Lokman Padam Hantaran Berkait Khairy



Lokman padam hantaran berkait Khairy
Lokman Noor Adam memadam semua kenyataan dan video membabitkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berhubung isu vaksin Covid-19 yang dimuatnaik di media sosial.
Peguam Norfazilah Jaafar yang mewakili Lokman, berkata bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu memadam hantaran berkenaan sebagaimana diarahkan mahkamah, setelah Khairy memperoleh injunksi ex-parte (sebelah pihak) pada 3 Feb lalu.
Khairy pada 25 Jan lalu, memfailkan saman fitnah terhadap Lokman, memohon suatu perintah injunksi supaya Lokman memadam kenyataan dan video bersama-sama kapsyen, tajuk dan komen dalam tempoh 24 jam dan suatu injunksi menghalang defendan daripada menerbitkan semula hantaran itu.
Beliau juga memohon defendan untuk memadam kenyataan fitnah yang diterbitkan semula di semua portal berita serta akaun media sosial dalam tempoh 24 jam.
Norfazilah berkata, pada prosiding hari ini, yang berlangsung secara dalam talian (Zoom), Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong membenarkan permohonan Khairy supaya injunksi ex-parte yang diperolehnya itu dilanjutkan sehingga tarikh pendengaran injunksi inter-parte (antara pihak) pada 10 Mei.
“Sepatutnya hari ini ditetapkan untuk pendengaran injunksi inter-parte, namun ditangguhkan kerana pihak defendan memohon tempoh masa untuk memfailkan afidavit balasan dalam permohonan injunksi itu.
“Mahkamah membenarkan defendan (Lokman) memfailkan afidavit balasan dan pernyataan pembelaan (berhubung saman) sebelum atau pada 3 Mac, selain membenarkan permohonan plaintif (Khairy) untuk melanjutkan injunksi ex-parte,” kata peguam itu yang turut memaklumkan prosiding hari ini turut dihadiri peguam Abdul Rashid Ismail mewakili Khairy.
Berdasarkan pernyataan tuntutan, Khairy, 46, yang juga Ahli Parlimen Rembau, memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi mendakwa Lokman telah memfitnahnya menerusi dua video serta memuat naik gambar di Facebook ‘Lokman Noor Adam Official’ pada 6 Jan lalu, membuat kenyataan menerusi dua siaran langsung di Facebook itu dan YouTube “Lokman Adam”, pada 10 Jan.
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau berbohong dan menipu orang ramai dengan mendakwa dia telah diberi vaksin Covid-19 serta menerima dos ketiga serta memalsukan maklumat berkenaan status vaksinasi.
Menurut plaintif, penerbitan fitnah itu menyebabkan reputasi dan integritinya terjejas teruk serta mengurangkan kepercayaan serta keyakinan orang ramai terhadapnya sama ada melalui kapasiti peribadi dan profesional selain menyebabkan reputasinya direndahkan dalam kalangan masyarakat yang berfikiran waras. FMT
Lokman padam hantaran berkait Khairy
Baca Artikel Menarik:
Enam doktor pakar gagal kesan penyakit saya – Ustaz Kazim Penaja MUDA, selepas ‘kantoi’ ini jawapan Syed Saddiq Farhash tidak suka Rafizi PRNJohor: Mat Sabu, Mukhriz adakan pertemuan Sultan Johor undi kali terakhir Muhyiddin suruh UMNO ‘poddah’ Nombor plat advance cetus tanda tanya, Ini jawapan JPJ Begini Cara Nak ‘Left’ Group WhatsApp Tanpa Diketahui Ahli Lain Pemilik kedai emas disamun ketika berhenti isi minyak (Video) PKR bidas MUDA agar ‘Move On’ Hazwani Helmi akhirnya bersuara mengenai Shuib Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya

Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini

BERSATU Memang Berhasrat Bunuh UMNO

The post Lokman padam hantaran berkait Khairy appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/02/17/lokman-padam-hantaran-berkait-khairy/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Vaksin Covid 19 Lokman Mendakwa Beliau Masih Belum Terima Dokumen Saman Khairy

Isu Vaksin Covid 19 Lokman Mendakwa Beliau Masih Belum Terima Dokumen Saman Khairy

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 164 hits
KUALA LUMPUR Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam berkata dia masih belum menerima sebarang dokumen berkaitan saman daripada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung isu program vaksinasi Covid 19 ker...
Isu Vaksin Khairy Fail Saman Fitnah Terhadap Lokman Adam Ustaz Abu Syafiq

Isu Vaksin Khairy Fail Saman Fitnah Terhadap Lokman Adam Ustaz Abu Syafiq

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 197 hits
KUALA LUMPUR 3 Feb Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memfailkan saman fitnah terhadap Datuk Lokman Noor Adam dan Mohd Rasyiq Mohd Alwi atau dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq berhubung vaksin COVID 19 yang dimuat naik di media sosial Khair...
Gelombang Omicron Dijangka Turun Sebelum Raya Tapi Bergantung Pada Rakyat Patuh Pada Sop Ambil Booster Khairy

Gelombang Omicron Dijangka Turun Sebelum Raya Tapi Bergantung Pada Rakyat Patuh Pada Sop Ambil Booster Khairy

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 208 hits
Peningkatan jumlah kes baharu Covid 19 semalam ternyata mengundang kebimbangan orang ramai sehingga timbul spekulasi yang mengatakan perayaan Hari Raya tahun ini akan turut terjejas Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri bersama d...
Kes Sudah Melebihi 10 000 Berlaku Sesuatu Di Fb Khairy Jamaluddin Selepas Kkm Umum Ada Pengumuman Penting

Kes Sudah Melebihi 10 000 Berlaku Sesuatu Di Fb Khairy Jamaluddin Selepas Kkm Umum Ada Pengumuman Penting

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 235 hits
Kuala Lumpur Malaysia kini sudah sepenuhnya berdepan dengan gelombang varian O micron kata M enteri Kesihatan Khairy Jamaluddin
Khairy Vows To Look Into Contract Harassment Allowance Issues Faced By Support Staff At Public Hospitals

Khairy Vows To Look Into Contract Harassment Allowance Issues Faced By Support Staff At Public Hospitals

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 146 hits
Representatives from the National Union of Workers in Hospital Support and Allied Services hold aloft a banner detailing their demands at the Ministry of Health in Putrajaya February 8 2022 Picture by Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR Feb 8 Health...
Khairy Acknowledges Inequality Problem In Cancer Treatment

Khairy Acknowledges Inequality Problem In Cancer Treatment

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 149 hits
Health minister Khairy Jamaluddin says B40 and rural patients lack access to cancer care services which are concentrated in the city centres PETALING JAYA Malaysia like many other countries has an inequality problem in terms of cancer care ...
Law To Ban Smoking Will Be Introduced Khairy

Law To Ban Smoking Will Be Introduced Khairy

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 134 hits
A new law will be introduced to ban smoking and possession of tobacco products including vape for the generation born after 2005 as a Generational End Game for smoking in the country says Health Minister Khairy Jamaluddin He said the introd...
Jururawat Nafi Cucuk Angin Anak Khairy

Jururawat Nafi Cucuk Angin Anak Khairy

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 263 hits
Jururawat nafi cucuk angin anak Khairy Demi Allah saya tak ada langsung keluarkan apa apa vaksin yang tak masuk pada badan budak budak itu penjelasan jururawat yang memberi suntikan dos vaksin Covid 19 kepada anak bongsu Menteri Kesihatan K...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Bagaimana Mendapatkan Kebebasan Kewangan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms