Love Yourself
Salam and Hi,
Aku rasa medium blog ini makin tenggelam pula bila adanya platform Instagram, Twtiter & Facebook. Aku sendiri akui banyak menghabiskan masa scroll Instagram dan Twitter lagi cepat dapat info. Konon nak tengok 10 minit je, tahu-tahu dah berjam masa aku terbuang dengan scroll Instagram. So minggu ini masa aku terbuang dengan perkara tak berfaedah. Dunia-dunia
Aku sebenarnya tak tahu nak update apa. Tapi rasa nak menulis juga memalam ini. Baru-baru ini aku ada tonton 1 video berkenaan "Love Yourself" dengan Facebook kalau tak silap. Aku suka kupasan dia, walaupun tak adalah wow sangat. Tapi ada betulnya juga kita kena appreciate diri kita sendiri tau
Tapi bila aku tengok komen-komen tu, ada gak yang aku tak berkenan. Ada juga nak jadi alim ulama, kalau nak rasa bahagia sembahyang mengadap tuhan, bukan lepak dekat tempat-tempat membazir. Typical mentaliti sesetengah. Aku terimalah pandangannya. Memang benar katanya kita kena solat, berdoa, mengaji semua itu. Kita tak suruh pun tinggalkan benda wajib. Yang wajib kita perlu lakukan, harus dipraktik dan ditambahbaik
Konteksnya disini, dalam kehidupan diri kita. Bukan aku sahaja, setiap orang pasti mengalaminya. Memang benar kita ada keluarga, kawan-kawan, saudara-mara. Tapi yang lebih arif tentang diri kita sudah semestinya diri kita sendiri. Jatuh bangun tergolek kita yang alami sendiri. Dari bangku sekolah lagi, aku suka appreciate diri aku sendiri. Aku tak suka orang puji aku, masa zaman sekolah aku tak boleh nak belanja diri aku sangat, palig-paling bila aku berjaya buat sesuatu mesti aku tepuk bahu sendiri cakap dekat diri sendiri tahniah at least dekat diri sendiri. Itu salah satu cara kau hargai diri kau. Bukan hanya mengharap pujian orang luar semata-mata.
Sampailah, masuk universiti sehinggalah dah masuk alam pekerjaan. Bila dah masuk alam pekerjaan pula, cara aku appreciate diri aku pun lebih advance. Ialah dah ada duit sendiri kan. Aku tak suka melepak jenis tak tentu pasal. Waktu kerja, aku kerja sungguh-sungguh, ada masa stress juga mana ada kerja tak stress (lagi-agi liase dengan orang). Kadang-kadang menyirap je. Nak buat macam mana, nama pun kerjakan. Bila aku attend event blog itulah salah satu cara aku melupakan kejap masalah yang ada. Bila gaji, aku bahagikan mana yang patut aku dulukan. Setiap bulan ada bahagian aku spend 'me-time' dekat mana-mana sahaja. Nomally aku lepak starbuck sambil update blog, tak pun shopping, ataupun join run. Kalau suruh aku jalan mall seorang diri, aku takde hal senang cerita
Banyak masa aku keluar sendiri duduk di ibu kota ini. Kalau keluar dengan kawan pun, paling-paling dengan housemate aku Wan. Bila keluar sendiri, aku tak payah nak pikir balik pukul berapa, nak mengekor orang nak pergi mana. Aku pergi, aku pandailah balik. As long as you happy! Siapa lagi nak bahagiakan diri sendiri kalau tak kita sendiri. Lain orang lain caranya. Ada orang lebih cenderung habikan masanya dengan kawan-kawan. Depend pada orang juga
Please jangan buat main dengan isu depression, setiap orang ada tekanan masing-masing. Jangan selalu down orang yang tengah stress or depress, cause boleh buat individu tu bunuh diri. Nauzubillah. Carilah sesuatu benda yang korang suka buat atau spend 'me-time' untuk diri korang sendiri. Buat sekali, dah rasanya sendiri. Kau relax gila, tak pun berlari. Berlari tak semestinya nak kurus, kau rasa tenang gila. Percayalah dengan apa yang kau buat. Tapi janganlah pergi hisap gam pula.
Semalam balik kerja, singgah Lot 10 ambil kit larian, terus pergi Jalan Tar cari makan. Gigil-gigil badan dari pagi tak jamah apa-apa lagi.
Nasi beriari ayam Jalan Tar RM11.00 (padu tapi makin sikit dah kenyang)
Btw, aku happy sangat sebab buat kali kedua aku dapat join The Music Run dengan menyertai contest. Before ini pun aku dapat sertai sebab join contest. Yeahh! Proud yourself Azwar. Wakakaka!! Dapat 2 tiket, tak lain tak bukan aku heret Wan join lari kali ini. Terkejut dia, dapat tahu kena lari 10km. Aku buat diam je, dia pun tak tanya siapa suruh. Nak taknak kena jadi partner aku lari next week. Yeahh!!
Siapa chocolate lover bolehlah try 'Mint Chacha Mocha by Tealive' ini. Sedap juga, aku beli dekat Tealive depan Lot 10 semalam. RM8.50 + RM0.50 (sst) = RM9.00. Dah keluar semalam, maka hari Ahad aku duduk di rumah menghabiskan masa cuti aku dengan aman
Esok dah start kerja, cepat je kan masa berlalu. Apa-apa pun selamat bekerja esok
Good night
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://miss-azwarsyuhada.blogspot.com/2019/11/love-yourself.html