Mahathir Dah Hilang Aura Masa Berundur Kini Tiba




Berdasarkan keputusan rasmi PRK Tanjung Piai di mana BN menang dengan majoriti bergaya sebanyak 15,086 undi, isyarat rakyat kepada PH sememangnya tidak boleh dinafikan lagi.Calon BN, Wee Jeck Seng memperolehi 25,466 undi meninggalkan jauh calon PH daripada Bersatu, Karmaine Sardini yang mendapat cuma 10,380 undi.Calon-calon lain iaitu Wendy Subramanian daripada Gerakan mendapat 1,707 undi, Badrulhisham Abdul Aziz daripada Berjasa memperolehi 850 undi dan dua calon Bebas, Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghafar masing-masing mendapat 380 dan 32 undi.Keputusan ini ternyata jauh sekali berbeza jika dibandingkan dengan PRU14 lalu di mana calon PH ketika itu, Dr. Md Farid Md Rafik telah menang dengan majoriti 524 undi.PRK yang diadakan setelah 18 bulan PH menjadi kerajaan ini bukan saja menunjukkan penolakan rakyat kepada PH, tetapi juga menatijahkan penolakan kepada Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.Meskipun Tun Mahathir datang berkempen ke Tanjung Piai, berceramah dan bermesyuarat dengan Ketua-Ketua Peti Undi serta menulis surat terbuka kepada pengundi menjelang hari pengundian, penolakan mereka kepada calon Bersatu yang bermakna suatu referendum terhadap kepimpinannya adalah sesuatu yang terang lagi nyata.Tun Mahathir jelas sudah kehilangan aura dan tidak lagi mampu menarik sokongan rakyat kepada PH dan kerajaan yang dipimpinnya.Ini bermakna, berbanding 13 kerusi Parlimen yang dimenangi Bersatu pada PRU14 lalu, kini hanya tinggal 12 kerusi saja.Sebelum ini, dalam PRK Semenyih, calon Bersatu juga telah kecundang, walaupun menang dalam PRU14.Termasuk kalah di Cameron Highlands dan Rantau, bererti PH sudah kena 0-4 kepada BN secara berturut-turut hanya dalam waktu beberapa bulan saja.Dengan satu demi satu kehilangan kerusi ini, bukan saja masa depan Bersatu nampak suram, bahkan jalan di hadapan untuk PH pun turut jadi kelam selagi Tun Mahathir tidak berundur daripada jawatannya.Beliau kini tidak ada pilihan lain selain menyedari masanya untuk berundur telah tiba, sesuai dengan usia dan kudrat yang semakin menua serta auranya yang sudah tiada.Klimaks Tun Mahathir adalah PRU14 lalu dan selepas itu, segala-galanya sudah merosot buatnya kerana beliau ternyata gagal mempamerkan prestasi yang memuaskan hati rakyat.Ibarat pengurus pasukan bolasepak, kekalahan berturut-turut ini sudah mewajarkan untuk Tun Mahathir berundur secara terhormat sebelum terlambat.Lagi lama beliau duduk sebagai Perdana Menteri, percayalah, lagi merosot sokongan rakyat kepada PH dibuatnya.Melalui keputusan di Tanjung Piai ini, katalah jika ada PRK lagi di kawasan Bersatu selepas ini, arus penolakan pengundi pasti tidak akan jauh berbeza.Bagi kebanyakan rakyat, walaupun mengakui beliau bekerja selama 18 jam sehari, Tun Mahathir sudah gagal dalam tempoh 18 bulan ini.Di sebalik berbangga bekerja selama 18 jam, hakikatnya tidak ada apa-apa yang berkembang – ekonomi, perniagaan, pasaran saham, kadar ringgit, hutang negara, mewujudkan pekerjaan dan macam-macam lagi – semuanya nampak makin merudum berbanding era BN dahulu.Itu belum dikira lagi dengan janji manifesto yang bukan saja gagal ditunaikan, tetapi bagaikan sengaja tidak mahu ditunaikan dengan alasan “buku manifesto bukanlah kitab suci.”Yang nampak berkembang selama 18 bulan ini hanya satu – jumlah Ahli Parlimen Bersatu bertambah daripada 13 kepada 26 orang, selain entah tiba-tiba Ahli Parlimen musuh daripada UMNO dan Pas mahu khidmat Perdana Menterinya dipanjangkan lagi.Walhal, dengan kekuatan yang cukup untuk menubuh kerajaan dan menjadi Perdana Menteri bersama PH, Tun Mahathir sebenarnya tidak perlu lagi menambahkan sokongan daripada luar atau menyediakan kolam untuk katak melompat ke dalam Bersatu jika beliau benar-benar menyedari, berdasarkan perjanjian yang ditandatanganinya, dirinya hanyalah Perdana Menteri sementara saja.Dalam erti kata lain, dalam 18 jam bekerja itu Tun Mahathir seolah-olah lebih banyak menumpukan kepada urusan politik dan menguatkan dirinya berbanding memulihkan keadaan negara sebagaimana janjinya, di sebalik tubuh yang makin tua dan kudrat semakin tiada upaya.Inilah yang menyebabkan rakyat jadi hilang kepercayaan dan kini secara terbuka menolaknya melalui isyarat yang ditunjukkan dalam beberapa PRK.Lantaran itu, keperluan kepada pengurus baru sudah tidak dapat dielakkan lagi. Pengurus yang gagal, jika tidak segera diganti, hanya akan membawa kepada lebih kegagalan di masa depan.Dalam tempoh sebelum atau selewat-lewatnya Mei 2020, pengurus baru yang lebih berstamina harus segera diberi peluang, menunjukkan bakat serta wibawanya jika tidak mahu Piala Liga terlepas begitu saja. (ShahbudinHusin 16/11/2019)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/11/mahathir-dah-hilang-aura-masa-berundur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Mira Filzah Pun Sudah Kini Tiba Masa Anda Untuk Cacah Nama Sendiri Pada Produk Christy Ng

