Hari Pertama 2020 Tak Dapat Masuk Rumah


Baiklah.. Sambung dari cerita Kedai Kerepek Paroi Jual Bermacam Produk Bumiputera. Habis memborong barulah nak kembali ke pangkal jalan. Perancangan asal nak ke rumah ni dari pagi katanya. Tapi gerak dari Semenyih pun dah pukul 9 pagi. Lepas tu menyinggah lagi Kedai RM2, FamilyMart (breakfast FamilyMart uols. Tak beragak hahaha) dan Mr. DIY.
Breakfast FamilyMart katanya..
Sampai Paroi menyinggah pula Stadium Paroi dan Kedai Kerepek Paroi. Ya ampun. Berapa banyak tempat penyinggahan daaa?
Sampai je rumah 1 lagi, siap buka pagar aku pun reverse lah kereta. Nak masuk reverse lah senang bila nak keluar nanti. Selalunya pun kalau pergi mana-mana memang style aku suka reverse parking. Jarang sangat nak parking depan. Sebab memikirkan bila nak keluar nanti tertinjau-tinjau tengok belakang, kakak malaslah. Kadang-kadang dapat pula sebelah kita kereta besar tinggi, terus tak nampak belakang bila reverse. Jadinya dah terbiasa parking reverse.
Tapikan ... Haha. Gelak dulu jap.Lupa pula depan rumah tu ada lubang longkang tak bertutup! Penutup longkangnya ada je dalam rumah, tapi sebab jarang datang situ kami tak letak pun penutup longkang tu. Ini semua gara-gara pemaju lah ni nasihat kata kalau jarang datang baik simpan dulu penutup longkang. Nanti kalau hilang kena curi diorang tak ganti baru dah.
Itu sebab penutup longkang pun simpan dalam stor macam hadiah kahwin hahaha. Dah lah lubangnya besar. Setakat tayar Myvi 16 inci rim, kalau termasuk tayar tu kena juga panggil 5,6 orang brader sado tolong tolak keluar. Naya je...
Terus mak keluar jadi penunjuk arah nak masukkan kereta cantik je dalam parking, hehe. Kiri kanan depan belakang depan belakang. Kiri sikit. Luruskan tayar. 


[Baca juga] : Terjojol Biji Mata Miss Awak....
Fuh syukur selamat kereta Myvi itu masuk dalam parking. Cuba cakap, mana nak dapat mak mertua sporting kayak gini deh? Ekekekeke.
Keluar kereta angkat handbag teruslah nak buka pintu rumah dulu. Barang kemudianlah baru bawak keluar.
Tapi bila masukkan kunci, pusing-pusing eh kenapa sangkut separuh ni?Mak kata itulah tak baca Bismillah... Selawat sekali tau!
Bismillah... Selawat sekali kita try pusingkan kunci lagi sekali. Masih sangkut.Padahal nak buka pintu aje pun, siap terkeluar peluh jantan. Over sangat.
Bila aku tak berjaya buka pintu, okeh mak take over. Baca Bismillah kemudian doa-doa. Terkumat kamit tau sambil-sambil pusing kunci rumah itu.
Cuba teka berjaya ke tak?
Tak berjaya juga wak. Aduh. Dah terkeluar peluh jantan pakej mengantuk hasil makan-makan tadi, tapi tak boleh masuk rumah. Macam mana ni? Dekat mana nak crash landing? Nak balik Semenyih balik ambik masa 45 minit jugak. Dengan barang penuh kat seat belakang lagi.
Kita bawa dari Semenyih, dan bawa balik semula ke Semenyih? Dah macam duit gaji pula kan? Dari bank dia datang, kepada bank dia kembali kahkahkah.
Misteri sangat tombol pintu ini. Padahal hari Khamis sebelum tu baru je datang. Baru beza beberapa hari. Tapi dah buat hal. Sengaja biar tuan dia tersadai kesian.

Akhirnya kami buat keputusan singgah rumah kakak, mak 3 anak buahan maneh di Senawang. Singgah solat dan tumpang simpan segala kipas dan lampu yang dibawa.


Tumpang rumah 3 anak  buahan maneh ini lah.
Kelakar betul perjalanan kami hari tu. Memang hari menguji kesabaran betul, tapi benda boleh bawak bincang buat apa nak marah-marah ye tak? Tengok mak pun steady je gelak-gelak aku pun gelaklah hihihi.

