Ltte Kerja Deep State
Ipohmali
Semalam aku puji tindakan Peguam negara batalkan pertuduhan kepada 12 tahanan LTTE.. aku ada sebut tindakan peguam negara itu sebenarnya akan mengagalkan usaha menjatuhkan kerajaan PH (deep state) angkara kerja dari dalam PH sendiri…
Tapi mungkin ramai sahabat tak setuju dengan aku.. Takpe lah.. aku tak kisah.. suatu hari nanti depa akan faham, Tapi rupanya apa yg aku maksudkan tidak lama memunculkan kebenarannya..
Hari ini baca berita, yang bantah keputusan Peguam negara itu pemimpin UMNO dan Bersatu.. Pemimpin UMNO dan PAS kita faham la.. tapi ada Bersatu..Jadi Siapa pemimpin Bersatu yang bantah itu, dia adalah Timbalan Pengerusi Bersatu Melaka, mamak Mohd Rafiq Naizamohideen.. bayangkan kawan sendiri dia tikam depan depan..tak guna punya orang..
Cuba kita berfikir.. kalau benar mahu dakwa LTTE.. orang pertama yang patut didakwa adalah P Ramasamy timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dia paling lantang sokong LTTE..malah dia cabar PDRM..tapi kenapa tidak dakwa Ramasamy..? Ye lah.. kalau Ramasamy didakwa.. atau dakwa 10 orang pun adun Pulau Pinang kena dakwa..Kerajaan Pulau Pinang tak jatuh..
tapi jika 2 Adun melaka itu terpenjara..pada bila bila masa boleh berlaku pengkhianatan dalam PH sendiri..itu ada yg tak suka dua YB itu dibebaskan..ada YB yang berangan angan nak jadi Ketua Menteri menggantikan Adly Zahari.. sedangkan dialah Ketua Menteri paling Perform hari ini.. Ini menimbulkan kecemburuan dalam PH sendiri..seperti waktu Nizar jadi MB Perak dulu..semua orang tahu…
Sebenarnya cerita deepstate ni takda kaitan dengan PDRM, takda kaitannya sangat dengan jentera Kerajaan.. tapi ada orang Politik cuba perguna jentera kerajaan..mcm kes video yang kabur.. cerita peguam dilantik dalam Inkues Adib..Ketua Polis Negara sendiri tertekan melayan kerenah pertembungan, perebutan kuasa Politik dari kalangan PH sendiri..dikalangan depa ni ada cita cita peribadi nak jadi Ketua Menteri..Nak jadi Perdana Menteri..
jangan ingat usaha depa terhenti disitu.. ada lagi siri siri baru menjelang November.. sudah pasti mainan mereka sentimen kaum dan Agama..tu sebab aku kata, aku tak takut usaha kumpul SD, Sokongan Tun kekal berkuasa.. yg aku takut cubaan mainkan sentimen kaum dan Agama..apalagi kalau ada yg cuba cetuskan sesuatu yang boleh bangkitkan sentimen kaum dan Agama..
Jadi faham faham lah.. Mamak ni kalau Jahat tak pandai sorok sangat.. ada Peguam sorang.. ada YB sorang.. cuma sorang jer Jawa dari PKR giler nak jadi PM..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suarapakatandaily.com/archives/26450