Lorekan Berus Pelukis Mural Terhenti Namun Tidak Bakat Idea Untuk Terus Bertahan Di Ibu Kota


 
Amirul Ariffi Hamzah melukis mural sebagai pekerjaan sepenuh masa.PETALING JAYA: Lorekan berus seorang pelukis mural sepenuh masa terhenti ketika pelangganya mengambil keputusan untuk menangguhkan atau menarik diri daripada mendapatkan kepakarannya, susulan langkah kerajaan melanjutkan perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0.
Amirul Ariffi Hamzah, 26, berkata seperti mana dilalui pengusaha restoran dan pengusaha lain, sumber pendapatannya menyusut apabila tawaran kerja semakin berkurangan kerana pelanggan memilih untuk “ikat perut” buat seketika bagi menjaga kedudukan kewangan.
“Bila ada SOP dan ada PKP, secara tidak langsung pelanggan terkesan dan apabila mereka terkesan, ia memberi kesan kepada saya juga. Kerja melukis mural di restoran juga tidak ada, kerana restoran juga ketika ini tidak boleh “dine-in” jadi buat apa mereka hendak ada mural.
“Saya juga faham pendapatan pengusaha restoran tidak berapa baik ketika PKP ini. Tidak ada kanak-kanak yang datang ke kedai mereka, cuma yang datang pemandu e-hailing. Jadi buat apa mereka hendak cantikkan kedai buat masa ini,” katanya kepada FMT.
Rezeki Amirul tersekat seketika apabila PKP dilaksanakan dan peningkatan kes Covid-19.Sebelum pandemik Covid-19 melanda negara, pengusaha restoran, sekolah, tadika, rumah milik persendirian dan syarikat besar sering mendapatkan khidmatnya, untuk melukis mural bagi mengindahkan kawasan persekitaran, mengikut corak dan citarasa pelanggan.
Harga dikenakan pula mengikut saiz dinding serta corak dan motif lukisan yang dihasilkan.
Amirul, graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang pendidikan seni dan seni reka bertekad, bakatnya tidak seharusnya dibazirkan, begitu juga idea dan keringat mudanya.Katanya, ketika PKP diperkenalkan kembali, lebih 10 pelanggannya menarik diri. Lalu dia cuba mencari rezeki di kampung halaman, iaitu Kedah serta menawarkan perkhidmatan dengan diskaun tetapi tidak membuahkan hasil.
“Yang tarik diri tu ramai, ada pelanggan yang sudah bayar deposit, tetapi disebabkan PKP, mereka memilih untuk menyimpan duit. Saya faham tidak ada lukisan mural, kedai makanan masih boleh beroperasi, tidak ada lukisan mural, rumah juga masih boleh diduduki,” katanya.
Graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang pendidikan seni dan seni reka itu bertekad, bakatnya tidak seharusnya dibazirkan, begitu juga idea dan keringat mudanya.
Dia akur perit getir seorang pelukis mural. Baginya, setiap perkara yang berlaku adalah ketentuan Ilahi, namun apa yang membezakannya, bagaimana seseorang itu menghadapi dan bersedia dengan ujian.
Sebelum Covid-19 melanda negara, pengusaha restoran, sekolah, tadika, rumah milik persendirian dan syarikat besar sering mendapatkan khidmat Amirul untuk melukis mural.“Inilah asam garam sebagai pelukis dan peniaga. Ada ketikanya rezeki lebih, kita perlu bersyukur dan apabila kurang kita perlu bersyukur juga. Ia juga mengingatkan saya apabila kelak, jika ada diberikan rezeki lebih, janganlah sesekali meninggi diri dan lupa untuk menabung.
“Waktu PKP ini sudah sebulan saya tidak ada ‘job’, sejak 10 Jan. Saya buat kerja lain, saya tidak mahu terikat dengan satu-satu perkara saja. Musim PKP ini, ramai yang mahu berniaga dalam talian, jadi saya buat rekaan dan logo produk untuk mereka,” katanya.
Amirul membuat pelbagai kerja asalkan mendapat pulangan wang untuk membayar sewa rumah, ansuran bulanan kenderaan, telefon dan keperluan lain, mencabar diri sendiri “selain melukis mural, apa lagi yang saya boleh buat. Selagi ia adalah seni”.
Amirul akur perit getir seorang pelukis mural.“PKP juga sudah jadi norma baharu, kita boleh terima. Ini juga untuk kita punya kehidupan, untuk kesihatan diri. Kalau tidak ada PKP sekalipun, ia datang sendiri, supaya kita terus menjaga diri, jaga keluarga dan komuniti sekeliling. Kalau buat macam manapun, jika orang tidak ikut tetap tidak berguna,” katanya.
Amirul berkata, pandemik ini juga mengajarnya berehat.
“Jika tidak, setiap hari saya akan mula kerja pada 8 pagi dan berhenti hanya pada 1 atau 2 pagi. Setiap hari saya akan melukis, kerana permintaan tinggi. Saya ambil ia dari sudut positif, ia juga mengajar saya untuk kenal diri,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/02/lorekan-berus-pelukis-mural-terhenti.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mus

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sama Macam Pejabat Ibu Ni Kongsi Idea Guna Partition Di Meja Makan Bantu Anak Fokus Belajar Kreatif

Sama Macam Pejabat Ibu Ni Kongsi Idea Guna Partition Di Meja Makan Bantu Anak Fokus Belajar Kreatif

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 643 hits
Sesi pembelajaran dari rumah atau PdPR yang dilaksanakan anak anak kita di rumah kini menuntut lebih banyak fokus bukan hanya dari anak itu sendiri bahkan ibu bapa Bagi memantau pembelajaran anak di rumah seorang ibu tampil berkongsi cara m...
Sell The Idea Yang Sekarang Anak Dah Besar Antara Tip Untuk Wean Off Susu Ibu

Sell The Idea Yang Sekarang Anak Dah Besar Antara Tip Untuk Wean Off Susu Ibu

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 290 hits
Risaunya macam mana nanti dah stop bagi susu badan tapi si kecil ni dah nak masuk 2 tahun Ramai ibu ibu yang tidak bersedia untuk menghentikan penyusuan badan malah tidak yakin dapat melakukanya Bagaimana caranya untuk menghentikan pemberia...
5 Sebab Mengapa Bisnes Perlu Terus Kekal Kecil Untuk Bertahan Lama Di Pasaran

5 Sebab Mengapa Bisnes Perlu Terus Kekal Kecil Untuk Bertahan Lama Di Pasaran

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 353 hits
Apa yang saya ingin berkongsi dalam artikel kali ini mungkin tidak senang untuk anda baca Saya raikan perbezaan ini Seminggu yang lepas saya dihubungi oleh seorang rakan yang menyatakan hasrat The post appeared first on
Pendedahan Siapa Sebenarnya Ibu Adik Amir Yang Mati Di Dera Di Di Rungkaikan Jangan Terkejut

Pendedahan Siapa Sebenarnya Ibu Adik Amir Yang Mati Di Dera Di Di Rungkaikan Jangan Terkejut

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 2931 hits
Pendedahan Siapa Sebenarnya Ibu Adik Amir Yang Mati Di Dera Di Di Rungkaikan Jangan Terkejut Saya rasa menyesal kerana tidak pertahankan dia kalau tahu ini pengakhirannya saya tidak akan serahkan kepada ibu kandung itu demikian ibu angkat k...
Kalau Tak Mampu Jaga Tak Payahlah Ambil 3 Bulan Selepas Di Serah Pada Ibu Kandung Amir Mati Di Dera

Kalau Tak Mampu Jaga Tak Payahlah Ambil 3 Bulan Selepas Di Serah Pada Ibu Kandung Amir Mati Di Dera

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 860 hits
Kalau tak mampu jaga tak payahlah ambil 3 Bulan Selepas Di Serah Pada Ibu Kandung Amir Mati Di Dera SAYA menyesal kerana tak pertahankan Amir ketika ibu kandungnya beriya iya mahu ambil dia dulu
Ibu Bapa Guru Diminta Beri Pandangan Isu Pendidikan

Ibu Bapa Guru Diminta Beri Pandangan Isu Pendidikan

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 315 hits
SEREMBAN Ibu bapa diminta mengemukakan pandangan berhubung langkah untuk membolehkan semua pelajar sekolah dan universiti mendapat pendidikan terbaik dalam keadaan negara dilanda wabak COVID 19 Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Pendidikan...
Ibu Yati Nak Saman Yadim Tuntut Nasrudin Mohon Maaf

Ibu Yati Nak Saman Yadim Tuntut Nasrudin Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 319 hits
MALAYSIAKINIIndividu yang dikenali sebagai Ibu Yati memberi tempoh tujuh hari kepada Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Nasruddin Hassan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka Ini selepas Nasrudin mendakwa wanita berkenaan...
How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand

Jahil Menteri Besar Kelantan Dikecam Dakwa Tiada Tanah Adat Di Semenanjung

Kaya Sebab Duit Banyak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doa Sebelum Bekerja Agar Dimudahkan Dan Diberkahi

Raya Rumah Mak Tam Belah Abah

Email Lists 100 Valid Any Country In The World

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

2 Jam Baru Dari Urwerk Hamilton Yang Akan Naikkan Gaya Wrist Game Kamu

Pompeii Kisah Tragis Yang Terbeku Dalam Waktu