Ltte Dua Lelaki Termasuk Adun Seremban Jaya P Gunasekaren Bebas


KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) — Selepas lebih empat bulan ditahan di Penjara Sungai Buloh berhubung pertuduhan berkaitan kumpulan pengganas LTTE, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya P. Gunasekaren dan pemandu teksi V. Balamurugan hari ini dilepas serta dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi yang berasingan di sini.
Perintah itu dikeluarkan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh selepas Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Suffian Jaafar memaklumkan pihaknya mendapat arahan daripada Peguam Negara supaya tidak meneruskan prosiding terhadap kedua-dua tertuduh.
Mohamad Suffian juga berkata arahan itu adalah mengikut Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah dan memaklumkan bahawa pihaknya tidak mempunyai alasan lain, oleh itu, terpulang kepada budi bicara mahkamah untuk membuat keputusan.
Muhammad Jamil, yang mendengar satu daripada kes Gunasekaren, 61, berkata memandangkan pendakwaan telah memohon untuk menghentikan prosiding terhadap tertuduh mengikut Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah dan tidak mempunyai alasan lain maka mahkamah menggunakan budi bicaranya untuk membuat keputusan.
“Oleh itu, mahkamah memerintahkan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan yang dihadapinya,” kata hakim tersebut.
Mohd Nazlan juga membuat keputusan sama dengan melepas dan membebaskan Gunasekaren daripada pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE.
Terdahulu, peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Gunasekaren, memberitahu mahkamah bahawa memandangkan pendakwaan tidak berhasrat untuk meneruskan kes terhadap Gunasekaren, pembelaan memohon supaya tertuduh dilepas dan dibebaskan, bukannya dilepas tanpa dibebaskan.
“Dalam kenyataan media baru-baru ini, Peguam Negara Tan Sri Thommy Thomas memutuskan bahawa tiada prospek yang jelas untuk sabitan terhadap mana-mana 12 tertuduh ke atas mana-mana 34 pertuduhan yang dihadapi mereka.
“Peguam Negara juga telah memutuskan untuk menghentikan prosiding terhadap kesemua tertuduh berkuat kuasa serta-merta,” kata peguam itu.
Selepas mahkamah membuat keputusan, ADUN itu memeluk dan mendukung cucu lelakinya sejurus keluar dari kandang tertuduh.
Gunasekaren didakwa memberi sokongan kepada LTTE dengan cara menggunakan aplikasi sosial Facebook atas nama “DAP Guna Palanisamy” di Pejabat Pegawai Penyiasat Bahagian E8 (M) Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman di sini pada 2 petang 7 Okt 2019.
Dia juga berdepan pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan itu dalam satu majlis di Dewan Kasturi Ayer Keroh, Jalan Utama, Taman Ayer Keroh Heights, Melaka lebih kurang 8.30 malam pada 28 Nov 2018.
Gunasekaren didakwa mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sepanjang hayat atau maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Ahmad Shahrir melepas dan membebaskan Balamurugan, 38, daripada lima pertuduhan yang dihadapinya.
Mohamad Suffian turut memaklumkan mahkamah bahawa pihak pendakwaan mungkin tidak akan mendakwa semula tertuduh pada masa akan datang.
Balamurugan didakwa memberi sokongan kepada LTTE dalam satu majlis, memiliki item yang mempunyai unsur keganasan atau berkaitan dengan kumpulan itu dan mempamerkan item berunsurkan perbuatan ganas.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tiga lokasi di Sungai Siput Utara, Perak iaitu di Dewan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar; Pekarangan Stesen Teksi dan Taman Bukit Medan, Perak dan di Pejabat Pegawai Penyiasat Bahagian E8 (M) Cawangan Khas Bukit Aman antara 28 Dis 2014 hingga 10 Okt 2019.
Bagi pertuduhan memberi sokongan kepada LTTE, Balamurugan didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sama manakala bagi pertuduhan memiliki dan mempamerkan item, dia didakwa mengikut Seksyen 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 130JB(1)(b) yang berdepan hukuman maksimum penjara tujuh tahun, atau denda, dan dilucuthakkan mana-mana item terbabit, jika sabit kesalahan.
Balamurugan diwakili peguam J. Matthews, Omar Kutty Abdul Aziz dan Muhammad Farhan Ahmad Fadzil.
Sementara itu, Ramkarpal ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata Gunasekaren telah dibebaskan sepenuhnya dan tidak akan menghadapi apa-apa prosiding selepas ini.
“Bagi tertuduh lain, kemungkinan kami akan kembali ke mahkamah dalam masa dua atau tiga hari lagi supaya mereka juga akan dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan,” katanya.
Gunasekaren dan Balamurugan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama peguam masing-masing.
Beberapa pemimpin DAP, termasuk penasihat parti itu Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago, hadir di mahkamah.
Sumber: BERNAMA
The post LTTE: Dua Lelaki Termasuk ADUN Seremban Jaya P. Gunasekaren Bebas appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/02/24/ltte-dua-lelaki-termasuk-adun-seremban-jaya-p-gunasekaren-bebas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adun Dap Lepas Bebas Tuduhan Berkait Ltte

Adun Dap Lepas Bebas Tuduhan Berkait Ltte

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 189 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebaskan Adun Seremban Jaya P Gunasekaren daripada 2 pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan militan Harimau Pembebasan Tamil Eelam Hakim Muhammad Jamil Hussin dan Mohd Nazlan Mohd Gh...
Mahkamah Bebas Adun Dap Yang Dituduh Menyokong Ltte Sebab Tu Sekarang Kena Tukar Kerajaan

Mahkamah Bebas Adun Dap Yang Dituduh Menyokong Ltte Sebab Tu Sekarang Kena Tukar Kerajaan

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 199 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan Ahli Dewan Undangan Negeri Seremban Jaya P Gunasekaren daripada dua pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin dan Hakim Mohd Na...
Peguam Mahathir Bidas Peguam Negara Bebas 12 Individu Terlibat Ltte Merbahaya Kepada Negara

Peguam Mahathir Bidas Peguam Negara Bebas 12 Individu Terlibat Ltte Merbahaya Kepada Negara

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 657 hits
Tindakan Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas untuk menghentikan prosiding undang undang terhadap 12 individu yang didakwa terlibat dengan aktiviti Harimau Pembebasan Tamil Eelam sangat berbahaya untuk masa akan datang Peguam Haniff Khatri Ab...
Pegawai Penguatkuasa Itu Harus Meminta Maaf Kepada Mangsa Adun Subang Jaya

Pegawai Penguatkuasa Itu Harus Meminta Maaf Kepada Mangsa Adun Subang Jaya

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 252 hits
Semalam viral di media sosial anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya bergelut dengan seorang lelaki warga emas sehingga menyebabkan lelaki itu mengalami kecederaan Difahamkan anggota terbabit sedang menjalankan tugas menunda ke...
Digugat Pt Falcon Rp4 2 Miliar Jefri Nichol Terjerat Kasus Wanprestasi Dua Bulan Pasca Bebas

Digugat Pt Falcon Rp4 2 Miliar Jefri Nichol Terjerat Kasus Wanprestasi Dua Bulan Pasca Bebas

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 181 hits
Pemain film Habibi Ainun 3 tersebut dianggap melalaikan kewajiban sebagai pemeran dalam produksi film Falcon Pictures
Mahkamah Batal Kelayakan Adun Dap Kerana Isu Kerakyatan Dua Negara Suara Tv

Mahkamah Batal Kelayakan Adun Dap Kerana Isu Kerakyatan Dua Negara Suara Tv

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 388 hits
Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan kelayakan Adun DAP Dr Ting Tiong Choon sebagai wakil rakyat kawasan DUN Pujut di Sarawak Menurut akhbar Borneo Post dalam penghakiman majoriti 7 berbanding dua mahkamah itu mengketepikan keputusan M...
Pengusaha Minta Pemerintah Atur Regulasi Nikel Termasuk Patokan Harga

Pengusaha Minta Pemerintah Atur Regulasi Nikel Termasuk Patokan Harga

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 116 hits
Dia mengingatkan jika Indonesia memiliki cadangan nikel terbesar di dunia mencapai 27 persen Kendati demikian larangan ekspor nikel yang diberlakukan sejak 1 Januari 2020 berdampak pada tata niaga nikel
Google Translate Menambah Sokongan Lima Bahasa Baharu Termasuk Uighur

Google Translate Menambah Sokongan Lima Bahasa Baharu Termasuk Uighur

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 320 hits
Proses membaca laman web dalam bahasa asing menjadi mudah sejak Google Translate diperkenalkan pada tahun 2013 Jumlah bahasa yang disokong kini meningkat kepada 108 dengan penambahan lima bahasa baharu minggu ini Bahasa baharu yang disokong...
Absolute Power Corrupts Absolutely

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

10 Toner Untuk Kulit Berminyak 2024

Overcoming Funding Challenges

Dapatkan Porsche Design Honor Magic6 Rsr Di Honor Experience Store Terpilih Pada 5 Mei

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

Chacarita Is Buenos Aires S Quirkiest Neighborhood Get There Soon



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Bella Astillah Feat Didi Astillah Bermanja Manja Chord

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur