Mahathir Baru Menteri Kosongkan Meja Pembentukan Kabinet Baru


Sesetengah menteri telah mengosongkan jadual minggu depan mereka, sementara yang lain mengemas meja di kementerian masing-masing susulan jangkaan akan berlakunya rombakan besar Kabinet sewaktu cakap-cakap mengenai penjajaran baru politik yang bakal menyaksikan kawan dan lawan membentuk gabungan pemerintah baru tersebar luas.

Sumber mengenai perkembangan terbaru di Petaling Jaya, di mana pengerusi PPBM Dr Mahathir Mohamad dan timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali menghadiri mesyuarat berasingan dengan pemimpin parti mereka, tidak menolak kemungkinan satu pengumuman penting akan dibuat lewat hari ini.

Sumber lain memberitahu terdapat rancangan oleh Mahathir untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan komposisi baru politik dalam kerajaan.

Awal hari ini, Azmin dan kira-kira 9 pemimpin dan ahli Parlimen PKR yang menyokong beliau tiba di hotel Sheraton Petaling Jaya. Dalam pada itu pemimpin tertinggi PPBM bermesyuarat di ibu pejabat parti itu di Yayasan Selangor tidak jauh dari situ.

Difahamkan pemimpin PPBM, termasuk Mahathir akan menyertai Azmin dan pemimpin lain di Sheraton untuk membuat satu “pengumuman penting”.

“Di situ semuanya bermula dan mungkin di situ jugalah ia akan berakhir,” kata sumber itu lagi.

Kawalan keselamatan ketat di pintu masuk hotel tersebut ketka itu, di mana pemimpin Pakatan Harapan (PH) berkampung pada awal subuh 10 Mei 2 tahun lepas berikutan kemenangan mereka dalam pilihan raya umum ke-14.

Pengumuman berkenaan hampir pasti akan menyebabkan DAP hilang kuasa kerajaan pusat, sementara parti berteraskan orang Melayu memainkan peranan dominan di bawah gabungan baru politik yang lahir.

Dalam pada itu, apa-apa perubahan di peringkat kerajaan persekutuan bakal memberi kesan di peringkat negeri.

Keadaan semakin tegang dalam PH kini, ketika PKR, DAP, dan Amanah terus menekan Mahathir supaya menetapkan tarikh penyerahan kuasa kepada presiden PKR, Anwar Ibrahim.
Perkembangan hari ini berlaku kurang 48 jam selepas sidang media pada tengah malam Jumaat, yang menyaksikan Mahathir secara tegas mengumumkan bahawa beliau masih berkuasa dan rakan kongsi dalam PH memberi kepercayaan kepadanya untuk terus kekal sebagai perdana menteri selagi dia mahu.

Bulan lepas, pertemuan peribadi antara Mahathir dengan presiden PAS, Abdul Hadi Awang mungkin memberi petanda tentang penyusunan semula kuasa politik di Putrajaya, langkah yang mungkin mengetepikan DAP, dan khususnya, menggagalkan cita-cita Anwar menjadi perdana menteri.

Penyusunan itu akan menyatukan kumpulan politik yang menyokong Mahathir dengan pengaruh PAS di negeri Melayu di semenanjung.

Awal bulan ini, ahli Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam bercakap tentang kemungkinan suatu pakatan baru, iaitu “Pakatan Nasional” yang sedang terbentuk.

PH dibentuk pada 2015 oleh PKR, DAP dan Amanah berikutan perpecahan Pakatan Rakyat, yang sebelum ini menggabungkan parti pembangkang iaitu PAS, PKR dan DAP.

Pada 2016, pakatan itu memperoleh rakan ke-4, PPBM, yang dibentuk oleh Mahathir selepas berpisah dengan Umno.

Penggabungan itu terbukti berkesan dalam menggerakkan sokongan rakyat di sebalik kekecewaan orang ramai terhadap pentadbiran Najib berkait skandal 1MDB, justeru membawa kepada kekalahan bersejarah Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya 2018.


FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/02/mahathir-baru-menteri-kosongkan-meja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Ibrahim Frust Kabinet Mahathir Baru Mungkin Dibentuk Esok

Anwar Ibrahim Frust Kabinet Mahathir Baru Mungkin Dibentuk Esok

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 418 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan perkembangan politik tanah air hari ini sebagai satu pengkhianatan Dan kita juga dikejutkan hari ini dengan perkembangan yang bagi kita satu juga pengkhianatan kerana sudah janji dan sebagainya maka me...
Senarai Terkini Menteri Kabinet Baru 2020 Pakatan Harapan

Senarai Terkini Menteri Kabinet Baru 2020 Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 882 hits
Jawatan Penyandang Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Menteri Kewangan Lim Guan Eng Menteri Kewangan
Azmin Ali Kabinet Mahathir Baru Akan Gagal Kalau Bertangguh

Azmin Ali Kabinet Mahathir Baru Akan Gagal Kalau Bertangguh

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 206 hits
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali menyuarakan kebimbangan bahawa rancangan untuk mewujudkan gabungan baru dengan pembangkang akan gagal jika ia terus ditangguhkan Azmin berkata demikian ketika pertemuan dengan para penyokongnya malam tadi...
Annuar Musa Sahkan Kabinet Mahathir Baru Tunggu Pm Umum

Annuar Musa Sahkan Kabinet Mahathir Baru Tunggu Pm Umum

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 548 hits
JINAK MAHATHIR MUSUHNYA BERKECAISejak PRU lepas Tun mahathir di angkat menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 7 Kali ni corak pimpinan Tun berubah 360 Bukan seperti Tun dulu kerana Tun hari ini dilihat begitu lemah pendiam dan lembik Itu ...
Tiada Pm Ke 8 Setakat Ini Tun Mahathir Dilantik Perdana Menteri Interim

Tiada Pm Ke 8 Setakat Ini Tun Mahathir Dilantik Perdana Menteri Interim

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 421 hits
Pelantikan Perdana Menteri Interim yang pertama berlaku dalam sejarah negara dan tidak terdapat dalam peruntukan Perlembagaan Pakar Undang Undang Profesor Datuk Salleh Buang berkata mengikut peruntukan Perlembagaan negara mesti mempunyai se...
Agong Lantik Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Interim

Agong Lantik Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Interim

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 536 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu TUN Dr Mahathir Mohamad dilantik Perdana Menteri Interim TUN Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri int...
Menteri Besar Baru Johor Datuk Ir Hasni Mohammad Mengangkat Sumpah

Menteri Besar Baru Johor Datuk Ir Hasni Mohammad Mengangkat Sumpah

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 816 hits
28 FEBRUARI 2020 Pengerusi Umno Johor iaitu Datuk Ir Hasni Mohammad selamat mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Baru Negeri Johor Di hadapan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam satu majlis di Istana Bukit Serene kini Hasni sedang menga...
Pertemuan Tunm Azmin Bincang Pembentukan Kerajaan Baru

Pertemuan Tunm Azmin Bincang Pembentukan Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 480 hits
Khabar angin bertiup kencang hari ini apabila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan akan menemui timbalan presiden PKR wakil Umno dan PAS bagi membincangkan pembentukan kerajaan baru dalam minggu ini Belum ada pengesahan rasmi t...
Pengerusi Umno Johor Jadi Menteri Besar Yang Baru

Pengerusi Umno Johor Jadi Menteri Besar Yang Baru

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 323 hits
Pengerusi Umno Johor Hasni Mohammad mengangkat sumpah sebagai menteri besar yang baru Beberapa sumber yang dekat dengan istana berkata acara itu diadakan di Istana Bukit Serene Johor Bahru Terdahulu beberapa adun Umno dan Bersatu yang dihub...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game