Bahaya Overdose Susu Antara Punca Anak Sembelit


Sembelit adalah keadaan di mana seorang kanak-kanak atau bayi menghasilkan najis yang keras atau kurang kekerapan ke tandas membuang najis.

Frekuensi pembuangan najis untuk pelbagai peringkat umur adalah seperti berikut:
Bayi yang menyusu badan mungkin membuang air besar selepas setiap penyusuan atau sekali dalam tempoh 7 hari. Bayi menyusu formula atau kanak-kanak mungkin membuang najis sekali setiap 2-3 hari. Apa yang lebih penting adalah konsistensi najis daripada kekerapan pembuangan air besar. Masalah ini sering terjadi di kalangan kanak-kanak yang sedang belajar mengawal pembuangan najis dan selepas keadaan yang menyakitkan atau menakutkan sewaktu pembuangan najis.

Sembelit boleh menyebabkan:
Sakit perut yang datang dan pergi (“abdominal cramps”). Rasa tidak selesa. Luka di dubur (“anal fissure”) yang boleh menyebabkan kesakitan dan pendarahan sewaktu membuang najis. Sering terjadi di mana kanak-kanak yang mengalami masalah ini cuba menahan pembuangan najis untuk mengelakkan rasa sakit. Contohnya, mereka mungkin mencangkung (“squatting”), duduk sambil menyilangkan kaki atau enggan untuk duduk di mangkuk tandas.
Kadang-kala ketulan najis yang keras boleh dirasa di abdomen (perut).
Masalah sembelit berpanjangan boleh menyebabkan:
Enkoparesis atau keadaan di mana najis keluar tanpa sedar. Selalunya dilaporkan oleh ibu bapa sebagai tompokan najis cair di seluar dalam anak mereka.
Sebab terjadinya sembelit :
Semula jadi iaitu sesetengah kanak-kanak mengalami keadaan di mana usus besar mereka kurang aktif daripada biasa (slow colonic transit). Boleh terjadi apabila kanak-kanak tidak mengendahkan rasa (urge) untuk membuang air besar kerana terlalu sibuk bermain atau mungkin enggan menggunakan tandas yang tidak biasa mereka gunakan contohnya sewaktu di sekolah. Akibat menahan pembuangan najis untuk mengelakkan rasa sakit. Ini akan memburukkan lagi masalah sembelit yang dialami. Ianya boleh diburukkan lagi dengan tabiat pemakanan yang kurang serat, kurang air atau terlampau banyak produk tenusu. Jarang berlaku di mana sembelit disebabkan oleh penyakit seperti ketiadaan saraf di usus besar (Hirschprung’s disease), masalah saraf tunjang (spinal cord defect), masalah kurang hormon tiroid (hypothyroidism) dan masalah metabolik seperti tinggi tahap kalsium di dalam darah (hypercalcaemia).
Rawatan:
Latihan pembuangan najis : Selalunya dilakukan selepas waktu sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Biasanya, seseorang akan mengalami rasa untuk membuang najis selepas makan kerana “gastrocolic reflex”. Kanak-kanak digalakkan duduk di mangkuk tandas yang bersesuaian saiznya dengan saiz kanak-kanak tersebut (penggunaan potty amat digalakkan jika perlu). Mereka perlu duduk di mangkuk tandas selama 2-3 minit walaupun telah membuang najis sebelum itu. Penggunaan “sticker” yang dilekatkan di diari atau carta yang direka dengan kreatif untuk memberikan motivasi boleh membantu.
Penggunaan mangkuk tandas yang bersesuaian atau “potty” boleh mengelakkan rasa takut untuk jatuh apabila menggunakan tandas biasa. Ubat julap turut membantu mengelakkan rasa sakit apabila membuang najis yang keras.
Pengambilan makanan tinggi serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran adalah digalakkan. Mengehadkan pengambilan susu lembu kepada 500ml sehari (untuk kanak-kanak lebih daripada 18 bulan) mungkin boleh membantu terutamanya pada kanak-kanak yang banyak mengambil produk tenusu.
Untuk bayi yang mengalami sembelit, sila hubungi doktor anda kerana ada di antara mereka mungkin mengalami masalah alahan kepada susu lembu dan perlu intervensi khas.
Untuk bayi berumur 6 bulan ke atas, ibu bapa boleh mencuba menambah sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam diet mereka.
Penggunaan ubat-ubatan (laxatives) di bolehkan atas nasihat doktor anda.
Kesimpulan:
Konsistensi najis adalah lebih penting daripada frekuensi pembuangan najis. Masalah ini boleh dikawal dengan pelbagai teknik atau strategi rawatan yang ringkas. Ubat ubatan mungkin diperlukan untuk kes-kes tertentu. Sembelit disebabkan oleh masalah kesihatan yang serius jarang berlaku.  

Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Bahaya ‘Overdose’ Susu, Antara Punca Anak Sembelit appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bahaya-overdose-susu-antara-punca-anak-sembelit/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Boleh Sebut Nombor Susu Saya Menangis Anak Speech Delay Shila Amzah Bangga Perkembangan Anak

Dah Boleh Sebut Nombor Susu Saya Menangis Anak Speech Delay Shila Amzah Bangga Perkembangan Anak

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 144 hits
Ibu mana yang tidak terharu melihat anak kecil yang lambat bercakap kini sudah mula menyebut beberapa perkataan bermakna Inilah kebanggaan dan rasa syukur yang diluahkan oleh Shila Amzah saat melihat perkembangan anaknya kini Bagi Shila Amz...
Hiburan Kenapa Ajar Benda Bahaya Dekat Anak Tular Video Budak 10 Tahun Drive Kereta Ke Sekolah

Hiburan Kenapa Ajar Benda Bahaya Dekat Anak Tular Video Budak 10 Tahun Drive Kereta Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 246 hits
Terdahulu tular di laman hantaran video oleh seorang pengguna yang memaparkan anak lelakinya berusia 10 tahun memandu kereta Perodua Kancil untuk ke sekolah telah mendapat perhatian orang ramai Menerusi video tersebut dilihat anak lelakinya...
Hiburan Anak Speech Delay Salahkan Kami Viral Guru Tegur Parents Punca Perkembangan Anak Lambat

Hiburan Anak Speech Delay Salahkan Kami Viral Guru Tegur Parents Punca Perkembangan Anak Lambat

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 313 hits
Di media sosial baru baru ini tular satu luahan seorang ibu yang berasa terkilan terhadap sebuah tadika apabila anaknya yang baru saja bermula sekolah selama dua hari di reject akibat terkencing di dalam seluar Berhubung dengan luahan terba...
Enjoy The Bau Masam Experience Doktor Kongsi Anak Jeluak Susu Tanda Bagus

Enjoy The Bau Masam Experience Doktor Kongsi Anak Jeluak Susu Tanda Bagus

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 177 hits
Doktor baby saya kerap jeluak ni Boleh tak beri ubat untuk kurangkan jeluak ni Jeluak sebenarnya perkara normal kepada baby Ia berbeza dengan muntah Tapi selalunya pesakit saya akan sebut muntah meskipun anak mereka sebenarnya jeluak Jeluak...
Nampak Cantik Macam Macam Warna Bentuk Elakkan Beli Pemadam Ni Pada Anak Bahaya

Nampak Cantik Macam Macam Warna Bentuk Elakkan Beli Pemadam Ni Pada Anak Bahaya

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 154 hits
Pemadam yang satu ini sememangnya jadi kesukaan kita di waktu kecil Malah sehingga kini pun pemadam dengan pelbagai bentuk dan rupa ini menjadi kegemaran anak anak kita Rupa rupanya ia membahaya untuk anak anak Menurut OT pemadam kesukaan k...
Hfmd Capai Tahap Paras Bahaya Mak Ayah Kena Pantau Anak Di Rumah Bukan Bawa Keluar Jalan Jalan

Hfmd Capai Tahap Paras Bahaya Mak Ayah Kena Pantau Anak Di Rumah Bukan Bawa Keluar Jalan Jalan

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 159 hits
Kenaikan kes jangkitan virus Penyakit Kaki Tangan dan Mulut yang membimbangkan di seluruh dunia membuatkan mak ayah bertambah risau jika anak anak dijangkiti Malah menurut Ketua Pengarah Kesihatan jangkitan HFMD ini juga sudah mencapai taha...
Kecut Otak Anak Kalau Kita Bagi Makan Minum Tinggi Gula Selalu Doktor Kongsi Bahaya Gula

Kecut Otak Anak Kalau Kita Bagi Makan Minum Tinggi Gula Selalu Doktor Kongsi Bahaya Gula

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 192 hits
Pengambilan gula dalam minuman mahupun makanan akan memudaratkan kesihatan diri Sebab itu ramai doktor serta pakar nutrisi menasihati agar kurangkan pengambilan gula dalam pemakanan Gula yang berlebihan boleh memberi kesan yang tidak baik p...
Lebih 20 Tahun Berlalu Anak Shah Rukh Khan Kajol Kini Antara Personaliti Terkacak Bollywood

Lebih 20 Tahun Berlalu Anak Shah Rukh Khan Kajol Kini Antara Personaliti Terkacak Bollywood

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 161 hits
Filem Khabi Khushi Kabhi Gham antara filem Bollywood yang malar segar meski sudah 20 tahun berlalu Ia kerap dimainkan di kaca televisyen di Malaysia dan setiap kali menonton filem tersebut pasti air mata jatuh bercucuran kerana tersentuh de...
Ajarkan Anak Makanan Yang Sihat Dan Sederhana

Ajarkan Anak Makanan Yang Sihat Dan Sederhana

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 234 hits
AJARKAN ANAK MAKANAN YANG SIHAT DAN SEDERHANA Sistem pemakanan kita semakin tersasar Cuba kita perhatikan Kita ajarkan anak anak kita makanan yang mempunyai tinggi nilai karbohidrat ringkas lemak trans dan tiada sayur Ada yang membeli makan...
Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Free Sample Libresse Knowyourv

Cara Mengoptimalkan Konsumsi Listrik Dalam Operasional Percetakan Sehari Hari

Ahmad Fadzli Suk Selangor Baharu

Civil Servants Advised To Exercise Caution With Quick Loans

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan

Cara Order Di Website Dealer Orodesign

Puasa Syaaban 2025 Tarikh Hukum Niat Melakukan Puasa Syaaban


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Jika Pasangan Anda Di Spektrum Autisme

Makanan Retort Mudahkan Pengurusan Bantuan Makanan

Aplikasi Teknologi Geofizik Dalam Pengurusan Tanah Tercemar

Kuih Buah Tanjung Kelantan

Kad Ic Suica Dan Menikmati Ramen Pertama Di Nikoniko Mazemen Akihabara

Perbezaan Antara Heavy Cream Dan Cooking Cream Panduan Terperinci