Maaf Anda Terlalu Kacak Jutawan Durian Terkejut 10 Ribu Memohon Jadi Menantu Sampai Ada Kena Reject
Seramai 10,000 lelaki akan bersaing untuk menjadi menantu seorang jutawan durian di Thailand, Anon Rodthong, selepas beliau mengumumkan pencarian suami untuk anaknya yang berusia 26 tahun, Sabtu lalu.
Bakal menantu beliau bukan sahaja akan diberikan ganjaran tunai sebanyak 10 juta baht (RM1.74 juta), beliau juga dijangka mengambil alih empayar durian Anon.
Menurut Anon, tawaran terbuka itu tular dan beliau menerima tawaran sepanjang hari.
“ Berhenti hubungi saya, saya tidak ada masa berehat,” kata penjual durian berusia 58 tahun ini dalam muat naik terbaharunya di Facebook, semalam.
“ Lebih 10,000 lelaki memohon untuk menjadi menentu saya,” kata penjual yang gemar menayangkan kekayaan itu, beliau sering memaparkan wang tunai dan barangan kemas dalam gambar.
Anon ada menyenaraikan kriteria untuk bakal menantunya.
“ Beliau tidak perlu berpendidikan tinggi hanya perlu tahu membaca dan menulis. Mohon jangan bawa ijazah kamu ke rumah. Beliau sepatutnya seorang yang tekun bukan pemalas,” kata Anon sambil menambah menantunya patut suka durian dan tidak boros.
Muat naik asal Anon mengenai tawaran itu sudah hilang, namun niat beliau jelas dan media Thailand mengetahui bahawa jutawan terbabit serius dengan tawarannya.
“ Saya mahu seseorang yang mampu menjaga perniagaan. Saya tidak perlu seseorang yang ada ijazah, saya hanya mahu lelaki baik dan tekun serta tidak ketagih kepada perjudian atau perkara lain.
“ Itu sahaja, segalanya saya sudah ada. Saya juga tidak perlu seseorang yang kaya seperti saya kerana menantu saya akan mendapat semua aset saya,” katanya.
Ketika Anon dilaporkan ‘hampir mati’ dengan panggil dan mesej tanpa henti daripada pemohon, anak perempuan beliau, Kansita Rodthong tenang.
Kansita berkata, beliau agak terkejut melihat muat naik Facebook bapanya tular sambil merasakan ia sesuatu yang melucukan, namun tidak banyak memikirkannya kerana mengetahui bapanya mempunyai niat yang baik.
“ Saya tiada kriteria lelaki pilihan. Saya hanya mahu lelaki yang baik,” katanya dalam temu bual.
Lelaki ini kena reject sebab terlalu kacak!
Premyosapon Khongsai, Salah Seorang Calon yang Mencuba Nasib di Ruangan Komen (Gambar : Channel News Asia)
Namun dalam pada itu, ada seorang calon yang mendapat likes tertinggi di ruangan komen status berkenaan. Beliau adalah Premyosapon Khongsai (28) yang turut menyertakan gambar dirinya.
“ Saya benar-benar berminat. Keluarga saya juga menanam dan mempunyai lebih dari 300 pokok durian di daerah Trat”
“ Saya sudah terbiasa dengan panasnya matahari atau basahnya hujan. Saya juga boleh memandu trak 10 tayar dan traktor. Tolong pertimbangkan diri saya ya ayah Anont.”
Anont juga telah memberi maklum balas mengenai lelaki itu. Tulis Anont, Premyosapon Khongsai terlalu kacak. Anont risau jejaka berkenaan akan melukakan hati anaknya, Kanjasita Rotthong.
Bapa ini mahu jodohkan anda dengan anaknya berserta segala harta. Tapi ini syaratnya!
Setiap ibu bapa sudah pasti ingin melihat anak kesayangan mereka bahagia, berkahwin dan mempunyai cahaya mata.
Itulah yang dilakukan oleh seorang bapa dari Thailand, Anont Rotthong, untuk mencari pasangan hidup untuk anaknya.
Portal berita Bangkok Post melaporkan, jutawan ladang durian dari Thailand itu menawarkan ganjaran perkahwinan bersama anaknya selain menghadiahkan wang sejumlah RM1.28 juta (10 juta Baht) serta asetnya yang lain.
Namun, bapa tersebut meletakkan syarat-syarat tertentu di mana calon menantu itu mesti tahu cara membeli dan memilih durian.
Beliau juga berkata, calon tersebut tidak perlu membayar apa-apa pun dalam mas kahwin malah dia sendiri yang akan menguruskan segalanya termasuk kenderaan, satu rumah, dua pasar durian dan dijodohkan lagi dengan anak perempuannya yang sudah memiliki kelulusan dengan kepujian dari Assumption University dan ijazah sarjana dari Universiti Sun Yat-Sen di China.
Tambah Rotthong, dia ingin melakukan pembaharuan dan dia sedang mencari waris untuk meneruskan perniagaannya kerana khuatir dengan usianya yang semakin lanjut.
” Namun lelaki itu mestilah seorang lelaki yang budiman dan bukan kaki judi. Tambahan, dia mesti mencintai anak saya sepenuh hatinya dan kuat bekerja”, kata beliau.
” Orang yang akan menjadi keluarga saya mestilah baik dan tidak boleh menjadi seorang kaki judi, yang penting dia bekerja keras dan tulus mencintai anak perempuan saya,” ujarnya.
Anont yang memiliki dua ladang durian di Chumphone, termasuk ladang Uay Chai di Tambon Wang Takor dari daerah Lang Suan ini juga berkata bakal menantunya hanya perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan dan tidak perlu berasal dari keluarga kaya atau berpendidikan tinggi.
Kata Anont, perjalanan perniagaannya dimulakan semasa dia tidak mempunyai apa-apa lagi sehinggalah dia bergelar jutawan.
Tambahan, dia juga mahukan anak muda di luar sana diberi peluang dan harapan untuk berjaya.
Menurut anaknya, Kansita Rotthong, 26, dia terkejut dan mengganggap bapanya bergurau tetapi sebenarnya tidak. Dengan itu, dia tidak melawan dengan keputusan bapanya dan mengharapkan yang terbaik untuk dirinya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : siakapkeli, bharian & astroawani
The post “Maaf Anda Terlalu Kacak”. Jutawan Durian Terkejut 10 Ribu Memohon Jadi Menantu, Sampai Ada Kena ‘Reject’ appeared first on Suara Viral Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suaraviral.org/maaf-anda-terlalu-kacak-jutawan-durian-terkejut-10-ribu-memohon-jadi-menantu-sampai-ada-kena-reject/