Loji Kg Telok Gagal Apa Punca


 Loji Kg Telok Gagal - Apa Punca?



(Siri II - AIR GAGAL - MB Kelantan Sedia Letak Jawatan?)


MB kata GAGAL. Menteri Air pun kata GAGAL. (Rujuk link saya sertakan semalam).


TMB ada buat posting khas terangkan kehebatan Loji Air Kg Telok pada 8 April 2021. Sehari sebelum beliau melawat loji ini. 


Dalam posting itu, beliau berjanji akan menulis siri seterusnya mengenai loji Kg Telok yg siapnya sangat dinanti-nantikan  oleh para pemimpin Pas.


https://m.facebook.com/permalink.php?story_fbid=3629204793875619&id=329732910489507


Selepas lawatan tersebut,  sampai hari ini  saya tak dapat jumpa sambungan posting beliau. Apa jadi?


Tersentak?


Loji siap, air tak keluar?


Bukan murah. RM 48.2 juta.


Kos pun berbeza angka. 


Dalam posting TMB, kosnya RM 45.5 juta. Dalam kenyataan Menteri Air, kosnya RM 46 juta (seperti laporan MyMetro, 3/9/2021). Dalam kenyataan Exco Air Kelantan -  YB Azami - kosnya RM 48.2 juta.


Kalau kenyataan tiga-tiga ni kita anggap semua betul walau pun tak sama, maknanya dah naik dari asalnya RM 45.5 juta, jadi RM 46 juta jadi RM 48.2 juta?


Kalau betul tekaan kita, kos dah naik sebanyak RM 2.7 juta? Rakyat pun nak tau berapa kos sebenar. Kalau naik, kenapa naik?


TUP TUP, LOJI SIAP - AIR PULA TAK ADA. 


Itu pun katanya siap melebihi jadual asal? Jadual dua tahun, siap selepas masuk 5 tahun?


Rekaan asal akan keluarkan air sebanyak 30 juta liter sehari/JLH ikut TMB. 32 JLH ikut Menteri Air.


Sekali lagi tak sama. Tak tau lah apa sebab angka masing-masing tak sama.


Tak pa lah. Kita ambil atas minima 30 JLH.


Tapi air hanya keluar 10 hingga 13 JLH. Kurang sebanyak 17 hingga 20 juta liter sehari.


Banyak tu!


Mana air pergi?


Air ada, tapi Kementerian Kesihatan tak lulus. Kualitinya tak sesuai diminum.


Atau air memang tak ada?


Kualiti tak lulus? Kuantiti tak cukup?


Apa salah Menteri Air berterus terang cerita hal sebenar. Tidak - nampak lekeh lah Menteri dari Pas.


Asal Pas, mesti tak smart, nanti orang kata macam tu. Kopiah dah cantik, tapi urus tadbir memalukan.


Baik kualiti mahu pun kuantiti. Hai. Tak kan tak buat ujian dulu sebelum gali telaga buat loji?


Dah tak ada orang pandai ke di Aksb?


Banyak cerita didengar tapi kalau nak tau hal sebenar - SURUHANJAYA SIASATAN memang perlu.


Kata setengah, kegagalan sistem TELAGA JEJARI.


Loji Kg Telok ni bergantung pada binaan dua telaga jejari. Setiap satu sepatutnya berkapasiti 15 juta liter sehari. Dua biji - 30 juta liter sehari.


Sejak awal sistem ini diperkenalkan, dah banyak pakar menyatakan keraguan terhadap telaga jejari. Tetapi Aksb peminat tegar sistem telaga jejari. Apa boleh buat?


Tanggunglah adik beradik Abdul Wahub semua.


(Untuk nota, banyak lagi kes kegagalan sistem telaga jejari yg dialami oleh Aksb. Tapi belum serik. InsyaAllah kita bincang hari yg lain. Hari ini kita tumpu LOJI KG TELOK, PENGKALAN CHEPA YG DAH MAKAN BELANJA DEKAT RM 50 JUTA TAPI AIR KAT TELAGA PUN TAK ADA.)


Ada kata resapan air dari bekas tapak pelupusan sampah di Pantai Sabak masuk dalam telaga jejari. Menjadikan airnya tercemar.


Ada kata, kandungan besinya tinggi sangat.


Masa nak buat telaga, Aksb tak buat ujian ke?


Saya mendapat khabar sebenarnya konsultan dah nasihatkan adakan dulu ujian guna telaga sedia ada. Pam air terus menerus sampai lebih seminggu dan ambil air untuk ujian.  


Tapi katanya Aksb tak nak peduli?


Nak juga telaga jejari. Nak juga cara Aksb yg selalu buat benda 'ajaib'.


Apa lagi, Kajian Bekalan Air Kelantan Utara (BAKU) dah lama tegaskan kawasan itu air bawah tanahnya banyak kandungan besi dan kos merawatnya sangat tinggi.


Kalau kajian BAKU pun tak pandai nak pakai (atau tak nak baca), eloklah Allah takdirkan LOJI SIAP AIR TAK ADA.


Itu namanya GAGAL.


Dari sinilah datang teori - air bermasalah di Kelantan kerana polisi  ASAL ADA PROJEK. LAGI BESAR PROJEK LAGI BAGUS. APA JADI, BELAKANG KIRA. Saya tak pasti sejauh mana benar.


SURUHANJAYA SIASATAN memang perlu untuk AKSB.


Percayalah, kalau SURUHANJAYA SIASATAN masuk menyiasat secara menyeluruh, banyak cerita ajaib akan keluar InsyaAllah.


Husam Musa
6 Syawwal 1443H
7 Mei 2022


#SaveKelantan


Baca artikel sebelum ini: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=534422838051075&id=100044500896683




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/05/loji-kg-telok-gagal-apa-punca.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wan Rosdy Hujan Lebat Dan Sungai Cetek Jadi Punca Banjir Kilat Yang Melanda Janda Baik

Wan Rosdy Hujan Lebat Dan Sungai Cetek Jadi Punca Banjir Kilat Yang Melanda Janda Baik

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 163 hits
KUANTAN Banjir kilat melanda kawasan di Janda Baik Bentong pada Rabu disebabkan hujan terlampau lebat di kawasan hulu sehingga berlakunya limpahan air dari sungai berhampiran Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kead...
Ini Tiga Punca Utama Kenapa Rakyat Tidak Minat Untuk Mengundi

Ini Tiga Punca Utama Kenapa Rakyat Tidak Minat Untuk Mengundi

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 142 hits
Rahimah AbdullahMei 10 2022Tiga pilihan raya negeri yang diadakan sebelum ini jelas menunjukkan penurunan minat rakyat untuk mengundi bagi menentukan masa depan politik negeri Gambar fail BERNAMAKUALA LUMPUR Tiga pilihan raya negeri yang di...
Infrastruktur Air Ketinggalan 20 Tahun Punca Gangguan Bekalan Di Kedah

Infrastruktur Air Ketinggalan 20 Tahun Punca Gangguan Bekalan Di Kedah

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 179 hits
Kedah memerlukan sekurang kurangnya tiga tahun lagi bagi membangunkan semula infrastruktur berkaitan bagi menangani masalah gangguan bekalan air di negeri itu kata Menteri Besar Sanusi Md Nor PETALING JAYA Infrastruktur bekalan air di Kedah...
Bahaya Overdose Susu Antara Punca Anak Sembelit

Bahaya Overdose Susu Antara Punca Anak Sembelit

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 162 hits
Sembelit adalah keadaan di mana seorang kanak kanak atau bayi menghasilkan najis yang keras atau kurang kekerapan ke tandas membuang najis Frekuensi pembuangan najis untuk pelbagai peringkat umur adalah seperti berikut Bayi yang menyusu bad...
Punca Pas Terus Mahu Bersama Umno Tersebar

Punca Pas Terus Mahu Bersama Umno Tersebar

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 186 hits
Punca PAS Terus Mahu Bersama Umno Tersebar PAS bertegas menolak kerjasama dengan dengan mereka yang dibuktikan bersalah kerana pecah amanah salah guna kuasa serta rasuah kata Ketua Penerangan PAS Khairil Nizam Khirudin Kenyataan itu dikelua...
Punca Dan Cara Mengatasi Kucing Tidak Mahu Makan

Punca Dan Cara Mengatasi Kucing Tidak Mahu Makan

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 426 hits
Punca dan Cara Mengatasi Kucing Tidak Mahu Makan Kerisauan pasti timbul apabila kucing peliharaan tiba tiba tidak mahu makan Jika anda mempunyai kucing peliharaan adalah penting untuk mengetahui apa yang menyebabkan kucing tidak makan Terda...
Rosmah Gagal Ketepi Hakim Dengar Kes Pengubahan Wang Haram Elak Cukai

Rosmah Gagal Ketepi Hakim Dengar Kes Pengubahan Wang Haram Elak Cukai

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 157 hits
Mohamed Zaini Mazlan akan kekal sebagai hakim bagi kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai RM7 juta terhadap Rosmah Mansor Ia selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan kedua Rosmah agar Mohamed Zaini tidak mend...
Banjir Punca Longkang Tersumbat

Banjir Punca Longkang Tersumbat

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 177 hits
Saya dimaklumkan bahawa beberapa buah rumah di Jalan Perwira 11 berlaku banjir kilat pada 2 hari yang lepas Pasukan kami telah melawat ke kawasan tersebut untuk memeriksa sistem peparitan Sampah sarap dan rumput yang tersumbat di dalam long...
Bersalam Bersentuhan Punca Kes Dijangka Meningkat

Bersalam Bersentuhan Punca Kes Dijangka Meningkat

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 198 hits
Bersalam bersentuhan punca kes dijangka meningkat Bersalaman dan bersentuhan dikesan menjadi punca kes jangkitan Covid 19 meningkat selepas sambutan Aidilfitri awal bulan lalu Pengarah Eksekutif Divisyen Kesihatan Medicom Dr Mohd Syafiq Wah...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Fix Harmful Backlinks For Free

Ramai Keliru Bagaimana Pemandu Boleh Rempuh Buaya Di Lebuh Raya

Jom Buat Kek Birthday Sendiri

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Bagaimana Mendapatkan Kebebasan Kewangan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan