Macam Mana Rasanya Sakit Kontraksi Bakal Ibu Perlu Peka Sebelum Dekat Tarikh Bersalin


Ramai wanita terutamanya mereka yang baru sahaja pertama kali hamil pasti tertanya, bagaimana rasa kontraksi?

“Adakah kontraksi bermakna sudah terdapat bukaan pada faraj saya?”
Ia merupakan satu proses fisiologikal normal bagi membantu para ibu untuk melahirkan anak.
Walau bagaimanapun, ramai ibu mungkin tidak tahu bahawa kontraksi terbahagi kepada beberapa jenis.
Bukan semuanya berlaku pada saat anda hendak melahirkan anak.
Jika anda ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut, baca artikel ini.
Bagaimana rasa kontraksi palsu semasa hamil? Adakah ia menyakitkan?
Berbeza dengan jenis kontraksi lain, kontraksi palsu atau anda mungkin mengenalinya sebagai kontraksi Braxton-Hicks, berlaku di awal kehamilan.
Ia merupakan satu bentuk latihan bagi menyediakan otot rahim anda untuk lebih bersedia setelah janin cukup matang untuk mengalami proses kelahiran.

Jadi persoalannya, bagaimana rasa kontraksi palsu?
Walaupun kebanyakan wanita tidak berasa sakit, hanya rasa tidak selesa, terdapat segelintir yang mengalami rasa sakit seperti kontraksi bersalin.
Kontraksi palsu lebih tertumpu di abdomen manakala rasa sakit kontraksi sebelum bersalin turut dirasai di bahagian belakang badan.
Tidak kerap berlaku dan jarak di antara dua kontraksi tidak semakin rapat.
Berubah mengikut kedudukan badan atau aktiviti seperti berjalan.
Tidak menyebabkan berlakunya perubahan pada struktur serviks.
Oleh sebab kontraksi palsu berkait dengan beberapa faktor seperti keletihan, kehausan dan sebagainya, perkara berikut boleh bantu melegakan kesakitan:
-Ubah posisi semasa anda. Jika anda sedang duduk, cuba baring. Kalau anda sedang berdiri, cuba duduk.
-Minum air secukupnya.
-Berhenti daripada sebarang aktiviti dan cuba berehat.
Bukan senang untuk seseorang itu membezakan di antara sakit kontraksi palsu dan kontraksi yang lain.
Perkara ini terutamanya ketika anda berada pada fasa lewat kehamilan.
Jika risau, dan rasa sakit tidak hilang selepas anda cuba tukar posisi atau minum air, anda boleh rujuk kepada doktor.
Kontraksi prakelahiran, rasa sakit sebelum 37 minggu kehamilan
Kontraksi yang mengisyaratkan badan sudah bersedia untuk melahirkan anak mempunyai corak/paten tertentu.
Ia berlaku lebih kerap. Sebagai contoh, mereka yang rasa kontraksi setiap 10 hingga 12 minit dalam tempoh masa sejam mungkin mengalami proses kelahiran.
Apabila ia berlaku sebelum kehamilan cukup tempoh (sebelum 37 minggu), ia dikenali sebagai kontraksi prakelahiran.
Rasa kontraksi tersebut adalah seperti berikut:
-Rasa tekanan pada abdomen atau bahagian pinggul.
-Kram perut.
-Sakit pada bahagian belakang badan.
Jika ketiga-tiga gejala tersebut hadir bersama dengan air ketuban pecah atau pendarahan pada faraj, tanda kelahiran menjadi lebih objektif.
Risiko untuk anda mengalami kontraksi pada tempoh prakelahiran mempunyai sangkut paut dengan risiko kelahiran pramatang.
Antaranya adalah:
-Masalah struktur pada organ seperti rahim, serviks atau uri.
-Sejarah berkaitan kelahiran pramatang.
-Dijangkiti oleh kuman.
-Kehamilan kembar.
-Merokok atau menggunakan dadah terlarang semasa hamil.
-Tidak diperiksa oleh doktor secara berkala.
-Tekanan fizikal, emosi dan mental.
-Mempunyai berat badan berlebihan atau kurang daripada normal sebelum kehamilan.

Rasa kontraksi ketika proses kelahiran
Secara amnya, proses kelahiran terbahagi kepada fasa awal dan fasa aktif.
Pada ketika ini, rasa kontraksi kebiasaannya ringan dan ia boleh berlaku di antara 30 hingga 90 saat.
Simptom lain seperti keluar lendiran mula timbul pada fasa ini berikutan serviks anda mula terbuka bagi membolehkan bayi keluar.
Pada peringkat permulaan, jarak di antara dua kontraksi boleh jadi jauh.
Namun, pada pengakhiran bagi fasa awal proses kelahiran, jarak antara dua kontraksi boleh jadi sependek 5 minit.
Pada ketika ini, doktor akan membuat pemeriksaan berkala untuk memastikan progress anda baik.
Kesakitannya boleh menjalar dari belakang badan hingga ke abdomen.
Pada ketika ini, tahap kesakitan meningkat dan ia biasanya berlaku selama 45 hingga 60 saat.
Jarak di antara dua kontraksi juga sudah semakin pendek, antara 3 hingga 5 minit.
Kadangkala, tempoh dua kontraksi bertindih antara satu sama lain. Semakin lama semakin pendek.
Apabila bukaan faraj anda sudah mencecah 7 sentimeter, kekerapan berlakunya kontraksi meningkat.
Bayangkan, anda boleh merasai kontraksi selama 60 hingga 90 saat dan jarak di antara keduanya boleh jadi 30 saat hingga 2 minit.
Rasa kontraksi semasa hamil berbeza bagi setiap individu. Mungkin ada yang boleh menahan sakit dan ada juga yang meraung kesakitan. Simptom seperti rasa panas pada faraj, seram sejuk satu badan, muntah dan kerap terkentut boleh dialami oleh mereka yang berasa sudah hendak melahirkan anak.
Pastikan anda memberitahu doktor sekiranya sakit tersebut tidak tertahan oleh anda.
The post Macam Mana Rasanya Sakit Kontraksi? Bakal Ibu Perlu Peka Sebelum Dekat Tarikh Bersalin appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/macam-mana-rasanya-sakit-kontraksi-bakal-ibu-perlu-peka-sebelum-dekat-tarikh-bersalin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersalin Ikut Pintu Atau Tingkap Tak Boleh Pilih Pilih Semuanya Takdir Allah Mana Mana Tetap Sakit

Bersalin Ikut Pintu Atau Tingkap Tak Boleh Pilih Pilih Semuanya Takdir Allah Mana Mana Tetap Sakit

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 426 hits
Bersalin secara normal ataupun pembedahan adalah bergantung atas nasihat pakar selepas dia melihat kondisi si ibu Ada yang kata untunglah si ibu kerana melahirkan secara pembedahan tak perlu rasa sakit Ada pula yang kata berutung si ibu yan...
Timbalan Menteri Datin Mastura Sahkan Bakal Jadi Ibu Mertua Mira Filzah

Timbalan Menteri Datin Mastura Sahkan Bakal Jadi Ibu Mertua Mira Filzah

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 826 hits
Ohmedia dapat banyak inbox dari korang semua yang luahkan perasaan kecewa dan terkejut sebab Mira Filzah dah bertunang Kenapa ni Move on lah ok Apa apapun kali ini Ohmedia bawakan pula pengesahan dari bakal ibu mertua Mira Filzah iaitu Dati...
Macam Mana Boleh Sangkut Kat Rambut Telatah Kanak Kanak Ini Diusik Bapa Buat Ramai Terhibur

Macam Mana Boleh Sangkut Kat Rambut Telatah Kanak Kanak Ini Diusik Bapa Buat Ramai Terhibur

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 301 hits
Sebagai ibu bapa pelbagai cabaran yang getir perlu dihadapi dalam membesarkan anak anak dan sememangnya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi Pun begitu tidak semua karenah anak anak memberikan tekanan Terkadang celoteh serta keletah yang ...
Sudah Ada Tanda Bersalin Bella Astillah Tetap Sambut Harijadi Anak Bakal Bersalin Tanpa Suami Di Sisi

Sudah Ada Tanda Bersalin Bella Astillah Tetap Sambut Harijadi Anak Bakal Bersalin Tanpa Suami Di Sisi

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 710 hits
Penyanyi dan pelakon Bella Astillah yang sedang menunggu hari untuk melahirkan anak keduanya baru baru ini ada mengalami tanda tanda akan bersalin Namun Bella tetap mengadakan majlis sambutan ulang tahun kelahiran anak sulungnya Ayden pada ...
Tak Macam 60 Tahun Wajah Cantik Amp Muda Ibu Fazura Raih Pujian Netizen

Tak Macam 60 Tahun Wajah Cantik Amp Muda Ibu Fazura Raih Pujian Netizen

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 381 hits
Walaupun sudah menjangkau usia 60 tahun wajah ibu kepada pelakon terkenal Nur Fazura masih lagi terlihat muda belia Hal ini dikongsikan sendiri oleh Fazura apabila menyambut hari lahir ibunya pada hari ini dengan majlis kecil dihadiri kelua...
Macam Mana Nak Kenal Ejen Hartanah Kaki Kelentong

Macam Mana Nak Kenal Ejen Hartanah Kaki Kelentong

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 380 hits
Sekarang ni bersepah sepah yang akui diri mereka sebagai ejen hartanah berlesen Cuma korang kena berjaga jaga Ada sesetengah daripada golongan ni ada niat nak ambil duit korang dengan cara menipu Ada banyak kes penipuan jual beli hartanah y...
Bakal Ibu Mertua Beri Respon Mira Filzah Wan Emir Dijangka Nikah Tak Lama Lagi

Bakal Ibu Mertua Beri Respon Mira Filzah Wan Emir Dijangka Nikah Tak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 449 hits
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datin Mastura Mohd Yazid mengesahkan anaknya Wan Emir Astar bakal melangsungkan pernikahan dengan pelakon popular Mira Filzah tahun ini Menerusi laporan Harian Metro Mastura yang juga Ahli Parlime...
Mengidam Makanan Pasar Malam Malaysia Ibu Ini Kongsi Pengalaman Mengandung Bersalin Di Mekah

Mengidam Makanan Pasar Malam Malaysia Ibu Ini Kongsi Pengalaman Mengandung Bersalin Di Mekah

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 383 hits
Melalui proses kehamilan serta kelahiran bersendirian tanpa keluarga memang menguji kesabaran Dalam kita kerinduan mengingatkan ahli keluarga sebenarnya pengalaman begini mendidik kita untuk menjadi lebih kuat dan matang menghadapi sebarang...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Anak Buah Terpaling Kecil

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jep Syukur Dapat Hadiah Bermakna Dedah Anak Disahkan Autisme

Rules And Strategies Of Different Casino Online

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await