Madrasah Muhasabah Perjuangan


SEJARAH perjuangan UMNO yang diasaskan pada 1946 telah memberikan nilai dan makna perjuangan yang tersendiri untuk dikaji dan diambil ibrah. Esok, 11 Mei, genaplah 73 tahun UMNO sebagai sebuah parti politik terbesar orang Melayu Bumiputera di persada politik tanah air.
Sepanjang tempoh 73 tahun UMNO mampu bertahan sebagai sebuah parti yang meraikan kepelbagaian, menyantuni dan memberikan keadilan kepada rakyat berlandaskan kepada perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan negara.
Semalam (9 Mei) sempena genap setahun pemerintahan kerajaan baharu, kita dapat saksikan pelbagaikan analisis, penilaian prestasi dan ranking yang diberikan kepada Kerajaan Pakatan Harapan (PH) di atas kegagalan mereka membuktikan bahawa mereka jauh lebih baik daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).
Dalam keghairahan kita mengkritik, membuat penilaian, mencari dan mendedahkan kelemahan kerajaan baharu kepada rakyat dan massa, jangan dilupai UMNO dan BN juga perlu kita perteguhkan dan perkukuhkan. Jangan sampai kita dibuai dengan isu dan menjawab isu sehingga melupai agenda perjuangan UMNO.
Marhaban Ya Ramadan, sebaik-baik bulan untuk kita sebagai pejuang UMNO menjadikan Ramadan sebagai madrasah bagi menyemarakkan kembali spiritual diri dan memperbaharui roh perjuangan. Ramadan juga seharusnya menjadi masa yang paling sesuai untuk kita bermuhasabah sejauh mana keikhlasan dan kekentalan kita bersama perjuangan UMNO.
Rasulullah SAW dan para sahabat telah menjadikan Ramadan sebagai madrasah perjuangan menyebarkan dan menegakkan syiar Islam. Ghazwah Badar al-Kubra yang berlaku pada 17 Ramadan tahun ke-2 Hijrah adalah teras kepada perjuangan Nabi SAW dan para sahabat.
Dengan kekuatan seramai 313 orang tentera, Baginda SAW keluar ke medan perjuangan untuk menyekat kafilah dagang Quraisy yang pulang dari Syam ke Makkah dengan kekuatan kira-kira 1,000 orang tentera.
Menginsafi peristiwa Ghazwah Badar menjadi muntalaq (titik tolak), Rasulullah SAW dan para sahabat melakarkan kejayaan dalam dakwah dan perjuangan menyebar Islam. Marilah kita cuba menelusuri beberapa Ibrah dari Ghazwah Badar al-Kubra yang boleh dijadikan sebagai panduan dan muhasabah perjuangan kita:
Perjuangan pasti diuji. Rasulullah SAW dan tentera Islam keluar ke Badar hanya untuk menyekat kafilah perniagaan yang membawa barang dagangan sahaja, bukan hendak berperang.
Tetapi apabila mereka diasak untuk berperang, maka Rasulullah SAW dan para sahabat menyahut asakan itu demi maruah Islam. Selamanya UMNO menjadi kustodian Melayu dan Bumiputera yang akan bangkit mempertahan maruah bangsa, agama dan tanah air apabila dicabar dan tercabar.
Di bulan Ramadan ini kita ambil kesempatan memohon dan bermunajat kepada Allah supaya segala agenda dan muslihat halus musuh digagalkan oleh Allah SWT.
Melazimi Syura. Walaupun Baginda seorang Rasul, namun Baginda melazimi Syura apabila melibatkan keputusan besar dan mesti diputuskan secara bersama. Dengan syura, Insya-Allah ada keberkatannya.
Ia berbeza dengan keputusan diputus bersendirian. Saya yakin apabila UMNO dan kepimpinannya mampu melazimi Syura sebagai kaedah membuat sesuatu keputusan, pastinya dapat mengurangkan permasalahan dalaman kepemimpinan semua peringkat. Mentaati pemimpin. Sikap sahabat daripada kalangan Ansar dan Muhajirin adalah contoh terbaik perlu diikut, terutama saat getir yang memerlukan keputusan padu daripada semua pihak. Mereka mentaati apa sahaja arahan dan keputusan Rasulullah SAW bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.
Di dalam berorganisasi, kita tidak akan mampu menjadi kuat dan teguh sekiranya ahli merasakan mereka lebih pandai daripada pimpinan dan segelintir pimpinan merasakan dirinya lebih pandai daripada ketuanya, yang akhirnya akan membentuk kabilah.
Husnu Thiqah Billah (bersangka baik dengan Allah). Rasulullah SAW bersangka baik dengan Allah yang akan menurunkan bantuan dalam peperangan Badar. Sebagai pejuang Islam apabila usaha telah dilakukan, strategi telah dirancang, persiapan sudah lengkap, doa telah dipanjatkan akhirnya bersangka baiklah dengan Allah yang pasti membantu setiap hamba-Nya.
Kita jadikan madrasah Ramadan kali ini sebagai muntalaq (titik tolak) kepada pembaharuan tekad perjuangan kita bersama UMNO. Kita berusaha memenuhi tiga piawaian dan syarat kemenangan Rasulullah SAW dalam Ghazwah Badar iaitu doa dan munajat hanya kepada Allah, kesatuan yang kukuh dan Perjuangan demi Islam dan Ummah bukan agenda peribadi.
Semoga Allah menjadikan Ramadan kali ini sebagai madrasah muhasabah perjuangan yang terbaik untuk kita meninggikan syiar Islam dan memakmurkan negara.
DATUK SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI

#demiummah

#akhiratdidepan.
Utusan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/05/12/madrasah-muhasabah-perjuangan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Umno Jangan Patah Semangat Teruskan Perjuangan Menuju Pru 15

Ahli Umno Jangan Patah Semangat Teruskan Perjuangan Menuju Pru 15

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 281 hits
KUALA LUMPUR 13 Mei Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyeru kepada semua ahli parti untuk meneruskan perjuangan walaupun suasana politik masa kini amat mencabar Jelas beliau dalam keadaan kedudukan orang Me...
Kekalkan Perjuangan Islam Dan Bumiputera

Kekalkan Perjuangan Islam Dan Bumiputera

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 327 hits
Wartawan Watan Online Semua ahli UMNO perlu terus memperkukuhkan parti bagi memastikan perjuangan agama dan bangsa dapat terus dikekalkan Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas tugas Timbalan Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berka...
Surat Muhasabah Untuk Umno Johor

Surat Muhasabah Untuk Umno Johor

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 513 hits
NASIONALISME Melayu pada zaman ini hanya boleh digugahkan kembali jika para pemimpin politik Melayu itu berani merekayasa jati diri bangsanya sendiri Pemimpin itu mesti mempunyai iltizam ilmu dan hikmah untuk bukan sahaja mengembalikan semu...
Raffi Ahmad Sampai Terharu Dengar Langsung Cerita Perjuangan Hidup Merry Dari Ibunya

Raffi Ahmad Sampai Terharu Dengar Langsung Cerita Perjuangan Hidup Merry Dari Ibunya

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 297 hits
Muhammad Sadili atau Merry asisten Raffi Ahmad dikunjungi oleh ibunya yang datang dari kampung halamannya di Madura Selama berada di Jakarta Ibu Merry pun tinggal di kontrakannya
Kalahkan Pdi Perjuangan Golkar Unggul Di Gorontalo

Kalahkan Pdi Perjuangan Golkar Unggul Di Gorontalo

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 175 hits
Komisioner KPU Provinsi Gorontalo Hendrik Imran saat membacakan perolehan suara Pileg di wilayahnya menyebut Partai Golkar unggul dengan perolehan 194 660 suara dari total 688 445 suara sah Artinya Partai Golkar meraih 66 84 persen dari sel...
Perjuangan Anak Selamatkan Ibu Yang Tenggelam Akibat Banjir Di Bidara Cina

Perjuangan Anak Selamatkan Ibu Yang Tenggelam Akibat Banjir Di Bidara Cina

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 315 hits
Ratusan warga Bidara Cina Jakarta Timur menjadi korban banjir sejak tiga hari lalu Mereka yang terkena banjir saat ini sudah kembali untuk membersihkan rumahnya
Perjuangan Umno Pas Mempertahankan Perompak Perompak Negara Mahathir

Perjuangan Umno Pas Mempertahankan Perompak Perompak Negara Mahathir

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 484 hits
PUTRAJAYA Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa perjuangan mempertahankan Melayu dan Islam yang digerakkan oleh UMNO dan Pas tidak lain dari mempertahankan perompak perompak negara Perdana Menteri berkata pihak terbabit berharap jika Kerajaan Pa...
905 Ialah Hari Muhasabah Bukannya Sambutan Hari Bodoh

905 Ialah Hari Muhasabah Bukannya Sambutan Hari Bodoh

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 513 hits
Oleh Maaf agak kurang setuju dengan posting sambutan hari bodoh hari kena kencing dan beberapa konotasi negatif yang memberi gambaran buruk bukan sahaja kepada proses demokrasi di Malaysia malah bertentangan dengan nilai murni bulan Ramadha...
Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


What The Jalur Gemilang Truly Means To Me

Don T Give Ex Army Cops Unrestricted Powers As Mrsm Wardens Says Criminologist

World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co