahathir Tahu Tanpa Beliau Malaysia Boleh Maju

Pas Bersatu Lebih Awal Bersama Dap Biar Mahathir Tahu Tanpa Beliau Malaysia Boleh Maju

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 328 hits
HAMDAN TAHASebagai orang islam kata kata yang kita tidak boleh terima dan membangkitkan kemarahan paling marah sehingga tidak terhingga apa dia sahabat Bila ada orang kata pada orang Islam kamu tu kafir menuju jalan masuk neraka parti Umno ...
Lain Kali Cepat Sikit Kau Pindah Jadi Rakyat Malaysia

Lain Kali Cepat Sikit Kau Pindah Jadi Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 226 hits
NOR JAMILAHSalah kau angkol Kenapa tinggal di Amerika kan dah kena Cuba awal awal kau migrate ke Malaysia pasti kau sudah dibebaskan
Bertuah Punya Anak Tiga Kali Tambah Sabun Baju Tetap Bvsuk Bila Diper1ksa Rupa Rupanya

Bertuah Punya Anak Tiga Kali Tambah Sabun Baju Tetap Bvsuk Bila Diper1ksa Rupa Rupanya

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 397 hits
Menjaga anak anak yang sedang aktif diakui bukanlah perkara yang mudah Kesab4ran dari segi emosi dan ment4l sangat penting dalam mendidik anak yang bermacam macam rag4m ini Seperti perkongsian seorang individu di laman facebook Anak Sepahka...
Sharkar Syor Tiga Cadangan Perkasa Pelancongan Domestik Malaysia

Sharkar Syor Tiga Cadangan Perkasa Pelancongan Domestik Malaysia

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 239 hits
UMNO ONLINE KUANTAN Exco Pelancongan Kebudayaan Alam Sekitar Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata bagi memastikan sektor pelancongan negara tidak lumpuh usaha memperkasakan pelancongan domestik pe...
Tanamkan Mahathir Jika Malaysia Mahu Maju

Tanamkan Mahathir Jika Malaysia Mahu Maju

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 202 hits
HAMDAN TAHAADAKAH YANG MASIH MENGANGGAP MAHATHIR TU MALAYSIA Masalah kita di malaysia ialah apabila manusia bernama Tun Dr Mahathir tidak boleh HIDUP apabila tidak ada kuasa di tangan beliau Tun M merasakan dia MATI apabila kekuasaan tidak ...
Huawei Y7a Hadir Ke Pasaran Malaysia Dilengkapi Pengecasan Pantas 22 5w Berharga Rm799

Huawei Y7a Hadir Ke Pasaran Malaysia Dilengkapi Pengecasan Pantas 22 5w Berharga Rm799

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 503 hits
Huawei kini telah membawa masuk satu lagi telefon pintar baru dibawah siri Y iaitu Huawei Y7a Telefon pintar ini dilengkapi spesifikasi asas tetapi turut menyertakan sokongan pengecasan pantas 22 5W bersama sama dengannya Dari segi spesifik...
Mereka Berdua Adalah Ejen Polis Nafi Addy Kanna Amp Alvin Goh Dalang Macau Scam Di Malaysia

Mereka Berdua Adalah Ejen Polis Nafi Addy Kanna Amp Alvin Goh Dalang Macau Scam Di Malaysia

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 505 hits
Viral di media sosial sebelum ini video perbualan scammer dengan mangsanya di mana scammer terbabit mendakwa Addy Kana merupakan majikannya yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia baru baru ini nbsp Dalam perbualan tersebut...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi