Long Tiger Mungkin Lari Masuk Negeri Sembilan


BERNAMA
POLIS Negeri Sembilan sedia membantu Kontinjen Johor dalam mengesan lelaki berketurunan Rohingya dikenali sebagai ‘Long Tiger’ yang lolos daripada tahanan ketika menghadiri perbicaraan di Mahkamah Majistret Tangkak, Johor Rabu lepas.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, meskipun tiada pasukan khas ditubuhkan setakat ini, pihaknya sentiasa bersiap siaga selain semua anggota di lapangan telah dimaklumkan mengenai perkara itu.
“Sebarang kemungkinan boleh berlaku (Long Tiger memasuki sempadan Negeri Sembilan) dan kita sedia membantu polis Johor mengesan suspek. Semua elemen dan petugas telah dimaklumkan berhubung kes tersebut,” katanya kepada Bernama di Seremban, hari ini.
Pada 15 Dis lepas, Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid menghadiri prosiding di Mahkamah Majistret Tangkak bagi perbicaraan kes berkait Seksyen 388 Kanun Keseksaan, sebelum terlepas daripada tahanan kira-kira 11.55 pagi.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Supt Mohd Fadhil Minhat dilaporkan berkata, tertuduh yang masih mempunyai status perbicaraan di Mahkamah Sesyen Muar membabitkan kesalahan rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, kini disiasat mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana lari daripada tahanan.
Dalam pada itu, Mohamad berkata, polis Negeri Sembilan merekodkan kutipan bayaran saman berjumlah RM5.46 juta membabitkan 111,116 kes dalam tempoh lapan hari sejak pelaksanaan tawaran diskaun 80 peratus saman trafik sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia bermula 9 Dis lepas.
Beliau berkata jumlah transaksi yang dibuat di kaunter cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) negeri melalui bayaran tunai dan e-pembayaran dengan kad kredit atau debit merekodkan sebanyak 2.3 peratus iaitu RM122,600 daripada keseluruhan kutipan bayaran saman setakat semalam.
“Kebanyakan saman yang dijelaskan orang ramai adalah dari tempoh 1998 hingga kini. Bagaimanapun, jumlah kutipan menerusi aplikasi MyBayar Saman tidak dapat dikeluarkan kerana melibatkan perisian di Bukit Aman,” katanya.
Sehubungan itu, Mohamad menasihatkan orang ramai supaya merebut peluang berkenaan selain tidak menunggu sehingga tarikh akhir 31 Dis untuk membuat pembayaran saman trafik terutama di kaunter trafik di IPD bagi mengelakkan kesulitan.
Jelasnya, ini kerana kutipan kompaun tunai perlu dibankkan mengikut tatacara pengurusan terimaan bagi penutupan akaun akhir 2021 oleh Jabatan Akauntan Negara dan orang ramai perlu membuat pembayaran tunai pada 30 Dis.
Namun, pembayaran melalui aplikasi mudah alih termasuk MyBayar Saman, mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Maybank dan Pejabat Pos Malaysia boleh dibuat hingga 31 Dis ini, katanya.
Pada 12 Dis lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dilaporkan berkata tempoh tawaran diskaun pembayaran saman yang dijadual berakhir 12 Dis, dilanjutkan hingga 31 Dis bagi memberi masa lebih panjang untuk orang ramai menjelaskan saman. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/long-tiger-mungkin-lari-masuk-negeri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Giat Buru Long Tiger Yang Lari Dari Lokap

Polis Giat Buru Long Tiger Yang Lari Dari Lokap

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 253 hits
MALAYSIA NOW Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Long Tiger diminta menghubungi polis Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid 32 terlepas daripada tahanan ketika menghadiri prosiding perbicaraannya Gambar Fa...
Kes Di Empat Negeri Naik Hari Ini Sembilan Kluster Baharu Dikesan

Kes Di Empat Negeri Naik Hari Ini Sembilan Kluster Baharu Dikesan

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 343 hits
AGENDA DAILY Pecahan kes baharu mengikut negeri pada 5 Disember 2021 berdasarkan statistik dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Genap dua minggu setelah melalui Pilihan Raya Negeri jumlah jangkitan Covid 19 di Melaka dalam tempoh 24 ...
Long Tiger Lolos Lokap Mahkamah

Long Tiger Lolos Lokap Mahkamah

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 347 hits
NUR ALINA HASSANLong Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid TANGKAK Seorang lelaki berketurunan Rohingya bergelar Long Tiger kini diburu polis selepas berjaya melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak hari ini Ketua Poli...
Lolos Lokap Polis Buru Lelaki Warga Myanmar Dikenali Sebagai Long Tiger

Lolos Lokap Polis Buru Lelaki Warga Myanmar Dikenali Sebagai Long Tiger

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 301 hits
Tangkak Polis giat memburu seorang lelaki warga Myanmar yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret di sini pagi hari ini Lelaki terbabit Abd Hamim Ab Hamid berusia 33 Tahun juga dikenali sebagai Long Tiger Ketua Polis Daerah Tangkak...
Lunch Di Warung Dayang Salai D Linggi Negeri Sembilan

Lunch Di Warung Dayang Salai D Linggi Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 780 hits
Lunch Di Warung Dayang Salai D Linggi Negeri Sembilan Selepas ke Pusat Konservasi Penyu Melaka maka barulah kami pulang On the way nak balik Shah Alam dari Melaka kami sempat Lunch Di Warung Dayang Salai D Linggi Negeri Sembilan Almaklumlah...
70 Kes Cerai Di Negeri Sembilan Kerana Suami Gagal Beri Nafkah

70 Kes Cerai Di Negeri Sembilan Kerana Suami Gagal Beri Nafkah

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 227 hits
BERNAMA Faktor kewangan dan pendapatan yang rendah selain perselisihan faham menjadi antara faktor rumah tangga bermasalah Perceraian menjadi jalan akhir pasangan berkahwin bagi menamatkan krisis rumah tangga yang berpanjangan Gambar Pexels...
3 900 Kes Baru Kemasukan Hospital Meningkat Di Pp Negeri Sembilan

3 900 Kes Baru Kemasukan Hospital Meningkat Di Pp Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 221 hits
Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 3 900 kes baru Covid 19 Kes kumulatif kini berjumlah 2 703 140 Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid 19 di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 5 5 peratus berbanding tujuh ...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Strengthening Digital Citizenship In Malaysia S Fasih Digital Initiative

Telaga Semulajadi Antara Terdalam Dia Dunia

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Importance Of Domain Valuation

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Lirik Lagu Bae Sobar Bae Raya Den Manjo Deqnee Dn Man Khan Rosalinda

Febian Siapa Kita Chord

4 Senarai Dan Jenis Tombol Pintu Rumah Terbaik Dan Ideal

Lengkong Sirap Sejuk Tekak Makan Waktu Buka Puasa