Cara Tukar Nama Kereta Jpj Dan Online Serta Harga Caj Tukar Nama Kenderaan Tahun 2023
Tukar nama kereta adalah salah satu perkara penting yang perlu dilakukan semasa proses jual atau beli kenderaan. Seandainya berlaku apa-apa insiden seperti kemalangan jalan raya pemilik kereta adalah dilihat mengikut nama yang tercatat pada geran kenderaan tersebut.
Perkhidmatan yang disediakan oleh JPJ memudahkan orang ramai untuk membuat tukaran nama kereta dengan lebih mudah. Ketahui maklumat lebih lanjut berkenaan proses tukar nama kenderaan dan lain-lain.
Tukar Nama Kereta Mengikut Undang-Undang dan JPJ
Tukar Nama Pemilik Kenderaan Kepada Pemilik Baharu
Urusan penukaran nama kereta adalah mengikut keperluan individu. Bagi pemilik kenderaan, mereka mempunyai hak yang sepenuhnya keatas kenderaan yang didaftarkan atas nama geran yang berdaftar.
Berikut adalah sebab-sebab penukaran kenderaan dilakukan:
Sebab penjualan kenderaan. Pemilik asal menjual kenderaanya kepada pemilik baharu.
Pemberian kepada keluarga. Kebiasaannya juga urusan tukar kenderaan melibatkan pemberian dari seorang ayah kepada anak-anak.
Pengurusan harta alih. Merujuk mahkamah pula, sekiranya pemilik asal meninggal atau bercerai dan mahkamah membenarkan penukaran harta.
Bagaimanakah Urusan Tukar Nama Kenderaan Dilakukan?
Untuk makluman kepada semua, penukaran adalah sepenuhnya dibawah bidang kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan raya(JPJ). Oleh itu, untuk urusan penukaran nama kereta atau kenderaan adalah merujuk ketetapan sedia ada.
Kaedah penukaran nama kereta dan kenderaan adalah seperti berikut:
Kaedah Penukaran nama kenderaanPeneranganSecara lansung (kaunter JPJ)Pemohon boleh hadir ke kaunter JPJ untuk membuat urusanSecara online (MySikap)Pemohon boleh membuat tukaran sah melalui laman web rasmi JPJ ‘MySikap”
Untuk membuat penukaran, anda boleh rujuk panduan dan cara tukar nama kereta dibawah.
Panduan Lengkap Tukar Nama Kereta JPJ dan Online MySikap
Cara Tukar Nama Kereta di kaunter JPJ
Untuk membuat urusan tukar nama kereta di JPJ ianya adalah sangat mudah dan tidak memakan masa yang lama. Anda boleh melakukan dengan sendiri di mana-mana cawangan kaunter JPJ.
Syarat dan Cara Tukar Nama Kereta JPJ
Syarat dan Cara untuk tukar nama kereta di JPJ adalah seperti berikut:
Perlu selesaikan baki pinjaman kenderaan sekiranya ada. Proses untuk menjual kereta lama kepada individu lain adalah perlu diselesaikan hutang atau baki pinjaman kereta dahulu. Ini adalah kerana geran pemilik perlu berada di tangan pemilik sah kenderaan.
Sebelum membuat penukaran nama kereta perlu melakukan pemeriksaan di Puspakom terlebih dahulu. JPJ tidak membenarkan tukar nama kereta seandainya tidak lulus pemeriksaan Puspakom.
Pemilik asal kereta perlu hadir bersama ke JPJ. JPJ telah menetapkan bahawa pemilik asal perlu hadir bagi mengesahkan biometrik untuk memastikan geran tersebut adalah benar.
Pemilik perlu membawa dokumen untuk tukar nama kereta di JPJ seperti:
kad pengenalan geran asal kenderaan atau sijil pemilikan kenderaan.
Borang B5 Puspakom
Slip Thumbrint JPJ pemilik asal.
Bagi kaedah tukar nama kereta ini adalah boleh dirujuk oleh pegawai JPJ semasa anda hadir ke kaunter JPJ. Kebiasaannya pihak JPJ akan memberi panduan lengkap kepada anda dan meminta beberapa dokumen yang diperlukan sahaja.
Berapakah Harga Bayaran Untuk Tukar Nama Kereta di JPJ?
Bagi membuat pernukaran kereta dan kenderaan, pihak JPJ telah mengemaskini bayaran dan caj tukar nama. Berikut adalah harga bayaran untuk tukar nama kereta dan kenderaan JPJ:
Tukar nama motor – RM30
Tukar nama kereta – RM100
Tukar nama kenderaan perdagangan – RM40
Tukar nama Kenderaan Off-road – RM100
Cara Tukar Nama Kereta Online Melalui Laman JPJ Mysikap
Terdapat kaedah yang mana anda boleh membuat penukaran nama kereta secara atas talian sahaja dan tidak memerlukan anda bersusah payah hadir ke kaunter. Proses membuat tukar nama kereta secara online ini adalah melibatkan:
Pemilik kenderaan lama (Pemilik berdaftar)
Pemilik kenderaan baru (Pemilik baharu)
Kedua belah pihak ini perlu menyelesaikan isian borang secara atas talian di Mysikap. Untuk itu anda boleh ikuti cara yang kami sediakan.
Cara Untuk Tukar Nama Kereta Online Melalui Mysikap
Pemilik Lama
Log masuk akaun mysikap, sekiranya anda adalah pengguna baharu perlu untuk anda mendaftar akaun baharu bagi membolehkan anda log masuk. Rujuk panduan guna Mysikap.
Paparan utama akan memaparkan beberapa pilihan. Pilih “Kenderaan”.
Seterusnya pilih permohonan pertukaran hak milik (pemilik berdaftar)
Masukkan nombor pendaftaran kenderaan anda. Selepas selesai klik teruskan.
Kemudian Anda perlu klik sah dan teruskan.
Masukkan maklumat e-mel pemilik pendaftar dan juga pemilik baharu. Klik seterusnya.
Setelah selesai Anda perlu klik cetak. Pertukaran hak milik adalah selesai dan anda boleh simpan resit sebagai rujukan.
Pemilik Baru
Anda boleh layari laman mysikap. Log masuk sekiranya anda mempunyai akaun dan daftar baharu sekiranya masih belum ada.
Paparan utama ke menunjukkan beberapa tab dan anda boleh klik tap kenderaan.
seterusnya anda boleh klik pada pilihan permohonan pertukaran hak milik kenderaan (pemilil baharu).
Anda perlu memasukkan nombor pendaftaran kenderaan dan klik seterusnya.
Paparan pengisytirahan kenderaan yang anda perlu lakukan, pilih Semenanjung. Kemudian,klil setuju.
Anda perlu memasukkan maklumat pembayaran dan klik bayar.
Kemudian Anda perlu sahkan maklumat serta klip teruskan.
Sila cetak resit dan kemudian bawa bersama bagi proses selanjutnya di mana-mana cawangan JPJ berdekatan yang anda setuju berunding bersama pemilik asal kereta.
Cara Tukar Nama Kereta JPJ dan Online Serta Harga Caj Tukar Nama Kenderaan Tahun 2023 9
Cara Tukar Nama Kereta JPJ dan Online Serta Harga Caj Tukar Nama Kenderaan Tahun 2023 10
Proses penukaran online ini telah berjaya dilakukan. Namun Anda perlu mengikut prosedur oleh JPJ yang mana perlu hadir ke mana-mana cawangan JPJ pemilik berdaftar dan pemilik baru bersama-sama untuk urusan pengesahan cap jari atau thumprint JPJ tukar nama kereta.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2023/12/tukar-nama-kereta.html