Sudah Ada Tanda Bersalin Bella Astillah Tetap Sambut Harijadi Anak Bakal Bersalin Tanpa Suami Di Sisi


Penyanyi dan pelakon Bella Astillah yang sedang menunggu hari untuk melahirkan anak keduanya baru-baru ini ada mengalami tanda-tanda akan bersalin. Namun Bella tetap mengadakan majlis sambutan ulang tahun kelahiran anak sulungnya Ayden pada Rabu lepas.
Memetik laporan Mstar Online, adik kepada Bella, Didi Astillah memberitahu sebelum majlis berlangsung kakaknya sudah membuat pemeriksaan dan doktor memaklumkan sudah ada bukaan rahim sebanyak 2 sentimeter.

“Malam sebelum majlis sambutan hari lahir Ayden, saya ada teman Bella pergi buat pemeriksaan doktor sebab dia dah ada rasa perut keras dan tanda nak bersalin.
“Doktor beritahu yang bukaan sudah 2cm tapi belum tiba masa untuk bersalin, jadi kami pun pulang ke rumah. Walaupun dalam keadaan macam itu, Bella tetap nak buat birthday Ayden.
“Memang risau juga tapi dia tetap nampak kuat dan Alhamdullilah majlis sambutan hari lahir Ayden pun berjalan dengan lancar,” kata Didi.

Sempadan Negara masih belum dibuka, bakal bersalin tanpa suami di sisi Dijangka bakal melahirkan cahaya mata perempuan pada 17 Julai ini, Bella berkata, apa yang lebih penting adalah memastikan proses bersalin berjalan lancar.
Memetik pula laporan daripada BH online, penyanyi lagu Tenang itu berkata, biarpun berbulan-bulan tidak dapat bertemu berikutan pintu sempadan masih lagi ditutup, namun Aliff tak lupa tanggungjawab sebagai suami dan bapa.
“Aliff tanpa gagal menghubungi setiap hari bertanya khabar mengenai saya dan anak, Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.

“Kesibukan kerja juga menyebabkan saya tidak sempat melayan perasaan. Lagipun, saya tidak bersendirian, ibu, ayah dan adik beradik sentiasa menemani. Jadi, saya tidak kesunyian atau sedih terpaksa melalui proses mengandung dan bersalin tanpa suami di sisi.
“Fokus saya hanya mahu proses bersalin berjalan lancar. Lagipun, saya sudah dewasa, tiada masa untuk terlalu banyak berfikir hal sedemikian. Sebaliknya, saya hanya reda dan bersabar dengan apa yang berlaku,” katanya.
Sepanjang mengandungkan anak kedua, kata Bella, dia hanya mengalami alahan pada peringkat awal, tetapi kini selepas memasuki trimester ketiga, keadaannya kembali normal.
Bella berkata, dia tidak pernah mengeluh apabila pintu sempadan masih belum dibuka kepada orang luar kerana keputusan kerajaan demi kebaikan rakyat.
Walau berjauhan, Bella berkata, dia tetap merasa dekat dengan suaminya kerana setiap hari mereka saling berhubung untuk bertanya khabar.
“Walaupun berjauhan tidak bermakna Aliff melepaskan tanggungjawabnya. Kami berhubung setiap hari sama ada melalui panggilan suara dan video. Suami selalu mengambil berat mengenai saya dan bayi dalam kandungan, jadi saya tidak terasa sunyi.

“Apa yang berlaku adalah sesuatu yang tidak dijangka. Saya akan mengikut sahaja keadaan, jika pintu sempadan di buka kembali, Alhamdulillah. Saya percaya ini semua dilakukan untuk kebaikan, jadi tak perlu untuk saya mengeluh. Semua orang terjejas akibat pandemik COVID-19,” katanya.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Bagaimanapun, rumah tangga mereka beberapa kali diuji hingga kemuncaknya berakhir dengan perceraian pada 16 Mei, tahun lalu. Namun, pasangan ini kembali rujuk ketika dalam tempoh edah dan kini sedang menanti kelahiran anak kedua mereka.
Sumber: Mstar & BH online
The post Sudah Ada Tanda Bersalin, Bella Astillah Tetap Sambut Harijadi Anak. Bakal Bersalin Tanpa Suami Di Sisi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sudah-ada-tanda-bersalin-bella-astillah-tetap-sambut-harijadi-anak-bakal-bersalin-tanpa-suami-di-sisi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Bakal Bersalin Sendirian Tanpa Suami Di Sisi Bella Astillah Redha Aliff Tak Pernah Lupa Tanggungjawab

