Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas





Singapura telah meningkatkan langkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara itu, susulan serangan di balai polis Ulu Tiram di Johor. - Foto AFP

SINGAPURA: Singapura telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, semalam yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Kementerian Ehwal Dalam Negeri Singapura (MHA) hari ini berkata, langkah-langkah itu termasuk meningkatkan rondaan dan pemeriksaan yang lebih ketat ke atas pelancong dan pengangkutan.
"Pelancong harus menjangkakan kelewatan di pusat pemeriksaan kerana pemeriksaan yang diperketat dan mengambil kira masa tambahan yang diperlukan untuk urusan imigresen.
"Sama ada di Singapura atau melancong ke luar negara, orang ramai perlu sentiasa berwaspada dan melaporkan sebarang individu atau aktiviti yang mencurigakan kepada polis dengan segera," kata MHA dalam kenyataan.
MHA berkata, kementerian dan Jabatan Pasukan Keselamatan Dalam Negeri telah memantau perkembangan keselamatan global dan serantau dengan teliti, termasuk serangan di Johor pada Jumaat yang didakwa dilakukan oleh seorang anggota Jemaah Islamiyah (JI).
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) juga telah berhubung dengan rakan sejawat mereka di Malaysia.
MHA berkata, kementerian dan Jabatan Pasukan Keselamatan Dalam Negeri telah memantau perkembangan keselamatan global dan serantau dengan teliti, termasuk serangan di Johor pada Jumaat yang didakwa dilakukan oleh seorang anggota Jemaah Islamiyah (JI).
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) juga telah berhubung dengan rakan sejawat mereka di Malaysia.
Dalam kejadian pada 2.45 pagi itu, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, meninggal dunia selepas diserang oleh seorang lelaki bertopeng bersenjatakan parang manakala Koperal Mohd Hasif Roslan ditembak dan dilaporkan stabil selepas dirawat di Hospital Sultan Ismail.
Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam sidang media hari ini berkata, suspek berusia 21 tahun yang terbunuh dalam serangan itu dipercayai bertindak sendirian dan tiada kaitan dengan mana-mana kumpulan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain malam ini menjelaskan bahawa kenyataan awal mengenai suspek sebagai ahli JI adalah berdasarkan pembabitan bapanya dengan kumpulan pengganas terbabit.
"Suspek tidak terbabit dengan mana-mana kumpulan pengganas dan tidak mempunyai kaitan dengan JI. Dia tidak terbabit dalam keganasan," kata Razarudin.BERNAMA
BERITA BERKAITANNASIONAL Mei 18, 2024 @ 12:06pmTERKINI: Jenazah dua korban Serangan Balai Polis Ulu Tiram dibawa ke kampung halamanNASIONAL Mei 18, 2024 @ 11:13amGerakan JI di negara ini masih terkawal - Saifuddin NasutionNASIONAL Mei 18, 2024 @ 6:36pmTiada warga Singapura ditahan - Ketua Polis NegaraNASIONAL Mei 17, 2024 @ 11:40amTERKINI: Suspek serang Balai Polis Ulu Tiram anggota JI - KPN



Apa Komen PAS?Foto daripada Facebook BALAI POLIS ULU TIRAM.
Serangan BP Ulu Tiram: Tahap kesiapsiagaan pasukan keselamatan dipersoal
KUALA LUMPUR: PAS memandang serius kejadian serangan yang mengorbankan tiga orang, termasuk dua anggota polis di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal subuh tadi.
“Sekali gus mempersoal tahap kesiapsiagaan pasukan keselamatan kita sehingga membolehkan perkara malang ini berlaku,” kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, turut membimbangkan ialah insiden berkenaan disyaki melibatkan kumpulan militan Jemaah Islamiyah (JI) berikutan penahanan lebih 20 orang, termasuk pelajar universiti tempatan bagi membantu siasatan seperti yang disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain di tempat kejadian hari ini.
Selain itu, ujarnya tahap kesiapsagaan yang lemah di pintu masuk balai polis sehingga suspek boleh meloloskan diri dengan mudah tidak boleh dipandang ringan dan memerlukan tindakan segera ke arah penambaikannya.
Katanya, sebagai agensi yang bertanggungjawab langsung ke atas keselamatan dan kesejahteraan negara, kelemahan atau kealpaan yang sedikit boleh diambil kesempatan oleh pihak-pihak yang berniat atau beragenda serong dan mesti dihindari sama sekali kerana kesannya sangat besar.
“Dalam hal ini, PAS percaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu tampil dengan penjelasan yang jujur mengenai kejadian, selain memberi komitmen tegas bahawa ia tidak akan berulang lagi,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu.
Tambahnya, KDN juga perlu memastikan pasukan keselamatan, khasnya PDRM diberi semua sokongan dan ruang untuk menjalankan tugas hakiki mereka dengan berkesan tanpa apa-apa gangguan atau halangan.
“PAS merasa amat sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga anggota polis yang terkorban, selain mendoakan anggota yang cedera dalam kejadian pulih segera,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 17/5/2024
Apa komen Weblog Ibnu Hasyim: Ikuti selanjutnya?
..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2024/05/apa-jadi-serangan-balai-polis-johor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Serangan Seksuel Tentera Israel Komen Pas

Serangan Seksuel Tentera Israel Komen Pas

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 173 hits
Kanak kanak melihat anggota keluarga membuka khemah ketika tentera Israel kembali melancarkan serangan di Rafah selatan Semenanjung Gaza Foto REUTERSPakar PBB kutuk serangan keganasan seksual dilakukan tentera IsraelGENEVA Pakar Pertubuhan ...
Serangan Balai Polis Wujud Akta Baharu Cegah Keganasan

Serangan Balai Polis Wujud Akta Baharu Cegah Keganasan

papar berkaitan - pada 25/5/2024 - jumlah : 163 hits
Serangan ganas seorang lelaki membunuh dua anggota polis dalam kejadian di Balai Polis Ulu Tiram Johor baru baru ini seharusnya ditangani secara lebih menyeluruh Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia Nabil Halimi biarpun ...
Dua Anggota Polis Maut Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah Kpn

Dua Anggota Polis Maut Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah Kpn

papar berkaitan - pada 17/5/2024 - jumlah : 223 hits
JOHOR BAHRU 17 Mei Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini awal pagi tadi dipercayai ahli Jemaah Islamiyah Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata susulan kejadian itu polis mela...
Azmin Enggan Ke Balai Bagi Kenyataan Pada Polis

Azmin Enggan Ke Balai Bagi Kenyataan Pada Polis

papar berkaitan - pada 21/5/2024 - jumlah : 169 hits
Shakira BuangMeskipun dipanggil polis untuk memberi kenyataan namun Ketua Pembangkang Selangor Mohamed Azmin Ali menegaskan dia enggan hadir ke balai Sebaliknya pemimpin PN itu mencabar tindakan polis memanggilnya untuk memberi keterangan m...
Gempar Balai Polis Diserang 2 Anggota Suspek Maut

Gempar Balai Polis Diserang 2 Anggota Suspek Maut

papar berkaitan - pada 17/5/2024 - jumlah : 251 hits
Mary Victoria Dassam hmetro com myJohor Bahru Dua anggota polis maut manakala seorang anggota mengalami kecederaan dalam kejadian serangan dilakukan seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis Ulu Tiram di sini pada awal pagi hari i...
Pas Dikecam Balun Polis Bukan Fahaman Ekstremis

Pas Dikecam Balun Polis Bukan Fahaman Ekstremis

papar berkaitan - pada 19/5/2024 - jumlah : 213 hits
HarapandailyOrang ramai mengecam Pas yang mempersoal tahap siap siaga pasukan keselamatan ekoran kejadian serangan berdarah di Balai Polis Ulu Tiram Johor Bahru Rata rata menyifatkan pembangkang sepatutnya menyuarakan penolakan terhadap fah...
2 Pegawai Polis Johor Terbunuh Suspek Dikaitkan Dengan Kumpulan Pengganas Jemaah Islamiyah

2 Pegawai Polis Johor Terbunuh Suspek Dikaitkan Dengan Kumpulan Pengganas Jemaah Islamiyah

papar berkaitan - pada 18/5/2024 - jumlah : 258 hits
Dua pegawai polis di Johor Malaysia terbunuh pada awal pagi 17 Mei Serangan itu berlaku di Ulu Tiram pinggir bandar Johor Bahru kira kira jam 2 45 pagi menurut ketua polis negeri Pesuruhjaya M Kumar lapor Malaysiakini Seorang penceroboh ber...
Kpn Polis Buru 20 Ahli Ji Di Johor

Kpn Polis Buru 20 Ahli Ji Di Johor

papar berkaitan - pada 17/5/2024 - jumlah : 213 hits
BERNAMAJohor Bahru Polis sedang mengesan dan mengenalpasti 20 orang ahli Jemaah Islamiyyah yang berada di Johor Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata arahan itu sudah pun dikeluarkan kepada Bahagian Cawangan Khas di negeri itu...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik