Lupakan Mahiaddin Sebagai Calon Pm Jika Pn Mahu Lihat Ada Cahaya Kemenangan




Dengan tak semena-mena, di sebalik kehangatan kempen PRK Kuala Kubu Bharu sedang berjalan dan tarikh PRU16 pula masih jauh lagi, tiba-tiba saja Azmin Ali semalam memberi kenyataan bahawa PN kekal menamakan Mahiaddin Md Yasin sebagai calon Perdana Menteri.


Ketua Penerangan PN itu berkata, gabungan tersebut tetap yakin Ahli Parlimen Pagoh itu adalah pilihan terbaik untuk rakyat.


“Sekarang kita masih mendengar laungan ‘Abah’ sebab watak Tan Sri (Muhyiddin) sebagai ketua dalam satu keluarga, sebuah negara yang menjaga kepimpinan.


“Mereka menyaksikan kepimpinan beliau dan mendapat manfaat daripadanya.


“Saya yakin insya Allah, kita teruskan kerja yang baik, jujur dan ikhlas kepada rakyat serta buat sedaya upaya untuk memberi kemenangan kepada PN kelak,” katanya lagi.


Bagaimanapun kenyataan Azmin itu cepat disanggah oleh Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man hanya beberapa jam kemudian dengan mengatakan PN belum membincangkan lagi perkara tersebut.


Katanya, setiap parti mempunyai calon Perdana Menteri masing-masing, namun PN belum membuat keputusan muktamad lagi.


“Isu (calon PM) ini tidak berbangkit, PRU16 masih lambat lagi,” ujarnya.


Dalam hal ini, izinkan saya memberi pandangan secara probono kepada PN.


Untuk PN barangkali boleh dilihat ada cahaya untuk beroleh kemenangan pada PRU16 akan datang, syarat utamanya ialah mesti mengenepikan Mahiaddin sebagai calon Perdana Menteri.


Mahiaddin adalah Perdana Menteri yang gagal sepanjang 17 bulan mendapat peluang berkhidmat sebagai ketua kerajaan selepas peristiwa Langkah Sheraton.


Semasa beliau memegang jawatan Perdana Menteri, saya telah banyak menulis mengenai kegagalannya, malah turut mendesaknya meletakkan jawatan.


Di media sosial sendiri pada waktu itu bertali arus rungutan serta luahan tidak puas dengan kepimpinanya.


Mahiaddin langsung tidak menampakkan watak sebagai Perdana Menteri ketika berkuasa, yang kerap bercakap hanyalah kenyataan medianya melaui pdf serta kemunculan dalam perutusan khas di kaca tv yang mampu mencipta rekod paling banyak dalam sejak negara mencapai kemerdekaan sehingga beliau akhirnya digelar Tokoh Perutussn Khas Negara.


Ditambah dengan pertuduhan mahkamah yang sedang dihadapinya ketika ini dan seolah-olah tidak lepas tangan pula dalam kes menantunya melarikan diri ke luar negara, semua ini adalah beban yang menambahkan kagi kemerosotan keyakinan rakyat terhadap PN jika beliau dicalonkan untuk menjadi Perdana Menteri buat kali kedua.


Harus diingat, Mahiaddin bukan seperti Tun Mahathir Mohamad yang ada rekod gemilang sebagai Perdana Menteri buat kali pertama, lalu apabila dicalonkan buat kali kedua untuk menghadapi PRU14, sokongan rakyat datang menderu-deru ketika itu.


Sebagai Perdana Menteri yang pernah gagal, mustahil rakyat akan teruja untuk mengundi PN pada PRU akan datang jika “sigagal yang sama” dijadikan pertaruhan.


Bahkan, dalam Bersatu sendiri saya yakin ada yang tidak akan mengundi jika Mahiaddin dinamakan sebagai calon Perdana Menteri.


Muhyiddin mesti terbuka memberi laluan kepada pemimpin lain seperti Hamzah Zainuddin daripada Bersatu atau Ahmad Samsuri Mokhtar daripada Pas sebagai calon baru bagi kerusi Perdana Menteri PN.


Hamzah dirasakan layak kerana beliau sejak kebelakangan ini mula menunjukkan peranannya yang berkesan sebagai Ketua Pembangkang, manakala Pas, jika parti itu kekal memenangi paling banyak kerusi Parlimen sebagaimana diperlehinya pada PRU15 lalu, adalah lebih molek pemimpin parti itu pula dijadikan sandaran menjadi Perdana.


Oleh kerana penimpin Pas belum pernah memegang jawatan Perdana Menteri, rakyat khususnya pengundi Melayu/Islam lebih terghairah untuk memberi sokongan kepada PN.


Selain itu, kalau mahu dikira, Azmin sendiri, andai kata beliau menang sebagai Ahli Parlimen pada PRU16 akan datang dan PN juga mampu beroleh kemenangan, beliau turut ada kelayakan sebagai calon Perdana Menteri.


Pokoknya, dalam PN tidak ketandusan calon untuk diketengahkan sebagai calon Perdana Menteri, tetapi mencalonkan Mahiaddin untuk menjadikannya Perdana Menteri buat kali kedua adalah kerja paling buang masa yang tidak memungkinkan kemenangan mampu diperolehi. – ShahbudinHusin 11Mei2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/05/11/lupakan-mahiaddin-sebagai-calon-pm-jika-pn-nak-lihat-ada-cahaya-kemenangan.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/05/lupakan-mahiaddin-sebagai-calon-pm-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Pilih Calon Bersatu Lihat Ini Sebagai Contoh Mahkamah Keluarkan Notis

Jangan Pilih Calon Bersatu Lihat Ini Sebagai Contoh Mahkamah Keluarkan Notis

papar berkaitan - pada 11/5/2024 - jumlah : 124 hits
Zuwairi Mohd Yusof Sudah jelas terang lagi nyata XIAO TAO mengalahkan KHAIRUL PN BERSATU dengan majoriti 4000 undi SABTU 11 MEI 2024 melihatkan gerak geri dan reaksi calon PN dengan jentera kempen mereka dari awal sampai hari akhir kempen P...
Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 244 hits
HARI ke 8 kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Baharu di Hulu Selangor hari ini semakin panas apabila kelihatan sekumpulan pemuda bangsa Cina ditahan pihak Polis di Pekan Kuala Kubu Baharu kerana mengedar risalah berbaur fitnah terhadap...
Calon Biawak Hidup

Calon Biawak Hidup

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 82 hits
Mukhlis EddieCalon biawak hidup kata PAS da hutang sebanyak 400k hehehe
Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

papar berkaitan - pada 5/5/2024 - jumlah : 247 hits
SUDAH memasuki 7 hari atau seminggu berkempen calon BERSATU untuk Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baru umpama sudah hilang arah dan momentum untuk berkempen Sepanjang seminggu tempoh masa berkempen ini hanya segelintir pemimpin PAS yang turun...
Buruan Daftar Seleksi Calon Taruna Akademi Tni 2024 Kini Pakai Tes Cat Bkn

Buruan Daftar Seleksi Calon Taruna Akademi Tni 2024 Kini Pakai Tes Cat Bkn

papar berkaitan - pada 4/5/2024 - jumlah : 130 hits
Dengan menggunakan sistem CAT ini seleksi calon taruna diharapkan objektif untuk mendapatkan talenta berkualitas hingga berintelegensi tinggi
Akar Umbi Umno Kkb Dicerahkan Zahid Yakin Penyokong Undi Calon Dap

Akar Umbi Umno Kkb Dicerahkan Zahid Yakin Penyokong Undi Calon Dap

papar berkaitan - pada 2/5/2024 - jumlah : 194 hits
Zahid Hamidi berkata bukan kali pertama taktik UmDAP dimainkan kerana perkara sama diguna pada PRN lalu PETALING JAYA Mainan slogan UmDAP merujuk hubungan Umno DAP dalam kerajaan perpaduan bukti pembangkang ketandusan modal pada PRK Kuala K...
Foto Jelang Pilkada Serentak Muhaimin Beberkan Kriteria Calon Kepala Daerah Yang Diusung Pkb

Foto Jelang Pilkada Serentak Muhaimin Beberkan Kriteria Calon Kepala Daerah Yang Diusung Pkb

papar berkaitan - pada 2/5/2024 - jumlah : 198 hits
PKB menggelar taaruf politik untuk menjaring calon kepala daerah yang akan diusung untuk Pilkada Serentak pada 27 November 2024
Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

papar berkaitan - pada 3/5/2024 - jumlah : 385 hits
SUASANA PRK Kuala Kubu Baharu di Hulu Selangor dilihat kurang meriah dengan amat kurangnya kehadiran dalam ceramah ceramah anjuran Perikatan Nasional Dengar dengar daripada kalangan ahli PAS di Hulu Selangor khususnya di Kuala Kubu Baharu b...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas