Macam Pakai Kanta Lekap Warna Biru Sejak Lahir Mata 2 Beradik Jadi Perhatian Ramai


Seperti pakai kanta lekap berwarna biru. Itu keistimewaan dua beradik dari Kampung Chenerai, Mukim Siong, Baling, Kedah sejak kecil apabila memiliki mata berwarna biru yang cantik se­perti memakai kanta lekap.
Pergi mana-mana semua orang perhatikan
Menerusi laporan Kosmo, Umi Aqilah Ahmad Zailani, 18, dan adiknya, Mohamad Safwan, 12, dianugerahkan anak mata berwarna biru sejak dilahirkan dan ia diwarisi daripada bapa mereka, Ahmad Zailani Dolah, 51.

Menurut Mohamad Safwan, sejak kecil mereka sentiasa menjadi perhatian dan orang ramai sering memperhatikan matanya sekiranya dia keluar ke kedai dan bandar.
“Mata saya dan kakak jadi perhatian orang ramai sehingga ada yang meminta untuk bergambar. Kami tidak tolak dan biasanya akan bergambar dengan mereka.
“Saya sudah biasa dengan keadaan tersebut sejak kecil lagi yang mana ibu dan bapa sering nasihat supaya sentiasa merendah diri dan baik dengan semua orang,” katanya.
Katanya, dia juga gembira ke­rana semua rakan di sekolah dan kampung ini serta guru sangat baik dan tidak pernah membezakannya dengan orang lain.

Mewarisi mata seperti ayah 
Ibu mereka, Eshah Md. Hassan, 44, berkata, hanya anak kelima dan keenam iaitu Umi Aqilah dan Mohamad Safwan dilahirkan dengan sepasang mata berwarna biru.
“Dua beradik ini mewarisi mata suami saya yang juga memiliki sepasang mata berwarna biru sejak dilahirkan, manakala empat lagi anak kami mempu­nyai warna mata normal seperti kebanyakan orang.
“Saya pernah ditegur seorang peniaga kerana memakaikan anak yang masih kecil dengan kanta lekap kerana ia boleh me­rosakkan mata,” katanya.

Tiada masalah penglihatan
Menurutnya, dua beradik itu tidak mempunyai sebarang masalah penglihatan dan mereka dapat melihat serta membaca seperti biasa.
“Cuma, Umi Aqilah mempunyai masalah pendengaran dan pertuturan dan kini belajar di Sekolah Menengah Sungai Layar (Pendidikan Khas), manakala Mohamad Safwan tiada sebarang masalah kesihatan,” ujarnya.
Tambahnya, warna anak mata suaminya sama seperti Mohamad Safwan berbanding Umi Aqilah yang nampak lebih jernih warna birunya.

Genetik nenek moyang 
Sementara itu, ibu mertuanya, Siti Aishah Ismail, 75, berkata, Ahmad Zailani merupakan anak kedua daripada empat beradik dan hanya dia seorang sahaja bermata biru.
“Mereka tiga beranak yang mendapat mata biru ini berkemungkinan daripada keturunan moyangnya iaitu nenek saya dan nenek saudara saya yang juga bermata biru tetapi mata mereka tidak sejernih atau biru seperti anak dan dua cucu saya ini.
“Mata saya dan ibu saya juga ada sedikit warna biru tetapi tidak ketara seperti mereka bertiga,” ujarnya yang mempunyai 14 orang cucu dengan dua orang sahaja yang bermata biru.
Kredit: Kosmo Online

Mama jom rileks jap, klik link ni!
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Macam Pakai Kanta Lekap Warna Biru. Sejak Lahir Mata 2 Beradik Jadi Perhatian Ramai appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/macam-pakai-kanta-lekap-warna-biru-sejak-lahir-mata-2-beradik-jadi-perhatian-ramai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Beradik Miliki Anak Mata Warna Biru Jadi Perhatian Ramai

Dua Beradik Miliki Anak Mata Warna Biru Jadi Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 207 hits
Memiliki sesuatu keadaan yang berbeza dari yang lain menjadi keistimewaan buat seseorang itu Dua beradik miliki anak mata warna biru dari Kampung Chenerai Mukim Siong Baling Kedah ini menjadi perhatian ramai Menerusi laporan Kosmo keistimew...
Video Mata Biru Macam Pakai Contact Lens Ada Kaitan Susur Galur Afghanistan Itali

Video Mata Biru Macam Pakai Contact Lens Ada Kaitan Susur Galur Afghanistan Itali

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 1288 hits
UMI Aqilah Ahmad Zailani dan Mohamad Safwan yang tinggal di Kampung Chenerai Baling Kedah memiliki mata berwarna biru yang cantik Si mata biru jadi tumpuan Memiliki sepasang mata berwarna biru bukanlah dianggap berpenyakit tetapi fenomena b...
Wow Kulit Masih Lembab Dan Lembut Macam Kulit Baby Walaupun Semalaman Pakai Losyen Ni Terbaiklah

Wow Kulit Masih Lembab Dan Lembut Macam Kulit Baby Walaupun Semalaman Pakai Losyen Ni Terbaiklah

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 284 hits
WOW KULIT MASIH LEMBAB DAN LEMBUT MACAM KULIT BABY WALAUPUN SEMALAMAN PAKAI LOSYEN NI TERBAIKLAH Sapa jer yang tak suka kulit dia kekal moisture and soft jer kan sepanjang hari Lagi lagi perempuan Memang inilah dambaan dorang Hihi Tu sebab ...
Tabiat Anzalna Buat Rambut Macam Beyonce Masa Hamil Eidrees Lahir Rambut Kerinting

Tabiat Anzalna Buat Rambut Macam Beyonce Masa Hamil Eidrees Lahir Rambut Kerinting

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 247 hits
Tiga tahun menanti anak Mohamad Eidrees hadir bawa bahagia dalam hidup Anzalna Nasir dan suaminya Muhamad Hanif Sikap penyayang dan lemah lembut dalam diri Anzalna ternyata menampakkan jiwa keibuan buat permata hatinya Dalam 20 orang mama y...
Lima Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata

Lima Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 227 hits
INTAN Iewanina Mohd Suhaimi bergambar dengan adik beradiknya selepas kematian ibu bapa mereka disebabkan Covid 19 ketika ditemui di Pangsapuri Sri Perantau Pelabuhan Klang Bagaikan terkena panahan petir buat lima beradik yang terpaksa menem...
Bini Suruh Pi Cucuk Vaksin Gaya Lelaki Ini Pakai Baju Kelawar Di Ppv Curi Perhatian Netizen Video

Bini Suruh Pi Cucuk Vaksin Gaya Lelaki Ini Pakai Baju Kelawar Di Ppv Curi Perhatian Netizen Video

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 235 hits
Bini Suruh Pi Cucuk Vaksin Gaya Lelaki Ini Pakai Baju Kelawar Di PPV Curi Perhatian Netizen VIDEO Boleh dikatakan kita melihat pelbagai ragam orang yang datang ke Pusat Pemberian Vaksin dimana hanya datang bersahaja dan juga berpakaian rare...
Lindungi Mata Anak Anak Dari Cahaya Biru Pada Skrin Gajet Semasa Pdpr Dengan Monitor Eye Care Dari Benq Malaysia

Lindungi Mata Anak Anak Dari Cahaya Biru Pada Skrin Gajet Semasa Pdpr Dengan Monitor Eye Care Dari Benq Malaysia

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 338 hits
Lindungi Mata Anak Anak Dari Cahaya Biru Pada Skrin Gajet Semasa PDPR Dengan Monitor Eye Care Dari BenQ Malaysia Sejak pendemik yang tak tahu bila nak berakhir anak anak dan gejet jadi berpisah tiada disebabkan sekolah masih lagi ditutup Un...
Kedai Cermin Mata Optom Eyecare Bangi Jual Pelindungan Kanta Mata Khas Anak Anak Dari Cahaya Uv Gadget Merbahaya

Kedai Cermin Mata Optom Eyecare Bangi Jual Pelindungan Kanta Mata Khas Anak Anak Dari Cahaya Uv Gadget Merbahaya

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 661 hits
Cermin mata kanak kanak untuk kelas online main game Baru sampai dari Kedai Cermin Mata Bandar Baru Bangi Optom tempah online je Servis laju pos pun laju Banyak design dan warna pilihan Abg Qi pilih warna baby blue mix green Selesa Abg Qi p...
Murid Cem4s Sampai Terbeli4k Mata Handphone Tiba Tiba Bergerak Sendiri Ketika Sesi Pdpr Kel4m Kabut Lari Panggil Ibu

Murid Cem4s Sampai Terbeli4k Mata Handphone Tiba Tiba Bergerak Sendiri Ketika Sesi Pdpr Kel4m Kabut Lari Panggil Ibu

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 473 hits
KETERUJAAN seorang kanak kanak menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah bertukar cem4s apabila melihat telefon bimbit yang digunakannya bergerak sendiri Menerusi lensa kamera telefon bimbit yang merakamkan kanak kanak itu sedang ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat