Tutorial cara melukis gambar rumah seperti di atas boleh didapati di laman web berikut: How To Draw a House. Lukisan Rumah Tiga Dimensi (3D)Tapi boring juga kalau lukis rumah dua dimensi sahaja. Lukisan dua dimensi ni bermaksud lukisan rumah tu cuma ada tinggi dan lebar sahaja. Manakala lukisan tiga dimensi adalah lukisan rumah yang nampak tinggi, lebar, dan kedalaman.
Gambar di atas adalah satu lukisan rumah yang dilukis secara tiga dimensi (3D) iaitu kelihatan tinggi rumah, lebar rumah, dan juga panjang (kedalaman) rumah
Gambar di atas menunjukkan satu lukisan rumah tradisi Jepun. Sumber: Lukisan rumah tradisi Jepun
Lukisan Rumah MelayuDari negara Jepun, kita beralih pula ke rumah Melayu. Apabila mengatakan tentang rumah Melayu, kita terpaksa merujuk kepada senibina rumah tradisi Melayu, kerana rumah moden tidak menampakkan ciri-ciri sesuatu bangsa. Apabila Tedi melihat hasil lukisan fyq.deviantart.com bertajuk Rumah Kampung Melayu yang dibawah ini, Tedi terkesima.
Rumah Kampung Malaysia oleh Nadiah NajibBila melihat hasil lukisan bertajuk Rumah Kampung Malaysia oleh Nadiah Najib bertarikh 2008 ni, lagilah Tedi ternganga. Dahsyat betul ketelitiannya. Lukisan ini menggunakan dakwat di atas kanvas lukisan. Tengoklah tu siap ada pokok kelapa, basikal tua lagi... memang lukisan rumah ni menunjukkan Rumah Kampung di Malaysia.
Kiriman lain yang berkaitan:Rumah Usang - kerja rumah melukis sebuah rumah usang.Seorang Nenek Membelai Kucing - kerja sekolah melukis gambar seorang nenek sedang membelai kucing20170318
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |