Azmin Ali Kabinet Mahathir Baru Akan Gagal Kalau Bertangguh



Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali menyuarakan kebimbangan bahawa rancangan untuk mewujudkan gabungan baru dengan pembangkang akan gagal jika ia terus ditangguhkan.

Azmin berkata demikian ketika pertemuan dengan para penyokongnya malam tadi.

Ia selepas beliau berkata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Yang di-Pertuan Agong memerlukan masa untuk membincangkan soal cadangan kerajaan baru.

Semalam, Azmin bersama kemnya dalam PKR bersama-sama pemimpin daripada Bersatu, Umno, PAS, Gabungan Parti Sarawak dan Warisan ke Istana Negara, dikatakan untuk menunjukkan mereka mempunyai sokongan majoriti di Parlimen.

Keputusan pertemuan itu tidak didedahkan tetapi Azmin berkata lebih masa diperlukan.

"Berilah peluang kepada Tun Dr Mahathir dan Yang Yang di-Pertuan Agong untuk berbincang kerana mereka memerlukan sedikit masa.

"Tapi saya ingatkan jangan (ambil masa) lama sangat sebab ada pihak yang cuba beli ahli parlimen. Saya kenal orang itu (yang cuba berbuat demikian), bos saya juga dulu," katanya disambut ketawa penyokongnya, yang berkumpul di sebuah bilik di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.

Azmin mendakwa anggota parlimen PKR yang menyokongnya telah menerima panggilan dan tawaran, termasuk jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

Desas-desus pembentukan k'jaan baru tercetus

Gabungan baru: Anwar jumpa pemimpin DAP dan Amanah, Azmin ikrar teruskan agenda reformasi

Katanya, itulah sebabnya penubuhan gabungan baru itu tidak boleh memakan masa terlalu lama.

"Baru-baru ini pihak berkuasa memaklumkan bahawa puluhan juta (ringgit) telah sampai kepada pihak berkenaan untuk membeli (anggota parlimen).

"Jadi kita tidak boleh lama kerana masalah ini.

"Insya-Allah parti-parti yang mengadap Agong petang tadi (semalam) telah berikrar akan mempertahankan prinsip ini dan insyaAllah kita akan melihat satu gabungan baru yang boleh menjamin masa depan kita dengan lebih cemerlang," katanya lagi.

Tidak akan kompromi

Jika gabungan baru itu diwujudkan, ia kemungkinan besar tidak akan menyertakan DAP, Amanah dan PKR memandangkan ketiga-tiga parti itu tidak terbabit dengan sejumlah pertemuan kumpulan politik yang berlaku malam tadi, yang disusuli dengan pertemuan dengan Agong dan majlis makan malam di Hotel Sheraton.

Presiden PKR Anwar Ibrahim pula menyifatkan perkembangan malam tadi sebagai satu pengkhianatan dan menjangkakan perubahan akan berlaku dalam masa terdekat.

Dalam pertemuan itu, Azmin menafikan membuat persetujuan dengan Umno dan PAS untuk membentuk gabungan baru tersebut.

Beliau mendakwa mana-mana pemimpin parti itu yang telah didakwa di mahkamah akan terus berdepan dengan tindakan undang-undangi itu.

"Kita tidak akan kompromi. Tiada deal dengan Umno atau PAS.

"Sesiapa yang hadapi pelbagai tuduhan di mahkamah, mereka akan kekal dengan pertuduhan tersebut dan berdepanlah dengan mahkamah. Ini syarat yang kita gunakan.

"Sesiapa yang hadapi pertuduhan dan merasakan mereka tak bersalah, laluilah proses tersebut. Biar mahkamah tentukan, bukan tugas kita untuk menyelamatkan mereka," katanya lagi.

Antara pemimpin politik yang berkumpul di Hotel Sheraton malam tadi ialah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan sejumlah anggota parlimen daripada parti-parti terbabit.

Satu pengumuman sepatutnya dibuat malam tadi tetapi dibatalkan kemudiannya.

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/02/azmin-ali-kabinet-mahathir-baru-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kami Bukan Pengkhianat Sebalik Mereka Yang Berusaha Jatuhkan Mahathir Azmin Ali Balas Balik Kenyataan Ex Bossnya

Kami Bukan Pengkhianat Sebalik Mereka Yang Berusaha Jatuhkan Mahathir Azmin Ali Balas Balik Kenyataan Ex Bossnya

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 454 hits
The ReporterMalam Jumaat lalu kita menyaksikan usaha golongan sebahagian pimpinan Pakatan Harapan untuk memaksa YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menetapkan tarikh beliau melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan melakukan pe...
Ydpa Tidak Mahu Berjumpa Tun Mahathir Gagal Serah Dokumen Sokongan Yang Baru

Ydpa Tidak Mahu Berjumpa Tun Mahathir Gagal Serah Dokumen Sokongan Yang Baru

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 292 hits
Sebelum mengulas lanjut Ohmedia ingin mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas perlantikan secara rasmi beliau sebagai Perdana Menteri Ke 8 Malaysia Dengan perlantikan ini akhirnya kemelut politik di Malaysia semakin reda me...
Terkini Baru Bian Tinggalkan Azmin Sokong Mahathir

Terkini Baru Bian Tinggalkan Azmin Sokong Mahathir

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 313 hits
Ahli Parlimen Selangau Baru Bian pula menandatangani akuan berkanun untuk menyokong Mahathir Upacara menandatangani SD itu turut disiarkan secara langsung di Facebook Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil Ketika dihubungi Malaysiakini Fa...
Mahathir Baru Menteri Kosongkan Meja Pembentukan Kabinet Baru

Mahathir Baru Menteri Kosongkan Meja Pembentukan Kabinet Baru

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 817 hits
Sesetengah menteri telah mengosongkan jadual minggu depan mereka sementara yang lain mengemas meja di kementerian masing masing susulan jangkaan akan berlakunya rombakan besar Kabinet sewaktu cakap cakap mengenai penjajaran baru politik yan...
Kenapa Baru Bian Berpaling Tadah Terhadap Azmin Ali

Kenapa Baru Bian Berpaling Tadah Terhadap Azmin Ali

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 306 hits
MP Selangau Baru Bian menjelaskan beliau bersama beberapa rakannya mengambil keputusan untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri Kelapan selepas mengetahui Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan mempertahankan tugas...
Anwar Ibrahim Frust Kabinet Mahathir Baru Mungkin Dibentuk Esok

Anwar Ibrahim Frust Kabinet Mahathir Baru Mungkin Dibentuk Esok

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 417 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan perkembangan politik tanah air hari ini sebagai satu pengkhianatan Dan kita juga dikejutkan hari ini dengan perkembangan yang bagi kita satu juga pengkhianatan kerana sudah janji dan sebagainya maka me...
Annuar Musa Sahkan Kabinet Mahathir Baru Tunggu Pm Umum

Annuar Musa Sahkan Kabinet Mahathir Baru Tunggu Pm Umum

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 548 hits
JINAK MAHATHIR MUSUHNYA BERKECAISejak PRU lepas Tun mahathir di angkat menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 7 Kali ni corak pimpinan Tun berubah 360 Bukan seperti Tun dulu kerana Tun hari ini dilihat begitu lemah pendiam dan lembik Itu ...
Makan Malam Azmin Pas Umno Dan Ppbm Tamat Tanpa Umum Kerajaan Baru

Makan Malam Azmin Pas Umno Dan Ppbm Tamat Tanpa Umum Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 425 hits
February 23 2020 11 03 PMAzmin Ali dan penyokongnya pada makan malam di Hotel Sheraton yang berlangsung selepas berpuluh kenderaan diiringi polis dilihat memasuki perkarangan Istana Negara petang tadi PETALING JAYA Majlis makan malam meliba...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik