Madrasah Tahfiz Ternak Lebah Kelulut



KUBANG PASU | Pelajar Madrasah Tahfiz Taufiqillah di Kampung Lembah Arang, di sini bukan sahaja mampu menghafaz Al-Quran, malahan mahir dalam penternakan lebah kelulut untuk penghasilan madu di madrasah berkenaan.
Pengetuanya, Auzaid Ismail berkata, ia membabitkan pelajar lelaki seramai 31 orang dan pelajar perempuan 11 orang yang berusia tujuh hingga 20 tahun , sekaligus menyumbang kepada sumber pendapatan madrasah untuk menampung kos operasi yang meningkat.

“Sarang kelulut kami beli dari orang kampung yang mencari di hutan dan pelajar inilah yang akan membantu membuat kotak untuk lebah kelulut membina sarang, menyedut madu yang dihasilkan dan membotolkan madu dengan label sebelum ia dipasarkan hingga ke Lembah Klang.

“Ia menjadi salah satu pengajian sampingan kepada pelajar agar mereka tahu selok-belok penternakan sebelum mengusahakan sendiri nanti sambil membuat kerja dakwah di tempat masing-masing nanti,” katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.

Auzaid berkata, beliau tidak menyangka projek yang diusahakan hanya ‘suka-suka’ pada awalnya, mampu menjadi sumber pendapatan utama madrasah selain sumbangan orang ramai dan duit derma bagi menampung kos operasi.

“Pada musim bunga hasil mencecah 100 kilogram dengan nilai jualan sebanyak RM24,000 sebulan, dengan ini dapatlah menampung bil elektrik dan air serta perbelanjaan pengurusan madrasah kerana kebanyakkan pelajar di sini diberi pendidikan percuma kerana terdiri daripada mualaf, anak yatim dan fakir miskin,” katanya.

Katanya, projek ini turut mendapat sokongan dan bimbingan dari seorang pensyarah di Politeknik Sultan Abdul Halim (POLIMAS) di sini yang mengajar teknik-teknik penjagaan sarang kelulut yang betul agar dapat menghasilkan madu yang banyak.

Auzaid yakin, projeknya ini akan terus berkembang dan berharap akan menjadi projek kelulut yang dilawati kerana berada di lereng-lereng bukit yang kelihatan menarik.

“Saya sedang membina sebuah galeri untuk menyimpan dan menjual madu yang dijangka siap tahun depan, dengan adanya galeri itu akan melengkapkan lagi projek ini dan boleh menjadi tumpuan pengunjung suatu hari nanti,” katanya.

Sementara itu, seorang pelajar, Mohd Syarhan Mohd Tahir, 16 berkata, beliau bersyukur kerana menjadi salah seorang pelajar yang diberi kepercayaan untuk menyedut madu kelulut sebelum dibotolkan dan dijual.

“Rasa beruntung kerana selain dapat menghafaz 30 juzuk Al-Quran, saya juga dapat mempelajari ilmu keusahawanan yang menjadi nilai tambah kepada saya dan pelajar lain, selain itu kami juga diajar cara membuat sabun mandian, pencuci muka berasaskan madu kelulut,” katanya. – BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ulumquran.blogspot.com/2018/10/madrasah-tahfiz-ternak-lebah-kelulut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bangunan Tahfiz Tergadai Kerana Forex

Bangunan Tahfiz Tergadai Kerana Forex

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 145 hits
KUALA LUMPUR Kerana mahu menambah pendapatan bagi menguruskan pusat tahfiz seorang pengetua yang bergelar ustaz sanggup meminjam wang daripada Ah Long dan mengadaikan dua buah bangunan tahfiz yang diwakafkan untuk asrama pelajar di Ipoh Per...
Seronok Ternak Lembu Baka Boleh Jual Dengan Harga Tak Masuk Akal Anak Muda Jual 2 Ekor Lembu Sado Rm85 000

Seronok Ternak Lembu Baka Boleh Jual Dengan Harga Tak Masuk Akal Anak Muda Jual 2 Ekor Lembu Sado Rm85 000

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 199 hits
The ReporterKita lupakan seketika isu viral di Langkawi mengenai menu ikan Siakap yang dikatakan mencecah ribuan ringgit Kita beralih pula ke negeri Kelantan yang berkongsikan kisah anak muda yang menternak lembu sado jenis baka Charolais A...
I Huffaz Bantu Tahfiz Terkesan Akibat Covid 19

I Huffaz Bantu Tahfiz Terkesan Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 214 hits
Oleh MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI Pengurusan Akademik Tahfiz Al Islah bergambar bersama sama pelajar dalam perasmian PETALING JAYA Pelajar tahfiz al Quran yang terkesan akibat penularan Covid 19 kini berpeluang meneruskan pelajaran mereka di ...
Terapi Sengatan Lebah

Terapi Sengatan Lebah

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 136 hits
Terapi sengat lebah atau apitherapy adalah metode pengubatan yang sudah dipraktikkan sejak dahulu lagi Perkataan APITHERAPY atau APITERAPI adalah gabungan dalam bahasa Latin iaitu aphis yang bermakna lebah dan therapy yang bermakna rawatan ...
Juri Minta Jangan Nangis Model Diajar Posing Dengan Lebah Terpaksa Tahan Perit Akibat Disengat

Juri Minta Jangan Nangis Model Diajar Posing Dengan Lebah Terpaksa Tahan Perit Akibat Disengat

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 265 hits
Tidak cukup memiliki rupa menawan semata mata namun seseorang yang mahu menjadi model perlu juga bersifat fotogenik dan berani dalam sebarang sesi photoshoot
T15c29 Sarang Kelulut Kuala Tahan

T15c29 Sarang Kelulut Kuala Tahan

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 136 hits
Sarang Kelulut yang sekecil itu pun menjadi sasaran Sang Beruang untuk mendapatkan madunya Patutlah madu kelulut sangat mahal sarangnya sungguh kecil tak tahulah berapa banyak sarang perlu dibongkar untuk mendapatkan madunya dalam jumlah ya...
Lelaki Maut Diserang Ikan Piranha Selepas Terjun Ke Tasik Untuk Melarikan Diri Dari Sekumpulan Lebah

Lelaki Maut Diserang Ikan Piranha Selepas Terjun Ke Tasik Untuk Melarikan Diri Dari Sekumpulan Lebah

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 317 hits
Lelaki maut diserang ikan piranha selepas terjun ke tasik untuk melarikan diri dari sekumpulan lebahSeorang lelaki maut diserang oleh ikan piranha selepas terjun ke dalam tasik untuk melarikan diri dari disengat sekumpulan lebah Lelaki beru...
Design Flyers Maahad Tahfiz Almasyhur

Design Flyers Maahad Tahfiz Almasyhur

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 329 hits
Design FlyersMaahad Tahfiz Almasyhur Berminat untuk tempah design poster banner bunting sticker logo editing video khidmat fotografi dan videografi website hosting domain atau lain lain sila hubungi kami melalui email atau telegram Email Vi...
21 Pelajar Tahfiz Mangsa Dera Seksual

21 Pelajar Tahfiz Mangsa Dera Seksual

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 151 hits
KUANTAN Seorang guru sebuah maahad tahfiz di sini membuat laporan polis mendakwa seramai 21 pelajarnya didera secara seksual oleh seorang lelaki yang juga pemberi sumbangan kepada maahad berkenaan Menurut sumber guru berusia 22 tahun itu me...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus

Drama Anggun Mikayla Lakonan Alya Iman Nabil Aqil



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas

Peminat Sayu Klopp Melangkah Pergi

Isu Isteri Cikgu Buang Hadiah Rm2 Pemberian Murid

Sambutan Ulang Tahun Vivo Malaysia Yang Ke 10 Dan Berpeluang Untuk Menang Perjalanan Ke Shenzhen China

Tahniah Izzat Upkk

Lawrence Wong Mengangkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Keempat Singapura