Pm Kutuk Pemimpin Umno Tapi Lakukan Perkara Sama Saatnya Pm Berundur Sebelum Terlambat
PM kutuk Pemimpin UMNO tapi lakukan perkara sama.Saatnya PM berundur sebelum terlambat.
1.Saya merujuk sidang media PM sempena Mesyuarat Jawatankuasa Nasional Janji Kerajaan semalam.
2.Dalam sidang media itu PM mempertahankan dasar dan perlaksanan pentadbiran beliau dan membidas kritikan terhadapnya khususnya daripada UMNO dan pemimpinnya.
3.Satu petanda yang tidak baik dan malang bagi sebuah negara apabila PM menjuruskan sidang medianya membalas kritikan terhadapnya malah mengutuk mereka keras.Sidang media itu seharusnya lebih menjurus kepada menjawab keresahan dan kepayahan rakyat mutakhir ini.
4.Lebih malang apabila PM mengutuk lawan politiknya tetapi dalam masa yang sama mengambil sikap dan tindakan serupa dengan mereka.
5.PM hari ini, sama seperti PM sebelum ini disaat rakyat dihimpit kepayahan tidak sama sekali merasai denyut nadi mereka.Beliau dalam sidang media semalam sama seperti PM sebelumnya percaya dasar-dasarnya diterima baik rakyat.Walhal merata rakyat mengata dan mengeluh kepayahan.
6.Kepayahan rakyat ketara.Rakyat biasa mengeluh harga barang dan segala-galanya menaik.Syarikat-syarikat pula berhempas pulas mencari peluang dan kerja baru yang hampir tiada.Kalau adapun seksa mendapatkan bayaran daripada agensi kerajaan yang kekeringan dana.Malah Syarikat kerajaan, GLCs juga hadapi masalah dana dan ada yang terpaksa menjual aset untuk menampung kos operasi.
7.Bank-Bank semakin ketat dalam menawarkan pinjaman.Mendapatkan pinjaman perumahan malah pinjaman kereta sekalipun adalah sesuatu yang amat sukar sekarang.Hutang2 lama dikejar habis-habisan kerana mereka juga hadapi dilema mengekalkan prestasi yang juga semakin sukar.
8.Saban hari pemberhentian pekerja menjadi-jadi.Kes Utusan antara kes ketara yang seharusnya tidak berlaku.Ratusan dan mungkin ribuan kes seperti Utusan berlaku.
9.Kesemua ini dan banyak lagi situasi ekonomi yang real berlaku tetapi semalam kita melihat seorang PM percaya dan memberi gambaran yang terbalik.
10.PM hari ini mengutuk PM sebelum ini dan pengikutnya kerana sikap salah dalam menghadapi penjenayah (khususnya dalam kes 1MDB) dan penegakan hukum rule of law.Tapi apa bezanya hari ini bila seorang Menteri yang menghadapi tuduhan berat bersama bukti jelas terus menjadi Menteri?Malah menteri menjaga ekonomi , disaat ekonomi negara dan rakyat paling parah.
11.Beberapa Menteri lain juga memperlihatkan prestasi buruk dan melakukan kenyataan dan tindakan salah dari sudut dasar dan pentadbiran sebuah negara.Juga terus dipertahankan.
12.Disebuah negeri wujud kes jelas pemberian projek kepada syarikat RM 2 .Juga pemberian projek tanpa tender terus berlaku dan tiada satupun tindakan pembetulan apalagi siasatan dan dakwaan.
13.Kronisma terus berlaku, banyak perlantikan politik dilakukan, malah isteri Setiausaha Politik PM sendiri dilantik mengetuai sebuah badan yang mendapat dana sepenuhnya dari kerajaan berjumlah ratusan juta dan bantahan daripada pengasas organisasi itu sendiri dan individu serta NGO tidak diendahkan.
14.Kesemua ini dan banyak lagi memaparkan sikap dan tindakan sama pemerintahan dahulu.PM hari ini mesti mengubah sikapnya sama seperti kita pernah meminta PM dahulu mengubah sikapnya.
15.Sekiranya beliau tidak mampu berubah, ahli2 kabinet didalam kerajaannya mesti bertindak melakukan yang betul meminta beliau berundur agar perubahan boleh dilakukan.Jangan pula kabinet hari ini juga mempunyai perangai sama dengan perangai kabinet dahulu, membiarkan sahaja ketua mereka mempunyai sikap yang salah tanpa sebarang koreksi.
16.Atau rakyat yang akan bangkit dan melakukannya. Dihujung benua, Tg Piai mungkin kita akan lihat petanda itu.
Mohamad Ezam Mohd Nor
8 Nov 2019, 11 Rabiul Awal 1441H
*Ezam meletakkan jawatan didalam Kementerian Kewangan serta merta dan keluar drpd parti UMNO atas isu SRC dan 1MDB.Beliau juga melakukan saman terhadap PM dan kesemua Ahli Lembaga 1MDB semasa Najib masih menjadi PM dan Menteri Kewangan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wrlr.blogspot.com/2019/11/pm-kutuk-pemimpin-umno-tapi-lakukan.html