Lokman Gesa Mkt Umno Ambil Tindakan Disiplin Ke Atas Ismail Sabri


malaysiakini.com
Raveena Nagotra
Diterbitkan: Sep 1, 2022 11:40 AM


Orang kuat Najib Razak, Lokman Noor Adam menggesa Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno mengambil tindakan disiplin ke atas naib presiden parti itu, Ismail Sabri Yaakob yang juga adalah perdana menteri.

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah hari ini, bekas ahli MKT Umno itu mendedahkan beberapa perjanjian yang kononnya bocor antara Ismail Sabri dan Perikatan Nasional (PN).

Lokman mendakwa bahawa Ismail Sabri bersetuju untuk tidak menggantikan peguam negara sekarang dan mengekalkan jawatan semasa kabinet dan GLC yang disandang oleh ahli Bersatu dan PAS.

Dia juga mendakwa perdana menteri secara bertulis bersetuju untuk mempercepatkan kes mahkamah membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak dan presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

"Ini ada dalam perjanjian dan ini bukti jelas bahawa beliau telah campur tangan dalam urusan mhakamah, campur tangan dalam urusan Jabatan Peguam Negara," katanya kepada media.

Berdasarkan salinan perjanjian yang dikatakan dibuat pada bulan Julai, bagaimanapun hanya terkandung perkara satu hingga enam dan perkara 10 daripada perjanjian yang didakwa antara Ismail Sabri dan PN.

Dalam dokumen yang tidak dapat disahkan itu, PN berikrar menyokong Ismail Sabri sebagai perdana menteri dan sebagai balasan, Bersatu diberi jawatan timbalan perdana menteri dan Muhyiddin Yassin dilantik menteri mentor.

Pendedahan Lokman hari ini adalah berkaitan perkara yang kononnya tidak jelas dalam perjanjian itu.

Hari ini Lokman akan didakwa di Mahkamah Sesyen kerana memuat naik video menghasut terhadap Ismail Sabri di laman Facebook.

Dia tiba di mahkamah pada jam 9.05 pagi.

Bukit Aman mengeluarkan kenyataan semalam dan menjelaskan Lokman akan didakwa mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 kerana menyalahgunakan kemudahan rangkaian melalui dua video berasingan yang disiarkan di Facebooknya.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun, atau kedua-duanya sekali.

Lokman hari ini mendakwa campur tangan Ismail Sabri dalam badan kehakiman adalah sebab mengapa tiada tindakan diambil ke atas siasatan SPRM terhadap Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali, selain tiada tindakan undang-undang terhadap bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz kerana "dilindungi” oleh perdana menteri.

Dia seterusnya mendakwa bahawa pentadbiran kerajaan sebelum ini telah mencapai penyelesaian dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat untuk mengeluarkan ahli nama perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low daripada Notis Merah Interpol.

"Kita bernasib baik kerana ketua pesuruhjaya SPRM telah membantah dan beliau komited untuk bawa balik Jho Low ke muka pengadilan.

"Keadaan negara kita sekarang ini, 'kedaulatan undang-undang' bertukar jelas ke 'rundang-undang rimba'," katanya.

Jho Low didakwa sebagai dalang di sebalik skandal 1MDB dan telah didakwa di mahkamah Amerika Syarikat dan Malaysia, meskipun tanpa kehadirannya.

Pada tahun 2018, Jabatan Kehakiman Ameika Syarikat mendakwa Low dengan konspirasi untuk mengubah wang haram bernilai berbilion dolar daripada 1MDB.

Di Malaysia, dia dan rakan sekutunya berdepan lima pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah AS$1.03 bilion (RM4.5 bilion).

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas mahkamah persekutuan mengekalkan sabitan kesalahannya atas salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah membabitkan dana RM42 juta daripada SRC International, sebuah anak syarikat yang dikaitkan dengan 1MDB.

[Baca berita asal]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/lokman-gesa-mkt-umno-ambil-tindakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Take Action On Ismail Sabri Lokman Urges Umno

Take Action On Ismail Sabri Lokman Urges Umno

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 183 hits
Former Umno supreme council member Lokman Noor Adam has urged his party to take disciplinary action against the prime minister and party vice president Ismail Sabri Yaakob Speaking to reporters outside the Kuala Lumpur court complex today h...
Mail Sabri Ke Mesyuarat Mkt Umno Diringi Kenderaan Polis Berat

Mail Sabri Ke Mesyuarat Mkt Umno Diringi Kenderaan Polis Berat

papar berkaitan - pada 28/8/2022 - jumlah : 157 hits
Mesyuarat MKT Umno tadi di Ibupejabat Umno Paklong Mail di iringi oleh Kereta perisai dan Unit Khas yang luar biasa ramai kehadiran nya untuk escort Mesyuarat Parti sendiri dalam Bangunan sendiri pun dah tak selamat ka Paklong Mail ini Luar...
A Day After Najib Jailed Pm Ismail Sabri Attends Political Bureau Meeting At Umno Headquarters

A Day After Najib Jailed Pm Ismail Sabri Attends Political Bureau Meeting At Umno Headquarters

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 157 hits
Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob is pictured leaving the 2023 Budget Consultation at Ministry of Finance in Putrajaya August 23 2022 Picture by Sayuti ZainudinKUALA LUMPUR Aug 24 Barely 24 hours after disgraced former prime min...
Where Was Ismail Sabri During That Umno Meeting

Where Was Ismail Sabri During That Umno Meeting

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 198 hits
On 22nd August 2022 the Umno desperados held an emergency meeting quite early in the morning There were about 70 division heads at the meeting Prime Minister Ismail Sabri did not attend It was reported that the meeting discussed that PM Ism...
Ismail Sabri S Pm Post Still Solid If Booted From Umno Observers

Ismail Sabri S Pm Post Still Solid If Booted From Umno Observers

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 204 hits
Analysts say Bera MP could be supported by PH PN East M sia parties with confidence vote Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob will likely remain as prime minister if Umno decides to sack him for ignoring calls to dissolve Parliament and alleged r...
Umno Menyekat Ismail Sabri Dari Menolong Najib

Umno Menyekat Ismail Sabri Dari Menolong Najib

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 208 hits
Umno menyekat Ismail Sabri dari menolong Najib Disebabkan budak budak Umno buat kecoh dan menekan Ismail Sabri Yaakob untuk campur tangan di dalam perbicaraan SRC International maka ini membuat keadaan sukar untuk PM membantu Najib
Pm Ismail Sabri Says Not Under Pressure From Umno Over Najib S Last Src International Appeal

Pm Ismail Sabri Says Not Under Pressure From Umno Over Najib S Last Src International Appeal

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 234 hits
Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said he has not felt any pressure from Umno to intervene in the ongoing hearing of party colleague Datuk Seri Najib Razak who is fighting against a 12 year jail sentence and RM210 million fine a...
Sementara Terus Ditekan Umno Dalam Kes Najib Ismail Sabri Sebaliknya Semakin Diterima Baik Di Mata Rakyat

Sementara Terus Ditekan Umno Dalam Kes Najib Ismail Sabri Sebaliknya Semakin Diterima Baik Di Mata Rakyat

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 174 hits
Selain hakim khususnya Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat yang banyak dikritik serta dipersalahkan oleh kelompok tertentu dalam UMNO susulan pemenjaraan Najib Razak tidak terkecuali menerima beban yang sa...
Ketika Umno Diasak Ismail Sabri Kata Akan Fikir Jawatan Presiden

Ketika Umno Diasak Ismail Sabri Kata Akan Fikir Jawatan Presiden

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 163 hits
agendaily com23 08 2022Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memikirkan bertanding jawatan presiden parti apabila tiba masanya kelak Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri berkata beliau akan memikirkan untuk bertanding...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner