Ku Li Saran Pemilihan Baru Umno Tukar Kepimpinan Parti



Ku Li berkata sekiranya Umno tidak berhati-hati, ia mungkin akan menyebabkan kehancuran kepada parti itu. (Malaysiakini) – Seluruh kepimpinan Umno harus bertanggungjawab terhadap prestasi buruk parti itu pada pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini, kata bekas ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
Dalam temu bual dengan The Star, veteran Umno itu berkata Presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi bukannya satu-satunya individu yang harus dipersalahkan.
“Kamu tak boleh salahkan seorang. Saya tidak bela Zahid atau sesiapa.
“Kita hanya bercakap tentang menang dan kalah. Dan kepimpinan secara keseluruhan perlu bertanggungjawab atas kekalahan ini,” kata Tengku Razaleigh atau lebih mesra dengan panggilan Ku Li.
Ku Li berkata sekiranya Umno tidak berhati-hati, ia mungkin akan menyebabkan kehancuran kepada parti itu.
“Jadi saya meletakkan semua kesalahan kepada kepimpinan parti. Jika kamu mahu seseorang disingkirkan, seluruh kepimpinan perlu disingkirkan, dan kita mesti rombak parti,” katanya dipetik sebagai berkata.
Ku Li berkata usaha merombak Umno boleh dibuat melalui pemilihan parti walaupun parti itu baru sahaja selesai melaksanakan pemilihannya lima bulan lalu.
Sebelum ini Umno bersetuju dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan yang membolehkan Zahid dan timbalannya, Mohamad Hasan mempertahankan jawatan mereka tanpa bertanding.
“Kita mesti adakan pemilihan (parti) baru. Inilah pembaharuan yang sebenarnya.
“Kalau tidak, jangan cakaplah,” kata Razaleigh.
Bekas ahli parlimen selama lapan penggal itu berkata dia tidak nampak calon lain yang sesuai untuk menggantikan Zahid dan sebarang cadangan sedemikian perlu dibuat oleh lebih ramai ahli Umno.
Bagaimanapun, Ku Li berkata beberapa perkara perlu dipertimbangkan, termasuk pemimpin berkenaan “mesti tahu apa itu Melayu” dan memahami Perlembagaan Persekutuan.
‘Sokongan Melayu untuk kerajaan yang stabil’
Ku Li berkata dia percaya sokongan orang Melayu merupakan kunci utama bagi kerajaan yang stabil.
“Kamu boleh mendapat undi yang bercampur-campur yang diperoleh PAS atau PN hari ini. Tetapi itu tidak mencukupi untuk memartabatkan negara bersama-sama.
“Selama ini, dari 1955, kita stabil dalam ‘tanda kurungan’ kerana orang Melayu,” katanya seperti dipetik The Star.
“Ramai orang risau mengenai Anwar. Bolehkah Anwar dapat sokongan semua pengundi Melayu ini? Jika orang Melayu tidak bersama kamu, kamu tidak memiliki kerajaan yang stabil.
“Dia boleh dapat majoriti dua pertiga atau apa sahaja di Parlimen. Tetapi adakah dia mendapat sokongan besar orang Melayu di belakangnya?” katanya sambil menegaskan sokongan daripada bukan Melayu juga penting untuk mendapatkan kestabilan.
BN dan PH meletakkan seramai 108 calon pilihan raya di enam negeri baru-baru ini namun hanya 19 daripada mereka menang di kerusi yang dipertandingkan.
Umno disapu bersih di Kedah dan Terengganu, manakala hanya satu calon daripada parti itu menang di Kelantan.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/08/20/ku-li-saran-pemilihan-baru-umno-tukar-kepimpinan-parti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perubahan Kepimpinan Umno Lepas Prn Untungkan Anwar

Perubahan Kepimpinan Umno Lepas Prn Untungkan Anwar

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 217 hits
Hariz Mohd Geraldine Tong Shakira BuangSelepas mengalami kemerosotan besar dalam enam pilihan raya negeri terdapat suara suara tidak puas hati mula kedengaran dalam Umno Namun jika berlaku perubahan dalam kepimpinan Umno ia mungkin akan men...
Umno Perlu Tukar Presiden Untuk Kekal Relevan Kata Pemimpin Pkr

Umno Perlu Tukar Presiden Untuk Kekal Relevan Kata Pemimpin Pkr

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 157 hits
Elill EaswaranPETALING JAYA Umno perlu menukar presidennya jika mahu kekal relevan dan mengelakkan Perikatan Nasional mengambil tempatnya dalam politik negara kata seorang pemimpin PKR Umno memperjuangkan ketuanan Melayu selama berdekad tet...
Ubah Atau Kita Akan Terkubur Pemuda Umno Beritahu Kepimpinan

Ubah Atau Kita Akan Terkubur Pemuda Umno Beritahu Kepimpinan

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 197 hits
Dr Akmal Saleh turut memberi amaran jika suara akar umbi tidak didengari mereka akan melakukan sesuatu Pemuda Umno memberitahu kepimpinan parti agar membuat perubahan atau berisiko dikuburkan berikutan kekalahan teruk parti itu pada PRN bar...
Kelantan Pas Tukar Mb Timbalan Sebab Mahu Semangat Baru Hadi

Kelantan Pas Tukar Mb Timbalan Sebab Mahu Semangat Baru Hadi

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 326 hits
Malaysiakini Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata keputusan untuk menukar Menteri Besar Kelantan dan timbalannya jika PAS diberikan mandat mengekalkan pentadbirannya selepas Pilihan Raya Negeri dibuat kerana inginkan semangat baru ...
Akar Umbi Mahu Perubahan Kepimpinan Untuk Pulih Umno

Akar Umbi Mahu Perubahan Kepimpinan Untuk Pulih Umno

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 263 hits
Nora MahparPETALING JAYA Umno yang kini berdepan hakisan keyakinan akar umbi dikatakan berpeluang untuk bangkit semula dengan perubahan drastik kepimpinan pusat menurut dapatan penganalisis Mujibu Muis dari Ilham Centre berkata kaji selidik...
To Chase 500 Dap Votes We Lost 5 000 Malay Votes Says Isham Of Umno S Dismal Polls Outing

To Chase 500 Dap Votes We Lost 5 000 Malay Votes Says Isham Of Umno S Dismal Polls Outing

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 255 hits
PETALING JAYA Umno s dismal outing in the state polls could be attributed to three factors DAP the party president and Datuk Seri Najib Razak says Isham Jalil According to the Umno supreme council member these were the three main issues rai...
Mso Umno Gali Liang Lahad Sendiri

Mso Umno Gali Liang Lahad Sendiri

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 203 hits
Mohd Sayuti Omar Suatu masa dahulu orang Umno marah dan geram dengan Mahiaddin yang dituduh hendak bunuh Umno Penubuhan Bersatu adalah strategi untuk bunuh Umno Anwar Ibrahim pula mengakui kononnya dialah yang menahan dan membela agar Umno ...
Naib Presiden Umno Lihat Semula Cara Umno Ditadbir

Naib Presiden Umno Lihat Semula Cara Umno Ditadbir

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 313 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Naib Presiden Umno Johari Abdul Ghani mahu parti itu meneliti sama ada ia mampu untuk terus menarik sokongan orang Melayu dengan cara ia diuruskan ketika ini Mengulas kekalahan besar Umno pada PRN enam negeri sema...
Battered At State Polls Umno Is Becoming A Liability

Battered At State Polls Umno Is Becoming A Liability

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 264 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim s Pakatan Harapan coalition government fought off a major assault by the opposition in the six state assembly elections on Saturday to comfortably ward off any potential threat to the national leadership But the...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast

Rasuah Haram Hindarinya

Kitshafiq Rumah Tanpa Pintu Chord

Pyanhabib Kisah Sepotong Telur Dadar Dan Gulai Nangka Bulan Ramadan

Confirmed Ram Will Produce A Mid Size Pickup Truck In 2027

Breaking News Citroen May Reintroduce The 2cv