Well takpe. Nanti kita sambung cerita how we manage untuk masuk juga ke dalam rumah okeh 😉





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.nurulshahira.com/2020/01/tak-dapat-masuk-rumah-akibat-tombol-kunci-rosak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktiviti Hari Pertama Tahun Baru 2020 Di Kampung

Aktiviti Hari Pertama Tahun Baru 2020 Di Kampung

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 632 hits
Hi korang Selamat tahun baru tak dan nak buat entry khas tahun baru kat blog kira aci la ye wish kat sini je buat semua readers dan follower blog SA yang ntah apa apa ni Selamat Tahun Baru semoga dengan kehadiran tahun baru ni kita semua le...
Hari Pertama Persekolahan Sesi 2020 Sara Darjah 2

Hari Pertama Persekolahan Sesi 2020 Sara Darjah 2

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 653 hits
Hari persekolahan pertama Sesi 2020 Hari pertama sesi persekolahan bagi sesi tahun 2020 ni Sara dah memasuki darjah 2 Alhamdulillah dia pun dah semakin cerdik nampaknya Bangun pagi dah tak meragam lagi bukan budak kecil je tau Ahaks Sara ni...
Hari Pertama 2020 Tak Jumpa Popia Kuala Kangsar Stadium Paroi Viral

Hari Pertama 2020 Tak Jumpa Popia Kuala Kangsar Stadium Paroi Viral

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 659 hits
Hari Pertama 2020 Tak Jumpa Popia Kuala Kangsar Stadium Paroi Viral Salam Hai Buat apa masa cuti tahun baru 2020 Takkan duduk rumah tengok tv aje kan Tak mungkinlah kan Hihi Ceritanya kebetulan cuti tahun baru tu semua ada kat rumah Amin pu...
Hari Pertama 2020

Hari Pertama 2020

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 426 hits
Salam semua harini 1 Januari 2020 Apa azam korang tahun ni haha azam aku sama je dari tahun lepas nak kurus dan nak six pack hahaby the way nak jugak selalu update blog ni tahun lepas macam sendu jea 15 post je huhuAgak agaknya boleh dapat ...
Hari Pertama 2020 Kedai Kerepek Paroi Seremban Jual Bermacam Produk Bumiputera

Hari Pertama 2020 Kedai Kerepek Paroi Seremban Jual Bermacam Produk Bumiputera

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 2171 hits
Hari Pertama 2020 Kedai Kerepek Paroi Seremban Jual Bermacam Produk Bumiputera Ok sambung cerita ni Jangan risau kalau korang baca blogpost itu korang tahulah part kelakor yang jadi kat situ Lepas ambil keputusan kensel order popia kami ter...
Hari Pertama Masuk Siswa Dan Guru Sd Di Tangerang Bersihkan Sekolah Yang Kebanjiran

Hari Pertama Masuk Siswa Dan Guru Sd Di Tangerang Bersihkan Sekolah Yang Kebanjiran

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 313 hits
486 Siswa di SDN Periuk Jaya Permai di Kecamatan Periuk Kota Tangerang tak bisa melaksanakan kegiatan belajar mengajar di hari pertama pasca libur sekolah Senin Para siswa dan guru saat ini berjibaku membersihkan seluruh barang dan perlengk...
Pengalaman Hari Pertama Bersekolah Tahun 2020

Pengalaman Hari Pertama Bersekolah Tahun 2020

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 518 hits
Hai korang Okeh harini Juju nak sajalah nak share dengan korang pengalaman hari pertama dak Yash bersekolah dalam tahun 2020 ni Kalau korang nak tau Yash berumur 6 tahun pada tahun ini Maknanya dia masih bersekolah di Pra sekolah Masih jump...
Cerita Istri Petugas Ppsu Terpaku Saat Banjir Masuk Rumah Dini Hari

Cerita Istri Petugas Ppsu Terpaku Saat Banjir Masuk Rumah Dini Hari

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 284 hits
Keluarga selamat tapi barang barang enggak ada yang selamat kata Evi sembari tersedu Sabtu
Sk Rimba Terjun Lawatan Pemeriksaan Hari Pertama Persekolahan Sesi 2020

Sk Rimba Terjun Lawatan Pemeriksaan Hari Pertama Persekolahan Sesi 2020

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 569 hits
SK Rimba Terjun Lawatan Pemeriksaan Hari Pertama Persekolahan Sesi 2020 Gerak awal untuk hantar angah dan iqi dulu Boleh tahan trafik pagi ni terutama di kawasan sekolah masing masing Sampai sepertimana yang aku jangkakan di SK Rimba Terjun...
Tiada Ilmu Baru Kalau Ilmu Lama Pun Belum Hadam

Nafizah Air Mata Rindu Chord

Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

No Cabinet Reshuffle While Rafizi Nik Nazmi On Leave Anwar

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuti Sekolah Kita Berinai Aktiviti Sunnah Yang Seronok

Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine

Larangan Melampau Dalam Agama

Cuba Sekali Pasti Ketagih Resipi Sambal Bilis Garing Homemade

Nuca Pelan Pelan Chord