10 Cara Merawat Rasa Sedih


10 Cara Merawat Rasa Sedih | Semua orang ada emosi, berhak untuk memiliki seberapa banyak watak dalam menzahirkan emosi mereka. Emosi adalah perasaan halus yang lahir dan wujud dalam diri makhluk Allah yang bernama manusia. Emosi ada bermacam-macam, samada sedih, gembira, kecewa, bahagia, marah, benci, dendam dan sebagainya. 

Namun begitu, saya hanya mahu berkongsi dan menyelongkar emosi sedih yang sering dirasai oleh sesiapa sahaja dan kadangkala datangnya secara tiba-tiba. Dalam gembira pun kita boleh berasa sedih dan dalam kesedihan pun sebenarnya kita boleh berasa bahagia. Jadi, bagaimana caranya kita mahu merawat rasa sedih tersebut?  
“Cry. Forgive. Learn. Move on. Let your tears water the seeds of your future happiness.” ― Steve Maraboli
10 Cara Merawat Rasa Sedih
Anda sedang bersedih? Tak tahu cara nak rawat rasa sedih itu? Usahlah bersedih terlalu lama, kerana ia hanya merosakkan minda dan tidak membawa kebaikan. Jom baca cara-cara merawat rasa sedih seperti di bawah:

1. Luahkan rasa sedih 
Paling penting adalah meluahkan rasa sedih yang sedang ditanggung kepada seseorang yang boleh dipercayai seperti sahabat atau pasangan kita. Mengikut kajian ahli psikologi, sesuatu rasa tak mengira apapun samada baik atau buruk jika diluah akan mengurangi tekanan yang sedang ditanggung. Belajar meluahkan apa yang anda rasa, insya Allah hati akan berasa tenang selepas itu. Selain itu, anda juga boleh meluahkan rasa sedih di atas sekeping kertas, atau menulis di blog secara umum dan boleh juga menggunakan diari sebagai 'teman' berbual anda. Semoga cara ini dapat merawat rasa sedih yang sedang dirasai.

2. Bersenam 
Satu lagi cara mujarab untuk merawat rasa sedih adalah dengan bersenam. Tak percaya? Cuba anda lakukan cara ini dan lihat hasilnya. Dengan bersenam seluruh anggota tubuh kita digerakkan dan aktif. Otak pun ikut bergerak ketika kita bersenam. Dengan demikian, perasaan sedih dan keseorangan dapat di rawat secara tidak sengaja.

3. Latih minda melupakan kenangan pahit
Seterusnya, melatih minda melupakan kenangan pahit perlulah diaplikasikan secara berterusan. Anda akan sering merasa sedih dan suram apabila mengenang kembali kenangan pahit dan memori silam yang lalu.

Sumber: Google
Kita seharusnya memisahkan hubungan di antara perasaan kini dengan emosi yang lalu bagi menetapkan azam dan fokus kepada keluarga, rakan-rakan, kerjaya, cita-cita dan masa depan. Anda tidak dapat melupakan semua memori pahit secara serentak, maka haruslah dilakukan secara berperingkat dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan adanya disiplin diri dan kemahuan sendiri.

4. Buang perasaan risau yang melampau
Rasa sedih boleh dirawat dengan cara kurangkan rasa risau yang melampau anda terhadap sesuatu. Ada dua kesan dari sikap risau yang melampau, pertama ia menarik masalah dan musibah dan yang kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Perasaan risau yang melampau boleh membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa malah takut. Anda haruslah belajar untuk bertenang dan melatih diri anda mengawal emosi bagi mengurangkan perasaan risau yang melampau.

5. Anggap kekurangan sebagai kekuatan
Jangan lupa untuk mencuba reda dengan takdir yang Allah tentukan. Anggaplah kekurangan anda sebagai satu kekuatan. Mungkin ada orang yang hebat hari ini, tapi tak semestinya mereka akan tetap hebat esoknya. Hidup ini penuh dengan kemungkinan dan berpusing seperti roda, kadangkala kita di atas dan kadangkala di bawah. Untuk terus berada di atas, kita perlulah sentiasa belajar, menggali ilmu dan menambah kemahiran sepanjang masa. Kita juga perlu mengenal pasti semua kekurangan dan kelemahan diri dan menerokai kekuatan sendiri.

Janganlah anda merasa rendah diri dan terlalu risau dengan kelebihan orang lain kerana anda hanya perlu fokus kepada diri sendiri dan jangan terlalu kisahkan orang lain.

6. Belajar bersyukur
Ucap syukur ke atas kesemua yang anda ada, misalnya ucap syukur kerana anda masih boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur dan juga mempunyai kawan rapat yang memahami. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri anda. Lama kelamaan rasa syukur itu sendiri jadi motivasi merawat sedih yang sedang ditanggung.

7. Belajar menjadi pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (seperti takut, sedih, kecewa, marah, cemburu dan dendam). Ia juga dapat meneutralkan gelombang fikiran negatif yang terdapat di minda anda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu atau anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Belajarlah menjadi seorang pemaaf dan ia dapat menghilangkan perasaan-perasaan negatif dan menarik ketenangan datang pada diri anda.

8. Tonton cerita lucu dan ketawa
Ya! Kenapa tidak? Ketawalah apabila terdapat perkara yang menggembirakan anda dan menjadikan anda girang. Tontonlah video yang lucu atau baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi, agar anda boleh ketawa secara semulajadi. Ketawa dapat menghilangkan rasa sedih dan kecewa dalam diri anda.

9. Ubah fikiran
Kita tidak boleh mengubah situasi yang membuatkan kita kecewa, sedih dan murung tetapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun ada perkara yang terjadi tidak berpihak kepada anda, tetapi anda harus mencari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Fikiran yang buruk akan mendapat akibat yang buruk. Ini hukum alam dan dinamakan juga hukum sebab dan akibat atau dikenali sebagai ‘Law Of Attraction’.

10. Keraskan hati
Akhir sekali, keraskan hati anda. Keraskan hati bermaksud hati anda mempunyai kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.

Sumber: Google
Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya dan lafazkan dengan nada berbisik, relaks dan tidak terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk anda dan tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu hari yang baik, lebih baik dari sebelumnya

Sebagai rangkuman daripada 10 cara merawat rasa sedih di atas, saya boleh katakan bahawa perasaan sedih boleh dikawal dengan akal yang waras dan sentiasa positif dalam hidup. Fikirkan bahawa bukan anda seorang yang merasa demikian, sedih ditinggalkan, sedih kehilangan orang tersayang, sedih kerana kesunyian dan sebagainya. Tanamkan dalam diri anda bahawa anda seorang yang harus teruskan hidup demi kebahagiaan orang tersayang yang mengharapkan anda.

Hidup harus dilalui dengan penuh bermakna!    
Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2014/03/10-cara-merawat-rasa-sedih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elewsmart Kena Pecah Masuk Dengan 2 Lelaki Bertopi Keledar Ustaz Ebit Lew Rasa Sedih

Elewsmart Kena Pecah Masuk Dengan 2 Lelaki Bertopi Keledar Ustaz Ebit Lew Rasa Sedih

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 393 hits
Pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew memuatnaik berita sedih di akaun Instagramnya mengenai premis perniagaan Elewsmart di sekitar Sungai Buloh dipecah masuk kira kira jam 3 30 pagi tadi Menurut pendakwah bebas tersebut dua lelaki bertop...
Hiburan Elewsmart Dipecah Masuk Ustaz Ebit Lew Zahir Rasa Sedih

Hiburan Elewsmart Dipecah Masuk Ustaz Ebit Lew Zahir Rasa Sedih

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 596 hits
Mendedahkan Elews Mart di cawangan Sungai Buloh dipecah masuk menerusi kiriman terbarunya di laman Instagram pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew iaitu pemilik pasar raya tersebut dilihat tampil meluahkan rasa sedih dan kecewa Menurutnya...
Selalu Rasa Sakit Sakit Badan Dr Rizal Kongsikan Cara Buat Air Aloe Vera 3 Bahan

Selalu Rasa Sakit Sakit Badan Dr Rizal Kongsikan Cara Buat Air Aloe Vera 3 Bahan

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 712 hits
Banyak orang komplen tak sedap badan Sakit badan Bisa sana bisa sini Tapi tak tahu punca Macam mana nak settle Ada rahsianya Rahsia salah satunya ialah baiki usus dulu Usus ni juga disebut sebagai otak kedua manusia Jadi kena jaga betul bet...
Cara Simple Buat Colek Pauh Muda 4 Rasa

Cara Simple Buat Colek Pauh Muda 4 Rasa

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 361 hits
Sesekali mesti teringin nak makan masam masam Tekak rasa nak sesuatu yang masak untuk melengkapkan deria rasa yang dikurniakan Allah Colek pauh muda resipi daripada Azira Mamat ini ada empat rasa yang digabungkan iaitu masam manis pedas dan...
Tanda Tanda Terkena Gangguan Sihir Dan Cara Merawat

Tanda Tanda Terkena Gangguan Sihir Dan Cara Merawat

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 327 hits
Dalam masyarakat melayu kita pasti akan terbiasa dengar cerita cerita berkaitan dengan Jin dan sihir Jin lebih dikenali sebagai makhluk halus iaitu makhluk yang tidak dapat dilihat oleh masyarakat kita Perkataan Jin berasal daripada perkata...
Saya Rasa Sangat Sedih Kecewa Veveonah Mosibin Kesal Dengan Kenyataan Timbalan Menteri Kkmm

Saya Rasa Sangat Sedih Kecewa Veveonah Mosibin Kesal Dengan Kenyataan Timbalan Menteri Kkmm

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 427 hits
Saya rasa sangat sedih kecewa Veveonah Mosibin kesal dengan kenyataan Timbalan Menteri KKMMSusulan kenyataan tidak tepat Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin di Dewan Negara semalam Veveonah Mosibin tampil m...
Prp Hair Laser Untuk Merawat Rambut Gugur Dan Mengalakkan Pertumbuhan Rambut Baru Dengan Dr Chong Clinic

Prp Hair Laser Untuk Merawat Rambut Gugur Dan Mengalakkan Pertumbuhan Rambut Baru Dengan Dr Chong Clinic

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 559 hits
Hi korang kalini i nak share dengan korang bagaimana pengalaman i melakukan PRP untuk rambut buat pertama kali di Dr Chong Clinic Kepong Ia adalah pengalaman baru memandangkan i mendapat peluang untuk mengenal pasti keadaan stuktur rambut Y...
4 Cara Urus Duit Yang Patut Diajar Pada Anak

4 Cara Urus Duit Yang Patut Diajar Pada Anak

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 329 hits
Pengurusan kewangan dalam keluarga Kita tidak dapat menafikan bahawa wang memainkan peranan besar dalam kehidupan dan anak anak kita terutama di zaman sekarang yang hampir serba serbi memerlukan wang Namun sistem persekolahan tidak menyedia...
Ni Hah Kebaikan Sebenar Daun Betik Merawat Denggi

Ni Hah Kebaikan Sebenar Daun Betik Merawat Denggi

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 1258 hits
2 helai daun betik setiap hari mampu meningkatkan platlet pesakit denggi Kajian klinikal terhadap jus daun betik di dalam pesakit denggi menunjukkan bahawa pengambilan sebanyak 30ml jus daripada dua daun betik matang setiap hari selama tiga...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Soladariti Mp Kepala Batas Kutip Derma Bantu Bayar Rm825k Kepada Lim Kit Siang Lim Guan Eng

Peraturan Denda Gila Kepada Pekerja Ramen Chain

Ramalan Gbp Usd Pada 23 Disember 2024

Dry Pan Mee Ah Cheng Laksa

Berulang Tahun Dicky Difie Dapat Kiriman Karangan Bunga Tak Biasa Dari Andre Taulany Lucu Terus

The Timeless Spell Of Rome S Oldest Churches