Maggi Pedas Giler Tomyummz Pedas Tak Boleh Bincang



Maggi Pedas Giler Tomyummz Pedas Tak Boleh Bincang
Aku mulakan entri dengan mukadimah nak marah pada Maggi Pedas Giler perisa Tomyummz yang sangat kurang ajar dan pedas dia tak boleh bawak bincang. Terbakar lidah aku woi. Tak sangka aku akan buat kerja kurang berfaedah macam ni. Sumpah aku tak beli Maggi ni tapi ini adalah ehsan kawan blogger Husniey yang bagi Maggi ni masa aku stay dengan dia masa program Nak Ubah Hidup Dr Azizan Osman yang lepas.

Kebetulan aku memang lapar walaupun aku dah makan nasi sebelum Maghrib. Aku sempat buat kerja rumah, tertidur masa tonton televisyen dan tiba-tiba terjaga sekitar pukul 1 pagi dan aku terasa lapar. Tangan laju je capai Maggi Pedas Giler Tomyummz dan masak seperti arahan pada plastik bungkusan.

Ejaan Maggi Pedas Giler Tomyummz tu bukan aku sengaja eja macam budak WeChat eja TomYum eh, memang Maggi yang buat ejaan begitu. Nak tarik minat anak muda remaja la tu. Berjaya la kot marketing dia, bukan setakat remaja, orang dewasa pun teruja nak cuba.

Gambar Maggi aku tangkap dah terdelete, tapi lebih kurang gambar dari website Maggi juga. 

Pedas Sangat Ke Maggi Pedas Giler Tomyummz Tu?
Tolonglah percaya cakap aku ni, memang pedas nak kojol. Aku tak sangka level pedas dia macam rasa lidah terbakar. Aku tak tahan pedas sangat tapi masih mampu makan makanan pedas. Kalau makanan tu pedas tapi kena selera aku memang aku akan habiskan. Biar pun terpaksa menangis dan keluar air hidung sekalipun.

Dalam kes Maggi Pedas Giler Tomyummz ni aku berjaya makan hanya tiga suap sahaja. Masa awal-awal tu serius rasa pedas boleh telan. Kunyah macam biasa. Masuk suapan ketiga aku rasa tak sedap hati. Weh pedas dia dah mula terasa. Air mata, air hidung dah start nak mencurah keluar. Katanya kebaikan sebenar Maggi ini diperbuat daripada cili sebenar. Hah baik sangat eh

Oklah kalau korang memang terer makan pedas dan teringin nak rasa sila cuba dan kena tanggung akibat sendiri ya. Aku ni kalau orang offer RM1000 makan benda pedas memang aku tak buat, tapi kalau bagi sejuta aku boleh fikirkan. lol
Petua Hilangkan Pedas
Dia punya pedas tak boleh bawa bincang woi. Pedas fokus dekat lidah sahaja. Ni pedas bukan level biasa-biasa. Rasa macam nak terbakar lidah aku. Ligat otak aku cari benda nak hilangkan pedas. Aku minum air sejuk bergelas-gelas lepas tu aku stop sebab jadi kembung. Pedas tak surut pun. Pui.

Aku teringat arwah abah kata kalau nak hilangkan rasa pedas kena kemam benda manis macam gula atau susu. Aku nampak milo depan mata tak fikir panjang terus suap satu sudu dan kemam dalam mulut. Milo kan manis, jadi aku ingat berkesan la petua tu. Tapi, tak jalan weh, otak dah mula panik. Tak boleh jadi aku ambil air sejuk dan aku biar lama-lama dalam mulut.

Perut dah start kembung jadi aku hanya kumur-kumur air sejuk. Aku biar lidah aku direndam dengan air sejuk dan kemudian aku ludahkan. Dalam masa beberapa minit yang aku rasa macam setengah jam aku terseksa tu aku teringat petua lain hilangkan pedas. Selalu tengok orang buat cabaran makan Maggi Pedas diaorang akan standby susu.

Rezeki weh, susu full cream Fernleaf masih ada dalam fridge. Aku tuang segelas dan minum. Ya ampun syukur sangat berkesan. Level kepedasan dan sengsara lidah aku menurun perlahan-lahan. Tapi satu cawan jelah aku minum susu tu lepas tu aku teruskan kumur-kumur dengan air sejuk semula.

Lepas beberapa ketika pedas tu berjaya pergi. Alhamdulillah. Aku pandang lebihan Maggi Pedas Giler tu dengan perasaan yang membara. Nak makan dan habiskan memang tidaklah jawapan dia. Konon aku nak bilas Maggi tu dengan air panas dan sambung makan tapi diri aku macam tak sanggup nak ulang peristiwa pahit tu. Jadi Maggi tu terdampar sepi dekat dapur.

Jangan Seksa Diri

Aku rasa berdosa juga lepas makan Maggi Pedas Giler Tomyummz tu. Rasa macam aku telah seksa diri sendiri dalam keadaan sedar. Aku makan konon nak hilangkan rasa lapar sekali memang hilang rasa lapar tapi lepas tu menyesal. Terasa aku telah menzalimi diri sendiri. Rasa bongok pon ada juga ya. Nasib aku tak ajak Ikhwan makan sekali, kalau tak mahu dia cirit tak pergi sekolah.

Setakat setengah jam lepas aku makan tiga suap Maggi Pedas Giler Tomyummz, perut aku terasa bahang-bahang tak menyenangkan. Lidah aku dah pulih cuma bahagian tekak rasa tak selesa. Aku tak faham mereka-mereka yang berjaya habiskan sebungkus Maggi Pedas Giler. Apa kah korang makhluk asing? Tak rasa apa-apa ke? Semoga aku tak cirit birit esok hari ya.
Update: Alhamdulillah aku tak cirit dan aku masih hidup.

Aku tak faham yang makan 2X pedas tu mulut diaorang cane eh? kebal eh? Gila lah. Boleh kunyah, telan. Apa kau orang ni alien kah? 


Selain Maggi Pedas Giler Tomyummz, ada perisa Maggi Pedas Giler Ayam Bakar, Maggi Pedas Giler Seafood Berapi, Maggi Pedas Giler 2 X, Maggi Hot Mealz Kari Kaw dan banyak lagi la. Nak makan yang gila pedas ni kena cari Maggi On The Go which is dalam bowl dan juga bungkusan.




Kesimpulan

Aku masih tak boleh digest kenapa orang buat cabaran makan Maggi Pedas Giler dan makanan pedas lain. Ditambah pula, memang ada orang nak sahut cabaran tu. Kalau sahut cabaran dan dapat duit tu logik la. Ini tidak ya. Duit habis, seksa diri dan sakit je yang dapat. Aku syak memang sifat manusia, yang orang cakap jangan itu lah yang dia paling nak buat.


Untuk korang yang teringin sangat nak cuba pedas atau tak Maggi Pedas Giler sila lah cuba. Tapi sendiri ingat lah ye. Segala kesakitan, kerugian dan apa juga kesan terjadi pada diri korang kena tanggung sendiri ok. Tiada siapa paksa anda makan Maggi Pedas Giler ni.


Sebelum nak makan sila lah sediakan tisu, air batu, air sejuk, susu, gula-gula dan segala benda yang akan bantu hilangkan rasa pedas. Masa menahan pedas tu, sambil keluar air hidung sambil tu aku menggaru kepala macam monyet ada kutu.


Dapat bayangkan? Kalau anda berani? Cubalah.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2020/02/maggi-pedas-giler-tomyummz-pedas-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Boleh Dengar Didik Supaya Dengar Kata Bukan Menjerit Tunjuk Kita Hebat

Anak Boleh Dengar Didik Supaya Dengar Kata Bukan Menjerit Tunjuk Kita Hebat

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 441 hits
Anak adalah anugerah dari Allah SWT buat kita Betapa sayangnya kita dengan mereka sehinggakan apa saja sanggup kita korbankan untuk kesenangan anak anak Ada masanya kita diuji dengan perangai mereka selalu buat ibu ayah naik hantu Bila teng...
Nak Anak Lupakan Gajet Boleh Cuba Aktiviti Asah Skil Motor Halus Si Kecil Seawal Umur 3 Tahun

Nak Anak Lupakan Gajet Boleh Cuba Aktiviti Asah Skil Motor Halus Si Kecil Seawal Umur 3 Tahun

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 666 hits
Perkembangan setiap anak kecil mungkin berbeza beza tapi jika ingin mengasah kemahiran motor halus anak beberapa aktiviti yang akan menyeronokkan si kecil akan mengalihkan perhatian anak dari gajet Malah tak perlu tunggu anak usia enam tahu...
Selalu Makan Sosej Boleh Meningkatkan Risiko Kanser Perut

Selalu Makan Sosej Boleh Meningkatkan Risiko Kanser Perut

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 331 hits
Walaupun pakar kesihatan sudah berkali kali mengingatkan kita tentang bahaya kerap mengambil daging yang sudah diproses seperti sosej atau naget Malangnya kerana rasa dari daging olahan ini sangat enak dan sangat mudah untuk diolah dengan c...
Bahaya Tripping Jump Challenge Jadi Trend Baru Remaja Ini Boleh Cederakan Kepala

Bahaya Tripping Jump Challenge Jadi Trend Baru Remaja Ini Boleh Cederakan Kepala

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 620 hits
Tripping Jump Challenge kini menjadi viral dalam kalangan remaja di seluruh dunia melalui di pelbagai platform media sosia namun pakar bimbang trend terbaru tersebut boleh memudaratkan diri pelakunya Selain boleh mendatangkan kecederaan fiz...
Sistem Pr Dap Boleh Menang Lebih 60 Kerusi Parlimen

Sistem Pr Dap Boleh Menang Lebih 60 Kerusi Parlimen

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 297 hits
Pensyarah Jabatan Pegawai Pentadbiran dan Politik Dr Muhammad Asri Mohd Ali bercakap pada Perbincangan Meja Bulat mengenai Isu Sistem Pilihan Raya di Malaysia di Pejabat Sekretariat MPN Kajang Selangor foto SYAFIQ AMBAK KAJANG Pelaksanaan s...
Ketahuilah Daun Ketumpang Air Dan Rerama Hijau Boleh Kurangkan Sakit Lutut Sendi

Ketahuilah Daun Ketumpang Air Dan Rerama Hijau Boleh Kurangkan Sakit Lutut Sendi

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 735 hits
Adakah anda tahu pokok Ketumpang Air didapati tumbuh meliar dan telah digunakan secara tradisi bagi mengubat penyakit sendi sakit lutut dan sebagainya Pokok Ketumpang Air dan Rerama Hijau Sumber Herba Yang Berpotensi Masih Belum Diterokai S...
Memakan Korban Ini Alasan Bayi Dan Balita Tak Boleh Gunakan Perhiasan

Memakan Korban Ini Alasan Bayi Dan Balita Tak Boleh Gunakan Perhiasan

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 262 hits
Sebagai orangtua pastinya Mama menginginkan penampilan si Kecil menarik dan menggemaskan Salah satu cara yang ditempuh oleh sebagian orangtua adalah dengan memakaikan bayi perhiasan terutama pada bayi perempuan Kadang hal ini juga dilakukan...
Terlalu Banyak Halang Anak Boleh Matikan Suis Kehebatan Mereka Sentiasalah Awasi Dan Bantu Mereka

Terlalu Banyak Halang Anak Boleh Matikan Suis Kehebatan Mereka Sentiasalah Awasi Dan Bantu Mereka

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 294 hits
Anak kecil tidak pernah merasakan batasan untuk melakukan sesuatu Walaupun dia tidak tahu dia senantiasa merasakan dia boleh melakukan segala galanya Bagaimana cara untuk tidak mematikan suis kehebatan anak anak Ikuti perkongsian Ibu Rose I...
Tiada Pihak Boleh Nafi Anwar Pm 8

Tiada Pihak Boleh Nafi Anwar Pm 8

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 207 hits
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Khalid Abdul Samad hari ini tampil membidas tindakan pihak tertentu yang cuba menggagalkan pelan peralihan kuasa perdana menteri Bercakap selepas satu program di Sentul hari ini Khalid berkata tiada p...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah