Loke Semua Parti K Jaan Setuju Tak Sentuh Perlembagaan Parti Masing Masing


malaysiakinicom
Shakira Buang
Diterbitkan: Sep 2, 2023 9:35 AM
Setiap parti dalam negara ini mempunyai perjuangan dan pandangan sendiri, namun itu bukanlah masalah untuk mana-mana pihak bergabung menjadi satu pakatan.

Justeru, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata partinya tidak perlu menggugurkan slogan 'Malaysian Malaysia' kerana ia sudah dijelaskan sebelum Kerajaan Perpaduan dibentuk.

Malah, katanya, persefahaman sudah dicapai agar semua parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan tidak menyentuh perlembagaan parti masing-masing.

“Sebelum Kerajaan Perpaduan dibentuk, semua parti membuat perjanjian dan bersetuju tidak akan menyentuh prinsip serta perlembagaan parti masing-masing.

"Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sendiri sudah berpuas hati dengan penjelasan kita sebelum Barisan Nasional (BN) bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) membentuk Kerajaan Perpaduan.

"Peruntukan dalam perlembagaan DAP ialah beberapa perkara asas yang menjadi kebimbangan kepada orang Melayu sudah saya jelaskan.

"DAP mendokong prinsip terbabit termasuk kedudukan Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas berucap dalam ceramah Pakatan Harapan (PH) di Wisma DAP Muar, Taman Sakeh Baru, malam tadi.

Loke berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Nur Jazlan Mohamed dan Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker, supaya DAP menggugurkan tuntutan 'Malaysian Malaysia' dan menggesa komponen PH menilai semula komitmennya yang antara lain menghapuskan sistem kuota Bumiputera berikutan hujah matlamat sedemikian menghalang parti berkenaan daripada mendapat sokongan orang Melayu.

Rabu lalu, Nur Jazlan ketika mempertahankan partinya berkata bahawa pihak lain dalam kerajaan campuran perlu berubah jika mahu diterima oleh orang Melayu.

Ujarnya, majoriti pengundi Melayu Selangor dan Johor masih tidak boleh menerima dengan mudah cara politik DAP.

Menyusul kenyataan itu, Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker berkata sudah tiba masanya DAP mengakui kesilapan mereka dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia.

Menurut Ti, jika konsep ‘Malaysian Malaysia’ itu selari dengan perjuangan Perikatan (1955) dan wawasan Bapa Kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman maka DAP perlu menghuraikan konsep tersebut dalam konteks budaya, bangsa dan negara.

Mengulas lanjut, Loke juga menegaskan perkara itu sepatutnya tidak diungkit lagi atau mencipta polemik yang boleh menjejaskan keyakinan orang ramai.

Kata Loke, ini kerana DAP juga tidak pernah meminta parti lain meminda perlembagaan kerana semua parti mempunyai prinsip perjuangan atau ideologi masing-masing.

"Bagi saya masing-masing ada pandangan dengan setiap parti ada prinsip perjuangan, ini tidak menjadi masalah apabila kita bekerjasama dalam satu gabungan politik terutama apabila membentuk Kerajaan Perpaduan.

"Tetapi apa yang penting pada hari ini, kita membentuk Kerajaan Perpaduan, bekerjasama atas parameter dengan paling penting kita mengangkat dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Tambah Loke, dia sedia maklum bahawa semua pihak kini sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan pengundi.

Oleh itu, kata Loke daripada mencipta situasi seperti ini, adalah lebih baik parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan menumpukan perhatian mendapat sokongan terutama pengundi Melayu.

"Tetapi saya nak nyatakan di kawasan saya (Parlimen Seremban) dengan pengundi adalah majoriti Melayu, tetapi saya menang, jadi tak timbul DAP tak boleh mendapat sokongan Melayu.

"Ya, kita kena berusaha. Kita ada cabaran dan saya setuju. Tapi tak bermaksud bahawa DAP ditolak oleh Melayu semata-mata. Saya punya kawasan sendiri majoritinya pengundi Melayu, malah lebih ramai.

“Sama ada di parlimen Seremban mahupun di kawasan DUN saya, dua-dua kawasan, pengundi Melayu lebih ramai daripada pengundi Cina. Tapi saya menang dengan majoriti yang agak tinggi juga. Jadi ini membuktikan bahawa kalau kita punya kerja, kita punya pendekatan dan khidmat kita kepada masyarakat akan dinilai oleh pengundi.

“Bukannya dia nilai dari segi ideologi parti masing-masing. Tetapi juga menilai kerja kita dan track rekod kita,” tambahnya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/09/loke-semua-parti-kjaan-setuju-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mufti P Pinang Tak Berdosa Tolak Parti Islam Rekaan Manusia

Mufti P Pinang Tak Berdosa Tolak Parti Islam Rekaan Manusia

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 403 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor berkata seseorang umat Islam tidak berdosa atau menjadi kafir sekiranya tidak menyokong parti Islam direka manusia Beliau berkata parti Islam rekaan manusia itu bukan ber...
Ku Li Saran Pemilihan Baru Umno Tukar Kepimpinan Parti

Ku Li Saran Pemilihan Baru Umno Tukar Kepimpinan Parti

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 149 hits
Ku Li berkata sekiranya Umno tidak berhati hati ia mungkin akan menyebabkan kehancuran kepada parti itu Seluruh kepimpinan Umno harus bertanggungjawab terhadap prestasi buruk parti itu pada pilihan raya negeri baru baru ini kata bekas ahli ...
Logo Merdeka 2023 2 Versi Mengikut Citarasa Parti

Logo Merdeka 2023 2 Versi Mengikut Citarasa Parti

papar berkaitan - pada 20/8/2023 - jumlah : 288 hits
Motif entahlah Sepatutnya merdeka dijadikan simbolik penyatuan Zaman najib razak boleh dikatakan agak teruk tetapi tidaklah sampai logo merdeka dijadikan pilihan mengikut citarasa parti
Zahid Dilepas Pemimpin K Jaan Tak Usah Sembang Antirasuah Ambiga

Zahid Dilepas Pemimpin K Jaan Tak Usah Sembang Antirasuah Ambiga

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 315 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 4 2023 4 46 PMBekas presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan telah membidas kerajaan selepas Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan berhubung kes rasuahnya Dia berkata kerajaan ...
Dap Campak K Jaan Ke Laut Ahmad Fadhli Shaari

Dap Campak K Jaan Ke Laut Ahmad Fadhli Shaari

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 140 hits
Foto daripada media sosial Logo DAP di cek kerajaan dedah tatakelola PH BNKOTA BHARU Tindakan pemimpin DAP menggunakan logo parti itu pada replika cek sumbangan kerajaan yang diberi kepada sekolah di Perak mendedahkan tatakelola sebenar ker...
Lonjakan Baru K Jaan Pusat Boleh Berubah Begini

Lonjakan Baru K Jaan Pusat Boleh Berubah Begini

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 177 hits
1 Pusat boleh berubah walau PN tidak menang 6 negeriMARANG Walaupun PERIKATAN NASIONAL tidak menang keseluruhan enam negeri dalam Pilihan Raya Negeri semalam namun perubahan kerajaan boleh berlaku di peringkat pusat Presiden PAS Tan Sri Tua...
Isu Logo Parti Tiada Isu Yang Penting Sekolah Dapat Manfaat Nga Kor Ming

Isu Logo Parti Tiada Isu Yang Penting Sekolah Dapat Manfaat Nga Kor Ming

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 409 hits
PUTRAJAYA Tiada isu namun apa yang penting sekolah itu dapat manfaat Itu komen ringkas Naib Pengerusi DAP Nga Kor Ming berhubung sekeping gambar tular mengenai logo parti DAP pada mock cheque sumbangan kepada beberapa buah sekolah dipercaya...
Flood Situation In Sabah Worsens

St99 Wtf 3 April 2025 Sretthi99 24 Top 93 By Carmella

Unifi Dah Boleh Guna

Fahmi Cabar Annuar Musa Jumpa Penduduk Kampung Sg Baru Saya Rasa Dia Tak Berani

Rm500 000 Fine Or Jail For 3r Violations Warns Fahmi

Pdrm China Purge Mbi Network For Xi Jin Peng Visit

Pemilihan Pkr Adun Nafi Tunjuk Pistol Pada Pencabar

Aaron Wooi Yik End Title Drought With Bac Victory


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Hukum Membatalkan Puasa Ganti

Hadiah Birthday Yang Tertangguh

Pelita Raya Memeriahkan Suasana Raya

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Lirik Lagu Tum Hi Ho Dan Terjemahan Arijit Singh