Hiburan Mira Filzah Pun Sudah Kini Tiba Masa Anda Untuk Cacah Nama Sendiri Pada Produk Christy Ng

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 582 hits
Tak habis habis betul cerita pasal usahawan tempatan terkenal iaitu Christy Ng ini Dahlah design kasut dan begnya semua lawa belaka rasa macam nak kaut je semua bawa balik rumah Tak cukup dengan produk yang menawan buat hal lagi apabila bel...
Kata Ayah Milenial Masa Kini Suami Istri Itu Setara Bikinnya Berdua Masa Istri Berjuang Sendiri

Kata Ayah Milenial Masa Kini Suami Istri Itu Setara Bikinnya Berdua Masa Istri Berjuang Sendiri

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 347 hits
Kenalan yuk sama Aditya Suryaputra suami blogger hits Grace Melia yang berbagi seputar peliknya hidup jadi ayah milenial masa kini menjalani Long Distance Marriage sampai berjuang bersama anaknya yang berkebutuhan khusus Keren
Xiaomi 100w Super Charge Turbo Kini Rasmi Diperkenalkan Bateri 4000mah Penuh Dalam Masa 17 Minit

Xiaomi 100w Super Charge Turbo Kini Rasmi Diperkenalkan Bateri 4000mah Penuh Dalam Masa 17 Minit

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 405 hits
Sebelum ini kita sudahpun dengar mengenai teknologi pengecasan pantas terbaru dari Xiaomi dengan kuasa 100W Kini menerusi acara khas Xiaomi Developer Conference di China pada Selasa lalu teknologi pengecasan ini telahpun rasmi diperkenalkan...
Dah Naik Tiba Tiba Hilang Lelaki Kongsi Video Detik Tumpangkan Lembaga Putih

Dah Naik Tiba Tiba Hilang Lelaki Kongsi Video Detik Tumpangkan Lembaga Putih

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 417 hits
Unsur mistik sememangnya wujud di dalam persekitaran kita seperti yang diceritakan di internet dan orang disekeliling kita Terdapat pelbagai pengalaman yang dikongsikan di media sosial dan ianya sememangnya memberikan kesan takut kepada keb...
Siri Cpu Amd Ryzen Threadripper Generasi Ketiga Kini Rasmi Akan Tiba Di Pasaran Pada 25 November

Siri Cpu Amd Ryzen Threadripper Generasi Ketiga Kini Rasmi Akan Tiba Di Pasaran Pada 25 November

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 355 hits
Siri cip pemprosesan komputer AMD Ryzen Threadripper generasi ketiga adalah CPU HEDT yang ditunggu tunggu oleh para pembina komputer sejak ia diperlihatkan tidak lama selepas siri CPU AMD Ryzen generasi ketiga Siri CPU AMD Ryzen Thread
Wamenkeu Ajak Pegawai Jadi Pahlawan Masa Kini

Wamenkeu Ajak Pegawai Jadi Pahlawan Masa Kini

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 259 hits
Wamenku mengingatkan semua pihak khususnya pegawai di lingkungan Kementerian Keuangan bisa meneladani nilai nilai yang telah dicapai oleh pejuang kemerdekaan
Dr M Saya Pasti Berundur Sebelum Pru

Dr M Saya Pasti Berundur Sebelum Pru

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 253 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad beri jaminan beliau akan berundur sebelum pilihan raya umum ke 15 tetapi tidak menyatakan tarikh khusus Saya tak tahu sama ada dua atau tiga tahun tetapi saya pasti berundur seperti dijanjikan Walaupun ad...
8 Potret Mantan Artis Cilik Yang Kini Udah Berkeluarga Ada Yang Sudah Punya Anak Cilik Juga

8 Potret Mantan Artis Cilik Yang Kini Udah Berkeluarga Ada Yang Sudah Punya Anak Cilik Juga

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 296 hits
Ada yang masih eksis di industri hiburan ada pula yang fokus dengan keluarga Eits ada yang jadi dokter juga lo sekarang
Pm Kutuk Pemimpin Umno Tapi Lakukan Perkara Sama Saatnya Pm Berundur Sebelum Terlambat

Pm Kutuk Pemimpin Umno Tapi Lakukan Perkara Sama Saatnya Pm Berundur Sebelum Terlambat

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 268 hits
PM kutuk Pemimpin UMNO tapi lakukan perkara sama Saatnya PM berundur sebelum terlambat 1 Saya merujuk sidang media PM sempena Mesyuarat Jawatankuasa Nasional Janji Kerajaan semalam 2 Dalam sidang media itu PM mempertahankan dasar dan perlak...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor