Maaf Oleh Izmir Fareez








“Single baru Izmir Fareez yang berjudul 'Maaf' menyentuh isu kekeluargaan, suami yang tidak menghargai isteri dan akhirnya menyesal diatas kematian isteri kerana tidak sempat untuk memohon maaf kepada isteri.”

Demi meneruskan langkah dalam industri muzik dan dakwah tanah air, Izmir Fareez kini mempertaruhkan single terbaru berjudul 'Maaf' hasil ciptaan Akmalul Azmi sebagai pencipta lagu dan Izmir Fareez sendiri sebagai penulis lirik.

Menurut Izmir Fareez, pengarah muzik dan penerbit untuk lagu 'Maaf' ini adalah Along Exists dan pembantu penerbit, Imtiaz dari kumpulan Simfoni.







Menurut Izmir Fareez lagi, pada asal lagu 'Maaf' ini dicipta pada tahun 2020, ianya bukanlah berkisarkan tentang kekeluargaan tetapi ianya berkaitan tentang penceritaan kematian seseorang. Setelah dipersembahkan lagu tersebut kepada Along, beliau mengatakan lagu berbunyi 'jiwang 90an' ini tidak sesuai dengan lirik yang berat seperti kematian kerana lagu yang berbunyi 'jiwang 90an' ini kebanyakannya akan dikaitkan dengan kisah percintaan. Maka, beliau menyarankan agar tukar lirik kematian kepada percintaan.



Akhirnya, lirik yang berkisarkan tentang percintaan telah siap digubah oleh Izmir Fareez tetapi disebabkan saat dan ketika itu Covid-19 yang semakin berleluasa di Malaysia, pergerakan terbatas ke studio untuk membuat rakaman muzik dan vokal. Sehinggalah kerajaan mengumumkan pergerakan merentas daerah dan negeri dibenarkan, maka bermulalah rakaman muzik dan vokal lagu 'Maaf' ini pada tahun 2021.



'Maaf' adalah sebuah lagu yang mengisahkan perceritaan kehidupan seorang suami dan isteri setelah berkahwin selama 3 tahun. Setelah hidup berumahtangga yang mereka bina, hanya isteri seorang sahaja yang menunjukkan rasa cinta dan kesetiaan kepada suami tanpa rasa jemu dan lelah, tetapi suami semakin lama hidup berumahtangga semakin pudar cinta dalam hatinya terhadap isteri. Sehinggalah isteri jatuh sakit dan meninggal dunia, maka suami mula rasa kehilangan dan menyesal dengan pelakuan dan layanan yang diberikan kepada isteri ketika hidupnya dan tiada lagi cinta dan kasih sayang setelah isteri meninggalkan suami buat selama-lamanya. Penyesalan yang dirasai oleh suami tidak dapat mengubah apa-apa kerana isteri tidak akan kembali kepada suami buat selama lamanya. Hanya mengharapkan agar isteri mengampunkan dosa suami di akhirat nanti.







Penggambaran video muzik lagu 'Maaf' yang diarahkan oleh Ahmad Nasuha dari NSPIXTURES dijalankan selama dua hari di Alor Setar dan Sungai Petani Kedah. Bagi setiap urusan penggambaran diuruskan oleh Imtiaz dari kumpulan Simfoni selaku Pengurus Projek untuk lagu 'Maaf'.

Pelakon utama di dalam video muzik ini adalah Arie Laso dan Aleya Trisya yang kedua-duanya juga merupakan model pakaian lelaki dan perempuan.



'Pada asalnya memang kita hendak membuat penggambaran muzik video ini di sekitar Kuala Lumpur tetapi disebabkan pengarah, teknikal dan pelakon-pelakon menetap di utara, jadi kita membuat keputusan untuk membuat penggambaran di sekitar negeri Kedah', ujar Izmir Fareez.

Ditanya mengenai harapan Izmir Fareez terhadap lagu ini, beliau menjawab, 'Saya berharap agar lagu ini dapat diterima oleh seluruh lapisan masyarakat kerana lagu ini berunsurkan kekeluargaan yang kita sendiri hadapi dan tempuhi di dalam kehidupan kita.'



Muzik video lagu 'Maaf' ini boleh ditonton di laman Youtube rasmi Inteam Digital dan boleh didengari di platform digital seperti Spotify, Joox, Itunes, Deezer, Kkbox atau boleh juga menerusi permintaan lagu di stesen-stesen radio di tanah air.

Sebarang maklumat lanjut atau undangan persembahan boleh berhubung terus dengan Imtiaz di talian 017-2558834.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.eyzamiel.com/2022/04/maaf-oleh-izmir-fareez.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maaf Single Terbaru Izmir Fareez Menyentuh Isu Kekeluargaan

Maaf Single Terbaru Izmir Fareez Menyentuh Isu Kekeluargaan

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 147 hits
Maaf oleh Izmir Fareez Single baru Izmir Fareez yang berjudul Maaf menyentuh isu kekeluargaan suami yang tidak menghargai isteri dan akhirnya menyesal diatas kematian isteri kerana tidak sempat untuk memohon maaf kepada isteri Demi menerusk...
Arab Saudi Kutuk Pembakaran Alquran Oleh Ekstremis Sayap Kanan Swedia

Arab Saudi Kutuk Pembakaran Alquran Oleh Ekstremis Sayap Kanan Swedia

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 94 hits
Arab Saudi mengutuk pembakaran kitab suci Alquran yang disebut dilakukan ekstremis di Swedia Kecaman keras ini dilontarkan Kementerian Luar Negeri Arab Saudi pada Senin
Hakim Disiasat Oleh Sprm

Hakim Disiasat Oleh Sprm

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 180 hits
Hakim Disiasat Oleh SPRM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah membuka kertas siasatan terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali The Star melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan bahawa siasatan telah dim...
Koleksi Ready To Wear Ilham Nusantara Oleh Dato Jovian Mandagie Eksklusif Untuk Aeon

Koleksi Ready To Wear Ilham Nusantara Oleh Dato Jovian Mandagie Eksklusif Untuk Aeon

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 364 hits
Salam Ramadan 2022Seri Wangi nak ucapan kepada my readers selamat menjalankan ibadah puasa dan bersembahyang terawih Lagi satu nak tanya dah beli biskut raya dan baju raya ke Taulah mesti semua teruja nak balik beraya di kampungkan Almaklum...
Duit Rakyat Lagi Pendedahan Oleh Rafizi Ramli Felda Beli Hotel Rm1 Billion Di London Tetapi Atas Nama Orang Lain

Duit Rakyat Lagi Pendedahan Oleh Rafizi Ramli Felda Beli Hotel Rm1 Billion Di London Tetapi Atas Nama Orang Lain

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 147 hits
Sila baca komen saya pada penghujung ini FIC LONDON HOTEL PTE LIMITED OWNER OF FELDA GRAND PLAZA KENSINGTON HOTEL CLOSEDWHO OWNS THIS HOTEL NOW OLEH RAFIZI RAMLII have shown over the past week how the issue of Felda s investment in London w...
Seorang Lagi Aktivis Di Saman Rm1 Juta Oleh Kerajaan Pahang Dakwaan Fitnah Banjir Balak

Seorang Lagi Aktivis Di Saman Rm1 Juta Oleh Kerajaan Pahang Dakwaan Fitnah Banjir Balak

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 182 hits
KUANTAN Seorang lagi aktivis menerima writ saman daripada Kerajaan Pahang atas dakwaan fitnah kaitkan pembalakan dalam isu banjir lumour di Bentong pada Disember lalu Mohd Shukri Mohd Ramli 50 yang juga dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau...
Agih 5 000 Pek Bubur Lambuk Di Jalan Ampang Oleh Ppim Amc Dan 30 Ngo Kaca Tv 24 04 2022

Agih 5 000 Pek Bubur Lambuk Di Jalan Ampang Oleh Ppim Amc Dan 30 Ngo Kaca Tv 24 04 2022

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 160 hits
Persatuan Penguna Islam Malaysia Angkatan Malaysia Cemerlang Pertubuhan Kasih Setia Malaysia dan 30 NGO lain akan mengagihkan 5 000 pak bubur lambuk khusus untuk warga kota Kuala Lumpur Ampang 23 April 2022 agihan ini bukti kesepakatan sesa...
66 Jam Absolut Bazaar X Gaya Raya 2022 Dirasmikan Oleh Yb Tan Sri Noh Omar

66 Jam Absolut Bazaar X Gaya Raya 2022 Dirasmikan Oleh Yb Tan Sri Noh Omar

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 268 hits
66 JAM ABSOLUT BAZAAR X GAYA RAYA 2022 DIRASMIKAN OLEH YB TAN SRI NOH OMAR Assalammualaikum semua Sekalung tahniah Ruby ucapkan kepada Absolut Event Management My Event International dan MITEC kerana berjaya menganjurkan acara yang dinantik...
Absolute Power Corrupts Absolutely

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

Overcoming Funding Challenges

Dapatkan Porsche Design Honor Magic6 Rsr Di Honor Experience Store Terpilih Pada 5 Mei

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

How Often Should You Clean Your Air Ducts A Guide For Laval Homeowners

Chacarita Is Buenos Aires S Quirkiest Neighborhood Get There Soon



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Bella Astillah Feat Didi Astillah Bermanja Manja Chord

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur