18 Program Penajaan Di Bawah Kpt Untuk Permohonan


Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) setiap tahun menawarkan pelbagai penajaan / biasiswa pengajian bawah KPT bagi pelajar cemerlang yang layak dan memenuhi syarat-syarat tertentu.
Sehingga kini, menurut YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi, terdapat 18 program penajaan bawah KPT yan ditawarkan untuk rakyat Malaysia.
Pemberiaan penajaan atau biasiswa ini bertujuan untuk memberi bantuan kewangan kepada pelajar yang layak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Peningkatan lebih ramai rakyat Malaysia yang memiliki kelulusan pengajian di peringkat tertinggi, akan menjadi pemangkin pembangunan yang meletakkan Malaysia di landasan yang betul untuk mencapai status negara maju lagi sejahtera.
Objektif pemberian biasiswa Secara ringkasnya, biasiswa ialah suatu bantuan kewangan dikhaskan untuk pelajar bagi melanjutkan pelajaran mereka sama ada pada peringkat rendah di sekolah mahupun peringkat tinggi di universiti.
Biasiswa diberikan berdasarkan pelbagai kriteria yang mencerminkan nilai dan tujuan penderma atau pemberi dana tersebut duit biasiswa tidak perlu dibayar semula.
Tujuan pemberiaan biasiswa atau penajaan awah KPT adalah seperti berikut:
Memastikan akses kepada pendidikan tinggi kepada golongan sasar yang layak serta mereka yang memerlukan. Bertindak sebagai satu pengiktirafan secara langsung kepada mereka yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang yang dipilih. Senarai program penajaan KPT Secara keseluruhannya, terdapat sebanyak 18 program penajaan di
bawah KPT.
Program-program biasiswa dan penajaan ini ditawarkan dalam
pelbagai bentuk dan mensasarkan kumpulan penerima daripada
pelbagai kumpulan sasar melibatkan warganegara Malaysia dan
pelajar antarabangsa.
Dalam Perkhidmatan Berikut merupakan senarai penajaan bawah KPT bagi penjawat awam yang berada dalam perkhidmatan:
1. Pasca Kedoktoran (Post Doctoral) Penajaan kepada pensyarah yang telah disahkan jawatan dan berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1) tahun selepas dianugerahkan Ph.D dan dan tidak pernah mengikuti pengajian peringkat Pasca Kedoktoran. Program ini adalah bertujuan untuk menyokong pelaksanaan rancangan latihan sedia ada Universiti Awam.
Maklumat lanjut: *akan dikemaskini
2. Sub Kepakaran Penajaan kepada pensyarah yang telah disahkan jawatan dan berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1) tahun selepas dianugerahkan Sarjana Kepakaran dan tidak pernah mengikuti pengajian peringkat Sub-Kepakaran. Program ini adalah bertujuan untuk menyokong pelaksanaan rancangan latihan sedia ada Universiti Awam.
Maklumat lanjut: *akan dikemaskini
3. Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB) Penajaan kepada tenaga pengajar akademik Bumiputera bagi melanjutkan pengajian PhD atau setaraf secara sepenuh masa di universiti dalam atau luar negara. Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan di UA melalui pewujudan tenaga pengajar yang berpendidikan tinggi.
Maklumat lanjut: https://biasiswa.mohe.gov.my/biasiswa/docs/popup_doc/slab_slai.php
4. Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI) Penajaan kepada tenaga pengajar akademik warganegara Malaysia bagi melanjutkan pengajian PhD atau setaraf secara sepenuh masa di universiti dalam atau luar negara. Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan di Universiti Awam melalui pewujudan tenaga pengajar yang berpendidikan tinggi.
Maklumat lanjut: https://biasiswa.mohe.gov.my/biasiswa/docs/popup_doc/slab_slai.php
5. Hadiah Latihan Persekutuan PPPT Penajaan kepada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Skim DH di Politeknik, Kolej Komuniti dan KPT sahaja bagi melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dan Ph.D secara sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti tenaga pengajar Politeknik dan Kolej Komuniti.
Maklumat lanjut: https://biasiswa.mohe.gov.my/hlp/
6. Hadiah Latihan Persekutuan Staf Bukan Akademik Penajaan kepada pegawai-pegawai bukan akademik di UA Gred 41 dan ke atas bagi melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dan Ph.D secara sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Program ini selaras dengan hasrat KPT untuk meningkatkan tahap profesionalisme pentadbir di UA.
Maklumat lanjut: https://biasiswa.mohe.gov.my/hlp/
Pra Perkhidmatan Berikut merupakan senarai penajaan bawah KPT di bawah kategori “Pra Perkhidmatan”:
7. MyBrain 2.0 (Dahulunya dikenali MyBrain15) Kerajaan telah bersetuju untuk memperkenal dan melaksanakan semula program
biasiswa ini pada tahun 2024.
Selain dikenali dengan nama MyBrain 2.0, program biasiswa ini akan menyaksikan beberapa pengukuhan daripada aspek cakupan dan pelaksanaannya termasuklah pengemasan kontrak bagi mengelakkan pelanggaran terma penajaan dan pengukuhan sistem yang lebih bersifat digital dan mesra pengguna.
Maklumat lanjut: MyBrain 2.0 : Permohonan 2024 & Semakan Syarat
8. MyBrainScience Penajaan kepada orang awam di peringkat ijazah pertama dan pasca ijazah dalam bidang sains tulen (matematik, fizik, kimia dan biologi) di dalam negara dan universiti terkemuka luar negara atau bertaraf ivy league. Program ini dilaksanakan bagi  menghasilkan saintis-saintis muda berjiwa besar dan menghasilkan cendikiawan bertaraf dunia / Nobel Laureate.
Maklumat lanjut: https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrainSc/
9. YBM Pengajian Tinggi – Atlet Cemerlang IPT Penajaan kepada atlet yang bergiat aktif dan cemerlang dalam sukan yang diiktiraf KPT/Majlis Sukan Negara (MSN) serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT. Program ini dilaksanakan bagi tujuan menggilap kecemerlangan atlet negara serta atlet pelapis yang berprestasi tinggi di IPT dan untuk memastikan atlet yang sedang mengikuti pengajian di IPT dapat meneruskan kecemerlangan di dalam bidang sukan dan akademik.
Maklumat lanjut: https://biasiswa.mohe.gov.my/sukan/
10. YBM Pengajian Tinggi – Anugerah Tokoh Siswa Penajaan kepada pelajar yang menerima Anugerah Tokoh Siswa sebagai satu (1) galakan untuk meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana. Program ini bertujuan untuk meningkatkan akses kepada penerima Anugerah Tokoh Siswa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan menyediakan pelapis pemimpin pada masa hadapan.
Maklumat lanjut:
11. YBM Pengajian Tinggi – Pelajar Cemerlang Politeknik Penajaan kepada pelajar Politeknik lulusan terbaik keseluruhan setiap sesi pengajian yang bergiat aktif dalam bidang kokurikulum. Program ini bertujuan menggalakkan lebih ramai pelajar cemerlang lepasan diploma dari Politeknik yang ditawarkan bagi melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di UA atau Politeknik dalam bidang TVET.
Maklumat lanjut: https://www.mohe.gov.my/perkhidmatan/biasiswa?view=article&id=1797&catid=78
Bantuan Kewangan Berikut merupakan senarai penajaan bawah KPT di bawah kategori “Bantuan Kewangan”:
12. Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) Bantuan Kewangan kepada pelajar yang mengikuti program di Kolej Komuniti bagi menyambung pengajian di peringkat sijil. Program ini bertujuan untuk membantu pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah melanjutkan pengajian di peringkat separa profesional yang akan dapat meningkatkan kemahiran hidup mereka dan membantu memperbaiki tahap sosio-ekonomi mereka dan keluarga.
Maklumat lanjut: https://www.moe.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=5250&catid=394
13. Bantuan Kewangan Asasi IPTA Penajaan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti program Asasi Universiti Awam. Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar golongan sasaran B40 dan M40.
Maklumat lanjut: https://www.mohe.gov.my/?view=article&id=1652:bantuan-kewangan-asasi-ipta-bka&catid=78
14. Bantuan Kewangan OKU (BKOKU) Bantuan Kewangan kepada OKU yang berdaftar dengan JKM dan mempunyai kad OKU serta berkebolehan / berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. Program ini bertujuan untuk meningkatkan dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada golongan OKU yang melanjutkan pengajian di UA, IPTS, Kolej Komuniti dan Politeknik di bawah seliaan KPT.
Maklumat lanjut: https://biasiswa.mohe.gov.my/bk_oku/
15. Program Pendidikan Khas (PPK) Bantuan kewangan kepada pelajar kelainan upaya yang mengikuti Program Kemahiran Khas secara sepenuh masa sahaja di Politeknik dan Kolej Komuniti terpilih sahaja. Pelajar kelainan upaya tersebut merupakan pelajar yang berdaftar di bawah JKM dan mempunyai kad pendaftaran OKU (OKU dalam kategori DE/DD iaitu pendengaran sahaja). Bantuan kewangan ini tidak mengambil kira taraf pendapatan keluarga sebagai syarat  kelayakan.
Maklumat lanjut: https://www.mohe.gov.my/en?view=article&id=1660:program-pendidikan-khas-ppk&catid=78
Antarabangsa Berikut merupakan senarai penajaan bawah KPT di bawah kategori “Antarabangsa”:
16. Malaysia International Scholarship (MIS) Penajaan kepada pelajar antarabangsa yang cemerlang di peringkat akademik dan juga ko-kurikulum. Program ini merupakan inisiatif Kerajaan bagi menarik pelajar dari seluruh negara di dunia bagi melanjutkan pengajian di peringkat pascasiswazah di Malaysia.
Maklumat lanjut: https://biasiswa.mohe.gov.my/INTER/index.php
17. Islamic Development Bank (IsDB) Scholarship Penajaan kepada pelajar antarabangsa dari negara-negara Islam dan negara-negara membangun. Program ini adalah kerjasama penajaan bersama Islamic Development Bank (IDB) bagi menaja pelajar-pelajar dari negara-negara Islam dan negara-negara membangun. Selain itu juga, program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dua hala di antara Malaysia dan negara-negara luar serta meningkatkan imej negara dan memperlihatkan peranan Malaysia dalam pendidikan tinggi di persada antarabangsa.
Maklumat lanjut: https://www.mohe.gov.my/muat-turun/pengumuman/1069-msp-isdb-pdf/file
18. Scholarship Program In The Kingdom Of Saudi Arabia Biasiswa ini diwujudkan hasil pertemuan Menteri Pengajian Tinggi dan Duta Besar Kerajaan Arab Saudi ke Malaysia melalui pertemuan hormat di pejabat bekas pada 15 April 2022. Kerajaan Arab Saudi bersetuju menganugerahkan 300 biasiswa kepada rakyat Malaysia.
Maklumat lanjut: https://www.moe.gov.my/en/infografik-gsefe?view=article&id=5061:biasiswa-luar-negara&catid=246:custom-page


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/program-penajaan-bawah-kpt/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=program-penajaan-bawah-kpt

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rangka Manusia Ditemui Di Bawah Jambatan Di Putra Height

Rangka Manusia Ditemui Di Bawah Jambatan Di Putra Height

papar berkaitan - pada 11/11/2023 - jumlah : 244 hits
Rangka manusia ditemui di bawah jambatan di Putra Height Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 10 Nov 2023 8 45PM
Myeduloan Sistem Permohonan Pinjaman Pelajaran Mara

Myeduloan Sistem Permohonan Pinjaman Pelajaran Mara

papar berkaitan - pada 24/11/2023 - jumlah : 376 hits
MyEduloan merupakan singkatan kepada MARA Education Loan Management System Dalam kata mudah ianya merupakan sebuah portal atau sistem dalam talian yang dibangunkan oleh Majlis Amanah Rakyat untuk menguruskan permohonan pinjaman pelajaran ya...
Egtukar Semakan Permohonan Pertukaran Guru Online 2024

Egtukar Semakan Permohonan Pertukaran Guru Online 2024

papar berkaitan - pada 24/11/2023 - jumlah : 280 hits
EGTUKAR SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PERTUKARAN GURU BAGITAHUN 2023 Dimaklumkan bahawa permohonan dan semakan status eGTukar 2023 kini boleh dibuat secara online PERTUKARAN GURU SESI JANUARI 2024 AKAN PROSES DATA PERMOHONAN PERTUKARAN SEHINGGA...
Kesian Harakah Dulu Di Bawah Mahfuz Sama Sama Seiringan Dengan Suara Keadilan

Kesian Harakah Dulu Di Bawah Mahfuz Sama Sama Seiringan Dengan Suara Keadilan

papar berkaitan - pada 11/11/2023 - jumlah : 89 hits
Kerajaan tarik balik pas perakuan media Harakah bermaksud lidah rasmi PAS itu tak lagi dibenarkan membuat liputan di sebarang bangunan kerajaan Laju je kesatuan wartawan NUJM dan Geramm beri respon kerajaan tutup hak kebebasan bersuara Tapi...
Gaza Tebing Barat Perlu Disatukan Semula Bawah Pihak Berkuasa Palestin Kata Biden

Gaza Tebing Barat Perlu Disatukan Semula Bawah Pihak Berkuasa Palestin Kata Biden

papar berkaitan - pada 19/11/2023 - jumlah : 105 hits
Gaza Tebing Barat perlu disatukan semula bawah pihak berkuasa Palestin kata Biden nbsp Dikemas kini 27 saat yang lalu Di
Video Penampakan Terowongan 35 Meter Di Bawah Laut Terusan Suez Hubungkan Afrika Asia

Video Penampakan Terowongan 35 Meter Di Bawah Laut Terusan Suez Hubungkan Afrika Asia

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 140 hits
Terowongan bernama Ahmad Hemdi itu memiliki panjang 1 640 meter dan terletak sekitar 35 meter di bawah Terusan Suez
Ketika Menyapu Rumah Mertua Aku Pelik Nampak Busut Bawah Kerusi Aku Perhati Betul Betul Rupanya Mak Mertua Aku Bela

Ketika Menyapu Rumah Mertua Aku Pelik Nampak Busut Bawah Kerusi Aku Perhati Betul Betul Rupanya Mak Mertua Aku Bela

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 150 hits
Saya ada terbaca post berkisah kebersihan dalam post sebelum ni dan terlintas untuk share perkara yang sama Al kisahnya aku baru berkahwin jadi beberapa hari lepas majlis suami mengajak aku ke kampung halaman dia Hanya untuk menghantar ibun...
Kwsp Simpanan 6 3 Juta Ahli Bawah 55 Tahun Kurang Rm10 000

Kwsp Simpanan 6 3 Juta Ahli Bawah 55 Tahun Kurang Rm10 000

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 165 hits
Jumlah itu meningkat berbanding 4 7 juta ahli atau 37 direkodkan pada April 2020 iaitu sebelum pengeluaran khas berkaitan Covid 19 diperkenalkan menurut Kementerian Kewangan KUALA LUMPUR Isu ketidakcukupan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pe...
Is Dap Mis Painted Or Deserving Of Its Image

Sarawak Now Affin Bank S Largest Shareholder Promises No Interference

Warga Emas Skim Pelaburan Emas Palsu Elak Jadi Mangsa

Resepi Ikan Singgang

Mahkota Poll A Test For Dap To Ensure Chinese Voters Back Bn

Lirik Lagu Adiwira Firdaus Rahmat Faizal Tahir

Pengundi Dun Mahkota Pilih Wakil Rakyat Hari Ini

Saturday Jokes 231


echo '';
Muzikal Lawak Superstar 2024 Keputusan Markah Mingguan Peserta Musim 4 Kemaskini Setiap Minggu Selepas Live

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Salju Rindu Di Bumi Auckland Tonton

5 Kelebihan Utama Bergelar Penjawat Awam di Malaysia

8 Fakta Biodata Anna Jobling Pelakon Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Bintang Filem Lembayung Dan Juri Muzikal Lawak Superstar 2024

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Siri Mr Hiiragi s Homeroom Slot DramaVaganza Astro Ria


Gejala Kekurangan Vitamin D

Selalulah Istighfar Walau Apa Keadaanmu

Hariz Danial Materialistik Chord

Murshid Nazri Angan Chord

Makanan Sedap Di Penang Dari Nasi Kandar Ke Cendol Semua Ada

Rasmi Hizbulloh Umum Hassan Nasrullah Pergi Menghadap Ilahi Al Fatihah