Mahathir Belum Tentu Tanding Pru15



SHAH ALAM – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipertikai jawatannya, Tun Dr Mahathir Mohamad masih belum membuat sebarang ketetapan akan bertanding atau tidak pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.Dr Mahathir yang merupakan Ahli Parlimen Langkawi berkata, walaupun hal itu masih belum dapat diputuskan, beliau tetap akan memainkan peranan yang besar pada PRU akan datang termasuk berkempen jika kesihatan baik.
“Jika saya berusia 98 tahun apabila diadakan PRU, sudah tentu akan ada kekangan fizikal, tetapi jika saya sihat, saya akan berikan sebanyak mungkin sokongan yang dapat,” katanya ketika ditemu bual Melissa Goh dari ChannelNewsAsia semalam.
Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu menjangkakan PRU tidak diadakan dalam tahun ini memandangkan sokongan majoriti yang diterima oleh kerajaan Perikatan Nasional.
Sementara itu, Dr Mahathir berkata, beliau juga akan mempertimbangkan untuk membentuk sebuah parti baharu sekiranya keputusan mahkamah tidak memihak kepada beliau dan empat ahli Parlimen lain berhubung penyingkiran mereka daripada Bersatu.
“Jika kami digugurkan, kami harus mempertimbangkan kemungkinan untuk menubuhkan parti lain,” katanya.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 7 Ogos sebagai tarikh keputusan mengenai permohonan Presiden Bersatu juga Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetepikan saman dikemukakan Dr Mahathir serta empat yang lain.
Dr Mahathir dan empat ahli Parlimen terbabit memohon untuk mencabar keputusan Bersatu menyingkirkan mereka daripada parti berkenaan.
Sementara itu, dalam temu bual yang sama, Dr Mahathir berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini tidak mendapat sokongan yang mencukupi daripada orang Melayu.
Beliau berkata, hal itu kerana parti komponen PH iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Nasional (Amanah) dan DAP kelihatan menumpukan usaha untuk mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
“Selepas mengadakan perbincangan panjang dan berulang dengan DAP, Amanah dan PKR, perjuangan mereka nampaknya berpusat kepada usaha menjadikan Anwar (sebagai) Perdana Menteri. Ketika ini ada ramai orang yang tidak menerima dia (Anwar).
“Saya terlibat bukan kerana saya mahu menjadi Perdana Menteri, saya sudah dua kali menjadi Perdana Menteri dan cukuplah, tetapi ramai orang tidak memberi sokongan seperti itu kepada PH terutama apabila mereka melihat bahawa parti Melayu mereka tidak kukuh,” katanya.
Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada PRU yang lalu diketuai oleh beliau dan bukannya Anwar.
“Kamu bercakap mengenai memulihkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Kerajaan yang dipilih rakyat sebelum ini diketuai oleh saya, bukan Anwar. Jadi kalau kamu jadikan dia ketua, ia bukanlah kerajaan yang dipilih rakyat,” katanya.
Ketika ditanya adakah jika Anwar perlu menyertai parti Melayu untuk membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir berkata, ia bukan suatu kemestian sebaliknya mesti mendapat sokongan daripada orang Melayu.
Namun, katanya, apabila Anwar meninggalkan UMNO, ahli politik terbabit telah membuat keputusan untuk menubuhkan parti pelbagai kaum dan menolak parti berasaskan kaum sebagai rasis.
“Anwar tidak dianggap sebagai protagonis bagi orang Melayu kerana dialah yang memulakan parti yang berbilang kaum dan ramai pemimpin dalam parti itu bukan orang Melayu. Orang Melayu sangat curiga terhadap parti bukan Melayu atau berbilang kaum,” kata Dr Mahathir.
Mengenai tawaran sebagai menteri mentor daripada Anwar pula, Dr Mahathir berkata, beliau sebelum ini sudah ada pengalaman menjadi penasihat kepada beberapa Perdana Menteri, namun jawatan berkenaan seperti tiada fungsi apabila nasihat diberikan tidak diendahkan.
“Mereka tak mahu dengar. Mereka mahu bertindak sendiri, mereka mahu meninggalkan legasi sendiri.
“(Tun) Abdullah Ahmad Badawi dan (Datuk Seri) Najib Abdul Razak tak pernah dengar nasihat saya. Malah semasa dalam kerajaan sebelum ini, Anwar langsung tak mahu mendengar nasihat saya,” katanya.
Mengenai hubungannya dengan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula, Dr Mahathir berkata, perspektif politik bekas Timbalan Presiden PKR itu terlalu sempit dan hanya menumpukan perjuangannya melawan Anwar.
“Kamu patut berfikir untuk membangunkan negara. Kamu tak boleh hanya kerana kamu tak suka seseorang, kamu jadikan ia asas kepada semua tindakan kamu,” katanya.
Ditanya sama ada beliau bersedia atau tidak bekerjasama dengan Mohamed Azmin, Dr Mahathir berkata, ia bergantung kepada cara Mohamed Azmin bekerja. – Sinar Harian

MR :  Belum tentu.. Cakap dia ni belum boleh pakai. Dia nak tanding walaupun bertongkat boleh percaya


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/mahathir-belum-tentu-tanding-pru15.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kesihan Mahathir Belum Apa Apa Dah Ditolak Warisan

Kesihan Mahathir Belum Apa Apa Dah Ditolak Warisan

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 265 hits
Cadangan agar Parti Warisan Sabah dijadikan parti peringkat nasional sekiranya Tun Mahathir Mohamad menjadi ahlinya tidak pernah dibincangkan oleh pemimpin parti itu Menurut laporan FMT seorang ahli kanan parti itu yang enggan dikenali berk...
Belum Ada Pengganti Hafreez Adam Akui Lebih Berhati Hati Dalam Mencari Cinta Baru

Belum Ada Pengganti Hafreez Adam Akui Lebih Berhati Hati Dalam Mencari Cinta Baru

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 344 hits
Setelah melalui episod putus tunang tempoh hari pelakon Hafreez Adam mengakui dia kini masih solo dan belum menjumpai pengganti yang baru Namun lain pula buat bekas tunangnya Zara Zya yang secara terbuka memberitahu umum bahawa dirinya kini...
Selagi Tak Dihapuskan Perjuangan Lawan Uec Belum Selesai

Selagi Tak Dihapuskan Perjuangan Lawan Uec Belum Selesai

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 156 hits
ISMA akan terus memerhati menentang usaha pengiktirafan BANGI Perjuangan menentang pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu masih belum berakhir meskipun Hua Zong meminta semua organisasi Cina di Malaysia berdiam diri dalam beberapa isu ek...
Cabut Gigi Susu Anak Walaupun Belum Goyang Ini Risiko Pada Si Kecil Yang Anda Wajib Tahu

Cabut Gigi Susu Anak Walaupun Belum Goyang Ini Risiko Pada Si Kecil Yang Anda Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 362 hits
Masalah gigi rosak yang berlaku pada anak bukan satu isu remeh Ini risiko yang perlu ibu bapa ketahui apabila gigi susu anak rosak Sila ambil peduli Kepentingan penjagaan gigi susu Penjagaan kesihatan oral anak adalah dengan memastikan gigi...
Belum Terpilih Di Solo Gibran Disebut Bisa Jadi Presiden Sampai Sekjen Pbb

Belum Terpilih Di Solo Gibran Disebut Bisa Jadi Presiden Sampai Sekjen Pbb

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 196 hits
Pengamat Komunikasi Politik Emrus Sihombing menilai putra sulung Presiden Joko Widodo Gibran Rakabuming Raka tinggal selangkah lagi menjadi Wali Kota Solo Bahkan Emrus juga menilai Gibran Rakabuming bisa menjadi presiden hingga Sekretaris J...
Psoriasis Penyakit Tidak Berjangkit Yang Belum Di Temui Penawarnya

Psoriasis Penyakit Tidak Berjangkit Yang Belum Di Temui Penawarnya

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 382 hits
Psoriasis ialah sejenis penyakit autoimun kronik yang menjejaskan kulit dan berlaku apabila sistem imun menghantar isyarat salah yang mempercepatkan kitaran pertumbuhan sel kulit menyebabkan sel terkumpul pada kulit sehingga menjadi tebal S...
Netizen Belum Maafkan Nubhan Tunjal Kepala Isteri

Netizen Belum Maafkan Nubhan Tunjal Kepala Isteri

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 280 hits
Minggu lalu hangat diperkatakan apabila tular video penyanyi Nubhan Ahmad menunjal kepala isterinya Afifah Hidayah Ahmad Tawfek Namun Nubhan menjelaskan ia hanya lakonan dan prank sempena ulang tahun kelima perkahwinan mereka Meskipun sudah...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri