Madani Datang Iran


 

Pada hujung 1990-an membawa ke 2009, hubungan Malaysia dan Iran berada di puncak. Iran menikmati keistimewaan tersendiri dalam Dasar Luar Malaysia ketika era Dr Mahathir Mohamad, dan Abdullah Badawi meneruskannya. Di tengah Perang Saudara Iran-Iraq, Malaysia berusaha mengimbangi. Sekatan ekonomi yang dikenakan oleh blok Barat terhadap Iran disanggah beria oleh kedua-dua pemimpin tersebut. Mahathir sempat melawat Iran beberapa kali sepanjang pentadbirannya. Abdullah meski sekejap malah melawat Iran sebanyak dua kali pada 2005 dan 2008 dan menjalinkan hubungan akrab dengan pemimpin Republik tersebut. Kedua-dua pemimpin ini dapat dikatakan pandai dalam menguruskan hubungan luar, paling tidak dalam konteks hubungan sesama negara Islam.
Apa yang menarik adalah sepanjang tempoh tersebut, hubungan yang dinyatakan di atas bukan setakat dikecapi antara kepimpinan negara, tetapi juga antara rakyat. Kementerian Pelancongan menjelaskan sekitar 130,000 pelancong Iran melawat negara kita dalam tahun 2011 seraya ada antara mereka memanfaatkan program “My Second Home”. Ketika itu hubungan ekonomi antara kedua negara juga sangat baik, di mana eksport Iran ke Malaysia bernilai RM500 juta. Saudagar Iran juga dikatakan memegang saham atau pelaburan di lebih 2,000 syarikat.
Kedutaan Iran di Malaysia menyatakan terdapat lebih 70,000 warga Iran berada di negara ini sama ada untuk melanjutkan pengajian ataupun bekerja. Saya sendiri beroleh seorang pelajar PhD dari Iran pada waktu itu. Saya masih ingat ramainya profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia menyeliakan saintis muda Iran, dan siswa Iran malah sampai memenuhi dewan kuliah universiti-universiti teknikal kita seperti di Melaka.
Ketika itu Iran turut menikmati sokongan tidak berbelah bahagi dari negara ini khusus dalam hal melibatkan hak memiliki teknologi nuklearnya. Dalam banyak keadaan Iran selalu dibela dan dipertahankan oleh Malaysia. Seperti seharusnya.
Namun demikian kedudukan ini tidak berlanjutan bawah pentadbiran Najib Razak yang kelihatannya tidak meneruskan kepandaian dua pemimpin Malaysia sebelumnya. Memang Presiden Hassan Rouhani ada ke Malaysia pada 2016, tetapi sepanjang pentadbiran Najib, hubungan Malaysia dan Iran meskipun tidak sampai terputus, berada di tahap yang rendah sejak kedua-duanya mulai bersahabat.
Najib memilih untuk menurunkan tahap kemesraan dengan Iran, dan mengakrabi Arab Saudi. Tidak ada masalah apa pun untuk Malaysia bermanja dan memanjai Saudi, apatah lagi Najib ketika itu mendambakan King Salman Center for International Peace di Kuala Lumpur, tetapi Najib yang tidak begitu pandai dari hal hubungan luar itu mengkesampingkan Iran sebagai sebuah kuasa dunia dengan tiada segan silu “menegur” Iran kononnya negara itu suka mengacau jiran-jirannya . Kata Najib, “I am aware that there is a widespread belief here that Iran has contributed largely to the instability in the region. As a country that enjoys and values good relations with countries in the region, Malaysia feels that Iran should and must avoid any action that could be seen as interfering in the internal affairs of its neighbors. This is not only for the sake of regional stability, but also for the unity of the ummah“.
Dalam disiplin hubungan antarabangsa, kata-kata Najib di atas amat mengeruhkan keadaan. Semacam terpaling menasihatkan rumput lalang di kebun orang padahal laman sendiri tidak berjaga. Malaysia ketika itu terbawa-bawa dengan sikap negara-negara Teluk padahal ia bukan sama sekali perlawanan kita, dan tidak ada sebab pun mencampuri. Malah tatkala Malaysia mengada-ada waktu itu, negara sempat membenihkan gejala sektarianisme yang begitu berbahaya. Syukur tiada pertumpahan darah
berlaku.
Masa berlalu dengan pantas. Hari ini Iran dan Saudi kembali rancak berdiplomasi, selain sering seia-sekata dengan Turki. Malaysia ternyata sedar kembali nikmat berkawan lama dahulu lantas tersipu-sipu menghulur tangan kembali. Mujur, yang di seberang tidak terlalu berasa hati.
Sebaik sahaja kerajaan Madani naik, Presiden Iran Seyed Ebrahim Raisi telah melontarkan kata-kata hangat untuk pentadbiran Anwar Ibrahim. Gengsi Anwar di luar memang mendapat perhatian ramai. Ini misalnya tidak berbau dan susah dihidu pada Muhyiddin Yassin atau Ismail Sabri Yaakob. Untuk keadilan, ya mereka tidak pun sempat menunjuk wibawa kerana leka main politik. Itu sebabnya kita memerlukan pentadbiran yang betul-betul stabil, dan bukan sekadar retorika.
Baguslah, atas nama Madani maka awal tahun ini, terdapat usaha meneroka kerjasama dalam membangunkan penyelidikan mengenai pertanian dengan Iran. Hal ini dinyatakan oleh Mohamad Sabu selaku menteri pertanian dan keterjaminan makanan. Kemudian Mei lalu, Malaysia dan Iran berjanji-janji untuk sama-sama sehati sejiwa menentang jenayah siber seperti dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail.
Kehadiran Menteri Luar, Zambry Abdul Kadir di Tehran minggu ini membawa sinar baharu selepas kemalapan cahaya di zaman Najib itu tadi. Pertemuannya dengan Hossein Amir Abdollahian, rakan sejawatan mengesahkan bakal ada pertukaran lawatan antara pimpinan di peringkat tertinggi.
Antara perbincangan yang dijangka bermanfaat telah diketengahkan adalah soal pertukaran orang tahanan, penerokaan sektor pendidikan, peningkatan kerja dalam bidang teknologi maklumat, dan usaha memulihkan semula penerbangan terus antara Tehran-Kuala Lumpur yang pernah tergendala seketika. Di peringkat penggubal undang-undang, dijangka ada pertukaran antara ahli-ahli Dewan Rakyat dan anggota Majlis Iran tentunya. Ini semua pembelajaran dan pengajaran yang bermanfaat dan menarik.
Malaysia dan Iran juga sama-sama mengutuk penghinaan terhadap kitab suci al-Quran seperti dilakukan secara bersiri di Sweden selain meneguhkan ikrar berhubung kedudukan Palestina. Kehadiran Maszlee Malik di situ juga nampaknya pasti menjanjikan kerjasama erat antara dua pusat penyelidikan yang bergengsi iaitu Institute of Diplomacy and Foreign Relations (IDFR) dengan Institute Of Strategic and International Studies (Isis) Malaysia. Lama sudah Isis yang pejabatnya di luar pintu Universiti Malaya itu hidup segan mati tidak mahu. Moga-moga akan ada kebaikan.
Puncaknya ada panggilan telefon antara Anwar dan Raisi yang nampaknya hangat dan bertentu. Ini diciap sendiri oleh perdana menteri di platform X. Negara kita kembali di tangan orang pandai-pandai.
Susah untuk menahan diri ya ampun. Ternyata Madani bukan sahaja satu harapan dan perpaduan untuk umat Islam di negara ini, nampaknya Madani juga dihulurkan sebagai ikatan silaturahim kepada negara-negara luar dalam paksi serupa. Ini telah ditunjukkan kepada Turki, dan kali ini Iran.
Jika Madani diterapkan dalam bidang hubungan antarabangsa secara abadi saya percaya kefahaman antar-peradaban akan berkembang dan marak. Hal ini penting di tengah-tengah kegilaan Islamofobia, konservatisme agama dan kepercayaan yang merosakkan sehingga menyalakan ekstremisme. Umat penat dengan ketertutupan dalam busa melekit yang sama atau telatah kebudak-budakan pihak tertentu seperti – ketuk-ketuk kepala orang, main pakau takfiri – atau kesombongan dalam ilmu sehingga merendah-rendahkan tokoh sejarah seperti Munshi Abdullah.
Orang mengharap kita unggul kerana Malaysia pernah menjadi pedoman dan rujukan. Orang ingin menghormati kita. Dulu orang hormat. Hilang sekejap. Syukur ada balik. Nampaknya ia sudah kembali. Episod rasuah dan penyelewengan akan terbungkam dalam penjara yang ulangtahunnya genap setahun baru-baru ini. Moga-moga Madani ini terus menguntum dan semerbak. Bagus sekali. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/08/madani-datang-iran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
40 Minit Tunggu Tak Datang Datang Lagi Kes Tinggal Anak Dalam Kereta Menangis Berpeluh Sampai Pucat Muka

40 Minit Tunggu Tak Datang Datang Lagi Kes Tinggal Anak Dalam Kereta Menangis Berpeluh Sampai Pucat Muka

papar berkaitan - pada 25/8/2023 - jumlah : 274 hits
Seorang individu di media sosial hari ini memuat naik pengalamannya menghadapi situasi cemas apabila seorang kanak kanak ditemui kepanasan di dalam kereta akibat ditinggalkan ahli keluarga Dalam hantaran video tersebut kanak kanak itu dilih...
Intipati Ekonomi Madani Memperkasa Rakyat

Intipati Ekonomi Madani Memperkasa Rakyat

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 360 hits
Ekonomi Madani merupakan satu kerangka ekonomi yang telah diperkenalkan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut memegang portfolio Menteri Kewangan Malaysia Ekonomi MADANI Memperkasa Rakyat adalah sebagai wa...
Masih Kuasai Dan Agenda Madani Tukar Menteri Tak Berfungsi

Masih Kuasai Dan Agenda Madani Tukar Menteri Tak Berfungsi

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 273 hits
Semalam seri 3 3 Tetapi aggregate keseluruhan PH BN menang 9 4 Dan kuasa pusat masih dipegang oleh PH BN
Siapa Yang Patut Kita Undi Pada Pilihan Raya Akan Datang

Siapa Yang Patut Kita Undi Pada Pilihan Raya Akan Datang

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 205 hits
Kita kini perlu mempertimbangkan pelbagai faktor yang lebih luas dalam menjadi pengundi yang lebih berpengetahuanBy 23 Aug 2023ANIL NETTO ALIRANPilihan raya yang sengit dipertandingkan di enam negeri telah berakhir Seperti dijangka kerjasam...
Bila Musim Durian Datang

Bila Musim Durian Datang

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 193 hits
Assalamualaikum Kat tempat korang banyak tak buah durian sekarang Kat tempat Cik Nor memang lambakan buah durian sekarang Bukan durian yang mahal mahal tu tapi durian kampung jer Cik Nor tak suka sangat durian yang mahal tu rasanya memenuhi...
0 5 Tahun Lalu Vs 4 5 Tahun Akan Datang

0 5 Tahun Lalu Vs 4 5 Tahun Akan Datang

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 219 hits
Adrian LimBERBEZA UNTUK PHBN DAN PNSetengah tahun telah berlalu 4 tahun setengah menjelang Untuk PN enam bulan lalu adalah tempoh untuk mengkucar kacir dan merosakkan apa yang ada khususnya melalui persengketaan perkauman Untuk PHBN enam bu...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco