Luk Chup Kian Memikat Cita Rasa Masyarakat Tempatan


Luk chup, pencuci mulut tradisional dari Thailand, kini semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di negara ini sekali gus menjadi sumber pendapatan yang agak lumayan bagi pengusaha manisan itu.
Juadah berasaskan kacang itu agak unik kerana dibuat dalam pelbagai bentuk menyerupai buah-buahan dan sayur-sayuran dengan warna yang menarik, sekali pandang seolah-olah buah-buahan tiruan.
“Luk bermakna buah, iaitu merujuk kepada kacang, sementara ‘chup’ pula bererti celup,” jelas seorang pengusaha Sakinah Mustapha, 46, kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bayam. dekat sini.

Mengulas lanjut, Sakinah berkata beliau berhenti kerja sebagai akauntan di sebuah syarikat kontraktor di sini pada 2016 bagi mengusahakan perniagaan itu sepenuh masa.
“Pada permulaan saya hanya mampu memperoleh sekitar RM500 dengan tempahan daripada pelanggan sekitar bandar ini, namun kini pendapatan saya lebih RM1,500 sebulan dengan permintaan turut diterima dari luar Kelantan seperti Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur,” katanya.
Menurutnya tempahan yang diterima meningkat pada musim cuti sekolah yang turut menjadi musim perkahwinan kerana selain dihidang sebagai pencuci mulut ketika kenduri, luk chup juga dijadikan buah tangan untuk tetamu.
“Kebiasaannya pada musim ini saya hampir tidak menang tangan dan terpaksa bersengkang mata selain dibantu dua pekerja untuk menyiapkan tempahan pelanggan yang mencecah hingga 2,000 biji,” katanya, menambah beliau mengenakan harga RM10 untuk setiap 20 biji luk chup.
Jelasnya beliau mempelajari cara membuat luk chup daripada ibu saudaranya Zaleha Abdul Hanan, 55 yang berasal dari Golok, Thailand, ketika berusia 15 tahun.

“Pembuatan luk chup melalui proses yang panjang selain menuntut kesabaran yang tinggi dan proses membuat bentuk yang dikehendaki itu agak renyah kerana adunan kacang mudah pecah,” katanya, menambah antara bentuk yang biasa dibuat ialah buah tembikai, pisang, mangga serta sayur terung dan kubis.
Sakinah berkata bahan-bahan yang diperlukan bagi membuat juadah itu ialah kacang kuning atau kacang hijau, agar-agar, pewarna makanan serta air bunga melur.
“Bagi memastikan inti benar-benar empuk, kacang perlu direndam terlebih dahulu selama empat jam sebelum direbus atau dikukus selama sejam setengah,” kata ibu tunggal empat anak tersebut.
Katanya manisan itu boleh bertahan selama beberapa hari jika disimpan di dalam peti sejuk dan hingga sebulan jika diletakkan di dalam peti sejuk beku. BERNAMA
Namanya seram ya ampun, namun rasanya lima bintang kau

The post Luk Chup Kian memikat cita rasa masyarakat tempatan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/28/luk-chup-kian-memikat-cita-rasa-masyarakat-tempatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Cara Merawat Rasa Sedih

10 Cara Merawat Rasa Sedih

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 679 hits
10 Cara Merawat Rasa Sedih Semua orang ada emosi berhak untuk memiliki seberapa banyak watak dalam menzahirkan emosi mereka Emosi adalah perasaan halus yang lahir dan wujud dalam diri makhluk Allah yang bernama manusia Emosi ada bermacam ma...
Agar Agar Lumut Butter 2 In 1 Lapisan Bawahnya Rasa Macam Puding Karamel

Agar Agar Lumut Butter 2 In 1 Lapisan Bawahnya Rasa Macam Puding Karamel

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 339 hits
Kadang bila ibu asyik masuk dapur pun buntu juga memikirkan nak masak apa Kadang tu dah habis idea nak buat apa lagi yang anak dan suami suka Selain menu utama menu pencuci mulut pun best juga Bagi yang biasa makan agar agar lumut dan terin...
Semai Rasa Cinta Negara Dahulu Sebelum Sertai Pdrm Musa Hassan

Semai Rasa Cinta Negara Dahulu Sebelum Sertai Pdrm Musa Hassan

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 949 hits
M Update 15 09 2020 Kalau hendak masuk polis hati kena cekal nombor satu kerana sayang dan cintakan negara dan bukan kerana nak cari makan Kalau nak cari makan jangan masuk polis tegas bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan Beliau ber...
Hasil Swab Negatif Gubernur Ntt Ajak Masyarakat Tak Takut Berlebihan Hadapi Covid 19

Hasil Swab Negatif Gubernur Ntt Ajak Masyarakat Tak Takut Berlebihan Hadapi Covid 19

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 348 hits
Menurutnya protokol kesehatan pertama yang harus dijalankan adalah meningkatkan imunitas kesehatan dengan berolahraga secara teratur dan berjalan di bawah panas terik matahari
Persepsi Labelkan Mpk Manusia Paling Kejam Dapat Di Ubah Dengan Mendekati Masyarakat

Persepsi Labelkan Mpk Manusia Paling Kejam Dapat Di Ubah Dengan Mendekati Masyarakat

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 262 hits
KUANTAN Majlis Perbandaran Kuantan berharap persepsi masyarakat yang melabel jabatan itu sebagai Majlis Manusia Paling Kejam dapat diubah dengan peningkatan usaha kakitangannya mendekati masyarakat Yang Dipertua MPK Datuk Hamdan Hussin berk...
Bkkbn Ajak Masyarakat Rencanakan Dengan Nyaman Kontrasepsi Di Era New Normal

Bkkbn Ajak Masyarakat Rencanakan Dengan Nyaman Kontrasepsi Di Era New Normal

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 287 hits
Berdasarkan data statistik rutin BKKBN capaian peserta KB baru mengalami penurunan secara signifikan dari 422 315 pada bulan Maret 2020 menjadi 371 292 dan 388 390 pada bulan April dan Mei 2020
Hasil Riset Buktikan Masyarakat Indonesia Sangat Puas Dengan Pelayanan Grab

Hasil Riset Buktikan Masyarakat Indonesia Sangat Puas Dengan Pelayanan Grab

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 263 hits
Hasilnya salah satu e commerce dengan pangsa pasar terbesar di Indonesia ini keluar sebagai merek e commerce 1 dengan tingkat kepuasan tertinggi di Indonesia dan 3 di Asia Tenggara
Resepi Blackpaper Roasted Salmon Menu Pantang Mudah Rasa Padu

Resepi Blackpaper Roasted Salmon Menu Pantang Mudah Rasa Padu

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 652 hits
Bosan dengan sayur yang direbus setiap hari apa kata ubah selera berpantang dengan resipi yang cukup istimewa untuk diri sendiri Blackpaper Roasted Salmon atau Salmon Panggang Lada Hitam ini antara menu istimewa untuk anda yang berpantang B...
666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Mayat Lelaki Dijumpai Di Dalam Kereta Di Sungai Petani

Menulis Dengan Hati Kerana Tulisan Hidup Lebih Lama

Bersatu Is Most Inclusive Party In Malaysian Political History Not Just For Malays Says Hamzah Zainudin

Sabah Leaders Cast Doubt On Muhyiddin S 40pc Revenue Pledge Point To Inaction When He Was Pm

Menyeramkan Darah Menitis Dari Siling Hospital

Don T Be Trapped By Uncertainty Nostalgia Hamzah Tells Bersatu

Kotak Packaging Produk Travel Set Solusi Branding Mudah Untuk Usahawan Baru Dengan Design Premium


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Soalan Bocor Atau Strategi Inilah Cara Sebenar Lulus Temuduga Kerajaan

The Trauma Code Heroes On Call Kdrama

Resepi Air Lai Chi Kang Buah Luo Han Guo Kering Manis Semula Jadi Menyegarkan

Meet The Aprilia Rsv4 X Gp A 90 000 Motogp Race Replica

Imavov Cabar Juara Middleweight Ufc Khamzat

Beli Kasut Adidas Sl 72 Og X Liberty London Warna Better Scarlet