Mahathir Perlu Kembali Ke Darjah Satu Kata Jamal




Sehari selepas melabelkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai kebudak-budakan kerana memulangkan pingat kebesaran negeri Selangor, hari ini Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos cuba menyekolahkan bekas perdana menteri itu.

Dengan membawa buku sekolah, pemimpin akar umbi Umno itu menyarankan Dr Mahathir dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali kembali ke darjah satu dan mempelajari Rukun Negara sekali lagi.

“Mahathir perlu kembali duduk darjah satu, duduk sekolah balik.

“Tak payah pusing satu negara cakap (mengenai politik), masuk balik darjah satu dan belajar Rukun Negara.

“Mungkin (Mahathir) dah lupa, mungkin terlalu tua, ketiga-tiga mereka ini pun dah terlalu tua dan terlupa erti Rukun Negara,” katanya kepada pemberita di balai polis daerah Dang Wangi petang ini.

Beliau sebelum itu membuat laporan polis terhadap Mahathir, Siti Hasmah dan bekas menteri Umno, Datuk Zaid Ibrahim.

Menurut Jamal yang juga adalah pemimpin gerakan Baju Merah, tindakan Mahathir memulangkan pingatnya itu sebenarnya adalah sebagai tanda "bantahan" terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Apabila menerima teguran dari Sultan Selangor, beliau cuba memperlekehkan atau buat protes dengan memulangkan pingat kebesaran.

“Mereka ini tidak mematuhi peradaban yang kita dari kecil lagi diajar tentang Rukun Negara,” katanya merujuk kepada rukun kedua iaitu “Kesetiaan kepada Raja dan Negara”.

Isnin lalu, Malaysiakini melaporkan bekas perdana menteri itu dan isterinya menyerahkan semula anugerah kebesaran yang diterima daripada sultan Selangor sebelum ini.

Antara pingat itu adalah yang tertinggi dikurniakan oleh Selangor.

Pingat serta anugerah berkenaan dikembalikan kepada pihak istana pada 7 Disember lalu.

Walaupun tidak dinyatakan secara rasmi sebab pingat dan anugerah berkenaan dikembalikan, ia dipercayai ada kaitan dengan teguran dan titah Sultan Selangor terhadap pengerusi BERSATU itu sejak akhir-akhir ini.

Antaranya membabitkan ucapannya itu mengenai Bugis - yang disasarkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Semalam, Jamal turut mencabar Dr Mahathir supaya “berhijrah” ke negeri lain dan tidak lagi menetap di Selangor kerana tidak menghormati sultannya.

Sementara itu, laporan polis ke atas Zaid adalah yang kedua dibuat oleh Jamal ke atas bekas menteri itu.

Minggu lalu, Zaid menimbulkan kemurkaan pihak istana Selangor melalui tweetnya mengenai kenyataan Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baginda bahkan memberitahu anggota DAP itu supaya kembali ke negeri asalnya di Kelantan jika tidak bersetuju dengan pandangannya.

Zaid berpendapat bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan tetapi tweetnya dianggap kurang sopan dan kini menjadi subjek siasatan di bawah Akta Hasutan.

Mengulas isu itu, Jamal berkata, Zaid, Dr Mahathir dan isterinya adalah individu yang tidak mematuhi Rukun Negara dan perlu dihukum.

“(Saya) membuat laporan sekali lagi tentang ketidak-patuhan mereka terhadap Rukun Negara, kesombongan, keegoan dan kebiadapan (mereka) terhadap Sultan Selangor.

“(Saya akan) teruskan sehingga ketiga-tiga pihak ini diambil tindakan oleh pihak yang wajib

“Saya sebagai rakyat Malaysia dan lahir di Selangor, apabila melihat sultan saya dihina, kami akan bangkit dan menentang mereka ini,” katanya.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bloglist-malaysia.blogspot.com/2017/12/mahathir-perlu-kembali-ke-darjah-satu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Ahli Umno Datang Secara Kumpulan Mahu Masuk Pakatan Harapan Kata Tun Mahathir

Ada Ahli Umno Datang Secara Kumpulan Mahu Masuk Pakatan Harapan Kata Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 317 hits
PUTRAJAYA Terdapat pelbagai cara digunakan oleh Ahli UMNO yang mahu menyertai Pakatan Harapan kata Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad Ada yang nak masuk dengan satu kumpulan tidak boleh sebab dia akan jadi lebih besar dari kita Kalau nak ...
Isu Icerd Selesai Pm Dr Mahathir Kata Mustahil Laksana

Isu Icerd Selesai Pm Dr Mahathir Kata Mustahil Laksana

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 391 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berkata adalah mustahil Malaysia melaksanakan ICERD Foto Bloomberg oleh Shahbudin Husin Walaupun berapa pemimpin Pakatan Harapan seperti Anwar Ibrahim Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Salahuddin Ayub Marzuki...
Satu Tahun Setelah Marawi Isis Kembali Bangkit Di Filipina

Satu Tahun Setelah Marawi Isis Kembali Bangkit Di Filipina

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 309 hits
Pada Mei tahun lalu kota Marawi dikuasai oleh ISIS dan butuh pengepungan hingga lima bulan berdarah oleh tentara untuk merebutnya kembali
Ratifikasi Icerd Kenapa Mahathir Kata Hampir Mustahil

Ratifikasi Icerd Kenapa Mahathir Kata Hampir Mustahil

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 329 hits
oleh Ab Jalil Backer Jika kerajaan tidak akan meratifikasi ICERD maka Perdana Menteri dengan mudah akan berkata Kerajaan TIDAK akan meratifikasi ICERD Sebaliknya PM berkata almost impossible untuk meratifikasi ICERD Mengapa almost impossibl...
Takkan Ada Rusuhan Kecuali Zahid Buat Kacau Kata Dr Mahathir

Takkan Ada Rusuhan Kecuali Zahid Buat Kacau Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 255 hits
Takkan ada rusuhan kecuali Zahid buat kacau kata Dr Mahathir Dikemas kini 36 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 18 Nov
Bekas Ahli Umno Tak Akan Kuasai Bersatu Kata Dr Mahathir

Bekas Ahli Umno Tak Akan Kuasai Bersatu Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 309 hits
Diterbitkan 9 Nov 2018 5 17 petangPengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad berkata partinya hanya akan menerima bekas ahli Umno yang terbukti tidak lagi terikat dengan perjuangan Umno dan mereka yang mementingkan wang Dalam mesej video yang di...
Mahathir Siti Hasmah Kembali Ke Tempat Bertemu Jodoh

Mahathir Siti Hasmah Kembali Ke Tempat Bertemu Jodoh

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 357 hits
Kunjungan semula Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan isteri Dr Siti Hasmah Ali ke alma mater mereka King Edward VII College of Medicine yang kini merupakan sebahagian daripada National University of Singapore mengembalikan nostalgia ken...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord