Lupakan Khemah Besar Manfaatkan Kelebihan Rafizi Untuk Menang Pru15


 
Secara prinsipnya, tujuan khemah besar ialah supaya blok pembangkang dapat bertanding satu lawan satu menentang BN dalam PRU15 akan datang.
Berdasarkan keputusan PRN Melaka dan Johor, pertandingan tiga penjuru – BN, PH dan PN – hanya akan menguntungkan BN serta lebih memudahkan gabungan tersebut meraih kemenangan.
Maka, sebab itulah khemah besar itu tidak henti-henti didendangkan.
Tetapi, di sebalik berdegar-degar menjerit tentang keinginan mewujudkan khemah besar dan perlunya menumbangkan BN melalui pertandingan satu lawan satu, DAP awal-awal lagi menolak untuk bekerjasama dengan Bersatu dan Pas.
Amanah juga tidak ingin bekerjasama dengan parti-parti yang ada dalam kerajaan sekarang, khususnya Bersatu dan Pas meskipun kedua-dua parti itu terang-terang bermusuh dengan UMNO.
Dengan demikian, apakah khemah besar itu hanya ingin membawa parti kecil yang kurang pengaruh seperti Pejuang, Warisan dan Muda saja untuk diberi tempat bernaung?
Jika hanya tiga parti itu saja yang ingin dibawa dalam naungan khemah besar PH, sudah pasti ia tidak akan ke mana kerana dalam PRN Johor misalnya, Pejuang dan Warisan telah hilang wang deposit semua kerusi yang mereka tandingi.
Muda pula hanya menang satu kerusi iaitu Puteri Wangsa, itu pun kerana diberikan kerusi yang selamat oleh PH.
Selain tidak ke mana-mana dengan tiga parti kecil itu, menolak untuk bekerjasama dengan Bersatu dan Pas juga menjadikan keinginan agar berlaku hanya pertandingan satu lawan satu menentang BN tidak menjadi kenyataan.
Bersatu dan Pas bersama beberapa parti dalam PN pasti tetap bertanding menggunakan logo mereka sendiri.
Jadi, di mana munasabahnya lagi khemah besar itu jika awal-awal DAP dan Amanah sudah menolak untuk bekerjasama dengan parti-parti tertentu?
Sebab itu, secara realistiknya, lebih baik PH lupakan saja hasrat mahu membina khemah besar itu dan jangan lagi bercakap mengenainya.
Terimalah realiti bahawa pertandingan tiga penjuru atau lebih pasti berlaku dan tidak dapat dielakkan dalam PRU15 akan datang.
Persoalannya, mampukah PH menang atau memenangi lebih banyak kerusi dalam pertandingan tiga atau banyak penjuru itu nanti?
Selain PH perlu kembali agresif memperjuangkan isu rakyat sebagaimana sebelum ini, di sinilah juga pentingnya Rafizi Ramli harus menang sebagai Timbalan Presiden PKR.
Bersama kembalinya beliau dalam arena politik yang dilihat telah berjaya menarik minat serta keterujaan rakyat, melalui Ayuh Malaysia yang diperkenalkannya dengan dikelolakan oleh Nurul Izzah Anwar juga adalah medium yang dipercayai berkesan untuk membantu PH meraih lebih banyak kerusi untuk dimenangi.
Jika Rafizi menang nanti, turut dipercayai beliau akan lebih agresif menarik sokongan rakyat melalui pelbagai program yang diperkenalkannya, selain mungkin banyak lagi pendedahan mengenai penyelewengan dalam kerajaan akan dibongkarnya sebagaimana itulah kelebihan yang dilakukannya sebelum PRU14 dahulu.
Sebaliknya, jika calon lain yang memenangi kerusi Timbalan Presiden PKR, tidak akan berlaku perubahan, tiada nilai tambah dan tiada peningkatan dalam gerak kerja PH ke arah memenangi PRU15 akan datang.
Segala-galanya akan kekal statik sebagaimana sekarang dan Anwar Ibrahim terus ternampak sendirian dan keseorangan ke sana sini untuk berkempen dan mencari sokongan.
PH hanya mungkin lebih berpeluang dalam PRU15 akan datang jika semua pihak kembali menerima realiti, bekerja keras menyantuni rakyat dan memilih orang yang betul di jawatan yang betul bagi menarik sokongan rakyat.
Pemimpin yang asyik dengan cerita nostalgia dan bangga dia setia semata-mata, tetapi tiada perancangan ke hadapan untuk diprogramkan kepada rakyat, tidak mampu menyumbang apa-apa ke arah kemenangan.
Bak kata Najib Razak mengenai pasukan media sosialnya setelah beliau hilang kuasa – mereka itu menghabiskan beras saja.
Apakah PKR yang merupakan tunjang PH mahu memilih orang sebegitu sebagai pemimpin di barisan hadapannya? – ShahbudinHusin 20/04/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/lupakan-khemah-besar-manfaatkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mat Sabu Tak Mahu Pn Bn Dalam Pendekatan Khemah Besar

Mat Sabu Tak Mahu Pn Bn Dalam Pendekatan Khemah Besar

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 363 hits
Presiden Amanah Mohamad Sabu hari ini menegaskan pendekatan khemah besar dalam gabungan Pakatan Harapan adalah gabungan parti pembangkang dan tidak melibatkan parti parti yang membentuk kerajaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 Menur...
Mat Sabu Khemah Besar Tak Merangkumi Umno Bersatu Dan Pas

Mat Sabu Khemah Besar Tak Merangkumi Umno Bersatu Dan Pas

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 307 hits
malaysiakini comDiterbitkan Apr 18 2022 3 25 PMAmanah menghormati perbezaan pandangan mengenai pendekatan khemah besar dalam parti parti pembangang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 15 kata presidennya Mohamad Sabu Bagaimanapun Mohamad m...
Amanah Tolak Pas Dalam Khemah Besar Takiyuddin Ucap Terima Kasih

Amanah Tolak Pas Dalam Khemah Besar Takiyuddin Ucap Terima Kasih

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 260 hits
FMT ReportersPETALING JAYA PAS menyatakan penghargaan kepada Amanah yang mengesahkan parti berkenaan tidak mempunyai sebarang kerjasama politik terutama membabitkan Pakatan Harapan menjelang pilihan raya umum ke 15 Setiausaha Agungnya Takiy...
Umno Menang Besar Jika Zahid Najib Bersara Dari Politik

Umno Menang Besar Jika Zahid Najib Bersara Dari Politik

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 209 hits
satuberita myBy April 7 2022 UMNO dan Barisan Nasional mampu menang Pilihan Raya Umum Ke 15 lebih besar dan berupaya menguasai sokongan pengundi muda jika dua tokoh utama dalam parti itu bersedia untuk bersara daripada politik Memetik lapor...
Muda Belum Buat Keputusan Sertai Khemah Besar

Muda Belum Buat Keputusan Sertai Khemah Besar

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 168 hits
GEORGETOWN Parti Ikatan Demokratik Malaysia belum membuat keputusan muktamad untuk terlibat sama dalam cadangan Khemah Besar bersama blok pembangkang lain sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 Naib Presidennya Dr Teo Lee Ken...
Pkr Perlu Menang Pru15 Bukan Sekadar Jadi Pembangkang Bermaruah Kata Saifuddin

Pkr Perlu Menang Pru15 Bukan Sekadar Jadi Pembangkang Bermaruah Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 186 hits
April 17 2022 Saifuddin Nasution berkata menanamkan suasana keyakinan dan kemenangan kepada pengundi adalah strategi yang tepat PETALING JAYA Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menggesa parti itu merampas kuasa pada pilihan raya...
Jangan Mimpi Ph Atau Pkr Menang Mudah Di Selangor Kata Rafizi

Jangan Mimpi Ph Atau Pkr Menang Mudah Di Selangor Kata Rafizi

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 264 hits
April 17 2022 Rafizi Ramli berkata sekiranya PKR dan PH hilang kerusi di Selangor gabungan itu akan menempuh jalan berliku pada PRU16 PETALING JAYA Selepas empat siri kekalahan dalam pilihan raya negeri sebelum ini calon timbalan presiden P...
Best Healthy Breakfast Recipe With Eggs

Terengganu Lelaki 79 Tahun Direman Disyaki Bakar Rumah Isteri Kedua

Masak Kicap Sotong Dan Kes Jenayah

Jay Idzes Pilih Sassuolo Babak Baru Karier Sang Kapten Venezia

Jpj Kelantan Sita 13 Kereta Mewah Bernilai Hampir Rm5 Juta

Bursa Efek Indonesia Kalbar Bidik 100 Galeri Investasi Sekolah Pada 2025

Mayat Remaja Ditemui Terapung Dalam Tasik Putrajaya

Isham Jalil Backs Pas Leader For Pm Citing Clean Record On Corruption


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Elakkan 5 Jenis Buah Ini Ketika Diet

2 000 Attend Malaysia Bangkit Untuk Gaza Rally At Dataran Merdeka New Straits Times 09 08 2025

Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup

Pertama Kali Makan Nasi Khao Mok Sedap Laparoti

Agar Agar Pandan Gula Melaka 3 Lapis Cantik Ini Resipinya

Bila Yang Tenang Dituduh Ribut