Luluh Tiada Kata Kata Lihat Anak Menangis Di Sisi Jenazah Ibu


“Luluh hati ini melihat dua anak menangis di sisi ibu mereka yang sudah tidak bernyawa, berat hati saya menerima takdir isteri kesayangan sudah pergi buat selamanya,” kata Othman Awang, 41.
Othman, suami kepada Miss Nurul Mohd Deraman, 32, yang maut dalam kemalangan di Kampung Batu 9, Jalan Jedok di Tanah Merah pada 8.45 pagi (Khamis).

Mangsa yang menunggang motosikal bersama dua anaknya, Muhammad Hasbullah Othman, 5, dan Muhammad Hassim, 14, dipercayai membuat pusingan U sebelum dilanggar sebuah kereta dari arah yang sama.
Othman berkata, ketika kejadian dia berada di kedai borong miliknya di bandar Tanah Merah sebelum bergegas ke lokasi kemalangan selepas dihubungi seorang rakan.
“Sebaik sampai saya hanya mampu mengucap panjang melihat sekujur tubuh isteri yang sudah kaku ditutup kain oleh orang ramai.
“Lebih menyedihkan apabila dua anak saya terutama yang berusia lima tahun masih terkejut sambil menangis teresak-esak di samping ibunya.
“Kali terakhir berjumpa dengan isteri pada awal pagi sebelum kejadian ketika selesai solat Subuh kerana saya terus ke kedai untuk bekerja.
“Tiada sebarang perubahan pada arwah, namun semalam, dia ada menyuarakan berasa sunyi dan bosan kerana terpaksa berada di rumah. Hari raya juga disambut seperti biasa beberapa hari lalu dan dia sempat memohon maaf atas kesilapannya sebelum ini,” katanya.
Menurutnya, dia reda dengan apa yang terjadi tetapi pasti merindui keramahan dan kebaikan isteri selama mereka hidup bersama.
Othman berkata, dua anaknya kini mendapat rawatan di Hospital Tanah Merah, manakala jenazah isteri dibawa ke Unit Jabatan Forensik di hospital yang sama.
Katanya, jenazah isterinya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bendang Nyor selepas Maghrib.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf mengesahkan ada menerima laporan berkaitan kemalangan terbabit.
“Siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal membawa dua anaknya dipercayai membuat pusingan U sebelum dirempuh kereta yang juga melalui arah yang sama iaitu dari Panglima Bayu ke Tanah Merah.

“Mangsa membuat pusingan U dengan jarak yang sangat dekat menyebabkan pemandu kereta tidak sempat memperlahankan kenderaan lalu melanggar mangsa.
“Sebaik anggota sampai ke lokasi, mangsa didapati meninggal dunia di tempat kejadian, dua anaknya cedera manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Menurutnya, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sumber: Metro

The post Luluh & Tiada Kata-Kata Lihat Anak Menangis Di Sisi Jenazah Ibu appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/luluh-tiada-kata-kata-lihat-anak-menangis-di-sisi-jenazah-ibu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hebatnya Pelukan Ibu Ayah Anak Mengamuk Cepat Tenang Menangis Pun Boleh Berhenti

Hebatnya Pelukan Ibu Ayah Anak Mengamuk Cepat Tenang Menangis Pun Boleh Berhenti

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 440 hits
Peluk anakmu dan dirimu jika mahu kekal tenang Ini antara yang selalu di tekankan oleh pakar psikologi Ingat semakin kerap ibu bapa memeluk anak anak anak sentiasa berada dalam keadaan sihat kurang rasa tekanan dan membesar dengan sempurna ...
Jangan Sesekali Sebut Perkataan Degil Atau Tak Dengar Kata Pada Anak Pesan Mufti Pada Ibu Bapa

Jangan Sesekali Sebut Perkataan Degil Atau Tak Dengar Kata Pada Anak Pesan Mufti Pada Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 415 hits
Degil betul budak ni kalau mama bangun mama cubit awak situasi biasa yang dialami oleh kita semua apabila marahkan anak Macam mana nak elak marah anak dengan perkataan yang tidak baik Ikuti perkongsian daripada Alhamdulillah pujian dan syuk...
Ibu Hilang Sekejap Terus Menangis Dalam Situasi Ni Anak Kita Bukan Mengada Ya

Ibu Hilang Sekejap Terus Menangis Dalam Situasi Ni Anak Kita Bukan Mengada Ya

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 418 hits
Kalau dengan ibu bukan main manja dan mengada ngada ya Kita selalu dengar ayat macam ni kan terutama bila ada anak anak yang susah nak berenggang atau tinggal sekejap terus menangis Ingat anak anak kita bukannya saja saja berbuat demikian D...
Ibu Bapa Mungkin Akan Dikenakan Tindakan Kerana Membawa Anak Ke Tempat Awam

Ibu Bapa Mungkin Akan Dikenakan Tindakan Kerana Membawa Anak Ke Tempat Awam

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 517 hits
Penguatkuasaan undang undang mungkin akan dikenakan kepada ibu bapa yang membawa anak keluar ke tempat awam tanpa alasan yang kukuhSumber OhMedia My
Hiburan Jasmin Hamid Seru Ibu Bapa Tidak Bawa Anak Keluar Sambut Raya

Hiburan Jasmin Hamid Seru Ibu Bapa Tidak Bawa Anak Keluar Sambut Raya

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 440 hits
Berharap orang tidak mengambil ringan soal keselamatan Jasmin Hamid seru ibu bapa bertindak sebagai pelindung supaya tidak membawa anak anak keluar dari rumah meraikan Aidilfitri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Jasmin...
11 Ide Kompakan Baju Lebaran Untuk Ibu Dan Anak Yang Berhijab Ciye Kayak Adik Kakak

11 Ide Kompakan Baju Lebaran Untuk Ibu Dan Anak Yang Berhijab Ciye Kayak Adik Kakak

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 522 hits
Jangan sedih meski di rumah aja pun nggak usah galau mau cari bajunya di mana Mix and match baju lama atau pesan di online shop juga bisa kok
Ibu Ini Menangis Gara Gara Motornya Hilang Usai Diberi Masker Gratis Yang Ternyata Ada Obat Biusnya

Ibu Ini Menangis Gara Gara Motornya Hilang Usai Diberi Masker Gratis Yang Ternyata Ada Obat Biusnya

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 284 hits
Viral seorang ibu ibu menangis karena mengalami nasib tidak menyenangkan Kejadian yang terjadi di Bekasi Timur Jawa Barat itu dikabarkan seorang ibu kehilangan sepeda motor ketika seseorang yang tidak dikenal memberi masker gratis yang tela...
Semua Taska Dibenarkan Beroperasi Serta Merta Tiada Isu Ibu Bapa Yang Tak Boleh Bekerja Kerana Perlu Menjaga Anak

Semua Taska Dibenarkan Beroperasi Serta Merta Tiada Isu Ibu Bapa Yang Tak Boleh Bekerja Kerana Perlu Menjaga Anak

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 467 hits
Taman asuhan kanak kanak yang sebelum ini ditutup ekoran wabak Covid 19 akhirnya dibenarkan untuk beroperasi semula berkuatkuasa serta merta Kerajaan membenarkan semua 7 000 taman asuhan kanak kanak berdaftar di seluruh negara beroperasi se...
Kalau Anak Degil Tak Dengar Kata Cuba Kita Tengok Diri Kita Kita Pemimpin Anak Anak

Kalau Anak Degil Tak Dengar Kata Cuba Kita Tengok Diri Kita Kita Pemimpin Anak Anak

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 401 hits
Jika anda mendapat anak yang susah mendengar cakap jangan terus menyangka memang nasib anda dapat anak yang begitu Itu maksudnya menyalahkan nasib atau menyalahkan Tuhan Kedegilan anak ada satu peluang untuk anda belajar bagaimana untuk mem...
Myanmar Data Lawsuit Hits Telenor Raising Questions For Celcomdigi

Best Beef Tallow Recipe Ideas

Lirik Lagu Akhirnya Kamu Bella Astillah Ft Daniesh Suffian

Koleksi Video Lawak Kucing Ai

Gambaran Yang Diberi Dalam Keputusan Fifa Tak Tepat Fam

Kerajaan Cadang Naikkan Cukai Vape Daripada 40 Sen Kepada Rm4 Per Mililiter

Bubur Jagung Lemak Manis Rasa Tradisi Yang Buat Kita Rindu Dapur Mak

Mufti Pahang Jangan Korbankan Nilai Islam Dalam Menganjurkan Majlis Rasmi Kerajaan Yang Dihadiri Orang Muslim


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenapa Hidup Kita Rasa Sibuk Tapi Tak Pergi Mana Mana Tukang Karut

Bolehkah Gempa Bumi Diramal

Kepentingan Pengeluaran Silaj Tempatan Rumput Napier Sebagai Kunci Kelestarian Industri Ternakan

Printing Kotak Packaging Premium Sesuai Untuk Produk Anda Tak Kira Besar Atau Kecil

Gachawin 16 September Gachawin Top 92 By Collin

Westbluez 24 Westbluez Top 51 By Chau