Lupakan 79 Undi Diperoleh Di Selangor Pada Pru14 Ph Bn Diberitahu


freemalaysiatoday.com
K. Parkaran 28 May 2023

Dengan tambahan 1.3 juta pengundi baharu dan berdasarkan trend pengundian PRU15, tidak mustahil undi beralih kepada PN, menurut Ibrahim Suffian daripada Merdeka Center.
Ibrahim Suffian daripada Merdeka Centre berpendapat wujud risiko pengundi Melayu di Selangor memilih PN, berbanding Umno-BN, pada PRN akan datang. (Gambar merdeka.org)
PETALING JAYA: Jika mengikut gabungan undi yang diperoleh Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam PRN Selangor pada 2018, kerajaan perpaduan mungkin tidak berdepan banyak masalah pada PRN akan datang.

Daripada dua juta orang yang dianggarkan akan mengundi, parti PH semasa memperoleh 58% undi (DAP 25%, PKR 24% dan Amanah 9%), manakala 21% lagi diperoleh BN (Umno 16%, MCA 4% dan MIC 1 %).

Sebaliknya, 14% mengundi PAS, yang bertanding sendiri.

Sementara itu, Bersatu – anggota PH pada 2018 – hanya memperoleh 6%, sekali gus memberi Perikatan Nasional (PN) sejumlah 20% undi. Baki 1% lagi mengundi calon lain.

Bagaimanapun, penganalisis politik Ibrahim Suffian daripada Merdeka Centre berkata, anggota kerajaan perpaduan perlu berhati-hati memandangkan trend PRU15 menunjukkan perubahan akan berlaku pada PRN akan datang.

Katanya, bilangan pengundi di Selangor telah meningkat lebih 55%, daripada 2.42 juta pada 2018 kepada 3.75 juta dalam daftar terkini, berikutan pendaftaran pengundi automatik dan Undi18, dan ini berpotensi membuka peluang untuk mana-mana parti mendahului undian.

Menurut Ibrahim, PRN sering dipengaruhi oleh isu setempat, sekali gus menambah dimensi kepada PRU tahun lepas.

Dalam konteks Selangor, Ibrahim berkata, terdapat perbezaan yang ketara antara persekutuan dan negeri dalam soal keutamaan parti.

“Pada PRU15, jelas bahawa kebanyakan pengundi memilih mengikut parti. Bagaimanapun, segelintir pengundi Melayu muda dan wanita mempertimbangkan personaliti dan isu apabila mengundi,” katanya kepada FMT.

PH mempunyai kuasa penyandang yang didukung oleh pemerintahan tiga penggal yang cukup berjaya di Selangor.

Bagaimanapun, Ibrahim berkata, penyertaan Umno dalam gabungan itu kini mengubah dinamik tempatan, apatah lagi dalam kalangan penyokong PH yang mungkin sukar menerima pakatan dengan pesaing lama itu.

“Justeru, pemindahan undi penyokong BN kepada calon PH dan sebaliknya mungkin menjadi satu cabaran,” katanya.

“Penyokong Umno boleh memilih untuk tidak keluar mengundi, atau menyokong calon PN kerana tidak berpuas hati dengan pemimpin mereka sendiri.”

Ibrahim berkata, faktor lain dijangka memainkan peranan penting ialah persepsi masyarakat terhadap kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim.

“Walaupun tinjauan oleh Merdeka Centre pada Februari menunjukkan 68% menyokong kepimpinan Anwar, dan negara secara amnya bergerak mengikut hala tuju yang tepat, sentimen ini boleh berubah dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Kami perhatikan pengundi muda Melayu semakin mesra Anwar dan PH.

“Mereka mungkin berwaspada dengan tumpuan PN terhadap kaum dan agama, dan kekurangan cadangan yang nyata tentang cara menambah baik isu kos sara hidup.

“Bagaimanapun, (sentimen) ini mungkin tidak kekal. Jadi, PH perlu bekerja lebih keras untuk menunjukkan bahawa keputusannya bekerjasama dengan Umno-BN adalah untuk jangka masa panjang, walaupun diketahui bahawa segelintir pemimpin BN tidak selesa dengan aturan itu,” katanya.

Ibrahim berkata, Umno juga berdepan tugas berat, berikutan prestasi hambarnya pada PRU15


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/05/lupakan-79-undi-diperoleh-di-selangor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Politik Selangor Lebih Memilih Kualiti Berbanding Asal Usul

Politik Selangor Lebih Memilih Kualiti Berbanding Asal Usul

papar berkaitan - pada 21/5/2023 - jumlah : 279 hits
Pembangkang PN terus memainkan isu calon Menteri Besar Selangor perlu dipilih daripada kalangan anak jati negeri tersebut berbanding MB sedia ada yang bukan anak jati Kempen itu memuncak apabila MB Kedah Datuk Seri Mohamad Sanusi Mohd Nor m...
Di Negeri Sendiri Tidak Dicalonkan Inikan Pula Di Selangor

Di Negeri Sendiri Tidak Dicalonkan Inikan Pula Di Selangor

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 131 hits
AZMIN TIDAK BERTANDING BAGILAH KJ CALON MB SELANGOR Pemimpin penuh warna warni Azmin Ali membayangkan beliau tidak akan bertanding dalam PRN Selangor akan datang ini Memberi alasan ingin berehat kerana sudah beberapa penggal menjadi Ahli Pa...
Bagilah Kj Jadi Calon Mb Selangor Kalau Azmin Ali Tak Bertanding

Bagilah Kj Jadi Calon Mb Selangor Kalau Azmin Ali Tak Bertanding

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 162 hits
AZMIN TIDAK BERTANDING BAGILAH KJ JADI CALON MB SELANGOR Shahbudin Husin Pemimpin penuh warna warni Azmin Ali membayangkan beliau tidak akan bertanding dalam PRN Selangor akan datang ini Memberi alasan ingin berehat kerana sudah beberapa pe...
Prn Selangor Azmin Angkat Kaki Dari Bukit Antarabangsa Ke Morib

Prn Selangor Azmin Angkat Kaki Dari Bukit Antarabangsa Ke Morib

papar berkaitan - pada 21/5/2023 - jumlah : 210 hits
Biarpun ada desas desus Azmin Ali turut dipertimbangkan untuk kerusi Sijangkang tetapi Bersatu sudah setuju bertanding di Morib manakala Sijangkang kekal ditandingi PAS kata sumber PETALING JAYA Susulan kekalahan teruk pada PRU15 Azmin Ali ...
36 Schools In Kl Selangor Affected By May 19 Storm Says Education Ministry

36 Schools In Kl Selangor Affected By May 19 Storm Says Education Ministry

papar berkaitan - pada 21/5/2023 - jumlah : 151 hits
A total of 36 schools in Kuala Lumpur and Selangor were affected during the storm that hit the federal capital on Friday The Education Ministry in a statement Sunday said there were 27 affected schools in Kuala Lumpur and nine in Selangor T...
Malay Muslim Groups Gather At Selangor Mosque To Protest Allah Appeal

Malay Muslim Groups Gather At Selangor Mosque To Protest Allah Appeal

papar berkaitan - pada 20/5/2023 - jumlah : 186 hits
Some 100 people from a Friday prayer congregation at Selangor s state mosque today stayed behind for what organisers said was a protest against the government s move to withdraw its appeal on the Jill Ireland case Under the searing sun and ...
Selangor Dap Umno Youth Building Chemistry Through Joint Events

Selangor Dap Umno Youth Building Chemistry Through Joint Events

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 169 hits
The two parties youth leaders are stepping up efforts to disseminate information about their cooperation in the unity government after years of political animosity After years of political animosity DAP and Umno youth leaders in Selangor ha...
Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

Bersatu Needs A Clear Agenda For Malaysians Says Wan Saiful

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


12 Perkataan Baharu Yang Dimasukkan Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka

Lirik Lagu Kamu Tak Sendiri Jemimah Cita

Dayana Amerda Jatuh Cinta Chord

Selamat Tahun Baru 2025 Contoh Ucapan Kata Motivasi

Pahang Mencatatkan Kejayaan Yang Luar Biasa Dengan Jumlah Jualan As 63 9 Juta Di Mihas Dubai

The Youth Who Could See The Wind En Magisk Resa Genom Frankrikes 17 E Hundrade