Hiburan Bakal Bersalin Sendirian Tanpa Suami Di Sisi Bella Astillah Redha Aliff Tak Pernah Lupa Tanggungjawab

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 542 hits
Bakal melahirkan anak kedua pada tengah Julai 2020 Bella Astillah mengakui telah redha apabila dijangka memasuk dewan bersalin tanpa kehadiran suami tersayang Aliff Aziz Dia yang dijangka akan menimang cahaya mata perempuan berkata apa yang...
Bella Astillah Bersalin Anak Kedua

Bella Astillah Bersalin Anak Kedua

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 301 hits
Tahniah Ohmedia ucapkan kepada pelakon dan penyanyi Dayang Nabellah Awang Astillah atau lebih dikenali sebagai Bella Astillah selamat melahirkan cahaya mata perempuan semalam di salah sebuah pusat perubatan pada pukul 6 10 pagi Alhamdulilla...
Bersalin Tanpa Suami Bella Astillah

Bersalin Tanpa Suami Bella Astillah

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 652 hits
KUALA LUMPUR Hanya menanti hari menimang cahaya mata kedua pelakon dan penyanyi Bella Astillah reda terpaksa memasuki dewan bersali1n sendirian tanpa ditemani suami tersayang Aliff Aziz Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astil...
Dijangka Bersalin Hari Ini Bella Astillah Risau Belum Ada Tanda2 Nak Beranak

Dijangka Bersalin Hari Ini Bella Astillah Risau Belum Ada Tanda2 Nak Beranak

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 485 hits
Isteri kepada penyanyi Aliff Azizi Bella Astillah yang kini sedang sarat mengandung anak ke 2 hanya menanti waktu untuk melahirkan Sudah cukup usia kandungan 40 minggu Bella Astillah yang dijangka melahirkan bayi keduanya pada hari ini baga...
Doktor Beritahu Yang Bukaan Sudah 2cm Bella Astillah Tetap Sambut Hari Lahir Ayden

Doktor Beritahu Yang Bukaan Sudah 2cm Bella Astillah Tetap Sambut Hari Lahir Ayden

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 295 hits
Pelakon Bella Astillah mencuri tumpuan apabila mengesahkan beliau hamil anak kedua sebelum ini Bella tetap mahu adakan sambutan ulang tahun kelahiran Ayden Selain itu beliau juga telah kembali menjadi isteri kepada Aliff Aziz ketika masih d...
Syukur Alhamdullilah Bella Astillah Selamat Lahirkan Anak Kedua Baby Princess Dah Wefie Dengan Mama

Syukur Alhamdullilah Bella Astillah Selamat Lahirkan Anak Kedua Baby Princess Dah Wefie Dengan Mama

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 295 hits
Penyanyi dan pelakon Bella Astillah telah selamat melahirkan bayi keduanya pada pagi tadi Berita gembira itu dikongsikan oleh isteri kepada penyanyi Aliff Aziz ini menerusi akaun Instagram miliknya Bella telah memuat naik sekeping gambar be...
Pintu Sempadan Tertutup Bella Astillah Bersalin Sendirian Tanpa Alif Aziz Disisi

Pintu Sempadan Tertutup Bella Astillah Bersalin Sendirian Tanpa Alif Aziz Disisi

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 447 hits
Sebelum ini Bella Astillah memaklumkan bahawa dia sudah rujuk kembali dengan Aliff Aziz ketika dalam tempoh edah pada bulan Julai tahun lalu Bahkan ketika mengesahkan perkara tersebut Bella juga sedang hamil anak kedua mereka Kini pelakon d...
Tahniah Bella Astillah Selamat Bersalin Bayi Perempuan Awal Pagi Tadi

Tahniah Bella Astillah Selamat Bersalin Bayi Perempuan Awal Pagi Tadi

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 401 hits
Selepas hampir 40 minggu hamil Bella Astillah akhirnya selamat melahirkan anak keduanya bersama Aliff Aziz pada jam 6 10 pagi tadi Pasangan tersebut telah dikurniakan bayi perempuan setelah memperoleh seorang anak lelaki kira kira tiga tahu...
Amalan Makan Semeja Hubungan Suami Isteri Lebih Mesra Anak Pun Senang Nak Bentuk

Amalan Makan Semeja Hubungan Suami Isteri Lebih Mesra Anak Pun Senang Nak Bentuk

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 383 hits
Ada setengah keluarga masih mengamalkan aktiviti makan bersama sebagai rutin harian mereka namun tidak kurang juga yang sudah lama tidak berkesempatan meluangkan masa seperti itu Apa kata jadikan rutin makan bersama setiap hari sekurang kur...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator