Luahan Anak Didik Doktor Pakar Patalogi Muhammad Na Im Ab Razak













Saya lihat, banyak kecaman dibuat terhadap Saksi pertama Inkues Zara Qairina. Tapi, hati saya benar-benar terluka apabila seorang kenalan, yang pernah makan bersama saya, sanggup menghina guru yang saya hormati.


Saya tidak akan sesekali menerima jika guru saya dihina dengan panggilan biadab seperti “pantatlogi.” 


Guru saya, seorang pakar forensik hebat yang  mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang perubatan forensik termasuk 27 tahun sebagai pakar. Dialah orang yang membangunkan Jabatan Forensik di Sabah. Dahulu, beliau berseorangan menjelajah seluruh Sabah untuk melakukan bedah siasat mayat dalam kes jenayah atau berprofil tinggi.


Hari ini di Lahad Datu, esok di Sandakan, lusa di Labuan—itulah rutinnya sehinggalah perkhidmatan forensik di Sabah berkembang maju. Daripada seorang pakar solo, akhirnya ramai pakar dan pegawai forensik dilahirkan serta dilatih oleh beliau. Majoriti pakar forensik dan pegawai perubatan forensik di Sabah, termasuk saya sendiri, adalah anak muridnya.


Beliau yang mengajar saya tentang kepentingan autopsi dalam mencari keadilan buat si mati, sebagai suara terakhir mewakili mereka yang sudah tiada. Beliau juga yang mendidik saya untuk kekal rendah hati walaupun saya berwatak kasar, dan beliau jugalah yang melatih saya cara bercakap di mahkamah ketika inkues atau memberi keterangan.


Bayangkan, walaupun beliau seorang pakar dan legenda, setiap kali kami melakukan bedah siasat, beliau tetap bertanya pandangan saya: “Kamu rasa, apa penyebab itu dan ini?” Saya tahu beliau sudah ada jawapannya, tetapi dia mahu melatih saya supaya berfikir dan berkembang.


Walaupun bukan Islam, akhlaknya sangat terpuji. Beliau tidak pernah meninggikan suara, tidak pernah berbangga dengan pangkat JUSA, dan tidak cerewet soal makan minum atau tempat tinggal ketika bertugas. Jika ada masa, saya bawa beliau makan di kedai, tetapi kebanyakan masa kami hanya makan di bilik mayat. Perbuatannya penuh tertib dan dia sangat tenang. Riak wajahnya lembut dan saya tenang berbual seperti seorang rakan dan bukan antara bos dan anak buah.


Kadang-kadang saya terserempak beliau membeli bunga lewat malam di Pick N Pay untuk disedekahkan. Beliau juga sering membelanja kami. Beliau sangat sensitif dengan urusan jenazah Islam dan akan berusaha sedaya upaya memudahkan urusan terakhir. Malah, di jabatan yang diterajuinya, bedah siasat kadangkala dilakukan pada waktu malam agar jenazah Muslim dapat segera dikebumikan. Saya sendiri tidak mampu melakukannya seperti beliau. Beliau juga peka dengan keperluan staf Muslim, daripada waktu solat hinggalah soal makanan halal.


Kerana beliau, saya begitu mengidolakan bidang forensik hingga menulis novel fiksyen forensik untuk meluahkan kekaguman terhadap disiplin ini. Jika bukan kerana saya sudah melangkah dalam bidang kepakaran kecemasan yang menjadi cita-cita sejak zaman universiti perubatan, pasti saya akan menyambung pengajian sarjana dalam bidang forensik.


Walaupun beliau seorang pakar ternama, kerendahan hatinya luar biasa. Ketika timbul kes kematian disyaki akibat sengatan obor-obor di beberapa negeri, beliau meminta pandangan saya. Malah, beliau dan pasukannya menjemput saya untuk berkongsi ilmu tentang bedah siasat dan cara mengurus serta menganalisis spesimen kesan sengatan obor-obor.


Maaflah. Saya lebih rela kehilangan seorang kawan daripada melihat guru yang saya cintai dihina dan dimaki sebegini. Entah apa motif dan matlamat ‘justice’ yang dilaungkan jika sebegitu ramai orang tidak bersalah difitnah, dihina, direndah-rendahkan martabat dan dicaci-maki.


Duhai Tuhan yang tidak pernah tidur, tunjukkanlah kami jalan kebenaran, jalan yang kau redai dan angkatlah keadilan dan kebenaran yang sebenar.


Muhammad Na'im Ab Razak






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/09/luahan-anak-didik-doktor-pakar-patalogi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Satu Klik Selamatkan Nyawa Didik Anak Pakai Tali Pinggang Keledar Sejak Kecil

Satu Klik Selamatkan Nyawa Didik Anak Pakai Tali Pinggang Keledar Sejak Kecil

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 5527 hits
Setiap kali kita bawa anak menaiki kereta doa pertama yang sering terbit dari hati ibu ayah ialah Ya Allah lindungilah perjalanan kami Kita mahukan mereka sampai dengan selamat ke destinasi tanpa sebarang perkara yang tidak diingini Tetapi ...
Hiburan Nak Letak Nama Anak Muhammad Zaril Pernah Ditanya Soal Anak Amira Othman Dedah Nama Pilihan

Hiburan Nak Letak Nama Anak Muhammad Zaril Pernah Ditanya Soal Anak Amira Othman Dedah Nama Pilihan

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 3850 hits
Berita gempar semalam mengesahkan bahawa hubungan cinta antara pelakon Fattah Amin 35 dan penyanyi 32 akhirnya terjawab apabila kedua duanya bakal mendirikan rumah tangga pada 14 September ini Pengumuman itu semestinya membuatkan ramai pemi...
Dulu Kena Rotan Sekarang Dah Tak Boleh Didik Anak Ikut Zaman Belajar Dengar Suara Hati Anak

Dulu Kena Rotan Sekarang Dah Tak Boleh Didik Anak Ikut Zaman Belajar Dengar Suara Hati Anak

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 4110 hits
Mendidik anak di zaman ini bukanlah satu tugas yang mudah untuk digalas Dalam dunia serba mencabar ditambah dengan kecanggihan teknologi hari ini menjadikan tugas kita sebagai mak dan ayah bertambah payah Anak mengamuk tidak dengar kata dan...
21 Pembedahan Caesarean Dalam Satu Malam Doktor Pakar Sakit Puan Disiasat

21 Pembedahan Caesarean Dalam Satu Malam Doktor Pakar Sakit Puan Disiasat

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 6479 hits
Hati ibu bapa mana yang tidak risau bila dengar berita sebegini di saat nyawa ibu dan bayi sepatutnya diberi penjagaan paling rapi timbul pula persoalan tentang keselamatan dalam dunia perubatan Walaupun kejadian berlaku bukan di Malaysia s...
Suami Pernah Tercampak Keluar Kereta Ibu Nekad Didik 3 Anak Duduk Car Seat Sejak Bayi

Suami Pernah Tercampak Keluar Kereta Ibu Nekad Didik 3 Anak Duduk Car Seat Sejak Bayi

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 3499 hits
Keselamatan anak ketika menaiki kenderaan adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan Ramai ibu bapa masih beranggapan mendukung anak di riba lebih mudah dan praktikal sedangkan hakikatnya ia berbahaya Seorang ibu berkongsi pengalaman ...
Stres Melampau Urus 6 Anak Isteri Ini Berpakat Dengan Doktor Sekolahkan Suami Trik Wanita Ini Raih Perhatian

Stres Melampau Urus 6 Anak Isteri Ini Berpakat Dengan Doktor Sekolahkan Suami Trik Wanita Ini Raih Perhatian

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 4124 hits
Apabila seorang wanita bergelar isteri tanggungjawab dan kehidupan berubah 360 darjah Lebih lebih lagi apabila menguruskan rumah tangga dengan anak yang ramai kerja seharian bukanlah sesuatu yang mudah Ada kala suami tidak nampak segala pen...
Sebak Anak Kecil Lepas Rindu Baring Di Tengah Pusara Ibu Ayah

Sebak Anak Kecil Lepas Rindu Baring Di Tengah Pusara Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 667 hits
Sebak Anak Kecil Lepas Rindu Baring Di Tengah Pusara Ibu Ayah Kehadiran cahaya mata dalam rumah tangga sering diibaratkan sebagai permata berharga yang melengkapi kehidupan suami isteri Anak bukan sahaja menjadi penyeri rumah tangga malah m...
Anak Bekas Pemimpin Negara Ditahan Polis Temukan Dadah Dalam Kereta

Anak Bekas Pemimpin Negara Ditahan Polis Temukan Dadah Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 1446 hits
Anak Bekas Pemimpin Negara Ditahan Polis Temukan Dadah Dalam Kereta KUALA LUMPUR 24 Ogos Seorang anak lelaki bekas pemimpin negara telah ditahan selepas polis menemukan dadah dalam kereta miliknya di Lebuhraya Sprint berhampiran Plaza Tol D...
Tentera Israel Pintas Kapal Bantuan Global Sumud Flotilla Peserta Malaysia Antara Ditahan

K1gt 12 K1gt Top 52 By Selena

Sheraton Johor Bahru Opens A New Luxury Landmark For Families Foodies Weekend Getaways

Half Its Cabinet Will Be Wiped Out If Malaysia Emulates China To Send Corrupt Ministers To Face Firing Squad

Zra Kongsi Tawaran Diberikan Tentera Isra L Ketika Pintas Kapal Mengaku Salah Atau Dibicarakan Amp Dilokap

Tiga Kapal Global Sumud Flotilla Diculik Disabotaj Tentera Laut Israel

Star Expected To Quit Grs After Seat Sharing Dispute

Malaysia Retains Tier 2 Ranking In Us Human Trafficking Report


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Asia S Brightest Young Builders Crowned At Legoland School Challenge 2025

Kewujudan Zionis Kecil Di Malaysia Bawa Agenda Subversif Dan Semai Api Kebencian Perlu Dibanteras Unit Risikan Malaysia

Hunter Nabbed In Bangkok Says Thai Cops Don T Know Why They Were Arresting Him

Kotak Packaging Produk Fesyen Cara Buat Jenama Anda Lebih Menonjol

Adm789 22 December Adm789 Top 22 By Brianna

Babet55 14 Babet55 Top 85 By Aiden